Sunday, May 31, 2009

Aku Bersyukur ya Allah..

Berjalan-jalan makan angin di internet sambil berehat tadi membawa diri teman merantau nun jauh ke seberang laut, teman tiba di sebuah web yang memaparkan kisah seorang anak 'mat saleh' yang tidak berkaki.

Banyak lagi sebenarnya kisah insan-insan istimewa ini ataupun dengan kata lain nya Orang Kurang Upaya (OKU) ni di luar sana. Menghayati kisah kehidupan mereka membuatkan teman merasakan apa yang telah Allah berikan pada teman ini cukup besar nikmatnya. Memang wajib kita panjatkan rasa syukur kita padaNya dengan apa yang telah Allah berikan pada kita. Kadang-kadang kita rasa kita kurang sesuatu, tapi kita lupa yang orang lain ada yang lebih malang dari kita.

Walaupun kita takder aweks..ok lagi..walaupun kita takder kereta besor..ok lagi tuh..kita tak punya rumah cantik..masih lagi ok...kerana kita masih punya 2 kaki untuk bergerak..so pikir-pikir dan renung-renungkan lah. Tepuk dahi pikirlah sendiri..

Dari kecil tidak berkakiMasih mampu berbasikalKalian ada ke koleksi ini??Berkaki pun tak pandai main.Sampai jugak garisan penamatWatson Nyambek pun ketinggalanCergas betui budak nih..

So syukurilah dengan apa yang kita ada itu. Semoga dengan rasa syukur itu akan Allah tambahkan lagi nikmatnya pada kita..insya Allah..amin..

Buat mereka yang mungkin tergolong dalam kalangan OKU ini..teman doakan kalian tetap tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan ini. Sudah ketentuanNya, dan pasti terselit hikmah dalam penciptaan kalian itu. Ketabahan kalian ini akan menjadikan kami yang dijadikan sempurna ini bertambah semangat dan mensyukuri dengan apa yang telah diberikan. Ingatlah disisi Allah, kesempurnaan iman yang akan diperhitungkan.

Baca Lagi..

Saturday, May 30, 2009

Cuti..pengerat ikatan kekeluargaan.

Alhamdulillah..pelajar-pelajar sekolah sekarang ini mesti rasa girang hati punya sebab bercuti hampir 2 minggu kalau tak silap teman. Dulu masa zaman sekolah selalu ler teman menghitung hari untuk bercuti. Sekarang ni taktau dah bila masa sekolah bercuti.

Apa-apa pun teman ucapkan selamat bercuti buat semua adik-adik di bangku persekolahan dan selamat bercuti jugak buat guru-guru. Tidak lupa juga buat mahasiswa yang mana sekarang ini sedang berada di dalam cuti semester. Mungkin ada yang nak bertunang dah berkahwin dalam cuti ini.

Cuti persekolahan ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh sesebuah institusi kekeluargaan. Kalau pada hari-hari persekolahan biasa, waktu yang diluangkan untuk anak-anak mungkin sedikit terbatas dek kerana si anak perlu menghadiri kelas tambahan dan sebagainya. Ibu dan bapa pula masing-masing punya urusan di luar rumah yang membuatkan tumpuan untuk anak-anak menjadi sedikit terpinggir. Maka kesempatan cuti persekolahan ini perlulah digunakan sebaik mungkin oleh ibubapa untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Banyak cara yang boleh kita cuba aplikasikan antaranya :

1) Pergi bercuti.

Ini lah masanya ibu dan bapa membuat perancangan untuk pergi bercuti ke suatu destinasi yang mungkin boleh menimbulkan rasa gembira seisi keluarga. Banyak tempat yang boleh dilawati sempena cuti sekolah ini. Cuma teman mencadangkan biarlah tempat yang dilawati itu suatu tempat yang sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan pada minda anak-anak. Sebagai contoh tempat-tempat bersejarah dan kawasan peranginan yang sesuai untuk peringkat umur anak-anak yang masih di bangku sekolah.

Teman teringat masa teman kecik-kecik dulu, pantang cuti sekolah mesti ayah dah merancang untuk bercuti ke mana-mana. Walaupun dalam kereta nanti mesti bergaduh punya lah, sebab berebut kawasan tempat duduk..hehehe..memang lucu la masa kecik-kecik dulu.

Teman nak kongsikan sedikit pengalaman teman berkaitan percutian ini. Dulu masa kecik-kecik memang ayah selalu sangat bawak kami bercuti. Tapi cuti bukan sekadar cuti kosong sahaja. Sekembali kami dari percutian, kami perlu menulis kembali satu karangan berkaitan dengan percutian yang telah kami lalui. Mungkin inilah antara cara ayah nak didik kami. Walaupun seronok bercuti tetapi soal pendidikan tidak boleh diketepikan.

Sedikit lagi perkongsian berkaitan percutian ini. Kalau sekembali dari bercuti kami perlu membuat karang, tidak kurang juga semasa perjalanan kami turut diisi dengan aktiviti pembelajaran walaupun dalam bentuk yang santai. Kalau tadi kami kene mantapkan Bahasa Melayu, semasa dalam perjalanan kami kene mantapkan Matematik. Pada kebiasaannya, kami adik-beradik akan bertanding siapa cepat mendapat jawapan. Caranya adalah dengan menambahkan kesemua nombor-nombor plet kereta yang berada di depan kereta kami sehingga menjadikan nombor tersebut satu angka. Sebagai contoh (1983) , maka kene ler tambahkan 1+9+8+3=21, jumlah 21 itu jugak perlu ditambah untuk menjadikan jawapan nya hanya satu angka. So 2+1=3. Beginilah hiburan kami dalam kereta. Siapa yang dapat menjawab banyak, akan diberikan hadiah. Teman beralah la ngan adik-adik..hehehe..

2) Makan bersama

Ini juga aktiviti yang boleh merapatkan lagi ikatan kekeluargaan dalam sebuah keluarga. Kalau di hari-hari biasa, jarang dapat kita berkumpul seluruh ahli keluarga, maka gunakan lah kesempatan bercuti ini untuk sama-sama menikmati juadah hidangan bersama. Memang lain keadaan nya kalau kita makan beramai-ramai ni. Kalau yang belum pernah makan bersama dengan ahli keluarga tu, teman cadangkan untuk kalian cuba. Mungkin ini salah satu cara dari banyak lagi cara nak merapatkan lagi ukhwah sesama ahli keluarga.

3) Sembahyang bersama

Dalam kita membuat pelbagai aktiviti fizikal bersama, janganlah dilupakan untuk kita sama-sama melakukan aktiviti kerohanian ini bersama. Ibu dan bapa memainkan peranan yang penting bagi menjayakan aktiviti ini. Disamping pengisian berbentuk hiburan di masa cuti ini, anak-anak ini perlu diisi dengan pengisian rohani agar pegangan mereka kepada jalan hidup Islam ini lebih kukuh dan teguh.

Kadang-kadang ibubapa rajin bangun malam, tapi tak pernah nak kejutkan anaknya untuk bertahajjud bersama. Alangkah manisnya kalau seluruh ahli keluarga dapat sujud bersama menghadap Ilahi.

Ditambah pula selepas selesai solat bersama, si ayah memberi tazkirah sedikit buat isteri dan anak-anak tersayang. Memang sukar untuk melaksanakan cara ini sekiranya sebelum-sebelum ini belum pernah dicuba. Maka jadikan musim cuti ini sebagai permulaan untuk kita sekeluarga. Semoga usaha yang kita lakukan ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih dan sesayang sesama ahli keluarga dan sudah pastinya kasih dan sayang untuk Yang Maha Pencipta.

4) Kemas rumah bersama

Mengemas rumah ini mungkin sudah biasa kita buat, dan untuk musim cuti ini mungkin kita lebarkan lagi kawasan di sekitar halaman rumah pulak. Si ayah mencuci longkang, sang ibu membersihkan kawasan tanaman bunganya, si abang sedang mesin rumput, yang bongsu sedang menyapu sampah, kakak yang sulung membuat hidangan. Bahagianya bila dapat pulak menjamah hidangan di kawasan halaman rumah bersama.

Kesimpulan

Banyak lagi cara kita nak eratkan lagi ikatan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Yang teman tuliskan itu hanya sedikit daripada cara-cara yang lebih banyak lagi ada dalam pemikiran kalian. Apa yang penting, musim cuti sekolah ini dapat kita gunakan sebaik mungkin untuk bersama dengan ahli keluarga. Saat-saat indah bersama ahli keluarga ini akan menjadi kenangan berharga buat semua ahli keluarga tersebut. Semoga cuti persekolahan ini menjadi suatu saat manis dan berharga buat kalian.

Ibnuwalidaini : Selamat bercuti Ummi Humaira'..cutilah sepuas-puasnya.

Baca Lagi..

SIHIR PELALAU PEROSAK HUBUNGAN

Bersama Dato Dr Amran Kasimin

SOALAN:
Sama seperti perempuan lain, saya ingin berkahwin, tetapi dihalang oleh keluarga dan macam-macam masalah. Seingat saya, lebih 10 orang yang datang meminang. Apabila saya terima pinangan, keluarga membantah, ataupun bantahan daripada pihak lelaki yang tidak setuju.

Umur saya meningkat 30 tahun dan keluarga saya menyatakan jodoh saya berat, mungkin saya disihir. Hingga sekarang ini saya menghadapi masalah mimpi dengan seorang lelaki, kawan sama sekolah dahulu. Kami hanya berkawan biasa tidak bercinta pun. Selalu terganggu di waktu tidur. Saya selalu terhidu bau busuk, bau rumput terbakar dan kadang-kadang bau wangi yang tidak ada puncanya yang dapat dipastikan. Adakah saya terkena sihir? IZNORA, Ampang

JAWAPAN:
Pertanyaan dan permasalahan yang saudari kemukakan adalah sesuatu yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Walaupun demikian segala pengalaman dan masalah seperti yang saudari jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar boleh berlaku.

Banyak punca menyebabkan seseorang itu, sama ada lelaki atau perempuan tidak menemui jodoh, sehingga mencecah umur yang membimbangkan, yang mempunyai punca yang berbeza. Merujuk kepada permasalahan yang dikemukakan, seperti yang dijelaskan dalam surat panjang saudari, saya lebih berkecenderungan untuk mengatakan bahawa saudari menghadapi masalah yang diistilah sebagai ``pelalau.''

Pelalau adalah salah satu cabang amalan sihir yang terkutuk menurut pandangan Islam. Ia merupakan salah satu dosa besar yang membinasakan. Sihir yang dimaksudkan di sini ialah amalan yang dilakukan oleh manusia, dengan pertolongan atau bantuan jin sama ada jin yang dibela, dibuat sahabat untuk tujuan-tujuan tertentu, yang pada kebiasaannya dilakukan untuk menyakiti orang lain, sebab-sebab tertentu seperti membalas dendam, hasad dengki, cemburu, permusuhan yang berlaku sejak begitu lama, untuk membinasakan orang lain dan sebagainya. Terdapat banyak jenis sihir, di antaranya dan yang paling banyak berlaku ialah sihir untuk memisahkan suami isteri yang juga dikenali sihir pembenci, sihir pengasih, yang diistilahkan juga ilmu guna-guna, pukau, santau, pelalau dan sebagainya.

Sihir pelalau dilakukan atau dikenakan ke atas seseorang dengan tujuan di antaranya untuk mengunci nafsu manusia, tidak kira sama ada nafsu lelaki ataupun perempuan, daripada keinginan berkahwin. Pada kebiasaannya, tabiat orang yang berkenaan (mangsa) akan berubah, menjadi pendiam, tidak aktif, sentiasa dalam keadaan murung, menyendiri dan sering kali melarikan diri apabila persoalan pernikahan atau perkahwinan dan hal-hal lain berkaitan cinta itu ditimbulkan oleh keluarga atau teman-teman.

Selain daripada pelalau yang menyebabkan nafsu kahwin seseorang itu tertutup, sihir jenis ini juga boleh menyebabkan berlakunya halangan-halangan, usaha-usaha untuk menemukan jodoh seseorang itu terbantut. Sebagai contoh, sekiranya seorang perempuan yang terkena sihir jenis ini bersetuju mengahwini seseorang, setelah beberapa lama berkenalan, bercinta dan sebagainya, pasangannya mungkin akan menolak, begitulah sebaliknya. Pasangan ini mungkin telah bertunang beberapa tahun, tetapi pada saat-saat terakhir si perempuan menolak, enggan berkahwin dengan tunangnya yang pada asalnya lelaki itu amat dicintai dan tidak ada masalah dan sebab-sebab yang jelas dapat diterima akal. Ada juga perempuan yang melarikan diri di saat akhir setelah semua persiapan lengkap diatur.

Anak yang waras tidak akan berbuat demikian, kerana perbuatan seperti ini selain memberi aib kepada ibu bapanya, juga kaum keluarga. Biarpun perbuatan tersebut seumpama mustahil boleh terjadi, tetapi ia pernah berlaku dalam masyarakat kita lantaran sihir. Bakal pengantin perempuan melarikan diri dalam keadaan separuh tidak sedarkan diri dan seluruh perasaan, badannya seumpama ditarik-tarik keluar rumah pada waktu malam. Pada telinganya dibisikkan, atau seumpama terdengar bisikan supaya melarikan diri. Halangan untuk menyatukan pasangan ini mungkin tidak tercetus daripada pasangan itu, tetapi mungkin berpunca daripada sikap ibu bapa, ataupun salah seorang daripadanya. Biarpun pasangan ini telah bersetuju untuk berkahwin, tetapi si ibu membantah tanpa sebab yang jelas.

Si ibu mungkin mengancam akan membunuh diri sekiranya anak perempuannya tetap berkahwin dengan lelaki pasangannya, mengancam akan keluar lari dari rumah, tidak menghalalkan makan, minum ataupun tidak mengaku anak buat selama-lamanya dunia akhirat. Ada banyak kes yang saya temui seperti yang saudari alami. Seorang responden berumur hampir 30 tahun, tinggal di Kuala Lumpur, telah dipinang tidak kurang daripada 15 orang lelaki, tetapi kesemuanya berakhir dengan kegagalan. Ada sahaja halangan terjadi.

Pernah satu ketika, satu rombongan yang datang lengkap dengan hantaran, kerana kedua-dua pihak bersetuju. Setelah rombongan tersebut masuk ke dalam rumah perempuan, tiba-tiba si perempuan dalam keadaan tidak dapat mengawal diri telah memarahi rombongan ini, sambil menjerit-jerit, akhirnya mereka balik dengan hampa. Pada hal ketika itu si perempuan siap sedia dengan pakaian dan perhiasan untuk menerima peminangan itu. Apa yang berlaku di luar kawalan, mula-mula si perempuan mendengar suara seperti desiran angin datang dari jauh, kemudian dia mendengar suara loceng berbalam-balam. Badannya berasa sejuk, bermula dari hujung jari-jari, lalu dirasakan dunia sedikit demi sedikit menjadi gelap. Ketika itu dia melihat wajah rombongan yang masuk ke ruang tamu seumpama lembaga yang menakutkan, lalu dia menjerit, tidak sedarkan diri.

Dalam kejadian lain, setelah pihak lelaki dipersetujui untuk datang meminang, pada malam harinya, iaitu hari sebelum rombongan itu datang, si perempuan ini bermimpi yang dia akan didatangi oleh rombongan untuk meminangnya. Dalam mimpi itu dijelaskan bahawa rombongan itu akan gagal, sama seperti rombongan-rombongan lain, yang pernah meminangnya. Gambaran mimpi yang dialaminya benar-benar berlaku, di mana rombongan tersebut tidak dapat meneruskan perjalanannya. Ketika berada di Shah Alam, hujan turun dengan lebatnya berserta petir, akhirnya rombongan itu balik hampa. Tidak jelas sama ada apa yang berlaku itu hanya secara kebetulan, ataupun ada kaitannya dengan mimpi yang dialami. Apa yang nyata peminangan itu gagal. Tidak mudah untuk menyatakan bahawa kegagalan seseorang itu untuk menemui jodohnya itu berpunca daripada pelalau yang dijelaskan di sini ataupun sebab-sebab biasa yang bukan berpunca daripada perbuatan sihir.

Biar dalam keadaan apa sekalipun, sekiranya kegagalan untuk mendapat jodoh itu berpunca daripada sihir, seperti yang dijelaskan, orang yang terlibat, sama ada si perempuan atau kedua-dua ibu bapanya akan mengalami tanda-tanda berlakunya sihir, sama ada tanda tersebut berlaku sebahagian daripadanya ataupun terjadi secara menyeluruh. Syeikh Wahid Abdul Salam Bali membahagikan tanda-tanda seseorang itu terkena sihir kepada dua iaitu tanda ketika tidur dan tanda-tanda ketika dalam keadaan jaga. Gangguan tidur sering berlaku ketika seseorang itu baru hendak terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mungkin seseorang terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda-benda tajam, dilanggar kenderaan, menyebabkan darah kelihatan bertaburan, diterkam oleh makhluk yang menakutkan, yang biasanya berwarna hitam dan sebagainya. Gangguan yang menakutkan ini datang lagi sebaik-baik seseorang itu menyambung tidurnya. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang untuk menyambung tidur.

Mereka yang menghadapi masalah seperti ini sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan. Dikejar dan ditangkap oleh makhluk besar, lalu diselam dalam air dan tercungap-cungap sukar bernafas. Mimpi melihat binatang yang menakutkan, seperti ular, kucing besar, anjing ataupun harimau. Makhluk itu kadang-kadang datang menghambat atau menggigit. Bermimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan atau berada di kubur bersendirian, melihat dirinya sedang dikapankan dan ditanam dalam tanah, melihat mayat atau berjumpa dengan orang yang meninggal dunia.

Terasa seolah-olah berada di awang-awang, di tempat tinggi, di gunung ataupun di hutan lalu jatuh ke bumi. Bermimpi menangis ketika sedang tidur, lalu menjerit atau merengek, seolah-olah sedang sakit. Orang berkenaan tidak menyedari dia menangis, tetapi tangisannya dapat didengari oleh orang lain. Ketika terjaga dia menyedari yang dirinya benar-benar menangis, mengeluarkan air mata. Terasa seolah-olah digigit oleh sesuatu, di hujung jari tangan atau kaki atau pada bahagian badan. Bekas lebam biru dapat dilihat di celah paha atau betis. Terasa bisa, lenguh pada bahagian berkenaan.

Berlaku juga kejadian ganjil, seperti terdengar bunyi suis lampu dibuka, paip, suara, pintu, atau tingkap dibuka dan ditutup, suara orang berlari atau naik tangga dan sebagainya. Lampu rumah kadang-kadang menyala sendiri, paip mengeluarkan air kemudian tertutup. Terlihat kepulan asap dalam rumah seolah-olah ada benda yang terbakar. Terbau bauan yang tiada punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini selalunya dapat dihidu hanya orang tertentu iaitu orang yang terlibat atau oleh semua mereka yang berada di tempat berkenaan. Rasa putus asa hidup. Timbul rasa gelisah, gembira bersangatan dan sedih saling berganti tanpa sebab yang jelas. Ada ketikanya timbul dorongan untuk membunuh diri, terutamanya ketika berada di bangunan tinggi.

Didatangi binatang dalam rumah seperti ular, lipan, kala jengking, ulat bulu, belalang atau jengkerik, langau, kupu-kupu besar kelihatan bertaburan di ruang tamu, dalam bilik atau tempat lain tanpa dapat dikesan punca dari mana binatang itu datang bukan setakat dalam rumah malah di luar seperti dalam perjalanan balik kampung atau sebagainya, seolah-olah diekori oleh binatang yang sama. Hakikatnya, tanda-tanda sihir itu banyak, yang tidak kesemuanya berlaku kepada diri seseorang yang terlibat. Dalam keadaan tertentu tanda-tanda tersebut berbeza, bergantung kepada jenis sihir yang berlaku. Berdasarkan simptom-simptom di atas, juga lain-lain simptom yang tidak dijelaskan, seseorang itu dapat membezakan sama ada kejadian yang berlaku kepada dirinya itu seperti kesukaran untuk mendapatkan jodoh itu berlaku kerana sebab-sebab biasa ataupun akibat perbuatan sihir.

Baca Lagi..

Pemimpin yang bijak

Erm aper yerk teman nak tulis pada kali nih.. Macam mana kita nak bijaksana dalam berpersatuan. Mungkin boleh kita ambik sedikit input walaupun tidak semua dari apa yang teman tuliskan ini.

AMANAH DALAM KERJA

Apabila menyebut orang yang beramanah, sudah pasti orang tersebut merupakan orang yang bertanggungjawab atas sesuatu kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Seseorang yang tidak bertanggungjawab, menandakan orang tersebut bukanlah orang yang amanah. Apabila orang tersebut tidak bertanggungjawab, maka orang tersebut tidak layak untuk diberikan sesuatu kerja yang diharapkan natijah yang baik.

Dalam kontek kepimpinan persatuan, amanah merupakan perkara penting. Amanah tersebut, samada amanah dalam berusaha melakukan keputusan mengikut acuan yang diredhai Allah dan juga amanah dalam mengurus kebajikan ahli setelah diberi mandat oleh ahli sendiri. Apabila seseorang itu tidak beramanah dalam usaha hendak mendaulatkan amanah Allah, maka lebih-lebih tidak layak lagi bagi orang tersebut memegang jawatan dalam mengurus persatuan.

MAMPU BEKERJA

”Tangkap muat” bukanlah satu tindakan yang bijak bagi menentukan sesuatu kerja itu melahirkan natijah yang baik. Orang yang bekerja itu, disamping seorang yang beramanah, hendaklah didapati ianya seorang yang berkemampuan dalam bekerja. Berkemampuan itu bukanlah dilihat kepada status pendidikannya semata-mata, bahkan yang lebih penting kemampuan itu dilihat pada pengalaman kerja.

Pengalaman kerja itu dapat dinilai dari sudut kebijaksanaannya dalam mengurus sesuatu kerja. Lebih awal daripada itu setiap individu berhak untuk diberikan kepercayaan untuk mereka menampilkan bakat kepimpinan mereka. Kadangkala didapati orang yang berpengalaman kerja, tetapi ianya seorang yang tidak amanah, maka orang sebegini juga tidak layak untuk memegang sesuatu kerja.

PEMBAHAGIAN TUGAS

Dalam bekerja, terutama dalam usaha hendak mendaulatkan islam dan memantapkan organisasi, sudah pasti memerlukan kerja keras bagi menjayakannya. Dalam sesebuah persatuan ataupun organisasi, tidak akan ada orang yang mampu bekerja dengan seorang diri, bahkan memerlukan bantuan dari orang lain terutamanya dari ahli bawahan. Mana mungkin seorang yang dilantik menjadi AJKT atau EXCO dalam sesebuah persatuan dapat melaksanakan semua kerja .

Maka bagi menyelesaikan kerja-kerja yang banyak itu, hendaklah wujudnya pembahagian tugas. Pembahagian tugas tersebut pula, hendaklah terdiri dari kalangan orang yang mempunyai ciri-ciri mereka yang berkelayakkan, iaitu mempunyai amanah dalam kerja dan mempunyai kemampuan dalam sesuatu kerja. Dan perlu ditegaskan sekali lagi, setiap individu sebelum dia dikira layak atau tidak menguruskan sesuatu perkara harus diberikan peluang untuk mereka terlebih dahulu bagi membuktikan kemampuan mereka.

PEMIMPIN TIDAK BOLEH SOMBONG

Ada sebilangan pemimpin-pemimpin persatuan,bukanlah teman maksudkan mana2 persatuan atau organisasi, tetapi teman membawa maksud umum, apabila mereka terpilih untuk menjadi antara insan yang berada di atas, pemilihan itu telah menyebabkan mereka menjadi bongkak dan sombong. Kesombongan mereka terserlah, apabila sebilangan ahli persatuan ingin berjumpa untuk membincangkan masalah, mereka menggambarkan memek muka yang tidak menyeronokkan.

Apabila mereka dihubungi, mereka sudah mula tidak mahu mengangkat telefon. Apabila mereka ditegur, mereka akan mengambil sikap sombong bagaikan Firaun menghadapi Musa AS. Dan pergaulan yang sebelum ini akrab berubah serta merta apabila telah menjawat sesuatu jawatan dalam organisasi.Yang lebih teruk, apabila jawatan yang diperolehi ini menyebabkan mereka sudah mula lupa kepada ahli-ahli bawahan yang bertungkuh lumus dalam menjayakan program-program anjuran mereka.Apabila ditanya atau ditegur, jawapan mereka adalah, ”ana adalah pemimpin, dan inilah tindakan profesional”..........

BIJAK MENGGUNAKAN KUASA

Tindakan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang meluangkan masa makan tengahari di restoran Cheng Ho kepunyaan Amy Serch di Wangsa Maju merupakan satu contoh tindakan seorang pemimpin yang bijaksana. Pemikiran ini sepatutnya ditauladani oleh semua pemimpin tidak kiralah dia hanyalah pemimpin sebuah persatuan.

Kesimpulan daripada contoh yang telah diberikan itu adalah jangan lah mudah2 kita sebagai pemimpin ini untuk menyisihkan orang bawahan. Jangan mudah menghukum seseorang sekiranya mereka berlainan fikrah dengan kita. Insya Allah teman harap sahabat-sahabat semua dapat menangkap apakah maksud sebenar yang ingin teman utarakan melalui contoh yang telah diberikan, kerana teman bukanlah orang yang bijak untuk mengatur ayat-ayat agar mudah difahami.

Seseorang yang zaman silamnya gelap, tidak seharusnya dianggap ianya sentiasa berada dalam kegelapan. Jika dilihat kepada langit, ada masa ia gelap, dan dimasa lain ia menjadi cerah, maka begitujuga kehidupan manusia, walaupun di zaman dahulunya ”jahat”, tetapi sebagai pemimpin, perlu difikirkan cara dan kaedah untuk membaiki kejahatannya sehingga dia menjadi orang yang baik. Bukanlah dengan menyisih mereka-mereka ini dan melihat mereka ini dengan pandangan yang serong.

Berfikir ”membunuh” semua pengkritik kita, bukanlah pemikiran pemimpin. Bahkan sebagai pemimpin, pemikiran hendak menjadikan pengkritik itu sebagai punca maklumat dan kritikan yang sehat merupakan tindakan yang bijak.Demikian lah serba sedikit perkongsian yang dapat teman bawakan disini.

Penulisan teman ini bukan lah yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya dapat dijadikan sebagai cebisan panduan untuk kita semua yang insya Allah akan pulang ke tanah air dan akan dinobatkan sebagai seorang pemimpin. Sekiranya bukan pemimpin masyarakat, kita tetap pemimpin keluarga, dan sekiranya masih belum berkeluarga, kita semua adalah pemimpin kepada diri kita.Salah silap mohon dimaafi. Wallahu 'alam...

Baca Lagi..

Monday, May 25, 2009

Nasi Ayam 26 Tahun

Alhamdulillah...Allah panjangkan umur teman sehingga sampai ke umur 26 tahun ini..tepat pukul 4.45 petang tadi genaplah umur teman 26 tahun..sudah tua rupernyer teman ni yerk..teringat aper yang Ummi Humaira' kata..peningkatan umur, menunjukkan kita makin hampir kepada kematian.

Ya Allah biarlah aku hidup lagi untuk aku cukupkan bekalan bagi menghadapMu ya Allah..Bekalan yang telah ada ini masih belum mencukupi untuk aku mendiami syurgaMu ya 'Allah..tetapi aku takut untuk ditempatkan di nerakaMu ya Allah..amin..

Ok sempena besday teman nih..teman masakkan nasi ayam untuk housemate teman..taktau la aper rasanya..tapi macam biasa laa..keri akan kata sedap punya..hehehe..taktau la sama ada 'muja' ataupun kenyataan..tapi rasanya betui2 sedap..ahhakzzz...

Jom layan gambor la yerk..malas nak cakap banyak2 la...nak postkan rasa nasi ayam yang teman masak tu tak boleh la kot..sesapa nak rasa nanti teman masakkan lain la...jom layaannn...zasssss..

Nampak kurang menarik la pulak..
Ermm dari sini nampak menarik sikit.
Ayaq Manggo Ais...fuuhhh sedap..
Tu dia..pekat nya ayaq...
Ni wajib ada kalau wat nasi ayam
Kuah kicap...
Sos nasi ayam (jangan komen periuk, hehehe)
Ayam hangit..luar jer la hangit nyer..hangit pun abih
Mane housemate teman nih..lapo nih..
Rupa kureng..tapi rasa mantap..hehehe..
Biasa la kehidupan bujang ni..semuanya sedap kalau ada depan mata..

Baca Lagi..

Penjelasan Mogok Lapar..

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan
Mohd Rashidi Hassan
Mon | May 25, 09 | 1:13:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok.

Kredit to : www.harakahdaily.net

Ulasan ibnuwalidaini : Moh kita sama-sama berpuasa dan berdoa agar Allah gerakkan hati puak ameno ini untuk berlaku adil dalam tindakan mereka. Insya Allah usaha kita ini diberkati Allah..amin..

Baca Lagi..

Sanah Helwa Ya Ghamil..

22 dan 25 haribulan Mei 2009...ade apeyerk dengan tarikh tu?!!

Salam alaik ya Ibnuwalidaini..Ucapan khas ini Ummi Humaira' tujukan kepada otai blog ini iaitu Ustaz Mohd Zulfadli Bin Mohd Arif yang menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran beliau yang ke-26 semoga bertambahnya usia maka bertambah lagi amalan kita pada Allah. Dikurniakan kerukunan, kedamaian,keharmonian, kebahagian, keselamatan, kerahmatan, keberkatan,kesihatan yang baik,rezki yang suci,bersih,subur,berlipat kali ganda,kejayaan dan kecemerlangan serta dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat.Amin Ya Rabbala'lamin..Semoga Ustaz Ibnuwalidaini sentiasa istiqamah dalam mengerjakan kebaikan dan kebajikan.

Ucapan Selamat Hari Lahir yang ke-55 juga,Ummi Humaira' tujukan kepada Ayahanda Mohd Arif yang baru saja menyambut hari lahir beliau pada 22hb Mei 2009,semoga dirahmati Allah selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Wishing both of u 12 ,months of Taufiq,52 weeks of Hidayah,365 days of Berkah,8760 hours of Sabar,525600 minutes of Zuhud,31536000 seconds of Redha....

Ummi Humaira' copy paste ucapan daripada Ummi Munaliza di shout box halaqah.net tempat Ibnuwalidaini suka melepak:

"Selamat Hari Di lahirkan kepada Ibnuwalidaini,semoga dikurniakan umur yang bermanfaat,ilmu yang berguna,rezeki yang halal,isteri yang solehah,rumahtangga yang membahagiakan dan hidup yang dirahmati di dunia dan di akhirat.."amin ya rabbala'lamin...


..Baarakallahu 'alaih daaiman Allahumma Ameen...

Baca Lagi..

Saturday, May 23, 2009

Komen DS Ir Nizar...

Baca Lagi..

Friday, May 22, 2009

Perjuangan tetap diteruskan.

Sebentar tadi baru sahaja mahkamah rayuan mengeluarkan keputusan bahawa Ir Nizar telah kalah. Ini bermakna kerajaan haram kembali mentadbir Perak. Apa-apa pun kami reda dengan ketentuan dari Allah ni. Hikmah yang terkandung dalam kisah pengkhianatan pimpinan haram Zambry ini pasti ada. Insya Allah kebenaran akan muncul jugak nanti.

Kekalahan ini telah dijangkakan. Rentetan rampasan terancang oleh puak lanun ini cukup menyayat hati. Apa-apa pun Pakatan Rakyat tetap gah di hati rakyat walaupun keputusan di mahkamah sebentar tadi tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Kemenangan kerajaan haram Perak pimpinan Zambry walaupun beroleh kemenangan, tetapi hati kecil rakyat terlalu jelek dengan mereka.

Insya Allah perjuangan kita teruskan. Buat pejuang-pejuang kebenaran, teman doakan kalian terus bersemangat menghadapi ujian ini. Inilah yang dikatakan peringatan dari Allah utk kita semua. Petanda bahawa betapa Allah sayangkan kita. Ganbate.. ganbate wahai pejuang kebenaran. Bak kata Ummi Humaira' caiyuk..caiyuk..

Baca Lagi..

Lagu Tema Teman



Inspirasi Ilmu


Ilmu Asas Untuk Kita Mencapai Kejayaan
Ilmu Pentingnya bagai Senjata di Medan Perang
Untuk menempuh cabaran di masa hadapan

Yang menjadikan Hidup Bahagia Pada Kita semua

Ibu ku bawa bingkisan kejayaan untuk mu

Ayah akan ku balas jasa-jasa mu itu
Pasti akan ku temu juga kejayaan itu
Walau terpaksa merantau jauh dari dirimu
Walau sukar ku tempuh jua

Pepatah Melayu pernah berkata
Tidak Kenal Maka tidaklah cinta
Oleh itu Cintailah ilmu

berusaha bersungguh-sungguh

Marilah teruskan usaha untuk kejayaan bersama

Oh ilmu pastinya ku tuntut hingga berjaya

Pepatah Melayu pernah berkata
tidak kenal maka tidaklah cinta

Oleh itu Cintailah ilmu
berusaha bersungguh-sungguh

Semoga kita beroleh kejayaan yang kita impikan

Oh Tuhan hanyalah padaMu Kami berserah

Oh Tuhan Hanyalah PadaMu K
ami Berserah...

Lirik lagu ini Ummi Humaira' tujukan khas untuk PaK YoP...selamat menghayati lirik lagu ini..semoga istiqamah dalam menuntut ilmu...

Baca Lagi..

Wednesday, May 20, 2009

Pilihanraya wasilah untuk berdakwah

Sistem pilihanraya yang dipergunakan pada hari ini adakah ianya menolak hakimiyyah Allah ?

Tidak semua pejuang pilihanraya menolak hakimiah Allah, bahkan orang yang menolak dan menafikan hakimiah Allah adalah mereka yang di gelar dengan “Diktator”.

Melihat kepada situasi ini, pejuang Islam yang mengambil sistem pilihanraya, bukanlah menafikan hakimiyyah Allah, bahkan mereka adalah orang yang menggunakan pilihanraya dengan tujuan untuk melaksanakan hakimiyyah Allah, iaitu melaksanakan perinsip-perinsip Islam yang berbentuk siasah dalam memilih pemimpin, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan sebagainya.

Tidak ada sesiapa yang menolak bahawa hukum Allah itu mesti ditegakkan..maka dalam keadaan kepimpinan yang ada sekarang ini tidak mahu menjalankan undang-undang Islam..menjadi tanggungjawab untuk kita mengambil tampuk kepimpinan yang ada sekarang ini untuk kita tegakkan undang-undang Islam. untuk dapatkan tampuk kepimpinan yang ada sekarang ini, satu jalan yang terpaksa kita gunakan adalah jalan pilihanraya.

Boleh ker gunakan pilihanraya nih? hukumnya wajib kita gunakan jalan pilihanraya ini bagi membolehkan kita memegang tampuk kepimpinan.

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Maksudnya;
"Tidak akan sempurna sesuatu yang wajib melainkan melaksanakan sesuatu perkara, maka melaksanakan perkara tersebut adalah wajib".

Melaksanakan Islam di muka bumi adalah wajib, lalu tidak ada cara lain untuk melaksanakannya melainkan dengan masuk pilihanraya, maka hukum masuk pilihanraya adalah wajib.

Pilihanraya jugak adalah satu medan jihad untuk kita. Melihat kepada keadaan di Malaysia, jihad perang tidak relevan tetapi jihad pilihanraya yang relevan, maka hendaklah kita berjihad di Malaysia menggunakan pilihanraya.

Ini bersesuaian dengan firman Allah;

فمن اعتدى عليكم فاعتدوا عليه بمثله ما اعتدى عليكم

Maksudnya;
"Barangsiapa menyerang kamu maka hendaklah kamu menyerang mereka sepertimana mereka menyerang kamu." (surah al-Baqarah : 194)

Dari ayat ini, musuh politik Islam di Malaysia menggunakan pilihanraya, maka begitu halnya kita melawan mereka menggunakan sistem ini juga.

Justeru itu, pilihanraya adalah sistem pemilihan pemimpin yang relevan khususnya di Malaysia. Ianya juga merupakan jihad mengikut kesesuaian tempat dan masa.

Kita juga berpegang kepada kaedah usul fiqh iaitu kaedah masalih mursalah...Dalam menjaga kemaslahatan umum, gerakan islam mempergunakan pilihanraya ini untuk menegakkan kebenaran. jika pilihanraya adalah haram disebabkan ianya menggunakan majoriti dalam menentukan hukum sedangkan penentuan hukum itu hanyalah dari Allah sahaja, bukan majoriti. Tetapi dengan kaedah ini, pilihanraya di bolehkan, ini kerana jika pilihanraya tidak di gunakan, maka tidak ada cara lain untuk kita merampas kekuatan kerajaan dari golongan taghut. Lantaran itu taghut berkuasa di atas muka bumi.

Membincangkan permasalahan pilihanraya ini perlulah teman ingatkan sekali lagi bahawa pilihanraya yang dipergunakan ini bukanlah sebagai matlamat perjuangan tetapi hanya sebagai wasilah ataupun cara serta teknik dalam melancarkan jihad dalam meneruskan agenda penyampaian dakwah islamiyyah ini.

Satu lagi kaedah usul fiqh yang kita gunakan adalah "Menolak kefasadan lebih di dahulukan berbanding mengambil maslahat."

Dalam hal keadaan ini, membiarkan kerajaan membawa panji kebangsaan merupakan kefasadan yang wajib di buang, ini kerana ianya membawa kepada syirik kepada Allah, adapun mencukupkan syarat merupakan maslahat yang mesti di lakukan oleh setiap pengundi.

Jadinya, berdasarkan kepada kaedah ini, seeloknya kita meringankan syarat ini dan kita berhujjah menyatakan bahawa mengundi dalam pilihanraya adalah satu perkara yang wajib.

Bagi menguat hujjah ini, sabda Rasulullah s.a.w;

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فمن لم يستطع فبلسانه فمن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الايمان

Maksudnya;
"Barangsiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia tegah dengan tangan, jika tidak mampu, dengan lidah, jika tidak mampu maka dengan benci dalam hati, maka itu adalah selemah-lemah iman".

Hasil dari perbahasan ini, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa mengundi dalam pilihanraya adalah wajib, tetapi dengan syarat, iaitu masuknya pilihanraya dengan tujuan untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi.

Memang kita tidak nafikan bahawa pilihanraya adalah salah satu ideologi barat yang di hantar kepada kebanyakkan negara Islam, tetapi hakikatnya, jika kita tidak menggunakannya, secara logiknya, kita memang tidak mampu untuk menyampaikan dakwah ini. Ini kerana, jika kita menggunakan sistem jihad perang, kita adalah umat yang tidak mampu untuk itu, hal ini beralasan bahawa umat Islam di Malaysia masih tidak memahami jihad perang dengan sebaiknya. Justeru itu, tidak dapat tidak, kita gunakan sistem ini sebagai tanda usaha dakwah kita.

Baca Lagi..

Tuesday, May 19, 2009

Jihad


Kebetulan tajuk yang teman baca tadi adalah berkaitan dengan jihad, tergerak di hati teman ni nak kongsikan sedikit pemahaman teman ini berkaitan dengan apakah itu jihad.

Secara umumnya jihad ini boleh ditafsirkan sebagai penentangan terhadap kaum kafir. Seperti yang telah ditakrifkan oleh Shafeiyyah :

" Adalah melakukan dengan bersungguh-sungguh pada memerangi orang kafir ataupun mereka yang menderhaka dari jalan yang benar "

Jihad pada jalan Allah ini besar maksudnya. Jihad ini adalah sesuatu yang besar didalam agama kita. Melalui jalan jihad ini akan tertegaknya sebuah negara yang melaksanakan sistem perundangan yang telah Allah tetapkan kepada kita.

Lihat saja bagaimana janji yang telah Allah berikan kepada hambanya yang berjihad menegakkan kalimatullah. Firman Allah dalam surah At Taubah ayat 111 :



111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.

Dalam hadis pula, Rasulullah banyak menerangkan kelebihan untuk orang-orang yang berjuang di jalan Allah ini. Suatu ketika Rasulullah pernah ditanya apakah amalan yang lebih afdhal, Rasulullah menjawab "Iman kepada Allah dan RasulNya", kemudia baginda ditanya apa lagi selepas itu, baginda menjawab "jihad pada jalan Allah".

Tetapi sebelum kita pergi lebih jauh dengan apa yang dikatakan memerangi kafir tersebut, mari kita cuba lihat apakah martabat-martabat jihad yang perlu kita laksanakan terlebih dahulu.

Dalam martabat melaksanakan jihad ini, ada tahap-tahap yang perlu kita utamakan bagi membolehkan jihad yang kita lakukan itu lebih berkesan.

1. Jihad melawan nafsu

Sudah semestinya lah paling penting dalam usaha jihad kita ini, perkara yang paling besar perlu kita lawan dahulu iaitu nafsu kita.

Pada asalnya penciptaan nafsu secara tabiatnya banyak akan mengajak kita kepada perkara yang mungkar. Nafsu akan sentiasa membisikkan agar kita sentiasa lalai dan alpa dengan perintah Allah.

Kita dapat fahami bahawa yang bernama nafsu ini sentiasa mengajak kepada maksiat berdasarkan kata-kata Nabi Yusuf a.s yang telah dirakamkan dalam Quran. Firman Allah yang bermaksud :

53. "Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."- Surah Yusuf ayat 53

Jihad melawan nafsu ini adalah permulaan kepada usaha kita nak berjihad menentang kafir laknatullah. Jihad melawan kafir adalah lebih kecil jika nak dibandingkan dengan jihad melawan nafsu diri kita ini.

Rasulullah pernah bersabda ketika pulang dari berperang yang mafhumnya :

"Kita pulang dari jihad yang lebih kecil kepada jihad yang lebih besar , lalu ditanya apakah jihad yang lebih besar itu ya Rasulullah, baginda menjawab mujahadah seorang hamba terhadap hawa nafsunya "

2. Jihad melawan syaitan

Ini satu lagi musuh manusia yang perlu kita mujahadah dalam melawan godaannya. Seperti mana yang kita tahu, syaitan dah berjanji ngan Allah yang walau macam mana sekalipun dia akan cuba jugak untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam nih..

Sebab itu pada hari ini kita lihat betapa ramai orang yang terpedaya dengan pujukan syaitan ini. Tempat-tempat maksiat dan melalaikan lebih banyak orang jika dibandingkan dengan majlis ilmu dan ceramah agama di masjid.

Firman Allah yang bermaksud :

"...dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh."- An Nisaa ayat 60

3. Jihad melawan kafir.

Inilah jihad yang difahami oleh rata-rata orang dari kita. Bila sebut sahaja jihad yang terbayang di benak fikiran adalah jihad menentang kafir. Allah mengajar kita supaya menangani mereka yang kafir ini secara berhikmah. Maknanya bukan senang-senang bilamana dikatakan jihad terus kita nak berperang jer.

Firman Allah dalam surah An Nahl ayat 125 :



125. Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Setelah mereka diperingatkan secara baik dan akhirnya mereka menentang dengan kekerasan, maka ketika itu keluarlah kalian untuk berperang menghadapi musuh Islam itu. Sekiranya kematian yang kita temui di dalam peperangan memerangi musuh Allah itu, insya Allah janji Allah untuk mereka yang syahid adalah benar di syurga nanti.

4. Jihad melawan munafiqin.

Golongan ini memang terlampau banyak dalam masyarakat pada hari ini. Mereka ini senang cakap yang berpura-pura Islam. Dibibir mereka meniti ungkapan mereka adalah pejuang Islam tetapi di belakang, mereka lah tangan-tangan yang mengotori dan menjatuhkan Islam.

Golongan ini wajib diperangi kerana mereka-mereka ini adalah ibarat musuh dalam selimut. Allah telah menceritakan perihal sifat-sifat munafiq ini dalam ayat yang panjang di dalam Surah Al-Baqarah. Cuba kita bukak tafsir untuk surah Al-Baqarah tu, kita dapat lihat Allah menceritakan perihal orang mukmin sebanyak 4 ayat dan diikuti perihal orang kafir dengan jumlah 2 ayat. Untuk orang munafiq pulak Allah perjelaskan sebanyak 13 ayat. Sudah cukup untuk kita memikirkan betapa golongan ini ramai terdapat dalam masyarakat kita pada hari ini.

Akhirnya sahabat-sahabat sekalian, teman nak memperingatkan diri teman sendiri khususnya agar sentiasa kita memuhsabah semula diri kita. Apakah nafsu kita dapat kita lawan sebelum kita nak bercakap soal menentang kafir laknatullah. Insya Allah sama-sama kita doakan agar kita dikurniakan keimanan yang teguh dan dapat melawan gelojak nafsu kita yang sentiasa akan membawa kita ke kancah maksiat. Bermula dengan jihad terhadap nafsu inilah dapat menguatkan diri kita untuk berdepan dengan tipudaya syaitan seterusnya turun ke padang bagi menghadapi golongan kafir dan munafiq.


Baca Lagi..

HANYA NABI SULAIMAN AS SAHAJA YANG MAMPU MENGUASAI & MEMERINTAH JIN DIDUNIA INI

Pernah berlaku suatu masa dahulu, ada syaitan yang mengganggu Rasulullah SAW ketika solat lalu Rasulullah SAW menangkapnya dan terlintas nabi untuk menambat makhluk tersebut di salah satu tiang masjid, sehingga dapat dilihat dan dipermainkan oleh kanak-kanak Madinah.

Namun niat itu dibatalkan kerana katanya, Rasulullah teringat kepada sepotong ayat Al-Quran, yang merujuk kepada Nabi Sulaiman AS yang telah pun memohon kepada Allah untuk memberinya kuasa luar biasa dan kuasa memiliki semua jenis makhluk halus, angin dan awan yang tidak boleh ditiru atau dimiliki oleh mana-mana manusia selepasnya dan sehingga ini.

Surah SAD 35-40..

Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya. (35) Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya; (36) Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). (37) Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu. (38) (Serta Kami katakan kepadanya): Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka) atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu). (39) Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami, serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak)(40)

Baca Lagi..

Monday, May 18, 2009

Selsema babi menyerang Malaysia

Rasa risau la pulak nak naik kapal terbang nih. Dua kes yang dikesan di Malaysia kedua-duanya pernah menaiki penerbangan dari luar Malaysia. Dalam kapal terbang tu dah ler macam-macam jenis orang ada. Dah ler berjam-jam lamanya berada dalam kabin yang memudahkan lagi virus-virus ini merebak.

Kes kedua dikesan pada penumpang penerbangan Air Asia dari Sepang ke Penang. Ya Allah..Selamatkan lah diriku dan diri insan-insan yang kusayang serta seluruh makhluk yang beriman kepadaMu dari dihinggapi penyakit pelik akhir zaman ni ya Allah.

Inilah antara kesan mengapa Allah melarang kita memakan binatang yang bernama babi nih. Dalam badan babi ni terlalu banyak virus dan penyakit yang ada. Taktau la teman apa yang membuatkan geng-geng kapior tu suka sangat makan babi.

Baca Lagi..

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Bulan Mei ni banyak betui sambutan yerk. Baru lepas hari ibu, esok 16 Mei kita sambut hari guru pulak. So teman nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari guru buat semua insan yang bergelar pendidik.

Teristimewa sekali ucapan terima kasih ini teman tujukan buat ayah dan emak teman. Mereka adalah pendidik paling istimewa dan paling berjasa dalam hidup teman. Mereka lah yang mengenalkan teman tentang kehidupan dunia ini dan mengajar teman tentang kehidupan di akhirat nanti. Terima kasih buat emak dan ayah.

Seterusnya ucapan selamat hari guru teman tujukan buat Ummi Humaira'. Jasamu sebagai guru insya Allah mendapat balasan pahala yang besar dari Allah. Bukan senang nak menjadi seorang pendidik yang benar-benar berjiwa pendidik. Semoga Ummi Humaira' terus tabah dalam mendidik anak-anak itu menjadi insan yang berjaya kelak.

Tidak lupa juga buat Ummi Munaliza, guru yang tabah mendidik anak-anak istimewa. Semoga ummi terus tabah dalam menghadapi cabaran mendidik insan-insan terpilih itu.

Akhir sekali, teman nak ucapkan selamat hari guru buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar teman dari teman tadika sampai la teman berada di tahap ini sekarang. Jasa kalian tetap teman kenang buat selamanya. Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian.

"SELAMAT HARI GURU"

Khas untuk semua guru, teman copykan sajak buat tatapan kalian semua.

Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.


Baca Lagi..

Halaqah.net problem skarang ni

Ermm tempat teman melepak skarang ni problem la pulak dah..server yang ada dah tak mampu nak tampung jumlah pengunjung yang ada.

Teman cadangkan supaya pihak pengurusan halaqah leh wat satu tabung dana khas bagi menampung server halaqah.net yang kini makin ramai pengunjungnya. Harapnya cadangan teman ni ada ler dibaca oleh pengurusan halaqah.net ...

Teman amat berharap agar ahli-ahli halaqah dapat lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh pihak pengurusan halaqah.net .. Bukan nya apa, untuk kebaikan kita jugak. Banyak dah halaqah bagi kita input. Ini masa kita pulak bantu halaqah.

Baca Lagi..

Bakal Suamiku Lebih Muda

"Yop, cuber miker tolong kawan kita tu yop" antara perbualan teman ngan sahabat di Yahoo Mesengger.

"Haa apesal lak dah ngan dia" jawab teman ringkas.

"Dia nak kahwin" balas sahabat teman.

"Ishh elok bebeno la tuh, aper lagi nak ditunggu, teruskan jer laa" panjang sikit teman menjawab.

Taktau la knapa kalau bab kahwin nih, teman teruja jer nak membantu...keh keh keh.. sedangkan diri sendiri pun belum lagi merasai alam perkahwinan tu cam mana gayanya. Tapi memang banyak betui masalah yang berkaitan pembinaan rumahtangga ni diajukan kepada teman. Teringat teman pada kata-kata sahabat teman Dr Meow semasa kami berbincang suatu ketika dulu. Dia kata teman ni wedding planner.. keh keh keh..ishh lain macam beno gelak teman kali nih..

Perbualan teman ngan sahabat tadi bersambung lagi "Masalahnya yop, orang yang dia nak tu lebih tua dari dia".

Pendek jer soalan teman ajukan "Dah tu kenapa?"

"Dia risau orang kata aper lak nanti, maklum la pompuan tu 3 tahun tua dari dia" sambung sahabat teman.

"Yang penting dua-dua memahami keadaan tu dan bersedia untuk bersama, itu jer yang aku leh nasihatkan" teman bagi jawapan untuk sahabat teman tu pun sama-sama berpikir.

Dah lama teman tak mendengar masalah kawan-kawan ni. Maybe semuanya skarang ni sibuk. Tapi biasa la, musim-musim exam ni kepala otak banyak le cabang pemikiran nya. Masa ni la dok pikir nak tengok ceritanya. Masa ni la nak pi berjalan makan angin. Masa ni jugak lah ramai dok pikir nak kawin.

Berbalik kita kepada permasalahan suami lebih muda dari isteri ini. Sekiranya kita buat satu tinjauan kepada orang ramai, teman pasti akan terdapat banyak jawapan dan pandangan dari mereka. Ada yang bersetuju dan sudah pasti yang menolak keadaan ini jugak tidak kurang bilangan nya. Yang pasti setiap pandangan yang mereka nyatakan itu datang bersama sebab dan musababnya.

Apa komen Ibnuwalidaini. Ermm bagi diri teman tiada masalah sekiranya si isteri lebih tua dari sang suami. Tetapi...haa ada tapinya. Tapi biarlah umur itu berpada dengan keadaan nya. Teman teringat satu kisah seorang nenek berumur 100 tahun bekahwin dengan lelaki berusia 33 tahun. Walaupun komen empunya badan mengatakan cinta tidak mengenal usia, tapi secara peribadinya teman mengatakan kalau boleh dielakkan dari keadaan sebegitu, cubalah untuk elakkan.

Setakat beza umur 10 tahun tu, bagi teman tiada masalahnya. Apatah lagi beza umur 2-3 tahun sahaja. Topik ini pernah diperbincangkan oleh ahli-ahli halaqah.net. Antara komen dari mereka ada yang mengatakan lelaki nak kawin ngan pompuan yang lebih umur darinya sebab mereka nak bermanja-manja.

Soal nak bermanja, pada teman tak kira la suami itu muda dari isteri ataupun tua dari isterinya, senang kata tak kira lah apa umur si suami tersebut, mereka tetap nak bermanja dengan isterinya. Kalau tak caya cuba tanya kepada mereka yang bernama lelaki. Betui tak ?

Cuma disana perlu ada persefahaman yang lebih diantara pasangan yang melalui situasi ini. Kita selalu dengar istilah perempuan lebih matang dari lelaki. Ada benarnya pernyataan tersebut, dan inilah salah satu cabaran bagi pasangan suami isteri dimana si suami lebih muda dari isterinya.

Soal kematangan ini, teman pernah baca satu petikan yang mengatakan memang suami lebih lambat sedikit matangnya dalam soal rumahtangga ni. Tak kiralah umurnya lebih tua atau muda dari isteri. So dalam nak mematangkan diri ini, perlu ada proses pembaikan dari hari ke hari. Yang penting individu terbabit perlu sedar akan tanggungjawab yang sedang digalasnya. Sesiapa pun kalau menyedari akan ada tanggungjawab yang perlu dipikulnya, kematangan pasti akan terserlah dari diri individu terbabit.

Maka bagi teman, isu suami lebih muda ini adalah satu isu yang subjektif. Sebab soal pemilihan pasangan hidup ini berbeza antara satu dengan yang lain. Hatta adik beradik kembar sekalipun boleh berbeza pandangan mengenai umur suami lebih muda ini. Lihat sahaja ada orang suka pada yang berkulit putih, ada yang suka pada berkulit hitam manis, ada suka pada yang tinggi, ada minat pada yang rendah. Begitu jugaklah dalam soal umur ini. Tepuk dahi pikirlah sendiri.

Masyarakat pada hari ini rata-rata sudah boleh menerima keadaan di mana suami lebih muda dari isterinya. Cuma sekadar memberi peringatan walaupun semua dah tahu dah. Dalam soal pencarian pasangan hidup ini, biarlah kita meletakkan soal agamanya di atas sekali, barulah diikuti dengan soal rupa paras dan sebagainya kerana dengan agama insya Allah hidup kalian pasti akan bahgia.

So pesanan untuk sahabat teman, kalau-kalau ada dia terbaca blog teman nih. Apa yang teman boleh katakan ialah teruskan dengan hajat dan niat sucimu itu. Insya Allah akan ada bantuan dari Allah untuk kalian nanti. Apa yang perlu dilakukan, rasanya semua dah arif sangat dah, solat hajat, doa dan sebagainya tuh. Tak perlu dah teman senaraikan nya disini. Kalau rajin bukak balik posting-posting teman yang lama berkaitan pemilihan calon nih.

Firman Allah yang bermaksud :

"Kebenaran itu dari Allah, janganlah kita termasuk dalam orang-orang yang ragu " al-imran ayat 60.

Sebagai penutup bicara teman untuk tajuk 'Bakal Suamiku Lebih Muda' ini, satu yang teman rasa sebab paling penting iaitu kita sayangkan nya. Insya Allah rasa kasih dan sayang antara pasangan suami dan isteri walaupun si suami lebih muda dari isterinya adalah satu kata kunci untuk mana-mana pasangan sekalipun dalam nak mengecapi kebahgiaan dalam rumahtangga mereka. Sertakan niat ikhlas untuk hidup bersama dalam diri kalian. Insya Allah, hubungan kalian akan dirahmati Allah...amin.

Adakah diriku termasuk juga dari kalangan bakal suami yang lebih muda dari isteri ?? Tepuk dahi pikirlah sendiri.

Baca Lagi..

Isu yang disenyapkan

Ermm pandai jugak KERAjaan BN ni yerk..dia kecohkan pasal isu perundangan di Perak, secara tidak langsung isu kenaikan harga minyak untuk RON97 yang digunapakai oleh kebanyakan kenderaan di Malaysia jadi isu yang dipinggirkan. Bijak..Bijak.. Lepas ni pakat merasa harga baru la kita.

  • Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.
  • Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.
  • Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.

Baca Lagi..

Ibu yang Bangang

Baru sahaja 3 hari lepas kita menyambut hari ibu. Pelbagai ucapan dan doa yang baik-baik diberikan buat insan yang bernama ibu. Tapi hari ini teman nak mendoakan agar ibu si anak kecil yang tidak berdosa ini (gambar bawah) diberi pembalasan yang setimpalnya oleh Allah. Teman taknak komen panjang-panjang. Kalian lihat sendiri dan kalian berilah komen kalian sendiri. Komen teman pendek jer..ini adalah manusia BANGANG ...

Baca Lagi..

Thursday, May 14, 2009

13 Mei dalam sejarah

Golongan muda pada hari ini rata-rata dah taktau rasanya sejarah yang pernah berlaku pada tanggal 13 Mei 1969. Hari ini genap 40 tahun kisah berdarah itu berlaku. Sejarah hitam yang telah berlaku sehingga meragut banyak nyawa yang tidak berdosa.

Berlakunya sejarah hitam itu adalah kerana perkauman. Api perkauman yang terlalu kuat masa tu menyebabkan rusuhan besar terjadi sehinggakan terjadinya pergaduhan berdarah antara kaum.

Walaupun teman tau, dah banyak dah blog ulangtayang semula kisah berdarah ini, teman tetap jugak nak berkongsi rasa ini dengan kalian.

Hari ini isu perkauman itu dipermainkan semula. Sudah ada suara-suara sumbang yang jadi pembakar permusuhan antara kaum. Mereka mungkin lupa apa yang pernah terjadi. Kesilapan yang pernah terjadi suatu ketika dahulu tidak langsung menjadi iktibar kepada mereka-mereka yang suka mengapi-apikan isu perkauman ni.

Benar lah sekiranya perjuangan kita nak memenangkan bangsa memang akan menimbulkan rasa cemburu dan rasa tidak puas hati pada kaum-kaum lain. Apa yang telah Allah turunkan kepada kita sebenarnya sudah cukup lengkap. Hanya atas dasar Islam sahaja semua kaum dapat bersama.

Cara hidup yang telah digariskan oleh Islam sesuai untuk diamalkan oleh mana-mana kaum sekalipun. Bila perjuangan di dasarkan pada Islam, insya Allah kemenangan dan kelebihan turut akan kita rasa untuk kaum kita.

So sempena mengingati peristiwa hari ini dalam sejarah, teman nak mengajak kalian untuk kita ketepikan soal perkauman ini dan bersatulah di atas satu panji iaitu panji Islam. Insya Allah dengan Islam semua kaum dapat bersatu. Tinggalkan lah perjuangan bangsa dan bertukarlah kepada perjuangan Islam.

Jadikan lah kisah lalu sebagai pengajaran kepada kita demi menjaga kemanan yang sedang kita kecapi ini.

Teman tak kisah kalau tak dikatakan pejuang melayu..sebab teman nak jadi pejuang Islam . Moh..tepuk dahi pikirlah sendiri..

Baca Lagi..

Tuesday, May 12, 2009

Say No To Kerajaan Haram Perak !!!!

Alhamdulillah semalam kita dapat berita gembira..hari ini kita diuji semula..masa dapat berita gembira ni teman dah terpikir..aper pulak yang akan dilakukan oleh pak Najib Altantuya lepas nih..ermm dah dasar perompak..memang camner sekalipun mereka tetap akan cari jalan untuk dapatkan jugak.

Skrip perjalanan cerita yang samer jugak sepertimana mereka merampas perak pada Februari lalu. Mungkin kah mahkamah rayuan bersekongkol dengan ameno..ermm kita tidak tahu semua itu. Tapi teman memang benar-benar pasti bahawa Najib Altantuya pasti akan cari jalan untuk dapatkan jugak negeri Perak.

Semua agensi akan dia gunakan untuk merealisasikan niat jahatnya itu. Baru-baru ni masa sidang DUN kita dah tengok bagaimana abang polisi dipergunakan. Abang polisi di Malaysia ni tetap diperkudakan dan diperbodohkan oleh kerajaan Najib Altantuya.

Apa-apa pun kita sama-sama tengok drama yang skripnya maybe dirancang oleh Tun Mahadet nih..Kita sama-sama berdoa pada Allah supaya kebenaran ditunjukkan. Andainya BN berjaya sekalipun merampas kepimpinan di Perak, teman merasakan rakyat Perak dah muak dengan mereka. Rakyat sekarang bukanlah sebodoh mereka.

Semoga kemelut politik ini dapat berakhir dengan baik. Kita sama-sama doakan agar negeri Perak akan dipimpin oleh pemimpin yang mahu menegakkan kebenaran.

Baca Lagi..

Darjat Manusia..

Erm sambil teman melepak-lepak kat halaqah.net tadi..tetiber perbincangan kami berkisar berkaitan 'AKAL'..maka keluarlah persoalan sama ada binatang ni berakal atau tidak.

So dah terlanjur berbincang pasal akal tu..rasa nak jugak teman rungkaikan permasalah tersebut kat blog teman nih..walaupun penerangan dari teman ni mungkin lah tak detail sangat..tapi teman harapkan sekurang-kurang nya ada input yang kalian boleh ambik..

Dalam respon teman semasa menjawab persoalan itu, teman mengatakan bahawa binatang tidak berakal.

Alasan teman mengatakan demikian adalah kerana akal yang Allah berikan kepada kita ini adalah satu anugerah yang paling istimewa untuk membeza antara manusia dan binatang. Dek kerana akal inilah darjat manusia lebih tinggi jika nak dibandingkan dengan binatang. Kita lihat dalam Quran Allah sendiri menyatakan bahawa Allah meninggikan darjat manusia berbanding makhluk-mahkluknya yang lain.

Allah berfirman yang bermaksud :

Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak Adam dan Kami angkat mereka di daratan dan lautan, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka denga kelebihan yang sempurna atas kebajikan makhluk yang telah Kami ciptakan. Al-Isra' ayat 70.

Lihatlah betapa Allah memuliakan anak cucu Adam. Sesungguhnya kemuliaan yang telah Allah anugerahkan tersebut adalah kerana akal yang ada pada kita. Oleh kerana akal lah manusia dipilih sebagai khalifah dalam nak memakmurkan bumi Allah ini.

Dengan akal ini, manusia dapat menambah ilmu pengetahuan nya. Dengan akal kurniaan Allah ini jugaklah yang dapat membezakan kita dengan binatang di mana kita mampu untuk membezakan diantara sesuatu yang baik dan buruk. Akal jugaklah menjadikan manusia layak untuk memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah.

Tapi ingatlah kita, sekiranya kita tidak mahu menggunakan nikmat akal yang telah Allah kurniakan kepada kita ini dengan sebaik-baiknya, darjat kita akan jadi lebih hina daripada binatang.

Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 179 yang bermaksud :

Sesungguhnya telah Kami jadikan untuk (isi neraka) jahannam kebanyakan daripada jin dan manusia. Mereka mempunya hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) mempunya mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Dari maksud ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa manusia yang tidak menggunakan akal dengan sebaik-baiknya, maka ketika itu manusia itu tidak layak lagi untuk dimuliakan. Bahkan martabatnya lebih rendah jika nak dibandingkan dengan binatang ternakan.

Oleh itu sahabat-sahabatku sekalian, marilah kita renung-renungkan semula diri kita ini. Apakah akal yang Allah berikan ini kita gunakan dengan sebaiknya di jalan yang betul? Mari sama-sama kita pakat muhasabah diri. Tepuk dahi pikirlah sendiri...


Baca Lagi..

Sunday, May 10, 2009

Cantiknya Seorang Wanita..


Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana.



Baca Lagi..

10 Mei...Hari-Hari Adalah Hari Ibu...


Ummi Humaira' terasa nak menulis mengenai Hari Ibu..bagi Ummi Humaira' setiap hari adalah hari ibu..kenapa dan mengapa?...Beruntung dan bersyukurlah bagi mereka yang masih ada ibu...mak..bonda..ummi...

KHAS BUAT SEMUA IBU di seluruh dunia. Juga buat anak-anak yang masih ada ibu mahupun anak-anak yang diduga Allah atas pemergian ibunya. Keredhaan diperlukan menuruti langkahnya.

Mengenangkan betapa kuat, tabah dan optimisnya seorang ibu: wanita yang Allah swt jadikan dari tulang rusuk sebelah kiri lelaki, dengan sifat kelembutan dan kewanitaannya mampu mengendalikan kehidupan dengan penuh komitmen dan pasrah walau nantinya tiada lelaki yang dipanggil suami untuk berkongsi rasa juga warna kehidupan ini.

Ternyata KASIH ibu tiada terbatas. CINTA ibu tidak pernah lapuk. SAYANG ibu melampaui sarwajagat. HATI ibu bagaikan jurang yang didasarnya selalu ADA MAAF. Walau kita sering menuang rasa masam, masin, kelat, pedas, pahit dan segala apa jenis perisa bak hempedu. IBU tetap pasrah dengan KASIH, CINTA, SAYANG dan MAAFnya. Kenapa sering demikian HATI seorang ibu? Kerana – RATU HATI ibu adalah anak-anak yang nakal dan memenatkannya. Ternyata tepat irama cinta P.Ramlee terhadap ibu : “Ibu Engkaulah RATU HATIKU”.

TIADA SIAPA YANG BOLEH MENANDINGI WANITA BERNAMA IBU.

Teringat saya kata-kata seorang budiman : “Seorang ibu berharap anak perempuannya memperolehi suami yang lebih baik daripadanya; tetapi dia tahu anak lelakinya tidak akan mendapat isteri sebaik isteri bapanya.”

Buat sesiapa sahaja yang bernama ANAK. jangan biarkan airmata ibu membasahi bumi kerana sifat derhaka dan tiada bahasa. TANPA IBU siapalah kita di muka bumi ini. Kenangilah jasa ibu. Berbaktilah kepada ibu selagi hembusan nafas terhela kerana jika terhenti denyut nadinya, TIADA SIAPA LAGI YANG DAPAT MENCURAHKAN KASIH, SAYANG dan CINTA seabadi CINTAnya.

Lagu ini membuatkan hati Ummi Humaira' sayu,sedih dan sebak...

Sewaktu azan mendayu-dayu

Ibuku pergi meninggalkanku

Perginya takkan kembali lagi

Kerna takdir telah menentukan...tak dapat lagi meneruskan lirik nasyid ni...

sebagai renungan bersama,ada Ummi Humaira' terbaca kat blog ni..


Orang kata aku lahir dari perut mak. Bukan orang katalah…memang betulpun mak yang melahirkan aku.

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. mak
Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
Aku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….. mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak
Bila bahagia, aku peluk era
t….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…. emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah
untuk emak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata jika kita mendengarnya……..

Tapi kalau mak sudah tiada….. …..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RIN
DU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup
berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya……

Dalam kenangan..al-Fatihah buat bondaku Fatimah Binti Che Mat yang telah kerahmatullah pada 15 Disember 2006


Buat arwah makku: MAK....MAK ENGKAULAH RATU HATIKU. HATI MAK BAGAIKAN JURANG YANG DIDASARNYA SELALU ADA MAAF. DI SISI MAK ADALAH TEMPAT YANG PALING AMAN. CINTA MAK TIDAK PERNAH LAPUK. CINTA MAK ADALAH YANG PALING BAIK DARIPADA SEGALANYA.SEMOGA MAK TENANG DI SANA BERSAMA-SAMA PARA I'LLIYIN..

"YA…ALLAH..AMPUNILAH IBU BAPAKU ATAS KEBAIKAN DAN KASIH SAYANG MEREKA. TANPA IBU BAPAKU, TIADALAH AKU DI DUNIA INI DAN TANPA RESTU MEREKA TIADALAH AKU MENEMUI KEBAHAGIAAN YANG TIDAK PERNAH KU BAYANGKAN SELAMA INI.AMIN YA RABBAL A'LAMIN..."

Kita akan terasa kehilangan bila orang itu telah tiada disisi kita...kita akan rasa RINDU bila perpisahan berlaku,kita akan rasa RINDU bila kita kehilangan seseorang,kita akan rasa RINDU bila kita berjauhan dengan orang-orang yang kita kasih dan sayang...apa-apa pun, "KERINDUAN" itu mengajar kita erti "KESABARAN" dan "KEREDHAAN" serta "PENGHARGAAN".......senyum itu pengubat duka...


Baca Lagi..