Wednesday, May 20, 2009

Pilihanraya wasilah untuk berdakwah

Sistem pilihanraya yang dipergunakan pada hari ini adakah ianya menolak hakimiyyah Allah ?

Tidak semua pejuang pilihanraya menolak hakimiah Allah, bahkan orang yang menolak dan menafikan hakimiah Allah adalah mereka yang di gelar dengan “Diktator”.

Melihat kepada situasi ini, pejuang Islam yang mengambil sistem pilihanraya, bukanlah menafikan hakimiyyah Allah, bahkan mereka adalah orang yang menggunakan pilihanraya dengan tujuan untuk melaksanakan hakimiyyah Allah, iaitu melaksanakan perinsip-perinsip Islam yang berbentuk siasah dalam memilih pemimpin, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan sebagainya.

Tidak ada sesiapa yang menolak bahawa hukum Allah itu mesti ditegakkan..maka dalam keadaan kepimpinan yang ada sekarang ini tidak mahu menjalankan undang-undang Islam..menjadi tanggungjawab untuk kita mengambil tampuk kepimpinan yang ada sekarang ini untuk kita tegakkan undang-undang Islam. untuk dapatkan tampuk kepimpinan yang ada sekarang ini, satu jalan yang terpaksa kita gunakan adalah jalan pilihanraya.

Boleh ker gunakan pilihanraya nih? hukumnya wajib kita gunakan jalan pilihanraya ini bagi membolehkan kita memegang tampuk kepimpinan.

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Maksudnya;
"Tidak akan sempurna sesuatu yang wajib melainkan melaksanakan sesuatu perkara, maka melaksanakan perkara tersebut adalah wajib".

Melaksanakan Islam di muka bumi adalah wajib, lalu tidak ada cara lain untuk melaksanakannya melainkan dengan masuk pilihanraya, maka hukum masuk pilihanraya adalah wajib.

Pilihanraya jugak adalah satu medan jihad untuk kita. Melihat kepada keadaan di Malaysia, jihad perang tidak relevan tetapi jihad pilihanraya yang relevan, maka hendaklah kita berjihad di Malaysia menggunakan pilihanraya.

Ini bersesuaian dengan firman Allah;

فمن اعتدى عليكم فاعتدوا عليه بمثله ما اعتدى عليكم

Maksudnya;
"Barangsiapa menyerang kamu maka hendaklah kamu menyerang mereka sepertimana mereka menyerang kamu." (surah al-Baqarah : 194)

Dari ayat ini, musuh politik Islam di Malaysia menggunakan pilihanraya, maka begitu halnya kita melawan mereka menggunakan sistem ini juga.

Justeru itu, pilihanraya adalah sistem pemilihan pemimpin yang relevan khususnya di Malaysia. Ianya juga merupakan jihad mengikut kesesuaian tempat dan masa.

Kita juga berpegang kepada kaedah usul fiqh iaitu kaedah masalih mursalah...Dalam menjaga kemaslahatan umum, gerakan islam mempergunakan pilihanraya ini untuk menegakkan kebenaran. jika pilihanraya adalah haram disebabkan ianya menggunakan majoriti dalam menentukan hukum sedangkan penentuan hukum itu hanyalah dari Allah sahaja, bukan majoriti. Tetapi dengan kaedah ini, pilihanraya di bolehkan, ini kerana jika pilihanraya tidak di gunakan, maka tidak ada cara lain untuk kita merampas kekuatan kerajaan dari golongan taghut. Lantaran itu taghut berkuasa di atas muka bumi.

Membincangkan permasalahan pilihanraya ini perlulah teman ingatkan sekali lagi bahawa pilihanraya yang dipergunakan ini bukanlah sebagai matlamat perjuangan tetapi hanya sebagai wasilah ataupun cara serta teknik dalam melancarkan jihad dalam meneruskan agenda penyampaian dakwah islamiyyah ini.

Satu lagi kaedah usul fiqh yang kita gunakan adalah "Menolak kefasadan lebih di dahulukan berbanding mengambil maslahat."

Dalam hal keadaan ini, membiarkan kerajaan membawa panji kebangsaan merupakan kefasadan yang wajib di buang, ini kerana ianya membawa kepada syirik kepada Allah, adapun mencukupkan syarat merupakan maslahat yang mesti di lakukan oleh setiap pengundi.

Jadinya, berdasarkan kepada kaedah ini, seeloknya kita meringankan syarat ini dan kita berhujjah menyatakan bahawa mengundi dalam pilihanraya adalah satu perkara yang wajib.

Bagi menguat hujjah ini, sabda Rasulullah s.a.w;

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فمن لم يستطع فبلسانه فمن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الايمان

Maksudnya;
"Barangsiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia tegah dengan tangan, jika tidak mampu, dengan lidah, jika tidak mampu maka dengan benci dalam hati, maka itu adalah selemah-lemah iman".

Hasil dari perbahasan ini, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa mengundi dalam pilihanraya adalah wajib, tetapi dengan syarat, iaitu masuknya pilihanraya dengan tujuan untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi.

Memang kita tidak nafikan bahawa pilihanraya adalah salah satu ideologi barat yang di hantar kepada kebanyakkan negara Islam, tetapi hakikatnya, jika kita tidak menggunakannya, secara logiknya, kita memang tidak mampu untuk menyampaikan dakwah ini. Ini kerana, jika kita menggunakan sistem jihad perang, kita adalah umat yang tidak mampu untuk itu, hal ini beralasan bahawa umat Islam di Malaysia masih tidak memahami jihad perang dengan sebaiknya. Justeru itu, tidak dapat tidak, kita gunakan sistem ini sebagai tanda usaha dakwah kita.

No comments: