Monday, February 23, 2009

Peranan ibu dan bapa

Alhamdulillah..sempat jugak teman nak menyambung perbincangan kita tentang permasalahan kekeluargaan nih…teringat pada ayat seseorang yang katanya nak bukak klinik kaunseling..leh la teman join kalo camtuh..kaunselor tak bertauliah...hehehe..

Teman ni sekadar bercakap di sini boleh la..bukan nyer bijak sangat nak menangani masalah-masalah orang lain..

Ok berbalik kepada permasalahan kita nak mewujudkan suasana keluarga yang harmoni..ataupun dengan kata lain yang biasa kita dengar baiti jannati..

Mutaakhir ini, kita dihidangkan dengan pelbagai salah laku dan masalah moral muda mudi..dalam filem, drama malah dalam berita pun kita dipergambarkan bagaimana teruknya ahlak muda mudi kita sekarang ini..

Tidak dapat kita nafikan lagi, bahawa muda mudi ini jugak adalah berasal dari sebuah keluarga..masalah moral yang mereka lakukan di luar sedikit sebanyak membawa kepada terbantutnya matlamat kita dalam mewujudkan rumahku syurgaku..

Dalam kita nak menangani permasalahan remaja liar nih..kita perlu carikan punca nya terlebih dahulu..ada orang cakap pengaruh rakan sebaya..pastu pengaruh media massa..semua itu tak teman nafikan adalah antara factor kepada peningkatan masalah akhlak muda mudi skarang..

Cuma apa yang teman nak highlightkan disini adalah peranan institusi kekeluargaan dalam menjebakkan mereka ke kancah maksiat tersebut. Teman berpendapat peranan paling utama adalah pada kedua ibu dan bapanya..

Mengapa teman berpendapat sedemikian.. Ini adalah kerana seseorang remaja itu dilahirkan dari sebuah keluarga. Baik didikan yang diberikan padanya, insya Allah akhlak tersebut akan dibawa ke dalam masyarakat.. Perangai dalam keluarga akan terbawak semasa mereka berada di luar..

Didikan ibu dan bapa.

Kebanyakan ibubapa pada hari ini tidak mementingkan soal keagamaan pada anak-anak mereka..mereka hanya mahukan anak-anak mereka berjaya di dunia. Mereka abaikan kebajikan anak-anak untuk kehidupan mereka di akhirat nanti.

Ibu bapa sekarang berlumba-lumba nakkan anak mereka berjaya jadi seorang doctor, arkitek, engineer, lawyer, dan pelbagai lagi jawatan professional. Tak payah la kita pergi ke permasalah yang terlalu mendalam, cukup kita sentuh dalam bab pemakaian tudung dahulu. Berapa ramai ibu bapa yang tewas dalam memberikan didikan kepada anak-anak mereka.

Dari permasalahan pemakaian tudung ini, remaja yg terlibat akan mudah terpengaruh dengan keadaan semasa yang kita lihat banyak mengajak kepada membuka lagi pakaian-pakaian mereka. Teman bukanlah nak menghina mereka yang tidak bertudung. Teman Cuma nak bangkitkan disini bahawa peranan ibu bapa yang tidak dijalankan. Ibu bapa tidak bertanggungjawab kepada anak-anak mereka.

Sedangkan dalam Quran Allah dah pesan awal-awal lagi peliharalah isteri-isterimu dan anak-anak mu dari azab api neraka.

Hubungan suami isteri

Kadang-kadang orang terlepas pandang perkara ini. Si suami mengherdik si isteri. Si isteri menengkin si suami. Lebih malang perilaku mereka ini berlangsung di hadapan anak-anak mereka.

Lantaran itu, anak-anak merasakan tiada keamanan bagi mereka dirumah. Lantas mencari kedamaian dan keseronokan di luar. Kita sendiri sedia maklum bahawa keadaan sekeliling kita pada hari ini lebih banyak mengajak kepada kemungkaran.

Dalam keadaan mereka tidak diberikan didikan yang secukupnya dan dilepaskan pulak untuk melawan sepak terajang dunia ini, sebab itulah ramai remaja tertewas.


Redha ibu bapa

Terlebih awal sebelum kita nak mendirikan rumahtangga, soal restu ibubapa perlu dititik beratkan. Bagaimana mungkin kita nak melahirkan generasi yang hormatkan ibubapa sedangkan kita sendiri tidak hormatkan ibubapa kita?

Bagaimana kita nak mendidik seorang anak yang tak hormatkan kita. Apakah akan sampai didikan kita kepada mereka nanti. Itulah kesan jangka panjang pada mereka yang berkahwin tanpa izin dan restu keluarga.

Restu keluarga untuk kita melangsungkan perkahwinan amat penting kerana keberkatan kehidupan kita berkeluarga bertitik tolak dari restu ibu dan bapa kita.

Apa lagi yang kita mahukan dalam kehidupan kita ini selain dari keberkatan. Punya harta bergunung tapi tak berkat tiada gunanya jugak. Berkahwin dengan yg tersayang tapi takder keberkatan, pasti akan banyak masalah yang perlu dihadapi pada kemudia hari..

Kesimpulan

Apa-apa pun, kalian pasti punya pendapat tersendiri dalam membicarakan masalah akhlak muda mudi ini.

Perbincangan ini bukanlah meletakkan kesalahan itu semata-mata kepada ibu bapa. Bukan tidak ada di luar sana ibubapa yang tidak mahukan cara hidup Islam, tetapi anak mereka istiqamah dengan jalan Islam.

Demikian jugak lah, didikan agama yang diberikan oleh keluarga belum menentukan si anak ini mampu mengaplikasikan nya di dalam dunia yang serba mencabar. Ramai jer ibubapa yang baik tapi memiliki anak-anak yang bermasalah.

Semuanya berbalik kepada diri sendiri jugak. Allah dah berfirman kan yang mafhumnya Allah takkan ubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang nak mengubahnya. So ibubapa dan keluarga hanya mampu membantu dan tidak dapat tidak ibubapa adalah antara factor utama penyumbang kepada masalah anak remaja yang melanda negara buat masa sekarang ini.

{Wahai Tuhan kami, anugerahkan lah kepada kami pasangan dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertakqwa.} amin….

Baca Lagi..

Sunday, February 22, 2009

Sampai jugak ke rumah

Alhamdulillah..setelah seminggu lebih teman menumpang di rumah orang ..akhirnya pulang semula teman ke rumah sendiri..patut la orang-orang tua dulu suka rumah sendiri lagi kan..rumah orang takder privacy..bila dah sampai umah sendiri ni rasa macam lega sesangat..


Seminggu teman kat cairo mmg sibuk jugak teman..rutin harian teman kat saner..lepas zohor wat persiapa untuk menjual..oh yer..lupa plak teman nak bgtau yang teman sempat menolong kawan2 meniaga apam balik selama seminggu yang lepas..tu yang masa jadi padat sangat tuh..

Lepas zohor dah kene siapkan bahan-bahan utk meniaga..lepas asar pergi ke tapak meniaga..kul 10 malam baru jejak kaki ke rumah balik..

Camtu la kan nak tambah pendapatan sket..kene usaha keras la sikit cari ruang-ruang yang maner ada tuh..

Tapi kengkadang kita terlupa 1 perkara..kita asyik mengumpul lebihan pendapatan tapi kita abaikan lebihan amalan..biasanya bila badan dah penat..mula la aktiviti ibadah kita pun turut sama terjejas..

Tiada guna nya harta dan kemewahan di dunia ini andainya untuk akhirat kita abaikan..kumpul la seberapa banyak harta dunia ini..kalau bekalan utk akhirat kita ketepikan..semua yang kita kumpulkan itu tidak mendatangkan faedah untuk kita..

Jadi bagi kawan-kawan yang meniaga tuh..cara senang nak wat lebihan amal kebajikan meh sini teman nak ngajor..senang jer..tepon teman anytime..pastu leh blanja teman makan..ermm insya Allah hasil perbelanjaan miker untuk teman tu akan disalurkan utk tabung akhirat..hehehe..amin..

Marilah kita sama-sama muhasabah semula diri kita..apakah kita sentiasa meningkatkan bekalan kita utk akhirat kelak? tepuk dahi tu tanya diri masing-masing..

Baca Lagi..

Friday, February 20, 2009

Tiada kesempatan

Seminggu dua nih tak sempat teman nak menjenguk blog teman..jangan kata blog..ngadap komputer pun tak sempat..kekadang rindu pulak kat blog nih..huhuhu..

Insya Allah selepas selesai urusan di Cairo ni teman akan berangkat pulang..bukan pulang ke tanahair..isk..isk..pulang ke kampung halaman di Damanhour..

Sudah sampai saat dan ketikanya sepenuh perhatian ini perlu diberikan kepada pengajian pulak..dah cukup lamer rasanya teman bercuti nih..nak kene cari mood study pulak pasnih..

Ok la..teman sambung lain kali pulak ok..zaaaasss...

Baca Lagi..

Wednesday, February 11, 2009

Siapa Pilihan Kita ?

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

{Wahai Tuhan kami, anugerahkan lah kepada kami pasangan dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertakqwa.}

Baginda s.a.w pula pernah bersabda yang bermaksud :

“Janganlah kamu mengahwini seorang perempuan kerana kecantikan nya, mungkin kecantikan itu akan memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta menyebabkan kezaliman mereka. Tapi kahwinilah mereka di atas dasar agama. Seorang sahaya hitam berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik”.

Kalian lihat sahaja pada ayat Quran dan hadis nabi tu pun, teman rasa kalian pasti tahu bab apakah yang teman nak bincangkan kali ini. Dah terlanjur kita membincangkan soal rumahku syurgaku tu, rasanya ada baik kita pergi pada factor paling penting yang perlu dititik beratkan iaitu soal pemilihan pasangan hidup kita.

Kesilapan memilih pasangan juga dilihat sebagai satu punca keretakan rumah tangga yang semakin menular sekarang ini. Mengapa yer penting untuk kita memilih pasangan kita ni ?

Bila kita menyebut perkahwinan, perkara ini bukan lah satu perkara untuk dicuba-cuba dan di main-mainkan. Soal perkahwinan ini adalah antara soal besar dalam kehidupan kita. Rasulullah sendiri mengatakan mereka yang berkahwin ni telah menyempurnakan separuh dari agama mereka.

Untuk menempuh alam perkahwinan yang banyak cabarannya, kita perlu memperlengkapkan diri kita dengan ilmu kekeluargaan. Dalam kita menempuh cabaran tersebut, kita tidak boleh untuk bersendirian. Baik lelaki ataupun perempuan, masing-masing perlukan kekuatan dari pasangan. Dari sinilah dapat kita yakini bahawa pemilihan pasangan adalah memainkan peranan yang penting bagi melancarkan perjalanan bahtera kehidupan yang bakal dilayari.

Rasulullah sendiri telah menegaskan carilah mereka yang beragama. Tetapi pelik jugak hari ini, bilamana factor materialistic lebih dititik beratkan.

“Kecantikan wajah tak penting ker ustaz?” tanya seorang kenalan.

“ Saper kata tak penting..penting jugak..tapi itu bukanlah factor utama dalam kita nak memilih” itu lah jawapan teman.

Kecantikan ni suatu yang penting jugak kan. Sebab nanti dah kawin. Tetiap hari kita nak pandang wajah pasangan kita. Kalau dah muka pun kita tak sanggup nak pandang. Macam maner kita nak cari kedamaian dalam berumahtangga. Penat kita kat pejabat atau tempat kerja, balik rumah terubat bila pandang wajah pasangan kita.

Sabda Rasulullah : Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kalian melihat kepadanya menenangkan hati...(hadith sahih riwayat Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah dan Hakim).

Insya Allah semoga Allah anugerahkan kepada kita pasangan yang baik akhlaknya dan peribadinya. Kalau dah ada calon yang baik tuh, dahtu sejuk pulak mata kita memandangnya, serta dapat perkenan orang tua..ermm aper lagi..nyatakan hasrat kalian…nak cari yang complete memang susah dalam zaman skarang ini. Kalau ada pun terselit dalam ribuan orang takpun jutaan orang.

Oleh itu peganglah apa yang dah Rasulullah tekankan..carilah yang beragama..itu yang menjaminkan kehidupan kita nanti. Isteri yang mempunyai pegangan agama insya Allah dapat membimbing dan mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah nanti..orang yang beragama, insya Allah keturunannya baik. Orang yang hidup berlandaskan agama, insya Allah serinya terpancar di wajah. Hidup orang yang beragama juga akan sentiasa mendapat rahmat dan dimurahkan rezeki oleh Allah..maka carilah orang yang beragama kerana dari agama itu..kalian akan dapat segala-galanya.

Alhamdulillah..sama-sama kita doakan agar pilihan kita nanti tetap dalam jalan Islam seterusnya matlamat kita nak mewujudkan baiti jannati akan tercapai.

Baca Lagi..

Tuesday, February 10, 2009

Kematian yang pasti

“Yop..demo tahu doh ko ahli parlimen Bukit Gantang meninggal dunio ? “

“ Ermm..ambo tahu doh…ambo kelih berito kat harakahdaily tadi”..

Tu lah perbualan teman ngan rakan teman dari Kelantan..tetiber jer dia menerpa masuk ke bilik teman mahu mengkhabarkan pemergian ahli parlimen itu menghadap Ilahi.

Perbualan diteruskan..”Allah nok buat semeta jah..” kata teman.

“ Ermm tu la yop..baru lagi ambo jupo dio maso dia maghi ikut rombongan Presiden baru nih..” celah sahabat teman tuh..

Teman bawak perbulan teman ngan dia tu ke situasi politik semasa skarang ini di Perak..

“ Tengok la perancange Allah..sek-sek ameno dok tuduh kato MB Nizar tu penderhaka..nok buwi rakyat maroh ko dio..Allah rancang blako doh..tengok rakyat keno pilihanrayo pulok” teman bercerita pada dio…

“ Tu la yop “

“ Kita pakat kelih la kebangkitan rakyat kali nih..kito tengok rakyat termake dok denge provokasi media yang mengatakan Nizar adalah penderhaka kepada sultan..sek dio tokse pilihanrayo sebab takut rakyat tolak..sebab tu sek dio ambik kerajaan ikut pintu blake tuh..pah loni Allah dah bagi jale doh ko rakyat..untuk tunjukkan suara mereka yang mahukan system yang lebih adil dilaksanakan..” teman menambah..

Itulah perancangan Allah..sebaik-baik perancangan..di kala pihak kerajaan haram tu nak lari dari mendengar suara rakyat..akhirnya mereka terpaksa jugak berhadapan dengan rakyat di tengah isu sekarang yang rakyat amat marahkan mereka kerana tindakan seperti lanun mereka itu..

Kita semua bersedih dengan pemergian Ustaz Roslan..seorang demi seorang alim ulama dan para cendiakawan dipanggil balik menghadap Allah swt…dunia sudah semakin hampir kepada penghujungnya..bila Allah tarik ilmu-ilmu ini sedikit demi sedikit..

Buat arwah yang pergi..kita doakan agar beliau berada di golongan para soleh. Yang pergi tetap pergi..tinggallah kita yang masih hidup ini..entah esok atau lusa kita pula yang dipanggil mengahadapNya..

Badan yang sihat belum tentu menjadi alasan yang kukuh untuk kita hidup lebih lama dari orang yang sakit teruk.. sudahkah kita mempersiapkan diri kita untuk pergi menghadap Allah Rabbul Jalil..

Sama-sama lah kita muhasabah semula diri kita..buat keluarga allahyarham..kami mendoakan agar kalian tabah menempuh dugaan ini..mari kita sedekahkan alfatihah buat arwah dan buat semua umat Islam yang telah pergi lebih awal dari kita..al-fatihah …

Baca Lagi..

Saturday, February 7, 2009

Baiti Jannati-3

Teman nak menyambung perbincangan kita dalam usaha kita mencari baiti jannati..Dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut, semua perkara perlu kita teliti dan kaji agar perjalanan kita utk sampai ke objektif kita itu tercapai dengan jayanya.

Dalam sesebuah perkawinan, kita tidak dapat lari dari keluarga belah isteri ataupun belah suami kita. Bila sudah dinamakan perkahwinan, kita bukan hanya berkahwin dengan diri suami atau isteri itu sahaj. Kita juga membawa diri kita untuk masuk ke dalam keluarga pasangan kita. Dengan kata lain, kita bukan kawin ngan dia jer, tapi kita kawin ngan kuarga dia sama.

Keserasian dan menjaga hubungan baik dengan mentua bukan saja penting untuk kebahagiaan, tetapi turut menjadi tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri dalam mengekalkan ikatan kasih sayang keluarga.

Mungkin bagi sesetengah orang, mentua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Bagaimanapun, fikiran negatif seumpama itu harus dikikis kerana tidak semua sebegitu, sebaliknya ada mentua boleh menjadi sahabat paling akrab dan benar-benar membantu dalam rumah tangga.

Untuk posting ini teman tujukan khas buat menantu dan bakal-bakal menantu. Kita mempunyai peranan tersendiri kepada mentua kita nanti.

Hormat dan selalu bertanyakan khabar.

Sebagai seorang menantu, biarlah kita yang selalu bertanya khabar kepada mentua kita. Janganlah kita mengharapkan mentua kita sahaja mengambil berat terhadap kita. Mereka juga adalah ibu dan bapa kepada kita. Walaupun taraf mereka tidak dapat kita samakan dengan ibubapa kandung kita sendiri. Mereka tetap orang yang lebih tua yang perlu kita hormati.

Jangan dengar hasutan.

Orang cakap, alam rumahtangga ni lagi banyak dugaan dan cabaran nya. Teman taktau la cam maner kehidupan berumahtangga ni. Sebab teman sendiri pun tak pernah menjejaki lagi alam perkahwinan. Tapi memang benar rasanya, bila kita melangkah masuk kea lam perkahwinan ini, tanggungjawab dan beban makin banyak terpikul di bahu kita. Lantaran itu pelabagai dugaan dan rintangan sedang menanti kita.

Dalam kita menempuh dugaan dan cabaran tersebut, terkadang kita berselisih faham. Ada kalanya perkara-perkara yang diselisihkan tersebut berkait dengan mentua kita. Dalam keadaan ini , sebaiknya kita tidak mendengar sebarang hasutan dari luar.

Perbincangan yang tebaik sekiranya berkait dengan mentua ini adalah bersama pasangan nya sahaja. Jika masalah ini dibawa ke luar dari rumahnya, banyak hasutan-hasutan yang sedang menunggu kita dan membolehkan kita lebih beranggapan buruk terhadap mentua kita.

Pandai ambil hati dan bukan menyakitkan hati.

Sebagai menantu juga kita perlu pandai mengambil hati. Anggaplah mentua seperti ibu bapa kandung sendiri. Mentua juga perlu mendapat layanan dan kasih sayang sama rata seperti mereka. Contoh paling mudah jika kita membeli barang kepada ibu kandung kita sendiri, mengapa tidak kita membeli barang yang sama kepada mentua.

Percakapan dan perlakuan kita perlu kita jaga agar tidak menyakitkan hati mentua kita. Kadang-kadang benda ini ramai yang terlepas pandang. Teman pernah mendengar satu cerita seorang menantu yang endah tidak endah sahaja kepada mentuanya. Sehinggakan si mentua berada di rumahnya pun, dia tidak memasak untuk mentuanya. Malahan bila si mentua mahu masak, boleh pulak dia kata takyah masak ler. Sebab anak-anak dia tak makan rasanya tengah hari tuh. Ini kisah benar nih.. si mentua tadi sedih lalu keluar pergi kerumah anak yang sorang lagi. Mujurlah rumah anaknya yang satu lagi tu dekat jer.

Mungkin si menantu tadi terlepas pandang. Walaupun anak-anaknya taknak makan sekalipun, dia kene ler masak untuk mentuanya nih.. semua tu adalah sebagai satu cara untuk mengambik hati mentua tu jugak. Barulah mentua akan sayang pada menantunya kan..

Mengadu tempat yang betul.

Dimanakah tempat mengadu yang betul tu yerk. Ini sekadar pandangan teman jer la..mungkin pada kalian boleh menyanggah semua pandangan teman nih. Seandainya berlaku perselisihan antara kita dan pasangan kita, dan perkara itu perlu kita adukan untuk mendapat pandangan. Pada teman sekiranya si isteri ingin mengadu, pergilah mengadu pada mentuanya iaitu ibu atau bapa kepada pasangan nya. Sekiranya si suami ingin mengadu jugak, pergi lah bercerita masalah tersebut kepada mentuanya iaitu ibu atau bapa kepada isterinya. Mengapa ??

Ini adalah untuk mengelakkan dari sebarang kemungkinan yang makin teruk terjadi. Kalaulah si isteri pergi mengadu pada ibunya sendiri. Sudah tentulah si ibu berpihak pada anaknya. Berlainan jikalau si isteri tadi pergi mengadu kepada mentuanya. Barulah si mentua ini tahu perangai anaknya sendiri. Orang kata mengadu bilhikmah la nih..hehehe..

Kesimpulan

Memang banyak sebenarnya kita dengar masalah mentua dan menantu nih..teman pernah tengok drama kat tv yang tajuknya mertua vs menantu.. inilah hakikat nya..hidup mentua dan menantu ni kalau tidak dikawal dengan baik, memang bisa mendatang masalah.

Amat penting untuk kita mencari keserasian dengan mentua kita agar kehidupan kita dalam berkeluarga lebih tenang dan harmoni. Insya Allah sekiranya semua tahu akan peranan dan tanggungjawab masing-masing, usaha kita untuk mewujudkan baiti jannati insya Allah akan tercapai.

Sekian dulu perbincangan dari teman yang gatai nak sembang bab mentua menantu nih..padahal diri sendiri pun tak pernah merasai lagi hidup bermentua nih..apa-apa pun ini semua sekadar panduan untuk kita. Boleh jadi tidak betul pada kalian. Sudah pastinya masih ada banyak lagi kaedah-kaedah lain dalam kita nak menyatukan mentua dan menantu ini agar serasi bersama..

Baca Lagi..

Pesan Syeikh Syaarawi

Syeikh Shaarawi pernah berpesan kepada Presiden Mubarrak tentang soal kepimpinan. Tidak terlepas jugak setiap dari kita nanti akan ada yang menjadi pemimpin masyarakat. Pesanan ini jugak amat berguna kepada kita sebagai panduan untuk kita menjalankan amanah Allah kelak. Teman bawakan disini terjemahan ucapan Syeikh Shaarawi tersebut. Bukan teman yang terjemahkan tuh..hehehe...Video asal boeh kalian lihat di youtube..klik pada link ini yerk >>>


**********************************************************************************


Dan sesungguhnya aku Tuan Presiden,
Aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq.
Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.
Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya.
Samada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.
Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.
Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah.
Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka.
Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu.
Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).
Allah S.W.T telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah S.W.T kata?
“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan( Namrud).
(surah al-baqarah :258)
Maka kekuasaan itu Allah beri kepada sesiapa yang dia mahu.
Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah.
Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah.
Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah.
Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya.
Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.
Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.
Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.
Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Wayamkuruuna wayamkurullah.”
(dan mereka merancang(perkara yang jahat) dan Allah juga merancang.
Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.”
(Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga)
Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta.
Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.
Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya.
Wahai Tuan Presiden,
Aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!

اذا كنت قدرنا فليوفقك الله .. واذا كنا قدرك فليعنك الله على أن تتحمل..

“Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar).
Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).

Baca Lagi..

Baiti Jannati-2

Alhamdulillah..sebelum ini kita telah membincangkan perihal tanggungjawab seorang suami dalam usaha mewujudkan 'baiti jannati'..Insya Allah pada kali ini kita akan cuba membincangkan tanggungjawab yang diamanahkan kepada insan yang digelar isteri. Sebenarnya semua orang telah pun mengetahui akan tanggungjawab-tanggungjawab ini. Entry ini hanya sebagai untuk kita memanaskan balik kotak ingatan kita agar semua tanggungjawab itu terpahat di minda kita untuk selamanya.

Isteri adalah satu icon yang penting dalam usaha kita membina rumahtangga yang bahgia, sekiranya isteri tersebut adalah seorang insan yang memahami akan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu dalam sesebuah keluarga, insya Allah natijahnya akan lahirlah sebuah keluarga yang bahgia dan harmoni. Jika sebaliknya yang berlaku, si isteri mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga, usaha kita untuk mewujudkan rumah yang boleh diibaratkan sebagai syurga adalah amat jauh sekali.

Kita lihat satu mafhum hadis Rasulullah dimana baginda mengatakan bahawa rumahtangga yang bahagia lahir daripada isteri yang soleh, jiran yang baik dan kenderaan yang sempurna. Wanita adalah penentu baik buruk sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan masyarakat yang baik semuanya bermula daripada rumah. Lihatlah betapa beratnya peranan seorang isteri. Ini bukanlah bermakna si suami boleh berlepas tangan dalam soal mewujudkan sebuah keluarga yang bahgia. Tanggungjawab suami telah pun kita bincangkan sebelum ini. Kita cuba satukan matlamat itu dan disertai dengan perlaksanaan tanggungjawab oleh setiap individu dalam keluarga tersebut.

Wanita adalah seorang yang bersifat lemah lembut dan dianugerahkan oleh Allah dengan kehalusan dalam setiap perkara yang dilakukannya serta amat bersesuaian tugasnya sebagai pengasuh, pendidik, pembimbing anak-anak dan penghibur kepada suami. Tanpa peranan isteri, rumahtangga mungkin tidak akan terurus. Ini dapat kita lihat sebagaimana drama dan filem yang ditayangkan.

Maka oleh itu, tidak dapat tidak pasti ada tanggungjawab yang perlu diberi perhatian oleh isteri dan serta difahami benar-benar, dihayati dan dilaksanakan tanggungjawab tersebut agar rumahtangga yang bahagia dapat diwujudkan.

Pembantu keluarga.

Apabila si suami telah mendapat title sebagai seorang ketua keluarga, sudah tentulah tanggungjawab sebagai pembantu jatuh kepada si isteri. Isteri adalah sayap kiri kepada sang suami. Bayangkan seekor burung yang terbang hanya menggunakan sebelah kepaknya sahaja, pasti capek sedikit terbangan si burung itu. Burung yang kedua-dua sayapnya berfungsi suda pasti terbangnya lebih stabil dan aman.

Walaupun suami adalah insan yang dipertanggungjawabkan utk mengemudi segala perbelanjaan keluarga, pada pandangan diri teman adalah tidak salah sekiranya si isteri turut membantu agar ekonomi keluarga berada di tahap yang selesa. Teman berpandangan mengikut keadaan dan situasi yang mungkin akan teman hadapi nanti. Dalam dunia yang penuh cabaran dan ditambah lagi dengan kenaikan-kenaikan yang pelbagai ini, rasanya amat bertepatanlah bahawa si isteri juga harus bertanggungjawab dalam membantu suami utk memantapkan taraf hidup keluarga.

Sempurna akhlak dahulu sebelum kecantikan.

Semua kita memahami bahawa Allah tidak sekali-kali memandang kecantikan seseorang tetapi apa yang dipandang oleh Allah adalah akhlak dan amalan seseorang.

Lihat saja pada firman Allah yang bermaksud : ( Tidak AKU jadikan jin dan manusia itu selain untuk beribadah kepadaKU )

Alangkah baik sekiranya kecantikan isteri itu dapat diadun dengan akhlak yang baik yang sudah pastinya menjadi pilihan utama setiap insan. Untuk melahirkan wanita yang berakhlak baik, mereka perlulah dididik dengan akhlak yang sedemikian rupa agar meninggikan lagi taraf kamanusian dan sekaligus membezakannya dengan sifat kehaiwanan.

Isteri yang baik juga tidak akan mengambil harta dan wang suami tanpa izinnya. Sekiranya tidak mencukupi maka ambillah secara yang maaruf sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Abu Sufian; Rasulullah menasihatkan agar mengambil dengan maaruf dan yang berhajat sahaja. Isteri yang soleh juga akan mudah mengawal harta benda suami ketika ketiadaannya.

Malu.

Sifat malu adalah sifat fitrah utk setiap wanita. Malu seorang isteri adalah taat kepada suami dengan sebenar-benarnya selagi mana suaminya taat kepada Allah. Isteri akan diam semasa suami bercakap, membenarkan kata-katanya dan menghormati segala pesanannya. Bermuzakarah boleh juga diadakan tetapi ia perlu dikawal oleh akal kerana wanita itu berakal pendek walaupun mempunyai rambut yang panjang. Perbincangan yang mengikut nafsu syaitan dan sikap memberontak dan menghentak-hentak kaki yang akhirnya akan memporak-perandakan rumahtangga.

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya merekaitu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan.Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."

Dengan ini jelas membuktikan bahawa sifat malu dan taat kepada suami masing-masing adalah perkara penting di dalam pergaulan berumahtangga. Ia perlu dijaga, diawasi dan dikawal agar jangan sampai berlaku yang tidak sesuai denga kewanitaannya dan dilarang oleh agama.

Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan meghormati suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepda Allah s.w.t jua; dan murka suami bererti murkalah Allah kepadanya.

Teman rasa cukup setakat tu dulu, kita cuba sematkan dalam pikiran kita dan tekad utk mengamalkannya, insya Allah sekiranya kita dapat amalkan yang ini dahulu pasti usaha kita untuk lahirkan rumahtangga yang bahgia pasti akan mudah dan sudah pastinya dengan bantuan Allah.

Untuk akhirnya teman nak kongsikan antara tanggungjawab lain serta fadhilat kepada seorang isteri. Teman ambik ni kat internet. So rasa baik jugak untuk dikongsikan ngan kalian semua. Semoga fadhilat-fadhilat tu menjadikan kita lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab kita nanti.

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami :Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami :Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami :Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami :Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami :Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak :Fadhilat : isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yangberguna dengan didikan agama yang sempurna. maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain suami yg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan :Fadhilat : seolah-olah berzikir kpd Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya terus masuk syurga.

Baca Lagi..

Baiti Jannati-1

Sebagai seorang insan yang bakal bergelar suami nanti rasanya langkah teman untuk menulis antara tanggungjawab suami terhadap keluarga ini insya Allah akan menjadi sebagai satu panduan untuk teman nanti. Perkahwinan dan hidup berkeluarga bukanlah suatu benda yang mudah. Melangkahkan kaki ke alam perkahwinan menandakan akan bertambahlah tanggungjawab bagi seseorang itu. Bagi seorang yang bakal bergelar suami dan telahpun bergelar suami, tanggungjawab yang amat berat perlu kalian pikul. Setiap perlakuan yang menyalahi syarak yang dilakukan oleh isteri dan anak2 kalian terpikul di bahu kalian. Lihatlah betapa beratnya tanggungjawab tersebut. Janganlah kita endahkan tentang tanggungjawab yang perlu kita laksanakan itu.

Ketua Keluarga

Tanggungjawab pertama yang pasti dan wajib si suami tunaikan adalah sebagai seorang ketua keluarga. Suami adalah seorang yang bertindak sebagai pemerintah terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya sendiri. Maksud pemerintahan di sini bukanlah dengan sewenang-wenangnya dia memerintah setiap orang dirumah itu untuk mengikut telunjuknya. Maksud disini adalah dia mestilah bersikap bijak dalam mebuat sebarang keputusan untuk mengawal keseluruhan ahli keluarganya lantaran dia adalah seorang ketua bagi sebuah keluarga. Si suami perlu berlaku adil dalam pemerintahan nya agar seisi rumah berasa tenang dan ekoran daripada itu akan wujudnya sebuah keluarga yang bahgia.

Si suami itu tadi hendaklah bertanggungjawab juga terhadap keselamatan dan kebajikan setiap ahli yang berada di bawah jagaannya iaitu isteri dan anak-anaknya. Tanggungjawab ini adalah berat dan besar untuk dipikul. Maka oleh kerana itu suami perlulah bersedia untuk memikul semua tanggungjawab tersebut dan bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya itu.

Seorang ketua perlulah peka terhadap orang dibawah jagaan nya. Dalam konteks hidup berumahtangga ini suami perlu peka terhadap isteri dan anak-anaknya. Perlu peka terhadap aurat,masalah,kebajikan dan sebagainya. Yang terpenting adalah peka terhadap masalah keagamaan orang jagaannya. Kerana sekiranya orang di bawah jagaannya hanyut dalam dalam tipudaya dunia ini, dan ingkar dengan ajaran Islam, si suami ini turut akan terheret sama.

Firman Allah s.w.t bermaksud: (Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka) : al-Tahrim : 6.

Ayat yang diturunkan ini khusus ditujukan untuk insan yang bernama suami dimana para ulama berpendapat bahawa suamilah insan yang bertanggungjawab untuk menyelematkan anak isterinya dari dihumban ke neraka Allah nanti. Apakah yang dimaksudkan dengan menyelamat itu. Maksud menyelamatkan ahli keluarga itu adalah dengan mengajar mereka dengan ilmu-ilmu Islam agar hidup mereka di atas landasan Islam yang sebenar. Ingat tu Islam yang sebenar, bukan islam had hari yerk..hehehe..

Nafkah

Bab nafkah ni tak perlulah teman ulas dengan panjang lebar. Sebab teman rasa kalian semua dah tau yang seorang suami memang wajib memberi nafkah terhadap ahli kuarganya. Untuk isteri tercinta perlu diberi nafkah zahir dan batin. Untuk anak-anak pulak cukuplah nafkah zahir yang diberikan. Jangan jadi macam setengah orang zaman skarang nih..Anak sendiri pun dibantainya..

Soal nafkah ini perlu suami langsaikan dari segi pakaian nya,tempat tinggalnya dan segala keselesaan yang berpatutan dan mampu untuk si suami sediakan. Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya : memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah sama hukumnya dengan orang yang pergi berjihad ke jalan Allah. Wahai insan yang bergelar lelaki, ikhlaskan lah niat kalian walaupun kepenatan yang perlu kalian tempuhi dalam memenuhi tanggungjawab ini.

Penyayang

'Abang sayangkan sayang'...Seringkali kita lihat di kaca tv ungkapan ini di ucap oleh suami terhadap isterinya. Seorang yang penyayang bukan hanya melaungkan melalui ucapan sahaja malahan wajib dibuktikan melalui perbuatan dan tindak tanduk kita.

Seorang suami yang baik adalah mereka yang berlaku baik kepada isteri dan anak-anak mereka. Rasulullah bersabda : 'Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya. Dalam usaha untuk matlamat baiti jannati dicapai, rasa cinta dan kasih sayang perlu wujud dalam setiap ahli keluarga lebih-lebih lagi seorang ketua keluarga yang sedang kita bincangkan ini. Suami perlulah bersikap baik dengan isterinya serta melayan isterinya dan pandai menjaga hati isterinya.

Si suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap-sikapnya. Sekiranya ada terdapat kesalahan dan kelemahan dari pihak isteri jangan lah mudah untuk melenting. Biarlah si suami beralah sedikit asalkan si isteri tidak sampai ke tahap merosakkan peribadinya dan si isteri tidak sampai melakukan perkara yang melanggar syarak. Sekiranya perlakuan itu melampau tegurlah mereka secara berhikmah. Contohilah cara Rasulullah bagaimana baginda bersama isteri-isterinya.

Sabar

Dan yang seterusnya si suami perlulah banyak bersabar. Kehidupan berkeluarga ini memang tak lepas dari masalah dan ujian. Sekiranya berlaku sebarang perselisihan faham antara suami dan isteri, ada baiknya anda sebagai suami mengambil langkah untuk bersabar. Sifat bertimbang rasa, lemah lembut perlu ada pada diri suami. Walaupun kadang2 perkara yang diperselisihkan itu hanyalah perkara kecil. Janganlah pulak mudah untuk suami menengking dan memarahi si isteri.

Tambahan pula nanti akan sampai suatu masa si isteri sedang mengandung dan di saat inilah kadang-kadang kebanyakan isteri akan bertindak mengikut perasaan. So pada ketika ini si suami perlu memainkan peranan yang penting untuk memahami situasi si isteri dan melayan isteri dengan baik dan penuh rasa sabar. Ingatlah pengorbanan mereka yang sedang mereka lakukan itu. Janganlah disebabkan benda yang kecil sahaja rumahtangga akan menjadi porak peranda pulak nanti.

Teringat pulak teman pada bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh P.Ramlee dan Sarimah dalam filem 3 Abdul..

Sedangkan lidah lagi tergigit,
ini pula suami isteri.
Buang yang keruh ambil yang jernih,
baru teguh peribadi.

Demikianlah antara tanggungjawab dan perkara yang perlu si suami lakukan dalam usahanya untuk membina kerajaannya yang baik demi mencapai matlamat baiti jannati. Masih ada banyak lagi yang perlu diperhatikan, insya Allah kita akan perbincangkan semua itu sedikit demi sedikit.

Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya dan tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab mereka terhadap Islam. Anda wahai insan yang bernama lelaki adalah ketua dan pembimbing kepada ahli keluarga anda. Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami itu jelaslah bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga.

Baca Lagi..

Friday, February 6, 2009

Ini azam teman..


Sakit hati dan panas hati teman melihat tragedi yang melanda negeri teman dek kerana pemimpin-pemimpin bangsat nih..ya Allah..aku berjanji..suatu hari nanti akan terbalas juga segala perlakuan mereka ini..ini janji teman..walau aper pun terjadi..demi Islam dan keadilan untuk rakyat..akan teman perjuangkan...jom smua pejuang-pejuang kebenaran..

Baca Lagi..

Thursday, February 5, 2009

Aku Pun Resah..

Taktau la knapa hati ni seakan resah dan bimbang dengan kemelut politik yang sedang melanda Perak skarang nih...ikutkan hati kalo banyak duit teman nih..nak jer teman terbang pulang ke Malaysia untuk bersama pejuang kebenaran di sana..

Apakan daya..aku hanya mampu berdoa disini semoga Allah selamatkan kerajaan negeri Perak..semua sudah pasti ada hikmahnya..itu sudah semestinya..cumer kita sebagai hamba Allah ini..walau apa pun dugaan dan cabaran..fight must fight...

Kepada pejuang kebenaran yang sedang berkubu di Perak skarang nih..teman doakan kalian tabah menempuh dugaan ini..semoga usaha-usaha kalian dirahmati Allah..

Takbir..........Allahuakbar !!!

Baca Lagi..

Rasuah Perosak Ummat

Terkedu teman bila mendengar berita dari negeri kelahiran teman Perak..inilah dunia politik..sekiranya kita gunakan jalan yang kotor..maka kotorlah politik itu..kita punya jalan politik Islam yang betul..bermacam cara digunakan oleh pihak kerajaan dalam nak merampas kuasa pemerintahan di Perak ni kan..last-last dengan duit jugak lah mereka dapat membeli adun kat Perak tuh..

Bila mana diri kita tidak diletakkan atas landasan yang betul untuk berjuang..sebab itu lah mudah nya kita tertewas dengan habuan dunia ini..siapa taknak RM10 juta kan..makan untuk 5 keturunan pun tak abis lagi..inilah rasuah..

Rasulullah pernah bersabda yang diriwayatkan oleh at-Thobrani yang bermaksud :

“ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka ”.

Rasuah ni adalah satu penyakit yang makin merbak teruk dikalangan masyarakat kita pada hari nih..tidak ada negara yang boleh mengeluarkan kenyataan bahawa negara mereka bebas dari rasuah..demikian jugak lah dengan negara Malaysia kita nih..indeks rasuah dalam negara kita adalah yang tertinggi diantara banyak-banyak negara..

Rasuah dalam perspektif Islam sudah jelas lagi bersuluh akan keharamannya..Ini berdasarkan dalil yang Qat’ie dari Al-Quran, As-Sunnah dan ijmak ulama’..Dalam Al-Quran Allah telah menggariskan perihal rasuah ini. Allah telah berfirman yang bermaksud :

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya) ”.

Satu sebab amalan rasuah ni berlaku adalah kerana bernafsu besar dan adanya sikap tamak haloba..serta mahu mendapat sesuatu dengan jalan yang mudah..kita amat bimbang sekiranya pemimpin-pemimpin yang bergelumang dengan gejala rasuah ini terus menerus memimpin negara dan kini mahu merampas Perak pula.

Sama ada disedari atau tidak bahawa mereka yang terlibat dengan jenayah ini sebenarnya mengakibatkan beberapa kesan buruk seperti pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan berleluasa kezaliman dalam masyarakat. Dengan demikian golongan yang paling malang dan rugi ialah golongan yang berpenat lelah mencari rezeki halal menggunakan tulang empat kerat seperti para petani, nelayan, penoreh getah, penarik beca dan kumpulan dhaif yang lain yang tidak mengerti apa-apa tentang pengurusan harta negara.

Satu kesan yang paling buruk dan jarang kita pedulikan daripada gejalan rasuah ini adalah soal ibadat kita kepada Allah..Nauzubillah min zalik..mintak jauh ya Allah untuk aku berhadapan dengan situasi diberi jutaan ringgit nih..bimbang-bimbang suatu masa nanti teman pun akan diuji dengan ujian berupa wang ringgit nih. Dengan habuan keduniaan ini ramai orang akan tertewas..

Perlu kita ingat bahawa mereka-mereka yang melakukan amalan rasuah ni doa dan amalan mereka tidak diterima Allah..ini adalah kerana kita hidup dengan menggunakan sumber yang haram..rugi kan kita..disebabkan habuan dunia tersebut, segala amalan kita tidak diterima dan kita makin lama makin jauh dari rahmat ALLAH..

Oleh yang demikian, gejala rasuah ini perlu sama-sama kita banteras..sebagai rakyat yang bijak..marilah sama-sama kita memilih pemimpin yang berjiwa islamik agar dapat membimbing kita ke arah rahmat Allah..kita nilai lah sendiri dengan hati dan fikiran kita..insya Allah kita akan nampak apakah yang kita cari dalam hidup kita di dunia ini..

Teman mengingatkan diri teman dan sahabat-sahabat sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT di samping berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai serta kita hidup dengan berbekalkan sumber rezeki yang halal.

ISLAM is The Future .....

Baca Lagi..

Wednesday, February 4, 2009

Selamatkan Perak ya Allah..

Ya Allah..hanya padaMu tempat kami berserah..selamatkan lah pemerintahan Perak daripada terjatuh semula kepada pemimpin yang korup..sekiranya tampuk pimpinan dapat pada ameno yang korup..ia adalah yang terbaik pada perancangan Mu ya Allah...

Baca Lagi..

Khidmat Penghantaran Kargo

Berita baik buat teman-teman di Muhafazah Damanhour..sesiapa yang ingin menghantar kotak kargo ke Malaysia..boleh lah berurusan dengan teman…hubungi teman di :

YM : ibnuwalidaini

Emel : ibnuwalidaini@yahoo.com

No Fon : 010-7742388

Harga adalah mengikut harga pasaran semasa..iaitu :

USD 30

LE 170

RM 120

Kepada kalian yang berminat..boleh hubungi teman sekarang..dan sampaikan jugak kepada sahabat-sahabat kalian..

Baca Lagi..

Monday, February 2, 2009

PRK pulak ker??



Ermm kalian baca sendiri la yerk kat harakahdaily..teman malas nak mengulas panjang-panjang..baca betui2 dan hayati dengan mendalam..gunakan akal yang Allah anugerahkan itu sebaik mungkin..insya Allah kalian akan nampak sandiwara dan permainan kotor oleh ameno...apakah pilihan raya kecil akan berlaku lagi..sekiranya berlaku insya Allah kita doakan agar perjuangan yang mahukan keadilan mendapat kemenangan lagi..

Rakyat sekarang bukan rakyat yang bodoh lagi dah...ni ler rencah dalam perjuangan..rasanya penat berkampung di Terengganu tak abih lagi dah nak kene berkumpul di Perak pulak..aper-aper pun selamat berjuang wahai pejuang-pejuang semua..demi perjuangan penat kene kita lawan..insya Allah penat dan lelah akan terbalas dengan kemenangan..amin..

Kita pakat-pakat tolak pemimpin yang korup..semoga pemimpin yang mengutamakan keadilan kepada rakyat menang hendaknya..tunggulah rakyat Perak..pelbagai janji dan projek akan masuk nih..alhamdulillah durian runtuh untuk rakyat diluar musim..

Orang beri kita ambik..tapi time pangkah..ingat PAKATAN RAKYAT..takbir !!! ALLAHUAKBAR !!!!

Baca Lagi..

Hancurkan israel laknatullah..


Meh kita sama-sama baca qunut nazilah utk Palestin meh..semoga Allah berikan kemenangan pada pihak Islam...hancurkan israel laknatullah.....hancurkan israel laknatullah..

Baca Lagi..

Sunday, February 1, 2009

Kempen Berjimat-Cermat utk Diriku

Dah sebulan rupernya teman kat Pelembahan Nil ni..tak sedar nya cepat betul masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah pun sebulan..dah pun 1 Februari 2009 hari nih..

Tahun ni tak sempat teman nak melawat maarad kitab di Cairo. Urusan visa yang tak siap-siap lagi mengikat kaki teman untuk tidak bergerak keluar dari Damanhour nih. Tapi insya Allah dalam seminggu lagi dapat la visa teman nih. Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas sampai 4 bulan teman berulang alik ke ‘jawazat’.

Ada baiknya jugak urusan visa ni lambat sket siap..sekurang-kurang nya dapat jugak teman savekan perbelanjaan teman. Dalam kuarga teman, semua dah masak sangat ngan perangai teman ni yang sedikit boros. Dah banyak kali dinasihat dan dipesan. Tapi ada jer benda nak dibuat. Skang ni bila keadaan dah mendesak baru la kelam kabut teman nak berjimat. Hehehe…

“Yop..nak kahwin ni memang orang kene berdikit-dikit. Semua benda yang tak perlu ketepikan dulu. Tambah pulak macam yop yang masih blajo nih” teringat pada nasihat ayah masa teman tepon ayah baru nih.

Ehh naper pulak ayah cakap nak kahwin kene jimat..aper teman dah nak kawin ker..hehehe..kita tunggu dan lihat sajalah macam maner perjalanan hidup teman pada masa akan datang..takder saper yang taknak kawin rasanya..mungkin jugak dah hampir ke alam perkahwinan kot teman nih..kalau jauh pun..tak jauh sangat la tuh..hehehe..

Maner teman nak dapatkan duit dalam masa yang singkat tapi dengan jumlah yang banyak..cuber kalian bagi idea sket..tadi dah try nak rompak bank..tapi ramai pulak polis kawal arinih..hehehe..cam tau-tau jer teman nak rompak bank dia..Yop..takkan nak kahwin sampai ko nak merompak kot..agak-agak la bro..

Sebut pasal kahwin ni kan..kalian dah decide ke dalam diri kalian bila kalian nak kawin..macam teman cakapkan tadi..semua orang nak kawin..soal kahwin ni sebenarnya memerlukan keyakinan tahap maksima untuk kita menempuhinya..

Teman ambik contoh pada soal pemilihan calon pasangan hidup kita. Seandainya dalam diri kita masih ada ragu-ragu lagi sama ada kita mampu hidup dengan dia atau tidak..itu bermakna kalian belum bersedia nak kahwin lagi la tuh..yang kita nak nya biar apa pun terjadi..inilah pilihan aku..apa-apa jadi selepas ini akan ku tanggung dan akan ku tempuh jua..haa kalo dah bertekad macam tuh..persilakan lah..tepuk dada tanya lah hati masing-masing macam maner..

Semoga kita semua diberi kejayaan dalam menempuh hari-hari yang mendatang nih..sama-sama kita doakan yerk..doakan jugak utk teman nih..supaya dapat teman tamatkan pengajian teman tahun ni..

Baca Lagi..

Pelik..tapi benar..


















Baca Lagi..

Bestnyer kalau dapat kembali zaman bebudak


"Yop, kalo yop dapat patah balik ke masa lampau, yop nak patah balik ke umur berapa ? " soal Husna adik teman yang no 3.

"Yop la kan..kalo la betui-betui leh patah balik..rasanya nak patah balik ke zaman skolah rendah la " jawab teman pada dia.

"Sebab apa nak balik ke zaman skolah rendah" soalan diajukan lagi pada teman.

"Sebab zaman skolah rendah nih..takder pikir aper-aper pun..pikir nak main jer " teman memberikan alasan mengapa zaman itu yang menjadi pilihan teman.

Si Izzah adik teman yang no 2 mencelah " ermm betui-betui...ingat masa zaman skolah rendah dulu selalu race basikal ngan yop..tiap kali race yop jer menang"

Camtu lah kami adik beradik kalo berkumpul semua. Pasti akan mengungkit semula sejarah silam di zaman kanak-kanak dahulu. Tapi semua itu tak mungkin akan kembali lagi. Kerana hakikat kehidupan kita adalah makin hari makin tua. Makin hari makin kita hampir kepada kematian.

Dulu masa teman kecik-kecik teringin nak beli kereta mainan tau..tapi tak dapat..maklum la adik2 dah 4 orang kat bawah nih..so banyaknya teman kene ler beralah sket ngan adik-adik..bila dah berumur sket nih..jadi minat pulak kumpul kereta mainan...balas dendam sebab tak dapat kumpul masa kecik2 dulu..hehehe..

Sukanya masa kecik-kecik dulu kan..kita dah tinggalkan zaman tuh..insya Allah anak-anak teman pulak la yang akan mewarisi kenakalan teman masa kecik tu nanti..adui terima la balasan kenakalan miker tu nanti yop wei...

Baca Lagi..