Wednesday, April 29, 2009

Nyanyian Artis Tak Laku



Video yang teman uploadkan di atas tuh adalah video persembahan cucu-cucu Keluarga Pak Yazid.. Video yang dirakamkan sempena family day Keluarga Pak Yazid yang diadakan di Langkawi pada hujung tahun 2008 yang lalu.

Walaupun tidak semua semua keluarga dapat hadir tetapi program yang dijalankan disana alhamdulillah berjalan dengan lancar. Dengan jumlah kami seramai 40 orang sudah cukup membuatkan feri dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah bingit dengan gelak tawa kami.

Alhamdulillah teman harapkan program seumpama ini akan dapat dilakukan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Dengar khabarnya untuk tahun ini perhimpunan kuarga Pak Yazid akan diadakan di Melaka. Kita sama-sama tunggulah sama ada program yang dirancang ini dapat kita realisasikan atau tidak. Apa-apa pun insya Allah penghujung tahun ini seluruh ahli keluarga akan berkumpul di rumah teman. Bila dan mengapa ? Insya Allah tarikh dan sebabnya akan teman bagitahu suatu ketika nanti.

Ermm selamat mendengar nyanyian daripada artis tak menjadi tuh..Layaannn...

Baca Lagi..

Jom Rehat Dengaq Lagu




Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Tajuk Lagu : Muhasabah Cinta
Penyanyi : Edcoustic

Baca Lagi..

Tentang Qada' & Qadar


Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.

Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.”

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau ‘takdir yang pasti’ dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: “Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan.”

Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.

Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.



Di ambil dari : http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg06259.html

Baca Lagi..

Tip Berucap Dikhalayak Ramai...

Menurut kebanyakan pendapat, penyampaian ucapan atau ceramah yang baik bergantung pada tiga perkara utama:

Siapakah yang menyampaikan?
Bagaimanakah maklumat tersebut disampaikan?
Apakah yang disampaikan?

Jika diteliti, faktor orang yang menyampaikan diletakkan paling atas sekali dalam senarai.

Mengapa? Lazimnya, apabila dimaklumkan bahawa akan ada satu ceramah di tempat anda, apakah perkara pertama yang akan anda tanya? Soalannya pasti "Siapa penceramahnya?" Identiti penceramah sangat penting kerana identiti merupakan daya penarik bagi penganjur untuk menarik lebih banyak penonton.

Walaupun terdapat hanya seorang penceramah yang terkenal dan penceramah lain ialah penceramah biasa yang belum dikenali, daya tarikan dan reputasi penceramah utama tadi mampu untuk menarik kehadiran penonton.

Situasi yang sama juga berlaku dalam penganjuran sesuatu konsert. Apabila tiket konsert mula dijual, penganjur akan meletakkan nama penyanyi yang paling terkenal di atas untuk menarik perhatian peminat. Penganjur juga akan membuat berbagai-bagai helah untuk memastikan penonton tidak meninggalkan konsert lebih awal dengan meletakkan penyanyi pujaan mereka di akhir konsert.

Sebagai bukti penyanyi tersebut hadir, mereka mungkin akan menampilkannya pada permulaan rancangan dengan janji bahawa beliau akan muncul semula. Dengan ini, peminatnya tidak mungkin akan berganjak.

Begitulah pentingnya daya tarikan yang ada pada seseorang penyampai yang baik. Semua ini merupakan reputasi yang dibina sejak awal pembabitan dalam bidang ini dan digilap oleh pengalaman.

Faktor kedua pula ialah cara maklumat disampaikan. Dua orang yang berlainan boleh menyampaikan ceramah dengan menggunakan teks ucapan yang sama tetapi kesannya kepada penonton sudah pasti berbeza.

Bagi topik dan ayat yang sama, sebenarnya boleh disampaikan dengan pelbagai lenggok bahasa, penekanan suara pada perkataan tertentu dan gerak-geri badan yang mengiringi penyampaian tersebut. Situasi ini banyak berlaku kepada pemandu pelancong kerana bagi setiap destinasi, mereka mempunyai skrip untuk bercerita tentang latar belakang tempat yang dilawati kepada pelancong. Bagaimanakah maklumat tersebut disampaikan? Penuh semangat, sambalewa ataupun bersahaja?

Cara penyampaian sangat penting kerana hal ini boleh menimbulkan mood yang berbeza kepada pelancong. Lawatan ke Tugu Negara misalnya boleh menjadi satu pengalaman yang biasa ataupun boleh menjadi sesuatu yang menarik dan menyentuh perasaan.

Pada satu lawatan ke Tugu Negara, terdapat dua kumpulan daripada dua agensi pelancongan yang berbeza. Bagi kumpulan pertama, pemandu pelancong tersebut memberikan penerangan kepada pelancong mengenai Tugu Negara, tahun Tugu Negara dibina, simboliknya dan sejarah yang membawa kepada pembinaannya.

Cara penyampaian adalah sangat bersahaja sehinggakan memberikan impresi bahawa Tugu Negara hanyalah salah satu daripada banyak tugu lain di Malaysia yang tidak ada keistimewaannya. Tidak ada seorang pun pelancong yang berminat untuk mengetahui perihal tugu tersebut dengan lebih lanjut lagi.

Berlainan pula dengan kumpulan yang kedua. Pemandu pelancong memulakan pengenalan kepada Tugu Negara sebagai sebuah tugu peringatan yang banyak memberi erti kepada negara. Cara penyampaian yang agak melankolik sungguh menyentuh hati dan pelancong yang datang turut menghargai pengorbanan askar-askar Melayu yang berjuang habis-habisan pada zaman sebelum kemerdekaan. Mereka turut tersentuh oleh semangat cinta akan negara yang ditunjukkan oleh askar-askar yang terkorban dalam memelihara kedaulatan negara.

Contoh di atas merupakan contoh terbaik untuk membezakan dua penyampaian yang berbeza dengan menggunakan maklumat yang sama. Setiap fakta yang diberikan oleh pemandu pelancong bagi kumpulan kedua telah disebut oleh pemandu pelancong bagi kumpulan pertama.

Yang membezakan hanyalah cara penyampaian, gaya suara dan elemen emosi yang ditunjukkan.
Kebanyakan orang mungkin menyangka kandungan teks ucapan ialah faktor terpenting dalam memastikan sesuatu penyampaian berjaya. Tidak dinafikan kepentingannya tetapi seperti yang telah dijelaskan, dua individu mungkin menyampaikan teks yang sama tetapi cara penyampaian yang berbeza telah meletakkan satu ucapan itu pada tahap yang lebih baik daripada yang satu lagi.

Penyampaian yang baik akan berjaya menarik minat penonton untuk terus mendengar tanpa jemu dan hal ini membantu ke arah memastikan mesej yang ingin disampaikan sampai kepada penonton.

Namun, apakah yang dimaksudkan dengan ‘penyampaian’ atau ‘delivery’? Adakah penyampaian satu perpindahan dari satu tangan ke tangan yang lain? Apabila anda membeli sebuah kereta, penjual kereta akan datang kepada anda dan memberikan kunci kereta berserta dokumen penjualan. Anda menerima semua perkara tersebut dan proses jual beli berakhir di situ. Adakah semudah itu dengan penyampaian sesuatu maklumat?

Sarina merupakan seorang novelis yang terkenal dan pada satu majlis, Sarina telah diminta untuk menyampaikan satu ucapan pendek tentang masalah penjualan novel di negara ini. Sebagai seorang novelis yang telah banyak menghasilkan novel yang bermutu tinggi dan mendapat sambutan yang sangat baik, Sarina tidak pernah merasakan keperitan untuk memastikan semua novelnya terjual. Dia tidak pernah terfikir langsung tentang masalah tersebut yang bagi pendapatnya, langsung tidak wujud.

Oleh sebab tidak terdapat sebarang kaitan antara perkara yang disampaikan dengan elemen emosi semasa Sarina menyampaikan masalah-masalah yang mungkin wujud, Sarina gagal untuk mengaitkan dirinya dengan topik tersebut. Akibatnya, penonton tidak dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh Sarina kerana dia tidak mempunyai ‘nyawa’. Ucapannya bukan hasil nukilan dari hatinya. Apa yang disampaikan hanyalah berdasarkan cerita-cerita yang didengarinya daripada media massa dan juga teman-teman seperjuangan yang tidak bernasib baik, tidak seperti dirinya.

Yang dilakukan oleh Sarina bukanlah satu penyampaian. Hal ini kerana penonton tidak merasakan sesuatu mesej telah disampaikan kepada mereka dari hati dan dari minda penceramah ke hati dan ke minda mereka.

Oleh itu, penting bagi setiap penceramah untuk mengetahui cara untuk menarik perhatian penonton, tidak bercakap sambalewa dan lebih sistematik dalam penyampaian.

1. Mulakan dengan sesuatu yang menarik perhatian penonton
Walaupun anda kurang bersedia dari segi penyediaan teks, anda masih boleh menyampaikan sesuatu mesej dengan baik sekiranya berpengetahuan dalam topik tersebut. Namun, pada permulaan ucapan, pengenalan yang diberikan haruslah cukup menarik untuk melakar imej yang positif terhadap diri anda.

Sebagai contoh, walaupun Sarina tidak bersedia kerana dia tidak mempunyai pengalaman seperti yang tertulis dalam topik di atas, dia masih berupaya untuk ‘bercerita’ pengalaman yang pernah dialami oleh kawan-kawannya.

Sarina boleh memulakan ucapannya dengan kenyataan yang menarik perhatian, seperti, "Dua minggu lepas, saya didatangi oleh rakan baik saya, yang juga merupakan novelis. Beliau banyak menulis cerita tentang percintaan kaum remaja. Dia datang dengan muka yang muram…" atau Sarina boleh memulakan dengan satu soalan, "Berapa orang di sini yang membaca surat khabar hari ini?"…atau "Berapa ramaikah di sini yang suka membaca novel?"

Walau apa-apa jua teknik yang digunakan, pastikan teknik tersebut mampu menarik perhatian penonton supaya terus mendengar.

2. Pastikan penyampaian anda penuh bertenaga
Seperti yang telah disarankan sebelum ini, variasi suara amat penting. Pastikan kelajuan suara anda perlahan apabila memperkatakan sesuatu yang agak dramatik dan pastikan anda membayangkan keceriaan apabila menceritakan perkara yang menggembirakan. Jangan lupa untuk berhenti apabila perlu. Bercakap tanpa henti seperti kereta api ekspres tidak akan membantu anda menyampaikan mesej.

Jangan hanya berdiri kaku di belakang rostrum tetapi berjalan ke hadapan apabila anda ingin menarik perhatian penonton dan berikan deskripsi dengan pergerakan tangan dan mimik muka anda. Pastikan setiap pergerakan mempunyai matlamat. Jangan mundar-mandir tanpa hala tuju kerana lambat laun penonton akan bosan. Sarina mungkin telah melakukan kesilapan kerana dia tidak bergerak dan tidak mencuba untuk memenangi hati penonton. Dia tenggelam dalam masalahnya sendiri yang merupakan konflik dalaman dirinya.

Sebelum membuat ucapan, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya beberapa jam sebelum masa yang dijadualkan. Mental dan fizikal yang cukup rehat sangat penting untuk mengelakkan rasa gugup. Anda juga harus memberikan perhatian pada perut anda. Kebanyakan penceramah hanya mengambil makanan yang ringan sahaja sebelum berucap. Jangan sekali-kali makan berlebihan kerana apabila perut terlalu kenyang, anda pula terpaksa berdiri untuk menyampaikan ucapan, peraliran darah akan tertumpu ke bahagian perut. Akibatnya, peraliran darah ke otak akan berkurangan dan hal ini menyebabkan anda lesu dan tidak boleh berfikir dengan baik.

Oleh itu, elakkan makan dengan banyak. Selepas menyampaikan ucapan, anda boleh sambung kembali makan makanan yang dihidangkan.

3. Pastikan ucapan anda sistematik
Anda tidak perlu memerah otak untuk mencari idea yang banyak untuk membuat sesuatu pembentangan. Memadai dengan dua atau tiga idea yang baik. Susun idea berikut mengikut kepentingan dan sediakan fakta sokongan seperti contoh, definasi, testimonial atau statistik.

Alat bantuan visual juga boleh disertakan sebagai daya tarikan yang sesuai. Bagi Sarina, dia hanya perlu menyampaikan tiga perkara iaitu:

1. Status penjualan novel setakat ini – penjelasannya boleh disokong dengan statistik penjualan novel yang boleh didapati daripada penerbit.

2. Masalah yang dihadapi oleh novelis – novel tidak laku disebabkan oleh faktor-faktor tidak ada kualiti, strategi pemasaran yang lemah, kurang promosi dan sebagainya. Untuk tambahan, Sarina boleh berkongsi cara penerbit buku membuat promosi dan pemasaran.

3. Cara untuk mengatasi masalah ini – salah satu cadangan yang boleh Sarina utarakan adalah denganmenyarankan agar pihak kerajaan mengawal lambakan novel yang tidak berkualiti, tingkatkan kreativiti penulis agar mampu mengeluarkan novel mengikut kehendak orang ramai, penyelidikan tentang cita rasa pembeli dan sebagainya.

Walaupun Sarina tidak pernah mengalaminya, dia sepatutnya arif tentang keadaan pasaran semasa yang agak lembap dan mengaitkan pengetahuan dan pengalamannya.

4. Sertakan perkataan yang menunjukkan turutan
Perkataan-perkataan seperti "Pertama," "Kedua," atau "Akhir sekali," boleh menjadi petunjuk yang sistematik kepada penonton mengenai struktur ucapan anda. Hal ini boleh membantu mereka untuk mengikuti perjalanan ucapan anda.
Perkataan-perkataan ini juga boleh membezakan pengenalan, isi dan penutup ucapan anda secara keseluruhannya. Dengan ini, ucapan anda akan lebih sistematik dan penonton dapat memahami objektif ucapan yang disampaikan dengan mudah.

5. Ceritakan pengalaman anda
Teknik ini berkesan apabila anda membuat pembentangan terutama sekali dalam bidang teknikal. Lazimnya, bidang teknikal tidak begitu mudah untuk difahami, kecuali semua hadirin yang ada merupakan orang yang bekerja atau belajar dalam bidang ini. Untuk memudahkan pemahaman, anda boleh menceritakan pengalaman anda sendiri dengan bahasa yang mudah.
Berdasarkan pengalaman yang dilalui, anda mampu mengaitkan pendengar secara emosi dengan fakta yang anda ceritakan. Hanya pengalaman peribadi dapat mencapai impak sedemikian.

Apabila anda bercerita, ikutlah kronologi kejadian dengan memasukkan maklumat seperti orang yang terlibat, perkara yang terjadi, masa, sebab dan tempat. Jika anda menggunakan panduan ini, cerita anda tidak akan kekurangan fakta yang diperlukan untuk pemahaman.

Sebagai menambah keunikan pembentangan anda, anda boleh menggunakan alat bantuan visual seperti tayangan video pendek, carta flip dan sebagainya. Sebelum itu, pastikan anda menonton dahulu visual tersebut dengan duduk di tempat penonton dan di belakang sekali. Pastikan penonton yang duduk di belakang sekali dapat melihat visual tersebut.

Buat pengenalan kepada visual berkenaan dan jelaskan sebab visual itu dipilih. Jangan biarkan visual tersebut menjadi demontrasi bisu. Anda harus memberikan petunjuk pada setiap peringkat. Jangan berhenti bercakap langsung. Anda harus memandang ke arah hadirin, bukan visual tersebut. Apabila visual tersebut sudah tidak digunakan, tutup atau sembunyikan daripada pandangan penonton kerana visual tersebut boleh mengganggu konsentrasi mereka terhadap anda.

Seandainya anda menyampaikan ucapan untuk memujuk penonton supaya membuat sesuatu, sebagai tambahan kepada pengalaman yang anda alami sendiri, masukkan juga testimonial daripada pakar yang dihormati dan dikenali oleh semua hadirin untuk membuktikan yang anda serius.

Anda juga boleh memasukkan data statistik yang sahih. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membuktikan bahawa pendengaran penting untuk meningkat kualiti servis kepada pelanggan, anda boleh membentangkan statistik yang menyatakan kecekapan pendengaran manusia hanyalah sebanyak 25% sahaja walaupun kita menghabiskan lebih dari separuh masa kita berkomunikasi dengan mendengar.

Baca Lagi..

Usaha atau Nasib???

Semasa menjadi tetamu perunding motivasi dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia Isnin lepas, pengacara ada bertanya tentang situasi seseorang yang telah berusaha, tetapi tidak berjaya. Adakah kerana usaha, atau nasib?

Pandangan saya, kita perlu lakukan sesuatu dengan betul, yang mengikut sains-sunnatullah alam ini. Bumi, mentari, bulan, planet, bintang, semuanya bergerak denan betul, di atas orbit sendiri. Bisnes, kerjaya, komunikasi, perhubungan, prestasi, perundingan, promosi, pemasaran, branding, pembentangan, interaksi, dan bermacam lagi; semuanya ada orbit yang tersendiri.Pelajarilah dan praktikkanlah ia.

Jikalau seseorang telah melakukan sesuatu dengan betul, tetapi masih tidak berjaya- itu boleh jadi beberapa kemungkinan. Ia bergantung kepada siapa orang yang mendapat hasil itu.

a) Jikalau dia merupakan seorang yang dicintai Allah, tetapi masih gagal; itu mungkin ujian dari Allah. Salah satu ujian untuk orang yang bertaqwa ialah kesusahan dan kegagalan. Jika seseorang itu menghadapi dengan hati yang terbuka dan berbaik sangka dengan tuhan, maka tuhan akan membalas dengan pahala. Ia juga boleh jadi satu kafarah, iaitu penghapus dosa-dosa yang lalu. Dan, ia juga mungkin suatu tazkirah, iaitu peringatan supaya memperbaiki kelemahan diri.

b) Jikalau dia seorang yang dibenci Tuhan, maka itu boleh jadi juga satu tazkirah- supaya orang itu sedar dan bertaubat kepada tuhannya. Ia juga boleh jadi satu bala, tanda kemurkaan tuhan kepada makhluknya.

Ada juga situasi yang mana seseorang itu tidak melakukan mengikut kaedah yang betul, tetapi masih memperolehi kejayaan. Untuk situasi ini, saya juga boleh bahagikan kepada dua jenis individu yang sama:

a) Bagi para rasul dan nabi, keadaan ini dinamakan mukjizat. Ia adalah keajaiban dan kehebatan di luar tabii alam. Ia tidak boleh dirungkai melalui sains. Bagi mereka yang mencapai tahap ketaqwaan yang tertentu; contohnya seperti para wali Allah, kehebatan mereka melakukan sesuatu di luar kaedah logik dinamakan sebagai ‘karamah’.
Dalam masa yang sama, ada juga orang-orang biasa yang mendapat kejayaan, walaupun mereka tidaklah berusaha dengan sebaik mungkin- mengikut ‘sains kejayaan’. Jika dia seorang yang disayangi Allah, anugerah itu
boleh dianggap sebagai tuah dan nasib yang baik, yang mana Allah ingin menunjukkan kehebatanNya memberikan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Keadaan ini perlulah disyukuri dengan penuh rasa rendah diri kepada Allah.

Bagaimana pula mereka yang berhati busuk, tetapi masih mendapat apa yang mereka impikan- walaupun mereka tidak berusaha dengan kaedah yang betul? Keadaan ini dinamakan sebagai ‘istidraj’ dalam istilah Arabnya. Dalam erti kata lain, Allah memberikan kenikmatan dan kemewahan kepada mahkluk yang engkar padaNya, sebagai faktor untuk menambahkan kelalaiannya. Contoh yang jelas ialah seperti yang berlaku kepada Firaun, Namrud dan bermacam lagi kaum yang telah dimusnahkan oleh Allah sebelum ini.

Sumber KuasaMotivasi.Com oleh Fadzli Yusof

Baca Lagi..

Kuasa Motivasi...Anda Mahu Berjaya?Pasti?


Memandangkan ustaz Ibnuwalidaini nak imtihan..Ummi Humaira' nak posting la sikit pasai motivasi ni yerk...

Dalam enam bilion manusia yang bernafas di muka semuanya mahukan kejayaan. Mereka mahu kehidupan yang paling selesa, makanan yang paling bercitarasa, minuman yang menyegarkan, teman hidup yang menyayangi, anak-anak yang comel dan mendampingi, rakan-rakan yang setia dan prihatin, kenderaan yang bagus, rumah yang selesa, keluangan masa bersantai, jaminan kewangan yang kukuh, dihormati, disanjungi, diterima, diiktiraf, dan dirasai kewujudan mereka. Semua mahukan yang bagus-bagus. Semua mahukan keindahan dan kenikmatan.

Tetapi, kenapa tidak semua mendapatnya? Menarik, jika saya bertanya mereka yang tidak dapat, biasanya jawapan yang akan diberikan ialah “Sudah takdir…”, “Memang Tuhan yang menentukan segalanya”, atau “Yang secupak takkan jadi segantang…”.
Ya, saya tidak menafikan bahawa apa yang kita perolehi sekarang adalah sudah ditakdirkan oleh Allah sejak dari azali lagi. Allah yang tetapkan semua apa yang kita miliki sekarang ini.
Sememangnya apa yang anda kecapi sekarang sudah ditentukan. Namun, adakah anda tahu apakah yang Allah akan tentukan 10 tahun akan datang? Berapakah pendapatan anda pada masa itu? Bagaimana dengan keluarga anda ketika itu? Apakah kerjaya anda ketika itu? Bagaimana prestasi anda? Adakah anda gembira dan hidup gembira 10 tahun lagi?

Itu 10 tahun lagi. Bagaimana pula dengan 5 tahun akan datang? Bagaimana pula dengan setahun akan datang? Bagaimana pula bulan depan? Minggu depan? Esok? Lebih menarik, adakah anda tahu apa yang akan berlaku dua minit akan datang?

Anda belum pasti kan? Tetapi yang pasti, anda boleh buat pilihan, samada untuk terus membaca blog ini, atau anda boleh melayari web lain.

Jika anda membuat keputusan untuk terus membaca, otak anda belum tentu boleh memahami buku ini tanpa tumpuan dan kosentratasi. Anda perlukan mata yang sihat, otak yang segar, dan persepsi yang positif; barulah anda boleh membaca dan memahami entri ini dengan baik. Itu adalah fitrah dan sunnatullah dalam membaca.
Apa yang kita perolehi sekarang sudah ditakdirkan. Dan dalam masa yang sama, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Justeru, kita perlu membuat pilihan yang terbaik, berdasarkan fitrah-sunnatullah. Setelah membuat pilihan, kita perlu melakukan yang terbaik, juga berdasarkan fitrah-sunnatullah.

Nak berjaya bukannya senang tapi bukan mustahil,Ini terpulang kepada diri orang itu sendiri. Sekiranya kena cara, ada azam dan keinginan untuk berjaya.Insyallah,impian untuk menggapai kejayaan akan mampu untuk direalitikan. Usahalah sehabis dan sebaik mungkin,setiapkali anda terfikir untuk berputus asa ingatlah kisah Nabi Nuh yang telah berdakwah selama beratus-ratus tahun tanpa mengenal erti jemu sehinggalah baginda berusia 900 tahun.



Baca Lagi..

Tuesday, April 28, 2009

Salam Imtihan

Sempena exam yang bakal menjelma ini, teman sekali lagi akan bercuti dari dunia siber ini.Semoga usaha teman kali ini akan mendapat rahmat dan bantuan dari Allah.

Kesempatan ini teman nak mohon ampun dan maaf dari kalian semua, kalau-kalau ada salah dan dosa teman pada kalian. Maklum la insan biasa macam teman ni tak lepas dari salah. Kadang-kadang tu cakap main sedap mulut jer. So teman harap kalian dapat maafkan teman.

Sekiranya susah untuk kalian maafkan disebabkan terlampau besar salah teman, boleh la hubungi teman atau pun emel jer kat teman..insya Allah kita cuba setelkan dengan cara baik.

Untuk sahabat-sahabat yang bakal menghadapi peperiksaan, teman ucapkan bitaufiq maan najah insya Allah..

Buat sahabat yang tak hadapi exam, doa-doakan lah teman dan sahabat-sahabat yang lain.

Insya Allah Ummi Humaira' akan tengok-tengokkan blog ni. Tapi rasanya dia pun sibuk jugak tu nak bersiap balik ke desa tercinta.

Akhirnya..salam imtihan dari teman.. Sirru 'ala barakatillah..

Baca Lagi..

Monday, April 27, 2009

Posting ke 100

Ini adalah posting yang ke 100 untuk tahun 2009 nih..Eleehh baru 100..hehehe..punya la lamer nak membolehkan angka 100 ni tercapai..orang lain 2 minggu jer dah cukup untuk mencapai angka 100 posting..

Apa-apa pun teman tetap jugak nak ucapkan syabas untuk teman dan terima kasih untuk Ummi Humaira' kerana sudi membantu sehingga dah berjaya sampai ke posting yang 100 nih...semoga lebih gigih la hendaknya untuk menulis dan posting kat blog nih.

Walaupun kadang-kadang tulisan teman caca merba jer..tapi kira ok la ada rasa syok sendiri tu kan..salah satu faktor nak berjaya kene ada rasa syok sendiri tu..tak gitu..hehehe...

Baca Lagi..

Manusia makin biadap

Terkejut jugak bila teman membaca kenyataan yang disiarkan di sebuah lam web stesen tv tempatan dengan kenyataan Oleh Siti Sarah Raisudin seorang artis Malaysia berkaitan isu pemakaiannya. Baca Disini

"Saya tidak kisah apa yang orang kata tentang penampilan saya. Saya memang tidak mempunyai peraturan dalam berpakaian. Paling penting ia selesa. Orang boleh bercakap, tetapi mungkin dia lupa fesyen itu bersifat universal"- Siti Sarah.

Satu ucapan yang betul-betul biadab dari seorang makhluk Allah yang Allah dah beri banyak nikmat padanya. Seorang hamba yang lupa diri pada Yang Maha Penciptanya sehingga terpacul ucapan sebegitu dari mulutnya.

Ya Allah...sedarkanlah diri hambaMu itu..berikanlah dia taufiq dan hidayahMu agar dia dapat kembali ke jalan yang benar.

Jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran kepada kita. Wahai insan yang bergelar ayah, wahai insan yang bergelar suami, wahai insan yang bergelar abang, peliharalah wanita di sekelilingmu dengan sebaik-baiknya dengan ajaran Islam yang sebenar.

Wahai diri yang bergelar wanita, sedarlah kalian bahawa diri kalian cukup mebahaya. Disebabkan kalian iman sang lelaki boleh runtuh, disebabkan kalian boleh timbulnya fitnah yang dahsyat, disebakan kalian juga lah, ramai lelaki akan terheret sama ke lubang neraka.

Ingatlah pesan Allah yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - Al-Ahzab ayat 59.

Sama-sama tepuk dahi pikirlah sendiri...


Baca Lagi..

Friday, April 24, 2009

Semanis Hempedu...

Ada ker hempedu yang manis yer. Walaupun dicicah dengan gula tetap juga kepahitan itu akan terasa. Tajuk yang teman bawakan itu bukanlah maksud hempedu yang sebenarnya. Insya Allah nanti kita cuba ungkapkan apakah yang dimaksudkan dengan semanis hempedu tersebut.

Hempedu adalah suatu benda yang pahit. Teman pun tak pernah rasa lagi. Tapi dari info dan cakap-cakap orang yang lebih berpengalaman, semuanya mengatakan hempedu ni pahit. Kalau kalian rasa tak puas hati, cubalah untuk rasainya sendiri.

Apa yang cuba teman bawakkan berdasarkan tajuk itu adalah membawa maksud daripada keperitan itu akan adanya kemanisan. Maka teman pendekkan menjadi satu istilah 'Semanis Hempedu'.

Sesuatu keperitan itu boleh lah kita gambarkan sebagai suatu yang pahit dan kalau boleh kita taknak laluinya. Tetapi dalam kehidupan kita sebagai manusia ini, kita tidak dapat lari dari menempuh saat-saat keperitan sebelum kemanisannya dapat kita kecapi di penghujung keperitan tersebut.

Sebutlah apa sahaja usaha menuju ke arah kejayaan, pasti terlebih dahulu kita perlu berhadapan dengan saat-saat yang pahit lagi perit. Kita ambil contoh seorang pelajar yang ingin berjaya dalam pengajian nya, dalam perjalanan menuju kejayaan tersebut sang pelajar terpaksa bersengkang mata hingga lewat malam di kala orang lain sedang nyenyak tidur, tapi dia membulatkan mata mengadap buku kuliah. Tidakkah apa yang dilakukan oleh pelajar tadi terlampau perit utk dilalui. Tapi oleh kerana adanya matlamat dan ingin mengecap kemanisan di penghujungnya, keperitan tersebut perlu kita tempuh juga. Disinilah akan kita rasakan bahawa keperitan yang kita lalui itu amat manis sebenarnya untuk kita sampai ke kemuncak kemanisan sebenar nya apabila kejayaan sudah berada dalam genggaman kita.

Sedarlah wahai diri, bahawa setiap keperitan yang dilalui pasti akan dibalas dengan kemanisan dan kebahgiaan di penghujung nya nanti. Bersabarlah wahai diri. Jangan lah mudah untuk putus asa. Kejayaan dan kebahgiaan serta kemanisan sedang menantimu di penghujung sana. Teruskan perjalananmu untuk mengecap kemanisan tersebut. Lama mana kita bergelumang dengan kepahitan sekalipun pun, insya Allah suatu hari nanti manis itu dapat kita kecapi.

Ramai dari kita amat takut dengan kepahitan. Yang mereka mahukan hanyalah kemanisan. Kita lupa kadang-kadang kemanisan yang kita perolehi itu adalah punca penyakit untuk diri kita. Kita lihat bagaimana pada hari ini orang berebut-rebut mencari kesenangan hidup dengan jalan pintas tanpa perlu melalui keperitan-keperitan yang menyiksakan. Bilamana kesenangan telah mereka perolehi, mereka jadi lupa diri dan tidak ada rasa syukur atas apa yang mereka miliki itu. Lupakah kita bahawa kemanisan jugak akan membawa penyakit untuk diri kita.

Kalau kita lihat insan-insan yang berjaya pada hari ini, semuanya terpaksa melalui saat-saat keperitan terlebih dahulu. Jarang kita dengar dia berjaya tanpa ada usaha yang boleh kita gambarkan sebagai suatu yang pahit.

Moralnya disini, setiap kepahitan yang kita lalui itu, janganlah kita rasa putus asa dengan keadaan tersebut, kerana di akhir sebuah keperitan itu pasti akan ada kemanisan dan kebahgiaan yang sedang menanti kita.


Baca Lagi..

Pokok tumbuh dalam paru-paru

Photobucket

Photobucket

Baru kejap tadi teman ada baca satu artikel berkaitan pokok tumbuh dalam paru-paru..ini bukan lah kisah dongeng..kisah ini benar-benar berlaku di Izhevsk Russia..

Teringat masa kecik-kecik dulu selalu dipesan jangan telan biji jambu batu..sebenarnya pesanan tu adalah untuk mengelakkan kita dari terkena penyakit apendic (betui ker ejaan teman tuh) ...tapi disebabkan pemikiran teman yang masih lagi kurang matang masa tu, teman memikirkan maybe nanti tumbuh pokok kot dalam perut teman nanti..

Bila dah makin membesar nih, baru lah teman tau untuk apa pesanan tu sebenarnya..tapi hari ini teman terkejut kerana apa yang teman pikirkan masa kecik dulu dah benar-benar berlaku..benar-benar ada pokok yang tumbuh dalam badan..Maha Besar Allah..doktor pun pada asalnya mengatakan mustahil untuk terjadi..tapi apa yang mustahil bagi manusia bukanlah suatu yang luar biasa untuk Allah jadikan..

So lepas ni makan tu hati-hati la yerk..jangan main telan jer..kang timbul lak kes ke dua pokok tumbuh dalam badan lak..

Untuk elakkan dari sesuatu yang tidak diingini berlaku..kene ingatlah untuk membaca Bismillah sebelum makan tuh..insya Allah apa yang kita makan tu adalah suatu yang berkat dan baik untuk tubuh kita..amin..

Baca Lagi..

Kisah Nabi Nuh Dengan Kaumnya

Nabi Nuh menerima wahyu kenabian dari Allah dalam masa "fatrah" kekosongan di antara dua rasul di mana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali melakukan perkara yang mensyirikkan Allah, meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis laknatullah.

Bertahun lamanya kaum nabi nuh menyembah berhala. Mereka menjadikan berhala-berhala itu sebagai Tuhan tempat meminta kebaikan dan tempat menolak bala. Berhala menjadi tempat bergantung segala sesuatu dalam kehidupan mereka. Mereka meminta dan memanggil berhala-berhala itu dengan bermacam nama. Kadang dengan nama Wadda, Suwaa’, dan Yaghuts. Kadang dengan nama Ya’uq, atau Nasr –nama-nama berhala ini diwarisi dari masyarakat Arab di masa jahiliyah. Mereka melakukan semua itu disebabkan kejahilan dan menuruti hawa nafsu.

25. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya Dengan berkata: "Sesungguhnya Aku ini seorang Rasul pemberi amaran Yang nyata kepada kamu.

Nabi Nuh yang dikurniakan Allah dengan sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan tegas dalam kata-katanya, bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalahnya kepada kaumnya dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan dengan cara yang lemah lembut mengetuk hati nurani mereka dan kadang kala dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar bila menghadapi pembesar-pembesar kaumnya yang keras kepala yang enggan menerima hujjah dan dalil-dalil yang dikemukakan kepada mereka .

Akan tetapi walaupun Nabi Nuh telah berusaha sekuat tanaganya berdakwah kepda kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan dalam setiap kesempatan, siang mahupun malam dengan cara berbisik-bisik atau cara terang dan terbuka ternyata hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dpt menerima dakwahnya dan mengikuti ajarannya, menurut riwayat tidak melebihi bilangan seratus orang. Itupun hanya mereka yang terdiri dari orang-orang yang miskin. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tingi dan terkenal dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak mahu berganjak dari agama dan kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala mereka, bahkan mereka berusaha dengan mengadakan komplot hendak melumpuhkan dan mengagalkan usaha dakwah Nabi nuh.

5. (setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
6. "Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
7. "Dan Sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya Dengan jari masing-masing, dan berselubung Dengan pakaiannya, serta berdegil Dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur Dengan melampau.
8. "Kemudian Aku telah menyeru mereka Dengan terang-terang;
9. "Selain dari itu, Aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai Dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan Dengan perlahan-lahan.

Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama 950 tahun berdakwah menyampaikan risalah dari Allah, mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala dan kembali sujud dan beribadah kepada Allah Yang maha Kuasa. Nabi nuh juga memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat dan gelap ke jalan yang benar dan terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang diwahyukan oleh Allah kepadanya, mangangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah serta berusaha menghilangkan sifat-sifat sombong dan bongkak yang melekat pd para pembesar kaumnya dan medidik agar mereka berkasih sayang, serta tolong-menolong sesama manusia.

Harapan nabi nuh untuk melihat kaumnya kembali mengikut perintah Allah makin hari makin berkurangan. Sinar iman dan takwa tidak akan menembusi ke dalam hati mereka yang telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan Iblis.

Seperti mana firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya tidak akan seorang drp kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu dan beriman lebih dahulu, maka jgnlah engkau bersedih hati dengan apa yang mereka perbuatkan."

Dengan penegasan firman Allah itu, lenyaplah sisa harapan Nabi Nuh dari kaumnya dan habislah kesabarannya. Ia memohon kepada Allah agar menurunkan azab ke atas kaumnya yang berkepala batu seraya berseru:"Ya Allah! Jgnlah Engkau biarkan seorang pun drp orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mareka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal, mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir spt.mereka."

Doa Nabi Nuh dimaklbulkan oleh Allah dan permohonannya diperkenankan serta tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya, kerana mereka itu akan menerima hukuman Allah dengan mati tenggelam.

Setelah nabi nuh menerima perintah dari Allah untuk dibina sebuah bahtera, nabi nuh dan pengikutnya mula mengumpulkan bahan untuk tujuan pembinaan bahtera tersebut. Walaupun tempat pembinaan tersebut jauh dari kawasan orang ramai, nabi nuh dan pengikutnya tetap jugak menerima ejekan dan kutukan dari kaumnya. Ada antara mereka yang mengatakan nabi nuh sudah tidak betul kerana membina kapal jauh dari kawasan perairan.

Setelah selesai kerja-kerja pembinaan kapal yang merupakan alat pengangkutan laut pertama di dunia itu, Nabi Nuh menerima wahyu dari Allah:

"Siap-siaplah engkau dengan kapalmu, bila tiba perintahKu dan terlihat tanda-tanda daripadaKu maka bersegeralah untuk membawa bersamamu di dalam kapal itu dari pengikutmu dan bawalah dua pasang dari setiap jenis makhluk yang ada di atas bumi dan belayarlah dengan izinKu."

Kemudian tercurahlah dari langit dan memancut dari bumi air yang deras dan dahsyat yang dalam sekelip mata telah menjadi banjir besar melanda seluruh kota dan desa menenggelamkan daratan yang rendah mahupun yang tinggi sampai mencapai puncak bukit-bukit sehingga tiada tempat berlindung dari air bah yang dahsyat itu kecuali kapal Nabi Nuh yang telah terisi penuh dengan para orang mukmin dan pasangan makhluk yang diselamatkan oleh Nabi Nuh atas perintah Allah.

Maka belayarlah bahtera nabi nuh membelah banjir besar tersebut. Di kiri dan kanan bahtera terlihatlah akan orang-orang kafir yang sedang bergelut dengan gelombang air yang besar dan sedang berdepan dengan saat-saat kematian mereka dek kerana keingkaran mereka kepada perintah Allah.

Didalam kekalutan itu, nabi nuh terlihat akan anaknya yang sedang berusaha untuk menyelamatkan dirinya. Nabi nuh dengan rasa kasih nya sebagai seorang ayah terus lagi mengajak anaknya untuk beriman kepada Allah yang Esa. Dalam keadaan begitu pun ajakan nabi nuh terhadap anaknya itu dibalas dengan penentangan daripada anaknya sendiri.

Sedihnya diri…tidak terkata…
Melihat anak...terus menderhaka..
Kasihnya ayah..tiada berguna,
Matilah anak di depan mata…
(syair..tapi cam tak best jer..ubah la lirik tuh wat lain..ehehe)

Demikianlah kawan-kawan..kisah ini patut kita jadikan sebagai tauladan dalam hidup kita. Seorang ayah yang beriman belum tentu dapat mewariskan keimanan nya kepada anak sendiri. Sedangkan seorang nabi pun tidak mampu untuk membantu anaknya sendiri, apatah lagi kita ini. Keimanan kita kepada Allah perlu kita pupuk dengan keikhlasan dari hati kecik kita sendiri.

Bak kata baris-baris lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan..

Iman tak dapat diwarisi,
Dari seorang ayah yang bertakwa,
Iman tak dapat dijual beli,
Iman tiada di tepian pantai.

Oleh itu kawan-kawan..marilah kita sama-sama memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah supaya nanti kita tergolong dari kalangan hamba-hamba Allah yang bertakwa..amin..

Baca Lagi..

Thursday, April 23, 2009

SEORANG YANG BERJAYA DAN SEORANG YANG GAGAL


Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

Baca Lagi..

INFO RINGKAS BERKENAAN SIHIR

Sejarah Sihir

Sihir telah difirmankan oleh Allah SWT di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa AS. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi SAW.


Adakah Nabi pernah terkena sihir ?
Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”:(Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat Ar-Rasul SAW, akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit-penyakit”.

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah SWT.Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut.

Tanda-tanda Terkena Sihir

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.

.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

Cara Menghadapi Sihir

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

Kerasukan

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi” - pengikut-pengikut

9. Al Qarna” - pengawan-pengawan

10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur

Pengalaman Mujahidin Afghanistan

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.

Baca Lagi..

TIPS SUPAYA ANDA DISUKAI RAMAI


Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :-

*Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda
mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda
temui.

*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan
merengus.

*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-
tugasan anda.

*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus
yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang
lain.

*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam
perbualan anda.

*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama
ada secara verbal ataupun unverbal).

*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan
dengan anda.

*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain
secara langsung dan berterus-terang.

Baca Lagi..

Hepi Besday Ummi Humaira'

Happy Birthday Pictures, Images and Photos


Seminggu jugak teman bercuti yerk..tapi terasa lama betui untuk kali ini. Rasa macam teman dah tak update blog berbulan rasanya. Tapi alhamdulillah Ummi Humaira' ada untuk mengupdate blog ini. Terima kasih untuk Ummi Humaira' kerana sudi untuk menjenguk dan mengemaskini blog ini..

Posting ini teman tujukan khas untuk Ummi Humaira' yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya pada 22 April. Teman harap posting teman ini tak terlewat lagi la yerk. Hari ini baru teman berkesempatan untuk mengadap laptop.

Untuk Ummi Humaira', teman doakan semoga segala impian akan jadi kenyataan satu hari nanti. Semoga panjang umur dan murah rezeki, dan yang terpenting apa yang kita perolehi selama hayat kita ini semoga diberkati oleh Allah. Semoga Ummi Humaira terus kekal dalam jalan Islam dan berterusan menjadi seorang muslimah solehah yang mukminah..amin..

Sekali lagi, Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran untuk Ummi Humaira'..Sanah helwah insya Allah..amin..

Baca Lagi..

TIPS UNTUK ELAK DIRI DARI MENGUMPAT

Bagaimana nak elak diri daripada mengumpat?

1. Kesedaran

Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah. Jangan kita dedahkln diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran dan hadis menegah kita dari mengumpat. Peliharalah lidah sebaik-baiknya dari perbuatan ini.

2. Jangan Marah

Jika kita dapati kita kena umpat, janganlah bertindak marah. Bersabarlah. Cari dimana kelemahan atau kesilapan yang telah kita lakukan. Buat perubahan memperbetulkan kesilapan yang lalu dan bertaubat. Dengan sikap ini anda beroleh kemenangan.

3. Pahala

Orang yang mengumpat sebenarnya beri pahala percuma kepada orang yang diumpatnya. Jadi sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan mengucapkan terima kasih kepada si pengumpat itu. Jadi jangan mudah bagi pahala pada orang manakala pahala untuk diri sendiri berkurangan.

4. Rasai apa yang orang lain rasa

Orang yang mengumpat tu, sendiri mau ingat la..bagaimana kalau dia berada ditempat orang yang kena umpat itu. Kalau dia rasa menderita,orang lain pun rasa cam tu jugak,betul tak?

5. Tempias

Duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat walaupun ia tidak menambah kepada umpatan itu tetapi dengan kata-kata seperti ini, Eh tak sangka ya..dia perangai cam tu. Perkataan ini seolah-olah membenarkan kata-kata orang yang mengumpat itu. Sedangkan orang yang mendengar berdiam diri dan juga tanpa buat apa-apa bantahan pun turut bersubahat dengan orang yang mengumpat itu.

Jadi berhati-hatilah dalam apa jua tindakan kita. Elakkan dari mengata orang lain kerana ia hanya akan mengundang dosa dan akan dibawa mati sekiranya orang yang kita umpat itu tidak memaafkan kita.

Baca Lagi..

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut:

i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak

AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN
Al-Muawwizat iaitu:

1.Surah Al-Ikhlas


2.Surah Al-Falaq


3. Surah An-Naas


CARA

1.Lunjurkan kaki kearah Qiblat
2.Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3.Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4.Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit
6.Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

AYATUL KURSI
BACAAN


Terjemahan:
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur.Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar - Surah Al-Baqarah ayat 255

CARA
1.Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2.Untuk melindungi diri sendiri : selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3.Untuk melindungi rumah : baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

AYAT 1-9 SURAH YAASIN
BACAAN


Terjemahan

(1) YaaSiin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) diatas jalan yang lurus(5)sebagai wahyu yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman(8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka,lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka kerana itu mereka tertengadah.(9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata)mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA
1.Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2.Berdiri di satu penjuru rumah, (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu sebelah kiri rumah. Baca surah Al-Fatihah diikuti surah Yasin ayat 1-9. Sambil baca sambil berjalan menuju ke penjuru rumah satu lagi. (Ikut arah tawaf Kaabah) Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

AYAT BERKUBU
BACAAN


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah.

CARA
1.Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2.Pusing ke arah kiri, (sekarang berdiri ke arah selatan) Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3.Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara.

4.Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi dan tiup ke bawah sehingga habis nafas.Baca lagi dan tiup ke arah atas sehingga habis nafas.

5.Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh dan hembus.

AYAT PENGERAK
BACAAN


Dengan nama Allah, yang tidak akan memberikan mudarat sesuatu di bumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

CARA
1.Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko atau pulang ke rumah dari melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko, maka bacalah ayat ini 7 kali.
2.Jika baca tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.

Baca Lagi..

6 SITUASI DIMANA JIN BERUPAYA MEMASUKI JASAD MANUSIA


1) Dalam keadaan terlalu marah.

2) Dalam keadaan terlalu sedih.

3) Dalam keadaan terlalu kuat termenung.

4) Dalam keadaan terlalu takut.

5) Dalam keadaan terlalu berani.

6) Dalam keadaan terlalu lalai beribadat.

Baca Lagi..

Monday, April 20, 2009

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN


1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.


Amalkan zikir diatas 100x tiap2 pagi selama sebulan,insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.


3 simptom semasa jaga + 2 simptom semasa tidur = gangguan jin


Sumber dipetik daripada http://urutdanrawat.com

Baca Lagi..

HUKUM MENUNTUT ILMU PERUBATAN ISLAM


Alim ulama sepakat mengatakan bahawa menuntut ilmu perubatan itu hukumnya fardu kifayah atau satu tanggungjawab yang dikenakan ke atas orang Islam secara umum untuk mempela­jarinya. sekiranya ia dipelajari oleh seseorang dalam satu kumpulan maka terlepaslah tanggung­jawab orang lain. Semakin sedikit orang yang melakukan tanggungjawab fardu kifayah itu, maka semakin banyaklah pahala yang diperolehi oleh mereka, kerana mereka merupakan kumpulan orang yang melepaskan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh ramai orang.

Hukum mengajar ilmu ini adalah wajib bagi orang yang arif mengenainya apabila tiba masanya dan masyarakat pula memerlukannya. Menyembunyikan ilmu itu adalah berdosa dan ter­masuk dalam golongan orang yang bakhil serta kufur nikmat Allah. Kewajipan ini juga bergantung kepada faktor-faktor luar, seperti keadaan tempat, penilaian daripada orang yang hendak belajar dan lain-lain lagi.

Hukum berubat ada dua, iaitu wajib dan harus. Pada orang awam hukumnya harus ketika ia masih dapat menanggung kesakitan dan dapat bersabar serta penyakitu belum teruk. Ia menjadi wajib sekiranya seseorang itu tidak dapat menanggung kesakitan.


Bagi orang khusus, iaitu seperti para wali dan nabi di mana maqam mereka tinggi dalam meng­hadapi ujian Allah, hukum berubat adalah harus.


Ketabahan Hati
Bagi mereka penyakit itu adalah ujian daripada Allah.

Kerana itu jika Allah memberi sakit sebagai ujian maka in tidak perlu diubati. Ia perlu diterima dan Allah sahajalah yang menyembuhkannya. Malah, kalau penyakit itu terjadi sebagai ujian, ia tidak akan sembuh biarpun diubati selagi Allah tidak mahu menyembuhkannya.


Nabi Allah Ayub A. S. misalnya adalah Nabi yang terkenal dengan ketabahan hati dan kesabaran menanggung cubaan Allah. Pada asalnya ia adalah seorang yang kaya raya, dermawan dan bersifat takwa.


Apabila iblis mengetahui keadaannya sedemikian, ia rasa dengki dan ingin membinasakannya. Iblis memohon pada Allah supaya Nabi Ayub A. S. An diuji untuk menentukan sama ada sifat-sifat yang wujud padanya itu lahir dari keikhlasan diri atau kerana nikmat-nikmat kurnia Allah. Allah telah membiarkan iblis untuk mengujinya.


Pada mulanya semua unta kepunyaan Nabi Ayub A. S. telah binasa, tetapi ia tetap memuji Allah. Kali kedua kesemua kambing ternakan bersama gembal­anya mati. Kemudian sawah ladang dan semua harta bendanya binasa. Lepas itu semua anaknya habis terbunuh dilanda gempa bumi, tetapi ia tetap sabar.

Akhir sekali Allah mengujinya dengan memenuhi permintaan iblis dengan menjadikan dagingnya luka-luka dan keluar nanah yang sangat busuk baunya. Ia dipulaukan oleh orang ramai kecuali isterinya yang setia, Siti Rahmah binti Afraim. Datam tafsirnya, Yusuf Al-Qurtubi menceritakan tentang kesabaran dan ketabahan Nabi Ayub A. S. dengan mengatakan bila ia sujud, maka berjatuhan­lah ulat dari kepalanya, apabila selesai sujud, ulat­ ulat tadi dipungutnya dan diletakkannya semula di tempat yang asal.

Dalam menghadapi dugaan ini, Nabi Ayub A.S. hanya bersabar dan tidak berikhtiar atau berdoa agar Allah S.W.T. menyembuhkannya. In hanya berkata, seperti vang dijelaskan dalam Al-Quran, surah Al-Ambiaya: 83 yang bermaksud:"Tatkala Ayub berseru kepada Tuhannya,Sesungguhnya aku telah disentuh, oleh sesuatu mala­petaka sedang engkau adalah lebih pengasih dari segata yang pengasih"


Kita lihat betapa halusnya ungkapan dalam firman tadi. Biarpun ia telah mengalami berbagai­ bagai penderitaan, tetapi Nabi Ayub A.S. tetap meyakini bahawa Allah itu adalah lebih pengasih dari segala yang pengasih. Segala bentuk dugaan itu tidak dikatakannya sebagai bencana daripada Allah.

Nabi Ayub A. S. menggunakan satu ungkapan yang memperlihatkan sifat-sifat ketabahan dan kesabarannya menghadapi dugaan itu dengan men­gatakan bahawa segala-galanya itu adalah mala­petaka yang telah menyentuhnya. Ia tidak menyesal atau mengadu. Ia hanya menyatakan bahawa Allah itu adalah paling mengasihi, kerana itu akhirnya Allah menghilangkan malapetaka yang menimpa­nya.

Itulah dia Nabi Ayub A. S. yang terkenal dengan kesabarannya. Allah menurunkan bencana kepadanya sebagai ujian, dan Allah memberikannya kesabaran. Bahawasanya Allah S.W.T. apabila men­gasihi seseorang hamba la akan menurunkan ujian kepada hamba-Nya itu seperti yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah apabila telah Inengasihi seseorang hamba nescoya ia inengujintva.


Selain daripada berziarah, mengubati pesakit juga merupakan satu kewajipan bagi orang yang menge­tahuinya. Orang yang berilmu tetapi tidak sudi menyebarkannya kepada masyarakat yang a memerlukannya, ia dianggap sebagai kufur nikmat. Begitu juga dengan memberi rawatan kepada orang yang memerlukannya.

Bagi orang yang arif khidmat rawatan kepada pesakit adalah salah satu dari ciri-ciri bersyukur kepada anugerah Allah. Allah memberi seseorang itu ilmu, dan orang yang berilmu itu memberi khidmat kepada manusia melalui ilmu yang dimilikinya den­gan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran daripada manusia selain daripada Allah. Allah berjanji bahawa ia akan menambahkan lagi keberkatan ilmu yang dimiliki oleh orang yang mensyukuri nikmat Allah di samping memberi kemewahan hidup di dunia ketetapan iman dan juga ketenangan kepada mereka. Dalam surah Ibrahim:ayat 7 Allah berfirman:"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan tambah (nikmat) kepada hainu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
.

Oleh Dato Ustaz Haron Din

Baca Lagi..

BAHAYA SIHIR


Dipetik dari DARUSSYIFA.ORG


SIHIR adalah antara penyakit yang sukar untuk dikesan. Namun terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti apakah penyakit yang dialami itu berpunca daripada sihir.
Tidak semua penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus berpunca daripada sihir kerana ada kalanya ia berpunca daripada gangguan 'tumpangan'.

Kenapa makhluk halus mengkhianati manusia serta apakah amalan untuk mengelakkan sihir?

Pertembungan kepentingan antara manusia dan makhluk halus, terutama penerokaan kawasan pembangunan oleh manusia, kerapkali menimbulkan konflik.
Pada zaman mutakhir terdapat banyak tempat terokaan baru manusia sama ada di hutan, di kaki-kaki bukit dan di sungai-sungai menimbulkan perkara-perkara ganjil, termasuk gangguan makhluk halus.

Biasanya selepas diterokai, berlakulah gangguan-gangguan yang ganjil ke atas manusia dan gangguan ini datangnya daripada makhluk halus yang bertindak balas kerana kepentingannya diganggu oleh manusia.

Gangguan makhluk halus itu ada kalanya mempengaruhi mental dan jiwa manusia hingga menyebabkan mereka hilang kewarasan.

Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana dalam beberapa hal ia terbukti wujud hasil interaksi manusia dengan makhluk halus yang menimbulkan gangguan tersebut. Bagaimanapun terdapat juga penganiayaan makhluk halus ke atas manusia berlaku kerana sikap zalim manusia yang lain. Mereka menggunakan makhluk halus sebagai perantaraan sihir, sama seperti yang saya kategorikan sebagai nafath dulu. Nafath adalah lambang sihir.

Sihir dilakukan oleh manusia kepada manusia yang lain dengan perantaraan makhluk halus, biasanya bertujuan menimbulkan kesakitan, seksaan, mengganggu rumah tangga, menimbulkan rasa permusuhan. Ilmu sihir ini sengaja menggunakan makhluk halus untuk menganiaya dan merosakkan kehidupan manusia kerana didorong oleh perasaan zalim.

Terdapat juga gangguan yang terjadi kerana makhluk halus sememangnya sentiasa dengki, hasad dan ingin mengkhianati manusia. Makhluk halus yang paling jahat ialah Ifrit.

Untuk menentang gangguan ini manusia hendaklah sentiasa beramal dengan ayat Kursi. Para sahabat melalui sebuah hadis mengamalkan doa dengan mengangkat dua tangan dan membaca tiga Qul iaitu Al-Ikhlas, surah Al-Nas dan Al-Falaq sebanyak tiga kali dan ditiup ke tangan. Selepas itu sapu ke badan bermula di muka, kepala dan kemudian barulah tidur.

Untuk mengelakkan perkara-perkara yang buruk, menjelang senja pintu rumah hendaklah ditutup dan anak-anak kecil hendaklah berada di dalam rumah kerana waktu itu syaitan yang jahat suka mengganggu manusia.Sekiranya berjalan malam, apabila tiba di pintu rumah hendaklah ucapkan salam walaupun tidak ada orang kerana ahli rumah adalah kita sendiri.

Ada hadis yang meriwayatkan supaya membaca lima ayat awal surah Al-Baqarah diikuti dengan ayat 255, 256 dan 257 dan diakhiri dengan tiga ayat akhir surah yang sama. Bacaan ini dikenali dengan nama Khawatim Al-Baqarah.

Mengenalpasti sihir

PENYAKIT terbahagi kepada dua jenis iaitu rohani dan jasmani. Sakit jasmani biasanya dikenali dengan beberapa tanda yang jelas seperti luka, patah dan sakit kepala.

Sakit yang menyerang rohani pula seperti gangguan jiwa, runsing, hilang semangat dan malas beribadat.

Tetapi tidak dapat dinafikan ada beberapa penyakit rohani dan jasmani yang berpunca danpada gangguan syaitan.

Ada dua kaedah mengenalpasti penyakit yang berpunca daripada gangguan syaitan.

Pertama, biasanya sebelum sakit manusia akan mengalami mimpi yang menggerunkan atau ternampak benda-benda yang ganjil dan menakutkan contohnya mimpi berada ditempat yang tinggi atau melihat ular.

Kedua, penyakit mungkin terjadi kerana adanya faktor 'tumpangan' terhadap penyakit yang asalnya berpunca daripada sakit fizikal.

Biasanya setelah 'ditumpang' oleh, gangguan makhluk halus, penyakit fizikal tersebut menjadi bertambah teruk dan sukar untuk diubati.

Sakit fizikal itu sepatutnya sembuh dengan kaedah rawatan biasa tetapi kerana gangguan jahat makhluk halus yang 'menumpang' penyakit tersebut terus merebak dan tidak pulih walaupun diubati berkali-kali.

Sakit fizikal yang berpanjangan ini mungkin terjadi kerana adanya faktor 'tumpangan'.

Ilmu hitam yang diamalkan oleh manusia juga menjadi sebahagian daripada penyakit yang berpunca daripada gangguan jahat makhluk halus.

Contohnya seperti sakit kepala yang sepatutnya sembuh apabila diubati dengan cara biasa tetapi akibat gangguan itu, kesannya berpanjangan dan sukar disembuhkan. Apabila mengalami gangguan yang begini adalah tidak mustahil manusia terkena sihir.

Sihir amat berbahaya kerana serangan jahatnya mungkin bermula dengan sakit yang ringan tetapi boleh merebak dan menyebabkan berlakunya lumpuh. Sihir juga boleh menyebabkan penyakit yang dialami berubah-ubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain di anggota badan.

Malah, serangan sihir boleh berubah ubah dari seorang individu ke individu yang lain. Contoh penyakit mungkin pada mulanya terkena pada ibu tetapi kemudian berpindah kepada suami atau anak-anak.Bagaimanapun, kaedah rawatan Darul Syifa' tidak akan menekankan kepada mencari siapa yang melakukan sihir.Saya tidak menggalakkan berlakunya syak wasangka sesama orang Islam kerana itu berdosa.

Saya menasihatkan pengamal-pengamal perubatan Islam supaya tidak menimbulkan cara rawatan untuk mencari siapa yang melakukan sihir dengan menggunakan pendekatan 'isyarat' seperti 'orang itu agak tinggi, 'rambutnya kerinting' atau 'dia salah seorang saudara anda'.

Kaedah memberikan bayangan seperti itu untuk mencari orang yang disyaki melakukan sihir akan menimbulkan keadaan saling tuduh-menuduh dan mungkin membawa kepada fitnah.

Suasana ini akan memecah-belahkan masyarakat Islam dan akan menimbulkan kesan psikologi yang lebih dahsyat kepada pesakit bila ia menyimpan perasaan meneka-neka siapakah yang tergamak melakukan sihir ke atas dirinya.

Tentu amat mengecewakan bagi seseorang sekiranya dia menyedari dirinya tersihir dan kemudian melalui gambaran pengamal perubatan. orang yang disyaki adalah saudara-maranya sendiri.

Saya menekankan kepada cara merawat dan melupakan sama sekali usaha-usaha untuk mencari siapakah yang melakukan sihir.

Yang penting kita ingin menyembuhkan penyakit dan bukan mencari siapa yang melakukan sihir. Tersalah tuduh menyebabkan dosa fitnah yang berpanjangan..

Oleh Dato Ustaz Haron Din

Baca Lagi..