Sunday, January 31, 2010

Rindukan Mesir..

Sudah genap sebulan teman berada di bumi kenyalang ini. Kesusahan hidup di bumi Anbiya' dahulu banyak membantu teman untuk menjalani hidup di rantauan ini. Kesusahan hidup di seberang laut cina selatan ini tidak sepayah yang perlu teman lalui semasa melangkah ke benua Afrika suatu tika dulu.

Kini kenangan teman di Mesir selalu hadir di ingatan. Kerinduan pada suasana tanah yang gersang kadangkala membuatkan teman mengelamun jauh. Angin bayu yang bertiup ketika teman berjalan pulang dari kuliah. Kedai pizza di tepi jalan yang selalu teman kunjungi untuk mengisi kekosongan tangki perut ni. Suana hingar di pasar ketika pergi membeli keperluan dapur. Bau taik keldai yang sentiasa bertaburan di atas jalan..Ohhh semua itu masih terbayang-bayang di kotak ingatan teman dikala ini.

Zaman belajar sungguh indah. Teringat pada hari selasa lepas, semasa teman menasihati pelajar-pelajar teman supaya tekun dalam pembelajaran mereka. Teman ceritakan bagaimana seronoknya zaman belajar ini. Mengimbau kembali diri teman di waktu sekolah dahulu pun, rasanya tak sabar nak tamatkan zaman persekolahan dan tak sabar nak masuk ke alam pekerjaan. Tak sabar nak pegang duit sendiri.

Tapi bila kaki teman skarang ini sudah menjijak alam pekerjaan, zaman belajar lebih indah rupanya. Sedih rasanya bila mengenangkan diri yang nakal dulu. Rugi tak belajar betui-betui dulu. Kalau lah ada mesin masa yang dapat membawa teman pulang ke zaman belajar, alangkah seronoknya.

Tapi inilah dia perjalanan kita sebagai manusia. Umur yang kita lalui ini makin hari makin meningkat. Meningkatnya umur kita ini bermakna kita perlu meningkatkan tahap pada diri kita daripada seorang pelajar menjadi seorang yang mengamalkan apa yang dipelajarinya dulu. Kita tidak selamanya akan berada di bangku sekolah. Universiti pun akan kita tinggalkan bila tiba masanya nanti. Inilah ayat yang biasa teman gunakan untuk pelajar. Terbeliak tekun pelajar-pelajar teman bila perihal masa depan teman perbincangkan. Walau suka sekuat mana pun pada zaman persekolahan dan zaman belajar di universiti, masa itu tidak mungkin akan dapat kita lalui semula. Kenangan tetap jadi kenangan.

Amat rugilah mereka yang dianugerahkan Allah dengan ilmu tapi dipendamkan ilmu itu untuk dirinya sahaja. Ilmu itu alangkah baiknya dikongsikan dengan generasi-generasi pelapis yang sedang membesar sekarang ini. Kisah generasi pelapis ini akan teman ceritakan nanti dalam posting yang akan datang. Akan kita bincangkan sama-sama nanti apakah tugas kita dalam membantu generasi muda hari ini untuk tidak terus alpa dengan dunia yang fana ini.

Sebenarnya rasa rindu teman pada bumi Mesir semakin membuak-buak selepas menonton filem 'Ketika Cinta Bertasbih' semalam. Insya Allah nanti teman dan isteri akan sampai di Bumi Anbiya'..ya Allah, makbulkan doa kami ya Allah..amin..Insya Allah perjalanan dalam kisah "Ketika Cinta Bertaut"...keh keh keh..tautan kasih Zulfadli dan Bahiyah..


Baca Lagi..

Wednesday, January 27, 2010

Taktau aper nak tulis..

Rasa nak menulis..tapi taktau camner nak mula..ada banyak sebenarnya ingin ditulis..tapi kotak fikiran teman tak dapat nak mengakses data untuk penulisan dengan baik laa..jadi blurr jer nih..mungkin lapor kot yerk..jalan dulu la pi cari makan..nanti kita tulis lain kali jer laa..

Baca Lagi..

Saturday, January 9, 2010

Posting pertama diriku bergelar suami..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah..bersyukur teman kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi teman mencoret kata di laman teman yang telah lama bersawang ni. Eh macam skema pulak ayat teman kali nih....keh keh keh..oh lupa dah jadi laki orang ni..ayat2 brutal dah sket sebanyak ditinggalkan la..ayat2 baik jer skarang nih..maklum la nak jadi insan yang lebih baik..nak memimpin ahli kuarga ni bukan satu tugas yang senang..diri sendiri perlu lebih awal diubah untuk menjadikan ahli kuarga kita juga dikalangan orang-orang yang terbaik.

Lama betul rasanya teman tak mengemaskini laman ni..sebelum ni kesibukan kerja di pejabat menjadi penghalang untuk teman menumpukan sedikit perhatian untuk blog ini..tapi kesibukan kerja pejabat itu telah pun teman tinggalkan..kini kesibukan baru pulak teman harungi..kalau sebelum ini teman memeras otak membuat bahan untuk guru..kini teman perlu memerah tenaga pulak untuk memberi penerangan dan melaksanakan sukatan pelajaran. Dunia penerbitan telah teman tinggalkan dan kini teman berada dalam dunia pendidikan..

Melangkah ke institusi pendidikan ataupun kata lain nyer ke alam sekolah ini membuatkan teman sedikit bimbang dengan keadaan masa depan khususnya untuk anak-anak dan cucu-cucu teman nanti. Akhlak anak-anak pelajar disini dan tak terlepas juga di semenanjung sana amat-amat membimbangkan kita.

Oh yer sebelum teman melanjutkan perbincangan ni, nak ler teman bagitau yang sekarang ni teman bersama isteri berada di Bumi Kenyalang. Disebabkan isteri teman tidak dapat berpindah balik ke semenanjung, maka teman membuat keputusan untuk mengikut beliau ke Sarawak ni.

Pengalaman berada di tempat orang ni perlu teman gunakan sebaik yang mungkin dalam pembelajaran teman untuk mula mengorak langkah di alam rumahtangga ini. Kadang kala ada juga terfikir dalam kepala teman ni betui ker teman sudah berkahwin. Bila mengenangkan kembali kisah teman ini bersama isteri, memang kami akan tergelak dan alhamdulillah hari ke hari sudah banyak teman dan isteri mempelajari soal kehidupan rumahtangga ini. Walaupun teman tahu perjalanan kami masih jauh dan masih banyak yang perlu kami pelajari.

Buat sahabat-sahabatku sekalian, di akhir ini teman nak tinggalkan satu pesanan buat kalian semua. Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab. Soal tanggungjawab bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. So secara kesimpulannya dapat kita katakan perkahwinan ni bukanlah suatu yang seronok. Tapi, keseronokan dalam alam perkahwinan ini perlu diusaha sendiri oleh pasangan suami dan isteri. Perkahwinan akan terus jadi tak seronok sehingga kita sendiri yang menyeronokkannya.

Baca Lagi..