Monday, April 6, 2009

Selamat Mengundi ...



Esok rakyat Malaysia di 3 kawasan akan mengundi dalam pencarian wakil mereka dalam menyuarakan pandangan dan permasalahan yang rakyat hadapi..dalam internet biasa orang sebut pilihanraya 2 bukit 1 batang iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batai Ai.

Insya Allah teman doakan semoga kejayaan berada di pihak pakatan rakyat..teruskan perjuangan wahai sahabat-sahabat yang sedang berada di sana..sekali lagi teman tak sempat nak bersama kalian berjuang di sana..tapi insya Allah doa kami di rantauan ini akan sentiasa mengiringi usaha kalian..

Buat rakyat yang akan membuang undi esok..jangan sia-siakan peluang yang ada ini..gunakan otak yang Allah berikan itu untuk berfikir sematang yang mungkin. Kita sekarang adalah rakyat yang bijak serta mampu menilai sesuatu perkara itu dengan sebaik mungkin.

Natijah kepada usaha kita ini kita serahkan pada Allah sepenuhnya. Yang utama kita perlu jalankan usaha terlebih dahulu. Selepas dari itu letakkan sepenuh pengharapan kita kepada Allah..

Baik natijah untuk kita adalah ganjaran utk semua. Sekiranya kekalahan yang kita tempa, itu adalah peringatan dari Allah..Apa-apa pun insya Allah rakyat mendoakan agar pemimpin yang baik dan telus akan peroleh kemenangan esok..insya Allah..amin...

Takbir...Allahuakbar !!!!!

No comments: