Friday, February 26, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Alhamdulillah..hari ni kali pertama dalam hidup, aku join perarakan maulidur Rasul..sebelum2 ni tak berkesempatan teman nak join perarakan..jauh jugak ler kene belarak tadi nih..3km jugak ler..abih lemak teman bertaburan atas jalan raya..keh keh keh..

Rasanya banyak tempat dalam negara kita ni mengadakan perarakan pada pagi tadi. Pasti ramai orang yang join program tersebut bagi meraikan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w..semuanya berpusu-pusu keluar bagi meraikan majlis perarakan pagi tadi..

Tapi, persoalan yang ingin teman timbulkan disini ialah, apakah dengan majlis yang kita langsungkan saban tahun itu menimbulkan rasa insaf buat diri kita untuk lebih hampir kepada apa yang nabi ajarkan? taupun tiap-tiap tahun bila saja tiba 12 Rabiulawal kita pun pakat kuar ramai-ramai pi belarak.

Alhamdulillah sambil belarak tu ada yang berselawat kepada junjungan besar kita. Tapi tidak cukup hanya dengan sekadar selawat sahaja tetapi perkara-perkara lain dalam Islam yang dibawa oleh Baginda kita ketepikan.

Kita imbaukan kembali bagaimana peritnya Rasulullah menggadai tubuh badan baginda bagi menegakkan Islam. Islam yang sampai kepada kita pada hari ini adalah hasil dari kerja keras baginda dan sahabat baginda. Maka timbul persoalan pada kita, apakah yang telah kita lakukan bagi mengembangkan lagi dan menguatkan lagi gerakan Islam di atas muka bumi ini khususnya di negara kita Malaysia nih.

Teman tak salahkan mereka yang keluar belarak untuk menyambut hari keputeraan Junjungan Besar kita ini, tapi teman nak salahkan mereka yang keluar belarak berkilomter tu tapi ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda tidak dihiraukan.

Pagi tadi lepas balik dari program sempat teman tengok sambutan yang dibuat di Putrajaya. Apa yang menghairankan teman dalam nada suara yang mengatakan mahu mengikut sunnah nabi dan mengikut ajaran baginda, mereka sebenarnya sedang mempermainkan ajaran Islam dengan tidak bertudung.

Usah lah bercakap kita nak ikut sunnah yang besar sedangkan sekecil-kecil perkara yang dibawa oleh Rasulullah ini pun belum mampu kita laksanakan. Apa intipati yang diperolehi daripada majlis sambutan maulidur Rasul itu? Ataupun hanya sekadar boleh keluarkan peluh kerana penat berjalan.

Sebab itulah yang pentingnya kita kene hayati apa sebenarnya yang pelu kita ambik dari perjalanan sirah Junjungan Besar kita. Ini tidak, berprogram bagai nak rak, tapi jambul tetap terkeluar. Kalau begitu lah caranya cara sambutan kita, sebenarnya kita bukan menghayati pun apa yang dibawa oleh Rasulullah. Kita cuma sekadar nak meramaikan orang utk program dan nak kata pada orang yang kita pun bagi sokongan utk jayakan program. Berprogram tapi isi yang dapat adalah hampeh belaka.

Oleh itu, teman nak ajak kalian semua terutamanya pemuda dan remaja Islam. Ayuhlah wahai pemuda dan remaja, jadilah kalian sebagai pemuda yang beriman dan remaja yang beriman. Sedarlah wahai pemuda bahawa dibahu anda terpikul tanggungjawab yang cukup berat. Masa depan anak cucu kalian pada masa depan terletak dibahu kalian. Kalau kita tak mahu anak cucu kita hidup dalam keadaan yang cukup hina kelak, dan kita tidak mahu musibah menimpa generasi kita nanti, ayuhlah kita hayunkan kaki dan eratkan tangan untuk membantu dan menjadi peneraju kepada kebangkitan Islam.

Rasulullah telah lama meninggalkan kita, tetapi baginda tidak tinggalkan kita begitu sahaja. Ingat apa yang dikhutbahkan baginda dalam khutbah wida' baginda. Baginda telah tinggalkan kita dengan 2 benda yang selagi mana kita berpegang padanya kita tidak akan sesat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka ayuhlah wahai pemuda dan remaja sekalian, kita terus jadikan Baginda Rasulullah sebagai idola kita dan kita teruskan apa yang pernah dilakukan oleh junjungan besar kita iaitu misi dakwah untuk menaikkan martabat Islam. Ingatlah kita semua akan kembali kepada Allah dan akan dipersoalkan dengan apa yang telah kita lakukan untuk Islam ini. Tepuk dahi pikirlah sendiri..

Baca Lagi..

Tuesday, February 9, 2010

Ramalanku ada benarnya..


Ramalan aper yerk? ketuk dahi pikirlah sendiri..

p/s : sogan nak ngaku ada MB mamak haram..Demo Kera Si-Ameno..

Baca Lagi..

Tuesday, February 2, 2010

Isteriku Tercinta..

Saat tanganku dijabat..
ungkapan ijab dan qabul menjadi saksi,
peristiwa bersejarah buat diriku,
ku tinggalkan dunia bujangku,
melangkah ke alam perkahwinan yang indah.

Gagap lafazku yang pertama,
ku ulangi kali keduanya dengan penuh yakin,
ya Allah..aku sedang membuat perjanjian sekarang,
perjanjian untuk mengetuai sebuah bahtera hidup,
bersama anugerah Ilahi ini.


Siti Bahiyah Bt Baharudin,
insan yang sudi menerima diriku,
syukur padaMu ya Allah,
atas anugerah yang bernilai ini.

Gembira hati ini hanya Allah yang tahu,
walaupun terkadang kerisauan menjenguk,
kurisaukan akan tanggungjawabku,
takut tidak terpikul oleh diriku.

Bantulah aku ya Allah,
bersamalah denganku wahai isteriku sayang,
kita bina hidup ini bersama,
kesanggupanmu untuk susah bersamaku,
menjadi penguat semangat buat diriku.

PadaMu ya Allah kupohon doa,
Teguhkan kami dalam jalanMu,
bantulah kami mendepani hidup ini.

Padamu wahai isteriku,
tiada ungkapan dapat ku ucapkan,
untuk menggambarkan perasaanku,
melainkan ungkapan AKU CINTA PADAMU.

ibnuwalidaini : Ni kategori aperyerk? sajak pun bukan,syair pun bukan..pantun lagi la bukan..ikutla kalian nak letak kategori maner..tepuk dahi pikirlah sendiri..jiwang-jiwang sket arinih..keh keh keh..

Baca Lagi..

Politik si penakut...


Pagi-pagi hari tadi teman tergelak semasa tgk berita dari tv3..berita yang menyiarkan kata-kata zambry mamak berkenaan bubar dun.

Mamak zambry kata : Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarkan lah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi dun ataupun tidak.

Keh keh keh..lawak..lawak..dia suruh pakatan rakyat bubarkan kerusi belah pakatan rakyat..yang sebelah penyangak tu naper taknak dibubarkan jugak..takut ker..tarak telor ka mamak zambry?

Persoalan nya bukan pakatan rakyat takut atau tidak..tapi pakatan nak kembalikan hak memilih ini kepada rakyat..so bubarkan dun...aper punya bodo dan merapu la mamak zambry nih..rasanya tido dia dah tak lena skarang sebab dah makin hampir dengan tarikh 9 februari yang mana keputusan mahkamah akan diumumkan..dia takut la kalau2 keputusan mahkamah memihak kepada Dato' Seri Nizar..maklum la kan..maner nak tenang hidup kalau mencuri harta orang..tipu rakyat..tu yang jadi meraban tak tentu arah skarang nih..

Sudah la mamak..deyy tambi zambry..roti kosong 2 mau kasi makan sama najib nazak...ngapa roti kosong..simbolik kepada zambry tarak teloq..keh keh keh..

Untuk pendokong kebenaran dan penyokong pakatan rakyat terutamanya rakyat perak..sama-sama kita doakan semoga keputusan yang baik berpihak pada MB Perak yang sah iaitu Dato' Seri Nizar..kalau baik keputusan nya alhamdulillah..kalau tidak memihak pada pakatan rakyat..terima dengan redha..kita teruskan perjuangan..teman di seberang laut ni mendoakan buat kalian pendokong keadilan dan kebenaran agar kalian dan teman jua sentiasa berada dibawah pemeliharaan Allah..amin..

p/s :- Al-Fatihah buat Zambry and the Gerombolan Penyangak sebab dah mula meraban dan cakap merapu dah tuh..pilihan di tangan anda..

Baca Lagi..

Monday, February 1, 2010

Pembunuh No 1 rakyat Malaysia.


Apakah pembunuh no 1 nih..jawapan nya mungkin sudah ramai yang tahu..sudah tentulah jawapan nya adalah DADAH..bukan dadih yerk..keh keh keh..

Hari ini saban hari kita tengok di televisyen dan internet iklan2 berkaitan bahaya dadah disiarkan. Apakah yang dimaksudkan dengan dadah ini. Dadah ialah apa-apa jua bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Inilah yang boleh kita takrifkan apa itu dadah.

Bahaya ker dadah nih? Kalau tak bahaya takder ler banyak ngo dan badan kerajaan berjuang habis-habisan untuk melenyapkan pengaruh dadah dalam masyarakat kita sekarang terutamanya golongan muda-mudi kita.

Maka timbul persoalan di hati teman. Bagaimanakah dadah-dadah ini boleh melepasi sempadan negara? Dadah-dadah ini kebanyakan nya tidak diproses didalam negara kita tetapi diimport dari negara luar. PDRM dan kastam yang dikatakan pasukan terbaik kononnya takkan tak dapat nak banteras kemasukan dadah-dadah ini dari negara luar, atau ada tangan-tangan gelap di dalam pdrm dan kastam yang hanya tutup mata untuk melepaskan kemasukan dadah ke negara ini oleh kerana telah disuap? Persoalan ini masih menjadi pertanyaan dan masih belum ada jawapan yang boleh meredakan persoalan di hati teman ini.

Satu lagi yang teman nampak, walau sekuat maner pun penerangan dibuat berkaitan bahaya dadah ini, pasti tidak akan berhasil sekiranya tempat-tempat dan kawasan biakan dadah ini tidak dihapuskan. Kalau masalah denggi KERAjaan boleh mengarahkan rakyat untuk menghapuskan kawasan-kawasan yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk ini, mengapa dalam soal dadah KERAjaan tidak boleh memberi arahan untuk dihapuskan pusat-pusat pembiakan dadah ni.

Apakah pusat pembiakan dadah ini. Rata-rata tau dan dalam tv pun ada bagitau yang tempat paling berisiko untuk proses pengedaran dan penagihan dadah ini adalah di pub-pub dan kelab-kelab malam. Tak guna kita laungkan slogan anti dadah selagi pusat-pusat dadah ini tidak kita hapuskan.

Disinilah kita lihat bahawasanya KERAjaan sebenarnya tidak memandang serius masalah ini. Pada mereka masalah ini tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Lagipun memang diantara visi KERAjaan adalah untuk memusnahkan anak muda sekarang dengan pelbagai hibiran dan maksiat. Budaya hedonisme yang diterapkan oleh KERAjaan menunjukkan kepada kita sebenarnya apakah isi hati pihak KERAjaan. Mereka sebenarnya hanya memikirkan perkara yang mendatangkan keuntungan buat diri mereka sahaja. Pegi mampos dengan rakyat pun takper la...asalkan periuk nasi terpelihara.

1Malaysia...Rakyat didahulukan untuk mampus..Pencapaian keuntungan untuk kroni diutamakan..

So dapatlah teman simpulkan bahawa masalah dadah di negara ini tidak akan selesai sekiranya tangan-tangan kotor dalam pdrm dan kastam tidak dibanteras terlebih dahulu dan pusat-pusat pembiakan dadah ini dihapuskan terlebih dahulu. Tidak guna dilaung-laungkan bahaya dadah selagi puncanya kita tidak banteras. Amar makruf nahi mungkar..Amar makruf dah dibuat, tetapi nahi mungkarnya belum.

Dalam usaha untuk memberi kesedaran ini, amar makruf dan nahi mungkar perlu berjalan serentak. Umpama orang sakit. Tidak cukup hanya dengan memakan ubat, malahan pantang -larang juga perlu diamalkan. Inilah ibarat yang dapat kita kiaskan untuk amar maruf dan nahi mungkar. Amar makruf umpama ubat dan nahi mungkar itulah pantang larangnya. Kalau ubat dimakan dengan pantang larang dijaga..insya Allah sakit kita akan sembuh. Tepuk dahi pikirlah sendiri..

Baca Lagi..