Saturday, January 31, 2009

Kiamat yang Dilupakan

Tetiber ingatan teman mengimbau kembali kenangan semasa teman mengajar di SMG masa balik bercuti baru-baru nih.. walaupun anak didik teman ni sedikit nakal..tetapi bila disebutkan soal azab neraka dan nikmat syurga mereka seolah sedang membayangkan di kotak fikiran masing. Bila disebut tentang azab neraka dapat teman lihat riak wajah mereka yang sedikit runsing dan bila disebut perihal syurga pula, teman dapat melihat senyuman dari mereka semua diselangi dengan pelbagai soalan untuk teman. Itulah anak-anak murid teman. Dalam usia mereka yang baru menjangkau 14tahun masih jauh perjalanan yang mereka perlu lalui. Lantaran itu mereka perlu dibimbing dengan sebaiknya agar mereka semua tiba ke destinasi dengan selamatnya.

Itu berkaitan anak didik teman..diri teman sendiri pun perlu teman peringatkan tentang perjalanan hidup teman nih. Entah esok atau lusa Allah tarik nyawa kita. Apa la nak dijawab nanti dihadapan Allah bila dipersoalkan dengan amalan yang kita telah lakukan selama hidup kita ini.

Nanti kita semua akan menempuh satu kehidupan yang abadi iaitu kehidupan di padang mahsyar. Hari akhirat ialah hari dimana kita semua akan dibangunkan semula setelah kita dimatikan dan dihimpunkan di suatu tempat yang dinamakan ‘Padang Mahsyar’. Disini kita semua akan menghadapi perbicaraan dan timbangan amalan kita selama mana kita hidup di dunia ini. Selesai amalan kita dihitungkan, dapatlah kita ketahui sama ada kita berjalan menuju syurga ataupun kita dihumban ke neraka Allah..waliyazubillah..ini adalah perkara asas yang wajib kita percaya seperti mana yang kita lafazkan di dalam rukun iman yang 6 itu untuk membuktikan aqidah kita supaya dapat membimbing hidup kita ke jalan yang diredhai Allah.

Sudah banyak kali teman ulangi perihal keadaan semasa dunia kita hari ini. Walaupun dunia kita makin hari makin moden tetapi hati-hati manusia yang mendiami dunia ini sebenarnya makin jauh dari Allah. Betapa bimbangnya kita pada hari ini bilamana melihat sudah ramai yang hidupnya terkeluar dari landasan syariat Islam.

Kalian sendiri pun pasti sudah masak benar dengan keadaan mayarakat kita yang kebanyakannya melebihkan kehidupan dunia tanpa mempedulikan tentang nasib kehidupan setelah mati nanti. Demi keseronokan dunia yang sementara ini, nafsu syahwat dipertuhankan. Ada yang secara terang-terang melakukan kezaliman. Fenomena seks bebas, mabuk arak, perjudian, hiburan yang keterlaluan dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Keadaan ini terjadi adalah kerana mereka semua lupa bahawasanya pada suatu masa nanti segala perlakuan dan amalan kita akan dibicarakan. Bila hidup untuk akhirat dilupakan beginilah jadinya.

Dalam Quran ada banyak peringatan dari Allah tentang hari kiamat ini. Al-Quran mewajibkan kepada seluruh umat Islam untuk meyakini akan kewujudan hari kiamat ini walaupun kita tidak tahu bilakah kiamat ini akan berlaku.

Teringat apa yang teman sebutkan pada murid-murid teman berkaitan hari kiamat ni. Suatu suasana yang betul-betul dahsyat dan menggerunkan. Ada yang kelihatan seperti orang mabuk walaupun sebenarnya Mereka bukanlah mabuk. Ibu-ibu yang sedang menggendong pula akan terus keguguran kerana ketakutan. Begitu juga anak-anak yang sedang menyusu akan tercampak dari pelukan ibunya dan dilupakan begitu sahaja oleh ibunya.

Allah berfirman yang bermaksud :

Apabila matahari dilingkari cahayanya ( dan hilang lenyap ), apabila bintang-bintang gugur berselerakan dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa ( setelah dihancurkan menjadi debu )- Surah At-Takwir ayat 1-3

Kalian pun pasti pernah mendengar cerita berkaitan hari kiamat ni kan. Ada yang digambarkan berjalan kepala di bawah dan kaki di atas, ada yang merangkak, dan bermacam-macam lagi dalam keadaan panas dimana matahari hanya sejengkal dari ubun-ubun kita. Ada dari kita nanti yang tenggelam dalam peluh yang banyak dan busuk. Semua ini bergantung kepada tahap amalan kita semasa kita hidup di dunia ini.

Rasulullah jugak pernah bersabda dalam hadis yang agak panjang. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibni Ammar r.a bahwa Rasul Allah S.A.W memberitahu yang manusia akan dibangkitkan kembali antuk bertemu dengan Allah pada hari kiamat sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang bulat. Siti Aisyah Radiallahuanha bertanya: Lelaki dan perempuan berkumpul sama ya Rasul Allah?. Jawab Rasul Allah S.A.W: Ya!. Siti Aisyah berkata: Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat setengah daripada setengah yang lain. Rasul Allah S.A.W menepuk bahu Aisyah dengan bersabda: Kesibukkan manusia pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu, kebanyakkan pandangan mereka pada saat itu mengarah ke langit, berdiri selama empat puluh tahun tidak makan dan tidak minum, ada yang berpeluh sampai ke tumit, betis, perut dan ke mulut kerana lamanya berdiri. Kemudian berdiri para malaikat mengelilingi Arash lalu Allah menyuruh menyeru NAMA fulan bin fulan. Maka semua yang hadir melihat orang yang dipanggil untuk mengadap Allah S.W.T dan apabila ia sudah mengadap Allah, lalu dipanggil orang-orang yang pernah dianiaya dan dizaliminya untuk diberikan kebaikannya kepada orang tersebut kerana pada saat tersebut tidak ada pembayaran dengan emas atau perak. Semua orang yang pernah dianiaya dan dizalimi menagih kebaikan darinya sehingga habis kebaikannya, lalu diambil dosa-dosa orang yang dianiaya dan dizalimi tersebut untuk dipikulnya. Kemudian setelah selesai semuanya maka diperintahkan Allah kembalilah ketempatmu ke Neraka HAWIYAH kerana pada hari ini tidak ada penganiayaan. Sesungguhnya Allah amat segera perhitungannya dan pembalasannya. "

Keyakinan kepada hari kiamat akan memberi kesan yang sangat mendalam ke dalam jiwa setiap orang islam dalam usaha mencapai matlamat kehidupan yaitu mendapat kecemerlangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan meyakini bahawa pada hari kiamat kita tetap akan dihimpunkan di padang Mahsyar untuk dibicarakan dimahkamah Rabbul Jalil di atas segala tindak tanduk dan amalan yang kita lakukan semasa hidup di dunia dan akan menerima pembalasan yang setimpal dan adil saksama dari Allah. Oleh itu bersegeralah kita mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T dengan sentiasa mentaati semua perintah Allah serta meninggalkan segala larangannya yang merangkumi seluruh aspek kehidupan yang merangkumi dasar perjuangan, perncangan termasuk cara berfikir, cara bertindak dan cara mencapai sesuatu tujuan dan matlamat. Marilah kita warnakan seluruh aktiviti kehidupan kita dengan sistem hidup yang digariskan oleh Allah S.W.T dan sekaligus meninggalkan segala bentuk fahaman dan amalan akhliah yang bercanggah dengan syariat Allah.

Allah berfirman dalam surah Al-Zalzalah ayat 6-11 yang bermaksud :

Setelah berlaku demikian maka ( manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing ), adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya ialah HAWIYAH. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia HAWIYAH itu? (HAWIYAH itu ialah) api yang panas membakar. "

Baca Lagi..

Polis dapat kereta baru daa...



Wow..makin mantap kereta bang polisi kita skang nih yerk..semua dah jenis power-power gitu..volvo ngan mitsubishi evo diorang dapat tuh..naper tak digunakan ajer kereta buatan tempatan tuh..


Bila la agaknya Malaysia akan wat kereta yang setaraf dengan kereta-kereta tersebut yerk..lepas ni polis leh la kejar penjenayah betui-betui..yang selama hari nih banyak rasanya penjenayah,perompak,perogol terlepas..bagi kereta ganaz-ganaz pun kalau mutu kerja tak meningkat..takder gunanya..

Apa-apa pun selamat menjalankan tugas untuk abang polisi kita..semoga kalian menjalankan kerja dengan penuh amanah selari dengan motto PDRM 'Cekap , Bersih , Amanah'...

Baca Lagi..

Letih.....

Letih betui pagi nih…lepas solat subuh tadi dok baring-baring..ingatkan nak lelapkan mata kejap..tapi takleh lelap pulak mata teman nih..tetiber ahli bait teman ajak pi main bola kat istad…terpikir jugak nak pegi ker tak tadi..maklum la dengan cuaca di luar yang sejuknya menangkap tulang sumsum..tapi bila memikirkan dah lamer tak berpeluh badan teman nih..teman gagahkan kaki ini utk pegi jugak..

2 jam main tadi..ada jugak la buah tangan bawak balik..ehh bukan buah tangan..buah kaki..aper lagi..salah urat la kaki nih..ermm abis sakit seluruh badan..dah hampir 5 bulan tak turun padang..aper lagi..semput awal la tadi..

Balik-balik tadi terus pi beli beras..mengusung guni beras pulak dah..sampai umah terlentang terus..memang penat betui rasanya pagi tadi..balik umah dah kul 11 lebih..kalo tdo masa tuh lambat ler jawabnya solat zohor..nak taknak tunggu la masuk waktu dulu…

Letih setara mana pun kita..sekiranya urusan agama kita kene gagahkan jugak diri kita untuk lakukan nya..

Macam tu la dalam usaha dakwah ni kan..dalam nak berdakwah nih kita takleh kenal erti penat dan lelah tuh..selagi ada kudrat kene gerakkan tulang 4 kerat ni utk jalankan usaha dakwah..

Dunia kita pada hari ini makin hari makin teruk..kalau Allah nak turunkan bala dah boleh sangat dah..takut rasanya dengan suasana hari ini..taktau la kalo kalian tidak merasakan apa yang teman rasakan nih..ya Allah..jauhi seluruh ahli keluargaku dari terjebak ke arah kancah maksiat kepadaMu..amin ya Rabb..

Menyebut soal keletihan ni..sudah pastilah bagi seorang daie tidak boleh menjadikan letih ini sebagai alasan utk berhenti dari melakukan kerja-kerja dakwah…usaha dakwah ini tak kenal erti letih..

Mengenangkan keruntuhan akhlak muda-mudi kita sekarang ini..teman rasa terpanggil untuk membincangkan perihal dakwah kepada mereka ini.. mereka-mereka itu perlu diselamatkan..kerana mereka lah yang bakal menggantikan kepimpinan yang sedia ada setelah yang sedia ada ini pergi menemui Allah..kita selalu dengar pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara..dalam kita nak merealisasikan ungkapan tadi tuh..bukan lah semudah yang kita sangka.

Tambahan pula keadaan sekeliling yang lebih banyak mengajak kepada keburukan dan maksiat menambahkan lagi kesusahan kita dalam nak mendakwah mereka utk kembali ke jalan Islam..

Sebelum kita meneroka lebih jauh dalam bab dakwah kepada remaja ini..ada baiknya kita kenali siapakah remaja ini terlbih dahulu..

Remaja boleh kita fahami mereka-mereka dalam usia sedang meningkat dewasa.. dalam usia sebegini kebanyakan dari mereka sentiasa ingin mencuba..mereka pantang ditegur adakalanya..mudah melenting dek kerana darah mudanya..ada antara mereka boleh dibawa berbincang tetapi perlu kepada satu kaedah yang bijaksana keran mereka ini masih mentah dek kerana kurangnya pengalaman hidup..

Adakalanya mereka merasakan diri mereka tidak dihargai. Dikala itu lah terjadinya keadaan dimana mereka mahu mencari jalan hidup sendiri untuk membela dan mempertahankan harga dirinya. Disinilah terjadinya penentangan kepada nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat. Mereka merasakan mereka ingin hidup bebas, dan mahu lepas dari kongkongan keluarga dan masyarakat. Sebab itu lah kita lihat pada hari pelbagai macam masalah yang dilakukan oleh remaja. Dari sekecil-kecil masalah hinggalah ke besar-besar masalah seperti perlakuan seks bebas dan sebagainya. Semua ini adalah kerana pengaruh persekitaran dan jugak pengaruh rakan sebaya di sekelilingnya.

Bila seorang remaja sudah merasakan ada tanggungjawab terhadap dirinya. Dia merasakan mampu untuk melawan sepak terajang dalam kancah dunia hari ini dan mempunyai falsafah dan prinsip hidupnya sendiri. Maka pada masa itulah remaja tadi dapat kita katakana sebagai dewasa.

Sebagai muslim, kita mahukan anak remaja kita sentiasa dibawah lindungan rahmat Allah. Kita mahu wujudkan generasi pelapis seperti yang disabdakan Rasulullah dari Abu Hurairah :

Ada tujuh golongan manusia yang Allah akan menaungi mereka di hari kiamat, dalam naungannya pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya iaitu pemimpin yang adil dan anak muda yang tumbuh atau menjadi dewasa dalam keadaan selalu mengabdi kepada Allah swt dan seorang yang hatinya tergantung di masjid dan dua orang yang kasih mengasihi mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah dan seorang laki-laki yang diajak berzina oleh seorang perempuan berpangkat atau bangsawan lagi cantik pula tetapi ia menolak dan berkata: Sesungguhnya aku takut pada Allah dan seorang yang selalu ingat kepada Allah di kala berkhalwat hingga kedua matanya mencucurkan air mata.”- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Usaha dakwah kepada remaja ini tidak boleh tidak memerlukan kita sentiasa berdamping dengan mereka. Rata-rata yang teman jumpa di Malaysia adalah kerana mereka merasakan rumah bukan lah tempat yang tenang untuk mereka. Lantas mereka mencari ketenangan di luar yang kita tahu lebih banyak keburukan nya dari mereka berada di rumah.

Maka teman mengajak sahabat-sahabat sekalian, kita sama-sama dampingi mereka ini. Mereka ini jangan kita lihat dengan pandangan yang serong. Kita tidak tahu bahawa hidayah Allah akan sampai kepada mereka bila dan bagaimana. Mungkin dek kerana maksiat yang dilakukan olehnya membuatkan dia insaf diri pada suatu hari nanti. Sebab itulah teman mangajak diri teman sendiri khususnya untuk mengambil inisiatif bersahabat dengan mereka dalam usaha kita untuk berdakwah.

Justeru itu, diri kita sendiri perlu dipersiapkan dari segi mental dan fizikal supaya jangan diri kita pula yang terjebak ke kancah maksiat. Masih banyak lagi kaedah lain yang boleh kita lakukan. Pada teman, ini salah satu kaedah yang penting iaitu sentiasa berdamping dengan mereka.

Teringat teman sewaktu pulang ke tanahair tahun 2007 dulu. Teman bersama kawan ke kota bharu. Masa tu bulan puasa. Kawan-kawan yang ikut ni sebenarnya jarang berpuasa. Hari tu pun sebenarnya mereka taknak puasa. Tapi dengan nada gurau teman cakap ‘hangpa taknak puasa boleh, tapi turun jalan kaki la’..tergelak diorang biler teman cakap camtu. Ada yang mencelah, ‘opsss lupa pulak berjalan ngan ustaz’..

Sepanjang perjalanan tu teman mendengar kisah mereka. Ada yang mintak ditunjuk ajar. Antara lain mereka cakap. Kebanyakan orang menegur mereka dalam keadaan marah-marah. Menyebabkan mereka merasakan mereka terhina dan mereka merasakan yang bercakap itu rasa diri dia lebih baik dari mereka..

Sebab tu teman mengajak sahabat sekalian utk berkawan dengan mereka. Mereka sebenarnya mahu kembali kepada jalan hidup Islam. Cuma tiada bimbingan yang mereka dapat. Tidak cukup sekadar kuliah di masjid. Ingatlah..jangan kita hina dan hujum mereka ini.

Kita bukanlah nak cakap diri kita baik. Tapi kita berusaha ke arah kebaikan. Maka dalam usaha kita menuju ke arah kebaikan tuh, ada baiknya kita bawak bersama sahabat-sahabat kita yang diluar sana.

Teman berpandangan sedemikian mungkin kerana di sekeliling teman adalah sahabat-sahabat yang punya masalah dan kurang pengetahuan agama. Teman tahu inilah tanggungjawab yang perlu teman pikul. Amanah yang Allah berikan dengan meletakkan teman di kalangan mereka mesti teman tunaikan sebaik yang mungkin.

Ya Allah..bantulah usaha kami dalam mengajak mereka-mereka ini kembali ke jalanMu ya Allah..Engkau Yang Maha Berkuasa untuk memberi hidayah kepada mereka..Amin..

Baca Lagi..

Wednesday, January 28, 2009

Islam dijunjung..

Ingatkan abih exam nih..leh la dok rumah rehat-rehat sikit..rupernye tak jugak dapat rehat..sibuk dalam urusan nak menyetelkan visa dan urusan permohonan zakat teman..nak berurusan ngan arab nih..kadang-kadang leh sampai tahap tension ngan perangai diorang nih..tapi apakan daya…ini negara mereka..kita terpaksalah ikut adat dan suasana dimana tempat kita berada kan..apa kata orang tuh..’dimana bumi dipijak..disitu langit dijunjung…’

Teman rasa nak ubah sket la peribahasa tu..leh tak..harapnya dewan bahasa tak marah kat teman la yerk..

Teman nak ubah jadi ‘dimana bumi dipijak..disitu Islam dijunjung’…

Sekiranya kita peka dan pegang pada apa yang teman tulis tuh..insya Allah kemana pun Allah letakkan kita..kita tidak kesampingkan perihal keagamaan dalam hidup kita..dalam apa jua keadaan sekalipun, hanya Islam yang dapat membantu kita. Hanya Islam yang dapat membuatkan seseorang itu berjaya.

Berjaya di dunia tanpa ada rahmat dari Allah dek kerana kita ketepikan perihal keagamaan..tidak ada gunanya..kejayaan dan kekayaan yang kita perolehi itu hanya istidraj dariNya..

Sekiranya Islam kita junjung tak kira di mana kita berada..mana mungkin kita berani untuk melakukan dosa padaNya..terlalu ramai pada hari ini hatta diri teman sendiri pun sentiasa lupa sebenarnya..lupa bahawa setiap gerak geri kita sedang diperhatikan dan segala perlakuan kita dicatit amalannya..

Oleh kerana kelalaian inilah banyak kita dengar..kat sini tak tutup aurat..kat situ makan rasuah..kat sinun buang anak..kat sana berjudi..semua ni disebabkan kita lupa akan pencipta kita..kita tak junjung Islam dalam kehidupan kita..

Islam agama yang indah..tapi pelik kenapa ramai yg tak boleh nak ikut cara hidup Islam..jawapan nya teman rasa adalah kerana apa yang Islam mahukan tidak selari dengan kehendak nafsu kita..nafsu yang sentiasa mengajak kepada kemungkaran..

Islam kata jangan ambik rasuah..nafsu kata ambik jer..ini ler masanya kamu nak kumpul harta dengan jalan yg senang..kalau kamu kaya orang akan bangga melihat kamu..Islam kata tutuplah aurat kamu..nafsu pulak mencelah..ishh aper yang susah2 nyer...iman tu dalam hati..pakai bertudung likup pun..tapi jahat wat aper..lagipun panas la kalo tutup-tutup aurat nih..

Tak malu ke kita pada Allah..setiap kali semayang kita mengaku dan berjanji pada Allah dalam doa iftitah yang kita baca..lain la semayang pun kita tak tunaikan..

Allah berfirman yang bermaksud : Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Al-An’am ayat 162.

Ingatlah kita bahawasanya setiap apa yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan dan ganjaran dariNya..

Allah berfirman yang bermaksud : Sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).Al-An’am ayat 160.

Maka sedarlah kita bahawa kemana pun kita pergi..Islam mesti menjadi junjungan kita..tidak boleh disatu-satu tempat kita ketepikan Islam oleh kerana bimbang akan pandangan sekeliling..kita masih punya hidup yang kekal abadi di akhirat kelak..dunia ini hanya persinggahan..maka gunakan kesempatan yang ada untuk mencari redha Allah..semoga di akhirat nanti kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..amin..

Baca Lagi..

Sunday, January 25, 2009

Istiqamah dan tawakkal...

Pesanan buat diri teman sendiri..kekosongan waktu tanpa kelas lagi ini perlu diisi dengan perkara yang berfaedah..

Yang penting jangan hentikan amalan2 kita sebelum dari kita menghadapi peperiksaan dulu..kadang2 kita alpa dan lalai..terbuai dengan kalimah merdeka..kita pun lupa yang kita masih perlu istiqamahkan amaln kita padaNya..

Teman bercakap berpandukan pada diri teman sendiri..tahun2 yang lepas begitu lah teman..habis jer exam jadi kurang pengharapan kita pada Allah sebab lalai dengan perkara2 luar..

Untuk kali ini marilah teman mengajak diri teman terutamanya dan kalian sahabat-sahabat yang ku sayangi..kita sama-sama tambahkan amalan kita walaupun ujian tersebut telah selamat kita lalui..biarlah amalan yang kita lakukan itu benar2 ikhlas untuk mencari keredhaanNya..dengan keredhaan Nya sahajalah yang akan menentukan sama ada kita menemui kejayaan ataupun kegagalan yang kita kecapi..

Perbanyakkan lagi solat hajat kita..panjangkan lagi doa kita..banyakkan lagi solat sunat taubat kita..inilah masanya Allah nak uji kita sebenarnya..sama ada pengharapan kita padaNya diteruskan atau tidak..

Baca Lagi..

YuuuuHuuuuu...

Apehal pulak dah budak yop nih..tajuk posting lain macam jer hepi nya tuh...

Ermm tu la..takder ler gembira sangat pun..cumer rasa hilang sedikit beban sebab baru jer tadi abis exam untuk madah adab & balaghah..walaupun dah abis tapi kene tunggu result kuar dulu baru leh hepi betui2..ni hepi sebab dah abis exam jer la..dalam hati ni penuh dengan kerisauan lagi sebenarnya..

Lagipun ada lagi yang perlu teman tumpukan untuk fasa 2 nanti..start esok dah nak kene perangat balik hafalan nih..dan nak kene hafal maner yang belum hafal lagi..ada 2 madah lagi untuk teman harungi sepanjang 4 bulan yang akan datang nih...

Bukan nya lamer sangat pun 4 bulan tu..pejam celik jer dah nak exam pulak dah kan..

Apa-apa pun terima kasih teman ucapkan pada kalian yang mendoakan teman..semoga doa2 kalian akan sentiasa dimakbulkan Allah...

Malam ni nak tdo ngan lena dulu..dah lamer tdo teman diiringi kerisauan jer..hehehe..

Baca Lagi..

Thursday, January 22, 2009

Apa itu cinta??

Seminggu nih banyak beno teman terima kes cinta dari kengkawan..ramai pulak yang mintak pandangan teman pasal cinta ni yerk..abis belajo ni teman nak wat pengkhususan bidang cinta jer la..hahahaha..wat kaunseling rumah tangga la nanti..

Dah orang datang...sedikit sebanyak kita bagi jer la pandangan yang maner mampu kan..macam2 masalah yang teman dengar..masalah tak serasi ada..masalah nak kawin tapi sebelah pihak belum bersedia..masalah nak kawin tapi mak ayah suruh abihkan study dulu..masalah pasangan main kayu tiga..macam2 jugak la..tu dalam tempoh seminggu ni jer tu..

Macam biasa ler..teman biasanya akan bagi pandangan berdasarkan pengalaman-pengalaman sahabat yang sebelum pada ini pernah bercerita pada teman..apa-apa pun sebagai kaunselor..hehehe..perasan..identiti kesemua individu tidak akan teman dedahkan..teman just mengambik jalan cerita untuk dijadikan panduan kepada sahabat yang bertanya..

'Ustaz..cinta tu aper yerk?' soalan yang pernah ditanya pada teman..susah jugak teman nak menjawab dalam nak menafsirkan maksud cinta tuh..

Teman cakap pada si penanya tuh..dalam nak menafsirkan maksud cinta yang sebenar nya..perlu kepada perbahasan yang meluas..sebab kalo salah penafsiran pada kalimah cinta tu..akan memudaratkan diri sendiri..

Kita lihat sahaja bagaimana muda-mudi zaman sekarang menafsirkan maksud cinta mereka..yang perempuan nya sanggup menggadai maruah diri pada pasangan nya oleh kerana rasa cinta..diletakkan maruah diri pada tahap paling menjijikkan hanya semata-mata kerana cinta..

Terlalu banyak kes penyerahan diri pada pasangan ni..lepas dinodai..ditinggalkan..merana la si gadis..malu dengan keadaan diri lalu ambik keputusan bunuh diri..kerana apa sampai bunuh diri tuh..kerana cinta jugak kan..ingatlah..jika salah bercinta, bubur tidak akan menjadi nasi semula..begitulah sekiranya cinta tidak dipandu dengan jalan yang betul..

Teman pernah terbaca satu artikel..apa yang teman leh kongsikan dari pembacaan teman tu adalah sebelum seseorang tu melangkah masuk ke alam percintaan..ada banyak perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu..antaranya :

1) Sudahkah kita bersedia untuk bercinta
2) Apakah matlamat kita bercinta
3) Mengapa dan kerana apa kita bercinta
4) Apa modal untuk bercinta
5) Berapa lama kita ingin bercinta

Semua perkara di atas tu perlu kita fikir-fikirkan..sekiranya kalian berjaya untuk memikirkan kesemua jawapan di atas..kalian pasti akan jumpa apakah maksud cinta sebenarnya..itulah antara jawapan yang biasa teman berikan..teman berikan jawapan berbentuk persoalan untuk mereka fikirkan sendiri..

Pesanan untuk diri teman khususnya dan yang membaca ini amnya..jangan lah kita semua jadi rosak dek kerana cinta..sekiranya kita rosak kerana cinta itu adalah salah diri kita sendiri dalam menterjemahkan makna cinta yang suci dan abadi..pakat-pakat semaklah diri sendiri..sekiranya dengan bercinta kita dapat merasai hidup bahgia serta mendapat keredhaan Allah kerana matlamat yg jelas, kita sentiasa redha dengan kemungkinan yang bakal berlaku dan tidak akan menyalahkan takdir, perjalanan cinta yang kita pandu itu tidak menyalahi batas syarak..dipersilakan lah untuk bercinta..

Akhirnya fikirkan jugak..dalam masa bercinta tu, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan manusia sekeliling kita..semakin baik dan terusan membaik ataupun semakin menurun dan terus terjunam..adakah dengan cinta itu menjadikan kita hamba Allah yang bertakwa ataupun menjadikan kita hamba Allah yang derhaka..

Teman bukanlah nak menggalakkan kalian untuk bercinta..jauh sekali bukan itu niat teman..ada baiknya pada teman untuk kalian terus melangsungkan sahaja perkahwinan..bercintalah di alam perkahwinan..itulah seahsan-ahsan nya..kerana cinta kalau tidak diurus dengan baik..lebih banyak sakit untuk diri dan memudaratkan diri jer...

Pandulah hidup kita mengikut jalan Islam...ISLAM is The Future...

Baca Lagi..

Wednesday, January 21, 2009

Tanggungjawab Anak

Entah mengapa la hari ini hati teman teringat betul pada family teman..biasa la kan..bila dah berjauhan ni akan timbul rasa rindu nih..cewaahh jiwang pulak posting kali ini..hehehe..

Bukan ape..kalo ngan family..teman tak susah-susah nak kene masak sendiri..bangun pagi makanan dah tersedia..tak pun tugas teman kalo dirumah kene pi pasar jer..

Dalam rasa rindu ini sebenarnyer terselit rasa kasihan dan sedih pun ada..kesian pada mak ngan ayah teman, sepatutnya dalam umur teman yang dah nak menjangkau 26 tahun ni, teman yang patut membantu mereka..kurang-kurang tiap bulan teman dah leh hantar duit pada diorang ker..teman tau bukan lah itu yang mereka mahukan..tapi itulah sebagai tanda balas jasa kita kepada mereka..teman ni dah tua bangka pun terpaksa membebankan lagi orang tua teman..

Walaupun jumlah yang kita berikan pada mereka itu dalam jumlah jutaan ringgit sekalipun belum cukup untuk membalas segala jasa mereka kepada kita..

Apa-apa pun sebagai seorang anak, wajib kepada kita untuk membalas jasa mereka apabila sudah sampai waktunya. Jangan lah disakiti hati mereka itu. Fikirkan semula bagaimana pengorbanan mereka semenjak kita dilahirkan. Kita ditatang umpama minyak penuh. Orang selalu cakap, nyamuk seekor pun mak ayah kita takkan benar untuk hinggap pada diri kita. Dari tapak kaki kita sebesar 2 jari sehinggalah tapak kaki kita melebihi lebar tapak kaki mereka..kenangilah semula segala jasa mereka.

Seorang ibu dan ayah dapat pelihara 11 orang anak sampai la semuanya berjaya dalam hidup. Tapi bila anak-anak dah besar panjang, dah berjaya dalam hidup, belum tentu kesebelas-sebelas anak ini dapat menjaga seorang ibu dan ayah ini..

Ada pulak yang sanggup hantar mak ayah diorang ke rumah orang tua..aduii ni anak haprak ape jenis la nih..teman teringat satu iklan daripada petronas..seorang ayah yang sudah tua diletakkan meja makan nya berasingan diluar rumah..sedangkan si anak nya di meja yang mahal di dalam rumah..macam maner pengakhiran iklan tu kalian cuba-cuba ingatkan semula ok..

Ingatlah kalian sekalian yang bergelar anak yang maih mempunyai ibu dan bapa di dunia ini. Ketika mereka hidup inilah kita nak balas jasa mereka pun. Bila mereka dah dijemput untuk bertemu Allah, dah tak guna sesalan masa tuh..gunakan lah kesempatan yang masih ada ini berbakti kepada mereka..banyak mana sekalipun harta kita, kita tak dapat nak beli seorang ayah dan ibu kerana ibu dan ayah ini adalah anugerah berharga dari Allah untuk kita..selama kita hidup ni hanya seorang ibu dan seorang ayah tu jer yg kita ada…

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :

‘Redha Allah itu bersama dengan redha kedua-dua ibubapanya’

Baca Lagi..

Monday, January 19, 2009

Hudud..mengapa ramai gentar..?

Semalam teman sempat tengok berita-berita yang dikeluarkan kat tv3 dan berita harian…macam biasa la kan..berita di akhbar-akhbar arus perdana dan siaran televisyen kat Malaysia ni pastinya akan menyebelahi sebelah pihak dan kadang2 sengaja membuat provokasi dengan isu-isu yang sensitif..

Baru-baru nih kecoh kita digembar-gemburkan dengan permasalahan hukum hudud..bermacam reaksi kita dengar…dan tak kurang ramai jugak dari rakyat yang termakan dengan provokasi murahan dari tv dan akhbar nih…

Apa yang teman nak sentuhkan kat sini adalah mengenai tuduhan yang telah pihak pimpinan kerajaan ataupun dengan kata lain..pimpinan ameno..yang menuduh bahawa hudud yang nak dilaksanakan oleh Pas adalah hudud Pas..ok ler..kalau dah dia kata yang pas nak jalankan tu hudud pas..kita mintak mereka-mereka nih kuarkan pulak rang undang-undang hudud ameno punya pulak..dan satu pihak lain pulak kuarkan hudud yang Islam gariskan camner..pastu kita bandingkan yang maner betui..rasa-rasa la..nak ke mereka pada hukum hudud ni yerk??

Pelik la teman kan..mengapa kalau disentuh soal hukum hudud nih..ramai yang tersentak dan jadi tak tentu arah..inilah hikmahnya mengapa Allah suruh kita jalankan hukum nih..dengar hudud sahaja dah gentar pada hati orang-orang yang mungkin ada melakukan kesalahan-kesalahan tersebut..kalau dengan perkataan sahaja pun kita dah gentar..apatah lagi kalau hudud ini dilaksanakan..tidakkan akan menjadikan satu kesedaran kepada mereka yang melihatnya..

Intipati yang penting daripada perlaksanaan hudud ini adalah kesedaran kepada mereka yang melihat..siapa yang berani untuk berzina lagi sekiranya mereka melihat balasan yang diterima kalau disabitkan kesalahan dengan cukup lengkap saksi-saksinya…

Tapi Malaysia hari ini lain pulak jadinya..hukum Allah ini dipermainkan dan dipersendakan..bukan calang-calang orang yang mempersendakan hukum Allah nih..antara mereka ada yang mempunyai pHd..kalian carilah semula ucapan-ucapan pemimpin kerajaan yang mempersendakan hukum Allah nih..sebab tu teman leh tafsirkan pHd yang mereka boleh itu dengan ‘Pingat Hasad Dengki’..


Teman leh terima kalo yang tak suka hukum Allah nih adalah orang kafir..sebab teman tahu mereka ni tak diberikan penjelasan yang secukupnya tentang agama Islam yang syumul nih...yang menjadi persoalan sekarang nih, mereka yang mengaku Islam dan beriman tu yg kuat menentang nih..apehal yg takut beno tu yerk..deme tu berzina ker?? ke deme tu suka minum arak ??

Allah dah nyatakan pada kita..kalau kita menolak hukum Allah..hukumnya terkeluar dari agama Allah..nauzubillah..sekiranya sedikit sahaja ada rasa keraguan di benak kita dengan hukum Allah ini..bermakna kita telah ragu kepada Allah..kerana Allah yang telah menciptakan hukum ini untuk hamba-hambaNya..Dalam Quran sendiri Allah nyatakan berkaitan hukum hudud ini..lihat bagaimana Allah nyatakan hukuman yang wajib dikenakan kepada penzina dan pencuri..jelas dan terang Allah dah nyatakan dalam Al-Quran..itupun masih ada manusia yang sombong sanggup mempersendakan hukum Allah ini..

Negara Saudi adalah contoh Negara yang menjalankan hukuman hudud ini..takper ler..maybe orang cakap..takper ler tu Negara arab..kalo itu lah jadi alasan nya..nah skarang ni Negara jiran kita Indonesia pun dah menjalankan hukuman hudud nih..mereka jugak dari rumpun melayu…mengapa mereka boleh menjalankan hukuman hudud nih..hanya satu jawapan nya..kerana dikalangan pemimpin mereka ada yang gentar dengan balasan Allah..

Kita hari ini ramai yang angkuh..rasa lebih besar dari Allah gamaknya..maner nak menjalankan hukum hudud..sebab perkara yang kecil pun mereka masih tak dapat nak setelkan..tak payah la kita sebut hal yang besar-besar..cukup lah kita lihat kepada pemakaian tudung dahulu..disitu pun pemimpin kerajaan kita dah ramai yang tewas…

Apalah ertinya hidup senang dan seronok di dunia ini kiranya di akhirat nanti kita hanya akan mendapat balasan neraka..sama-sama lah kita muhasabah semula diri kita..setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan..dari kesilapan itulah kita mulakan langkah untuk memperbetulkan semula segala apa yang telah kita lakukan..

Hidup ini bukanlah panjang sangat itu dinikmati..entah esok entah lusa nyawa kita akan ditarik semula..maka pergunakan lah kesempatan yang ada ini untuk kita sama-sama perbaiki iman dan amalan kita dan dapat membantu gerakan Islam untuk menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini..

Jangan terus bodohkan diri kita dengan dunia yang menipu ini..ingatlah…ISLAM is the future….

Baca Lagi..

Uji Jantina Anda

Teman jumpa kajian ni dalam internet...so ada baiknya teman panjangkan untuk kalian..yang masih belum mencuba tuh selamat mencuba la yerk...apakah natijah nya nanti betul berdasarkan kajian atau sebaliknya..sekiranya betul dengan kajian..apakah ini secara kebetulan ataupun macam mana..apa2 selamat mencuba..setidak-tidak ada jugak ilmu yang kita perolehi...

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?


Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!












































OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini.."

Baca Lagi..

Sunday, January 18, 2009

Kemenangan Untuk PAS dan Pakatan Rakyat..

Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana berikan kita kemenangan lagi..maka bertambah lah satu lagi kerusi parlimen untuk pakatan rakyat apabila berjaya merampas parlimen Kuala Terengganu daripada Umno..tahniah buat PAS..tahniah buat Pakatan Rakyat..tahniah buat ahli parlimen yang baru menang iaitu Abdul Wahid Endut..

Terima kasih tidak terhingga buat petugas-petugas pakatan rakyat yang telah bertungkus lumus dari awal proses pilihanraya bermula sehinggalah hari ini kemenangan milik kita..

Apa-apa pun kemenangan ini menunjukkan lebih banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan dalam usaha kita tegakkan sebuah negara yang berlandaskan hukum Allah..Kemenangan yang Allah berikan ini sebagai penaik semangat untuk semua pejuang-pejuang Islam agar terus menerus berusaha dalam memartabatkan agama Allah..

Dari Perlembahan Nil ini teman ucapkan tahniah buat semua pengundi dan petugas pakatan rakyat...insya Allah negara berkebajikan akan wujud nanti..amin..

Baca Lagi..

Friday, January 16, 2009

8 Hari Je Lagi...

Pejam celik dah 3 minggu teman sampai ke Pelembahan Nil..dan sedar tak sedar lagi 8 hari jer teman akan melangkah kaki memasuki dewan peperiksaan..minggu terakhir ini perlu teman gunakan sebaik mungkin agar tahun ini teman dapat tamatkan pengajian teman nih...

Masih ada tajuk yang perlu teman tekan kan nih...dah ler kali ini teman langsung tak sempat menghadiri kelas..maklum la sampai ke Pelembahan Nil ni dah lambat..maner nak sempat masuk kuliah..apa-apa pun insya Allah ill do my best for this year..

Teman tau ramai yang sedang menanti kepulangan teman di tanahair..terutamanya family teman la..sudah banyak kali teman mengecewakan mereka..teman berjanji pada diri teman akan lakukan paling terbaik pada tahun ini..caiyok..caiyok yop..insya Allah miker leh wat wahai yop...

Masa tdo plak tak menentu skang nih..kadang2 sepanjang malam tak tdo..kadang2 tdo petang..ada masa plak tdo lepas maghrib..memang dalam hati nih terlalu bimbang dengan peperiksaan yang bakal dihadapi nanti..

Kenapa ler perlu ada peperiksaan yerk..hehehe..soalan bodoh jer tuh..

Apa-apa pun kita ni mmg kene diuji baru kita tau setara mana kemampuan kita..hidup kita pun banyak ujian yang perlu kita tempuh kan..bab ujian dalam hidup nih dah teman tuliskan dalam posting yang lepas..

Kesempatan nih..teman nak memohon ampun dan maaf dari kalian yang sudi membaca ini kiranya terdapat kesalahan telah teman lakukan pada kalian..sekiranya susah untuk kalian maafkan dek kerana besar kesalahan yang teman lakukan tuh..silalah private msg pada teman..ada emel dan ym boleh bgtau apa2 sahaja yang kalian tak puas hati pada teman..

Insya Allah teman nak melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan hati yg bersih tanpa ada melakukan kesalahan dengan sesiapa...teman harapkan kalian dapat doakan kejayaan teman disini..semoga Allah merahmati kalian semua..

Ya Allah..Engkau berikanlah sahabat-sahabatku ini kebahgiaan hidup didunia dan hidup di akhirat nanti..amin..

Baca Lagi..

Selamat Mengundi Rakyat Terengganu

Esok 17 Januari 2009..akan berlangsung pilihanraya kecil bagi parlimen Kuala Terengganu..kita akan tahu keputusan pilihanraya tersebut selewat-lewatnya tengah malam esok..

Bagi pengundi-pengundi di kawasan parlimen Kuala Terengganu yang akan mengundi nanti..teman harap kalian dapat memilih calon yang akan berbakti untuk rakyat dan sudah semestinya sekira kalian mengaku kalian adalah orang Islam..wajib untuk kalian mengundi pemimpin dari parti yang ingin memperjuangkan Islam..

Kita akan dipertanggungjawabkan semula atas setiap sesuatu yang kita telah lakukan di dunia ini.. Apabila telah tiba dihadapan Rabbul Jalil nanti..kita akan ditanya apakah usaha kita dalam membantu perjuangan Islam..maka soal mengundi pimpinan yang mahukan syiar Islam tertegak sudah pasti menjadi satu kewajipan kepada kita..Apakah kita mahu terus menerus berada di bawah pimpinan yang menggalakkan kemungkaran dan menegah kebaikan..

Pikir-pikirlah sendiri apakah kalian mahukan seorang pemimpin yang korup..yang hanya tahu mengumpul harta dunia...inilah secebis bantuan kita dalam saki baki kehidupan kita untuk membantu perjuangan Islam agar tertegak di bumi Malaysia ini..

Hayunkan kaki..tekadkan semangat..kuatkan tekad..pergi mengundi adalah untuk bantu perjuangan Islam..insya Allah...Allah akan lihat usaha kecil kita itu..Takbir ALLAHUAKBAR !!!

Ya Allah..Engkau bantulah parti Islam untuk menang..usaha telah mereka lakukan..semuanya bergantung kepadaMu ya Allah..sekiranya menang adalah keputusan nya...insya Allah usaha untuk menegakkan syiar Islam akan terus diperkuatkan..sekiranya pada suratan takdirMu adalah kekalahan..itu bukanlah pelemah semangat untuk kami terus memperjuangkan Islam di tanahair kami ini..bantulah kami ya Allah..amin ya Rabbal Alamin..

Baca Lagi..

Thursday, January 15, 2009

Alhamdulillah.......

Selamat pagi dunia..alhamdulillah bersyukurnya pada Allah kerana dibangunkan lagi pada pagi ini...setelah dimatikan sementara semalam..

Macam maner ler sekiranya Allah tidurkan teman dan tidak dibangunkan lagi ke dunia nih..sedar-sedar sudah berada di alam barzakh..ya Allah gerunnya mengenangkan persiapan diri ini yang taktau kat maner lagi..padahal kalo Allah nak tarik nyawa nih..sekejap lagi pun Allah leh ambik kembali...

Ya Allah..sekiranya Engkau mahu mengambil nyawaku kembali..Kau ambillah nyawa ku dalam keadaan diri ku benar-benar bersedia untuk mengadapMu..aku tahu masih banyak kekurangan pada diri ini..oleh itu ya Allah..panjangkan usiaku agar dapat ku perbaiki segala kekurangan yang terdapat dalam diri ini...

Syukurku pada Mu ya Allah kerana masih menghidupkan aku pada hari ini..aku harap hari ini dapat ku lakukan amalan lebih baik daripada hari semalam kerana ku tidak tahu sama ada esok masih ada untukku..

Baca Lagi..

Aku Bukan Musuh Harta

Kali ni mari kita dengor lagu jer...asyik membaca jer..sesekali release otak smer kan..maybe dah ramai yang dengar lagu nih..kalo yang belum dengar lagi tuh..silalah dengar...

Lagu ni telah di ban dari RTM..teman pun dengar cerita jer asalnya..tapi bila dengar akan baris-baris liriknya tuh..baru la tau naper lagu nih kene ban..ada yang terkene atas batang hidung sendiri..kita sebagai rakyat kene bijak sekarang ini..jangan lah terus diperbodohkan..

Patah balik kepada Al-Quran dan As-Sunnah..Allah dah pesan pada kita semua..apa-apa pun kalo kita bergaduh ker aper ker..berpegang la pada Quran dan Sunnah..sama jugak lah apa2 hal pun..kita cek balik dalam Quran apa Allah cakap..Rasulullah plak cakap aper..dan kita buatlah keputusan..jangan termakan dengan provokosi murahan di tv tuh..kaji la sebagai seorang rakyat yang bijak..

Dengar dan hayati yerk..jangan masuk telinga kanan kuar telinga kiri plak..

Baca Lagi..

We Will Not Go Down Tonigt (song for Gaza')



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight

by : Micheal Heart

Baca Lagi..

Tuesday, January 13, 2009

Visa..visa...

Adui la..urusan visa teman tak siap lagi nih…malas betui nak pi wat urusan ngan pak arab nih..skang ni teman leh digelar pendatang haram..hehehe..semoga Allah permudahkan urusan teman untuk pi wat urusan visa nih..

Dok Negara orang pun dah kene ada visa kan..camtu la jugak kita nak masuk syurga Allah..pasti wajib ada visa nya kan..aper yerk visa kita nak masuk syurga Allah tu..

Kalau Negara orang ni pun dah susah kita nak masuk kalo takder visa..lagi la nak masuk syurga Allah..tempat paling seronok dan paling menggembirakan…mesti la visa yang perlu kita dapatkan tuh lebih mahal harganya…

Visa yang mula-mula akan ditanya apabila tiba pada yaumul hisab nanti adalah perihal solat kita..nabi kita pernah bersabda yang membawa maksud solat itu adalah tiang agama..ingatlah kita bahawa bila disebut tiang nih sudah pasti suatu yang perlu kita teguhkan..bayangkan sebuah rumah yang rapuh tiang serinya..sudah pastilah peratusan untuk rebah ke bumi lebih banyak kan..begitu jugaklah dengan soal solat kita ini..bilamana tiang agama ini kita abaikan..maka akan mudah lah iman kita ini menjadi seperti rumah yang rapuh tiang serinya…

Allah berfirman yang bermaksud :

‘Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perkara fahsya dan mungkar’

Solat ini kalau kita lihat takrifan nya pda sudut bahasa adalah membawa maksud doa.. dan suatu keadaan yang diri kita paling hampir dengan Allah adalah semasa bersolat..so perbanyakkan lah melakukan solat-solat sunat sekiranya kita dalam kesusahan. Semoga dengan pengabdian kita kepadaNya ini akan dapat memudahkan kita menempuh segala cabaran yang mendatang dan melalui semua itu dengan perasaan yang amat tenang..

Perlu kita ingat juga, janganlah kita ingat pada Allah semasa kita dalam kesusahan sahaja. Ramai orang begitulah caranya, masa senang dia lupa siapakah pencipta dirinya. Bila Allah dah uji dengan sesuatu dugaan baru lah merintih mencari Yang Maha Esa..kita ingat Allah di waktu kita senang, insya Allah Allah akan ingat kita di waktu kita susah..

Ermm dah dekat pukul 9 pun..teman nak siap2 untuk ke ‘jawazat’ pulak nih nak setelkan urusan visa teman nih…ingat yer sahabat sekalian..teman berpesan pada diri teman khasnya untuk kita sama-sama perbaiki amalan kita dalam usaha kita mendapat visa yang mudah untuk menuju ke syurga Allah kelak…

Mari kita muhasabah diri kita..apakah kita sudah sampai ke kemuncak sebenar solat yang Allah inginkan..dimanakah puncak sebenar ???

Baca Lagi..

Monday, January 12, 2009

Nak kahwin..duit tak cukup..

Masih terngiang-ngiang di telinga teman jawapan dari Ust Hasan Din Al-Hafiz dalam slot soal jawab di rancangan Al-Kulliyah anjuran TV3…beliau menjawab soalan seorang penonton berkaitan belanja kahwin..

Beliau mengatakan sesuatu perkahwinan yang dilangsungkan dalam keadaan si lelaki rasa terbeban..maka jalan untuk mendapatkan berkat semacam jauh sedikit..bak kata lain nya..takder berkat la kahwin kalo dibuat dalam keadaan terpaksa camtu..maner tak terbeban nyer..skarang ni kalo nak kahwin..hantaran sahaja sudah berbelas ribu..belum masuk duit untuk blanja di rumah sendiri lagi..

Kadang-kadang teman pelik la..knapa perlu letak mahal-mahal ni kan..yer ler..sebab teman ni lelaki..taktau la kalo teman jadi pompuan teman pun turut suka kalo wang hantaran teman mahal..skarang ni dah jadi satu permainan pulak..melawan-lawan wang hantaran saper lagi tinggi..saper tinggi rasa bangga plak kan…perkahwinan dah dijadikan satu platform untuk berbangga-bangga..dah lain pulak matlamatnya..

Kalo teman ada anak nanti..kenduri anak pompuan teman..teman akan tanggung sendiri insya Allah..sebab yang nak kawin tu anak teman..knaper perlu teman bebankan bakal suami anak teman untuk menanggung kenduri belah anak teman…

Teman pernah wat survey perihal wang hantaran nih..antara jawapan famous yang teman dapat…wang hantaran tu la nak tengok sama ada lelaki tu sanggup berkorban untuk bakal isteri atau tidak..soalan teman..apakah si suami sahaja yang perlu berkorban..mengapa perlu diukur keikhlasan berdasarkan banyak nya wang hantaran..pelik nya…apa salahnya si isteri juga turut berkorban..nanti nak hidup sekali jugak kan..

Pada teman la kan..tak jatuh nyer maruah seorang perempuan sekiranya wang hantarannya hanya 2000…tapi skarang nih..orang ramai nak jaga standart…ermm makin susah la nak kawin skang nih..tak lamer nanti jadi macam suasana kat Mesir nih..laki dah umur 50..bininya baru 28…nak buat cam maner..sepanjang hayat nak kumpul duit untuk kahwin..umur 50 baru dapat kahwin..

Apa-apa pun kalian punya alasan tersendiri dan mungkin berbeza pendapat dengan teman ini..teman bercakap berdasarkan pendapat diri teman seorang lelaki..perbezaan pasti akan berlaku jugak..so jangan marahkan teman kalo pendapat kita berbeza yerk..

Semoga kita semua dipermudahkan urusan untuk sampai kea lam perkahwinan nih..yang maner dah kahwin tuh..kongsi2 kan la sket pengalaman dalam menghadapi situasi nak berkahwin nih..

Apa-apa pun sahabatku sekalian..yang maner rasa nak kawin tu..tapi masih lagi tak mampu..bawak-bawak la berpuasa yerk..pesanan khas untuk diri sendiri..hehehehe

Dimanakah puncak sebenar hidup membujang ini…???

Baca Lagi..

Muslimah dan aurat..

Alhamdulillah..sampai jugak teman kerumah setelah 2 hari teman ke Cairo menguruskan hal-hal pengiriman barangan ke Malaysia

Sampai-sampai jer kat rumah teringat masa dalam perjalanan dari Tanta ke Damanhur tadi..tramco yang teman naik tuh penuh ngan minah-minah arab..mungkin semuanya baru abis kuliah kot..pakat-pakat nak beransur pulang la tuh..apa yang teman nak cuba sentuhkan adalah cara pemakaian mereka..

Tahun lepas bila teman balik kat Malaysia..ramai yang terkejut bila teman cakap pompuan arab nih pakaian nyer leh tahan jugak ketatnya..siorang ingat arab nih masih lagi dengan cara pemakaian jubah dan menutup muka tu kot..masih ada ler yang mengekalkan pemakaian sedemikian..selebihnya sudah banyak yang terikut dengan trend pemakaian barat..

Menyebut soal trend berpakaian ini, muslimah di Negara kita jugak tak terlepas dengan peredaran trend yang berlaku. Kalian sendiri boleh lihat dengan mata kepala mata kalian kan. Persoalan yang ingin teman timbulkan adalah..apakah dengan trend masa kini yang semakin hari aurat mereka makin terdedah ingin dijadikan ikutan??

Persoalan mudah dan semua orang paham. Teman pelik kenapa orang takut dan taknak berpakaian yang menutup aurat mereka. Sedangkan mereka semua tahu antara sebab utama wanita terhumban ke neraka Allah adalah disebabkan aurat mereka. Teman tergerak hati untuk membincangkan masalah ini disebabkan adanya rasa kasih dan sayang kepada muslimah kita ini..

Bukan tidak boleh mengikut peredaran fesyen semasa. Tapi biarlah fesyen yang kita kenakan itu mengikut kehendak yang telah ditetapkan syarak. Apakah kita malu bila kita dikatakan ketinggalan zaman dan tidak pandai menyesuaikan diri dengan trend semasa. Apakah sekiranya dikatakan sebegitu menjadi satu tamparan yang hebat untuk kalian?

Bermacam-macam alasan kadang kita dengar. Ada yang menggunakan alasan panas..kita mengerti mungkin panas bagi mereka. Tetapi manakah yang lebih baik panas di dunia yang sementara ini ataupun panas dibakar dengan api neraka Allah nanti. Ingin teman ulangi lagi pernyataan yang selalu teman sebut.. Hidup kita bukan lah terhenti di dunia ini sahaja. Fikirlah sama untuk kehidupan kita di akhirat kelak.

Teman taknak berceloteh panjang. Kalau menulis panjang-panjang tetapi tidak dapat memberikan kesedaran kepada insan-insan yang membaca tidak ada gunanya..maka teman nak akhiri posting teman ini dengan peringatan buat kalian yang bergelar muslimah. Hiasilah diri kalian di dalam batas yang telah ditetapkan Islam. Insya Allah kalian tetap nampak anggun sekiranya dalam berpakaian menutup aurat. Walaupun cemuhan yang kalian dapat dek kerana berpakaian yang menutup aurat, kalian masih mulia disisi Allah kerana mempertahankan apa yang telah Allah arahkan..berfesyen bukan tidak boleh, tetapi carilah yang menutup aurat..apakah ciri-ciri yang menutup aurat tersebut..teman tinggalkan kerja untuk mencari apakah yang dikatakan menutup aurat itu kepada kalian..semoga kalian dibawah naungan rahmat Allah..amin..

Carilah sendiri dimanakah puncak sebenar etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh Islam...

Baca Lagi..

Wednesday, January 7, 2009

Pertingkatkan Iman ...

Dalam hidup ini, ujian datang silih berganti. Lepas satu ujian, ujian lain pula datang bertandang. Inilah kehidupan. Bukan lah kehidupan namanya kalau tidak dilanda ujian. Kerana hakikat kehidupan kita ini adalah untuk diuji. Allah nak uji tahap keimanan kita sebenarnya.

Tidak kiralah apa bentuk ujian yang kita hadapi pun, semua itu adalah untuk menunjukkan bahawa Allah sayangkan kita. Bayangkan sekiranya kita dibiarkan terus leka dengan dunia ini dengan kesenangan tanpa ada sebarang ujian pada kita. Nescaya diri kita ini makin hari makin jauh dengan Allah. Maka Allah hantarkan kepada kita ujian-ujian supaya kita akan sentiasa dekat denganNya.. Ya Allah, betapa Maha Pemurah dan Maha Pengasihnya Allah kepada semua hamba-hambaNya ini. Bersyukurlah kita yang telah dianugerahkan ujian dalam hidup.

Pelbagai bentuk ujian dihadapi oleh pelbagai orang di dunia ini. Semakin tinggi iman kita padaNya, semakin berat ujian dan dugaan yang kita hadapi. Untuk mencapai makam tertinggi dalam tahap keimanan kepada Allah bukanlah senang. Tapi liku-liku itu perlu kita tempuhi bagi membuktikan padaNya yang kita ini benar-benar beriman padaNya. Tidak kiralah apa ujian yang kita tempuhi. Contohnya ujian ditinggalkan orang yang kita sayang. Sebab apa teman bagi contoh ini. Ini adalah kerana ramai orang sebenarnya akan kecundang dalam perihal tersebut. Janganlah disebabkan perkara itu kita hilang pertimbangan dalam hidup. Bukan tidak ada contoh adlam dunia ini di mana mereka yang ditinggalkan orang tersayang ini ada yang bunuh diri, ada yang menyiksa diri dengan menangis, ada yang tidak mahu menjamah makanan. Hidup kita bukanlah terhenti diketika kejadia itu sahaja. Masih panjang lagi perjalanan yang perlu kita lalui.

Oleh itu, jadikanlah kesedihan ditinggalkan orang yang kita sayang itu sebagai satu cara untuk kita meningkatkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah. Selagi mana kita masih menghadapi kesukaran, maka selagi itulah Allah swt sentiasa mengambil berat kepada kita. Dikurniakan kita dengan pelbagai ujian supaya kita tidak alpa dengan dunia dan kembali kepadaNya.

Dalam hidup ini, perasaan di antara lelaki dan perempuan adalah satu fitrah pada manusia. Tidak dapat tidak semua orang akan merasai perasaan tersebut. Tetapi sekiranya perasaan itu melampaui batas, ia akan menimbulkan masalah pada diri sehingga kita akan melupakan dimanakah Yang Maha Pencipta. Ini adalah kesan buruk pada mereka-mereka yang tidak dapat mengawal perasaan sehingga perasaan itu dilayan hingga melampaui batas. Ingatlah semua yang berlaku di atas dunia ini adalah ujian. Maka hati-hatilah dengan setiap apa yang kita lakukan.

Setiap perbuatan pasti akan mendapat balasan dan ganjarannya. Alangkah baik sekiranya balasan dosa kita ini dapat ditimpalkan di dunia ini dan dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada insan-insan yang lain. Alangkah bahagianya kita di akhirat nanti apabila laluan kita mudah untuk menuju ke syurga.

Acapkali manusia lupa akan sifat Allah swt Yang Maha Pemurah, mereka tidak mampu mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan benar, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.

Mari kita muhasabah diri kita, apakah kita sudah sampai ke kemuncak tahap iman kepada Allah..dimanakah puncak sebenarnya ???

Baca Lagi..

Tuesday, January 6, 2009


Titian Kejayaan - Rast

Baca Lagi..

Gagal Itu Fitrah Hidup

Bertemu lagi kita dalam arena blog ini..alhamdulillah teman baru jer lepas study tadi..sambil-sambil rehat ini ada baiknyer teman coretkan apa-apa yang patut kat blog teman ni kan..maklum la blog baru..semangat pun baru..sempena tahun baru la nih…

Sedih sebenarnya hati ini bila mengenangkan perjuangan teman dalam menggenggam ijazah masih belum berhasil. Inilah dinamakan ujian pada kita kan. Ada sesetengah orang takutkan kegagalan. Mereka ini hanya merasakan dalam hidup perlu berjaya sahaja tanpa gagal. Antara lain adalah kerana mereka merasakan terlalu yakin pada diri sendiri tanpa memikirkan ada lagi kuasa yang Maha Hebat yang inginkan kita berusaha dan menyerahkan natijah di akhir nanti padaNYA..

Ketahuilah bahawasanya kegagalan itu adalah fitrah dalam kehidupan kita. Kita cuba kembali ke zaman silam. Ataupun cuba kita lihat anak-anak yang sedang belajar berjalan. Walau berkali jatuh dalam usahanya itu, dia tetap jugak bangun untuk meneruskan usahanya. Bermula dari merangkak dan belajar bertatih akhirnya alhamdulillah berjaya jugak untuk mengorak langkah dan seterusnya berlari. Inilah salah satu motivasi yang dapat kita ambil sebagai panduan kepada kita dalam menempuh dunia yang makin mencabar ini.

Setiap perkara kalau kita melihatnya dari sudut yang negative, akan jadi negative jugak akhirnya. Maka marilah kita lihat kegagalan itu dari sudut yang positif. Gagal dalam peperiksaan, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam percintaan dan gagal dalam berbagai hal lagi. Ini adalah ujian kepada kita untuk menguji sama ada kita berjaya dalam Iman kita kepada Allah ataupun tidak.

Ayuh sahabat…lihatlah kegagalan itu dari sudut positif. Dengan hanya bersedih, mengerutkan muka, menyesali apa yang telah berlaku tanpa mengubah diri. Kita tidak akan ke mana-mana. Ambillah hikmah dari kegagalan .Pandanglah ke hadapan, kita perlu meneruskan hidup yang bukan hanya untuk dunia sahaja bahkan yang lebih penting untuk kehidupan kita di akhirat nanti

Kita cuba renungkan pada kata-kata Hamka ini : "Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua".

Allah juga telah memotivasikan kita melalui firmanNYA yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya”. (Ali Imran: 200)

Ayuh sahabat seaqidah sekalian..orang Islam yang beriman pasti akan berjaya, kerana jiwa orang yang beriman sentiasa hidup dan tidak putus-putus meletakkan sepenuh pengharapan atas usaha yang telah dilakukannya kepada Allah…

Cuba kita muhasabah semula diri kita ini, apakah kita sudah hampir dengan puncak tahap iman kepada Allah..ataupun dimanakah tahap iman kita di kala ini..dimanakah puncak sebenar keimanan kepada Allah..

Baca Lagi..

Monday, January 5, 2009

Selamatkan Palestin..

Ya ALLAH..Engkau hapuskanlah musuh-musuh Islam israel laknatullah ya ALLAH..kian hari kian menjadi-jadi puak Israel ni membedil dan meratah jiwa umat Islam di Palestin..sedih, pilu dan serta geram dengan tindakan rejim zionis ini. Tapi di kala ini teman hanya mampu untuk hulurkan bantuan berupa doa dan kewangan sahaja. Ya Allah..Engkau selamatkan lah kota Baitulmaqdis ini…

Sudah berapa nyawa yang pergi dek kerana kekejaman rejim zionis ini.. Alhamdulillah mereka yang pergi itu sebagai para syuhada’ yang Allah telah janjikan syurga untuk mereka.. Ingin rasanya teman ikuti jejak langkah mereka untuk keluar berjihad menentang musuh Allah di medan peperangan, tapi masa masih belum mengizinkan lagi.. Insya Allah, jiwa dan ragaku ini akan kuserahkan untuk membantu Islam walaupun darah menjadi taruhan..untuk pergi mengangkat senjata berjuang bersama mujahidin belum termampu buat diri ini..hanya doa ku panjatkan buat mereka yang sedang bergelut dengan laknatullah di sana..

Ya Allah...
Kau perkuatkan keazaman mereka untuk menentang Yahudi Laknatullah.
Kau kurniakanlah kekuatan yang luar biasa untuk mereka menghadapi musuh-musuh agamaMu.
Kau syahidkanlah mereka dek kerana mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.
Kau berilah kemenangan di akhir episod duka ini. Amin.

Ayuhlah wahai pemuda..ayuhlah wahai pemudi..ayuhlah wahai ibu dan bapa sekalian..kita satukan hati-hati kita dalam kita membantu bumi suci Palestin ini dari terus dijajah rejim zionis yahudi…menjadi satu kewajipan bagi individu yang mengaku Islam untuk membantu saudara kita di Palestin sekarang ini…tidak kira nyawa,harta benda dan segalanya, wajib kita beri bantuan kepada Palestin sekarang ini.. sungguh menyedihkan kira nya tidak ada rasa sedikit pun dalam hati kita untuk membantu umat Islam di kala ini..oleh itu, teman mengajak kalian yang membaca ini, marilah kita bantu saudara mara kita di Palestin sana..kalau wang yang mampu kita salurkan, salurkanlah wang itu..Kalau tenaga yang perlu kita berikan, gunakan lah tenaga itu..Kalau darah yang perlu dipertaruhkan, darah lah yang kita berikan dalam kita membantu Islam untuk menghapuskan musuh-musuh Allah ini…Takbir…Allahuakbar…bantulah mereka dengan kadar kemampuan yang kita miliki..

Marilah kita fikir-fikirkan..dimanakah puncak sebenar perjuangan kita menegakkan kalimah Allah...sama-sama kita renungkan..

Baca Lagi..

Salam Dari Pelembahan Nil

Alhamdulillah..rasa syukur yang tidak terhingga teman rafa'kan pada Allah kerana dengan kurniaanNYA ini masih lagi dapat teman kembali ke medan ini dalam menghabiskan sisa-sisa pengajian ku di universiti tertua ini yang masih berbaki 3 madah lagi. Ku harapkan semoga usaha ini dapat rahmat dari Allah..Kalian di luar sana doakan lah kejayaan teman yerk..

Baca Lagi..

Thursday, January 1, 2009

Langkawi



Baca Lagi..

Jadi Guide utk Rombongan Malaysia








Baca Lagi..