Friday, April 3, 2009

Catatan Perjalanan Ibnuwalidaini

Alhamdulillah..syukur yang tidak terhingga teman panjatkan pada Allah swt kerana telah beri kesempatan untuk teman menjejaki bumi Aswan, Luxor, dan Abu Simbel. Memang dah lamer berhajat nak ke sana untuk melihat sendiri dengan mata kepala teman ni bagaimana hasil peninggalan firaun. Jarang rakyat Malaysia sampai ke sana. Salah satu faktornya adalah jarak yg terlalu jauh. Perjalanan dengan keretapi dan bas memakan masa hampir 12jam.

Untuk pergi sendiri ke sana, rasa-rasanya perbelanjaan hampir 600 pound Mesir jugak rasanya. Alhamdulillah ada seorang pakcik yang baik hati nak menanggung perjalanan teman ke sana. Nama pakcik tu adalah Mior Ahmad. So teman ke sana sebagai peneman kepada pakcik tersebut. Sebab kalau nak dikatakan pemandu pelancong, teman sendiri pun tak pernah sampai tempat yang nak dituju tu. Dengan kata lain teman ni sebagai pemudah cara ketika dia kat sana nanti. Yer ler kan nak berurusan dengan arab ni bukan mudah bagi orang yang tak pernah berurusan dengan mereka. Pakcik ni dah travel banyak Negara bersendirian, tapi di Mesir ni dia cakap tak berani nak travel sorang. So disebabkan itulah takdirnya teman dapat bersama dia ke bumi tinggalan firaun tersebut.

24 Mac 2009

Teman memulakan perjalanan dari Damanhour tepat jam 10.30 pagi. Setibanya teman di Ramsis, ust hadi telefon teman suruh tunggu di Ramsis sebab terus nak beli tiket train. Teman dijangka berangkat ke Aswan pada tengah malam 24/3/2009 dengan menaiki keretapi.

Tetapi perancangan manusia ini pasti akan ada halangan-halangan nya kan. Tiket keretapi yang kami nak beli tersebut menimbulkan rasa keraguan pada teman dan ust Hadi. Ini adalah kerana kami dikehendaki naik di stesen lain. Bukan nya di stesen Ramsis. Disebabkan berhati-hati kerana bimbang ditipu, kami mengambil keputusan untuk tidak membeli tiket tersebut. Pengalaman berurusan dengan arab ni memang kita kene sentiasa berhati-hati, sebab mereka penuh dengan tipu muslihat.

Setelah berbincang dengan pakcik Mior, kami bersepakat untuk cari tiket bas pulak. Lepas maghrib malam tersebut kami ke stesen bas. Malangnya tiada perkhidmatan bas dari stesen tersebut ke Aswan.

Lalu pakcik bertanya ada tak flight ke sana. Terus kami menuju ke airport untuk cek jadual penerbangan ke Aswan. Tu la kan, kita nak cakap bahawa inilah perancangan Allah, pakcik bersetuju untuk ke Aswan dengan flight. Teman pulak tak pasal-pasal dapat naik flight. Rasa macam nak balik Malaysia jer..hehehe..

25 Mac 2009

Kami cek-in di airport pada pukul 3pagi. Pada asalnya penerbangan kami dijadualkan pada pukul 4.30 pagi tetapi delayed sehingga jam 5.15 pagi. Badan dah penat sebenarnya masa tu. Seharian tak rehat dan tak lelapkan mata kerana menguruskan perihal untuk ke Aswan ni. Kapal terbang meninggalkan Cairo tepat jam 5.15 pagi dan membelah awan menuju ke Aswan. Masa tu teman dok baying nak balik Malaysia dah. Hati teman sebenarnya dah tak sabar nak balik Malaysia jer…hehehe tukar tajuk plak dah. Takper kita berbalik pada cerita Aswan nih.

Lebih kurang 1jam suku kami berada di udara Mesir. Ingatkan dapat la makan apa-apa atas flight. Rupanya diorang bagi air kotak jer satu.

Tepat jam 6.30 pagi, tayar kapal terbang menyentuh landasan airport Aswan. Semasa di Cairo teman sempat cek suhu di Aswan. Suhu yang kami cek adalah 30 darjah celcius. Tapi bila sampai di Aswan suhu yang sebenarnya adalah 13 darjah celcius. Kira sejuk jugak la. Nasib la teman masih memakai jaket.

Setelah berbincang ngan pakcik, kami bersetuju untuk terus pusing kawasan Aswan dan lepas pada tu baru pi cari hotel. Alhamdulillah teksi yang kami sewa tu drivernya baik.

Di Aswan ni antara tempat yang menarik adalah Aswan High Dam, Philea Temple, tugu batu obelisk, muzium nubia. Semua kawasan-kawasan ni kene bayar kalau kita masuk. Takder la apa yang menarik sangat selain dari binaan tinggalan zaman firaun dulu jer.

Setelah 5 jam mengelilingi kawasan Aswan, pakcik pun dah terlalu letih rasanya. Teman pun mencadangkan kami terus pi makan dan cari penginapan. Kami cek-in di hotel ramses pada pukul 12 tengah hari. Setibanya di hotel pakcik terus terlentang keletihan.

Selepas asar, kami memulakan pengembaraan kami semula. Tapi sebelum tu perut perlu diisi dahulu. So santapan petang itu adalah pizza. Sekadar mengalas perut untuk menunggu malam menjelma. Lepas selesai makan kami berjalan menyusuri sungai nil. Ada seorang arab bertanya sama ada kami nak naik perahu layar tak. Cadangan yang bagus jugak pakcik kata. So kami bersetuju untuk menyelusuri sungai nil melalui jalan air. Petang tu kami hanya bersantai dan berehat di atas perahu layar sahaja. Layan blues atas perahu layar jer la selama lebih kurang 2 jam.

Bila naik ke darat dan nak masuk maghrib. Terus sahaja kami ke masjid utk tunaikan kewajipan pada Allah. Berjalan pun tanggungjawab yang wajib tak boleh dilupakan.

Kami kembali ke hotel selepas selesai makan malam. Kami kene berehat sebab esok seawal jam 3 pagi kami akan berangkat ke Abu Simbel.

26 Mac 2009

Pukul 3 pagi telefon di bilik berdering mengejutkan kami untuk bersiap berangkat ke Abu Simbel. Perjalanan yang bakal diharungi lepas ni adalah lebih kurang 4 jam dengan menaiki coaster ataupun bas pendek. Perjalanan ke Abu Simbel ni kami bersama dengan group pelancong dari Jepun, France, dan Saudi.

Perjalanan ke Abu Simbel memang cukup memboringkan. Kiri dan kanan jalan hanyalah kawasan gurun. Pukul 7.30 pagi kami tiba di kawasan Abu Simble temple. Antara banyak-banyak tempat yang kami masuk melawat, Abu Simbel temple ni paling mahal bayaran nya. Untuk pelawat dewasa bayaran yang dikenakan adalah sebanyak LE90 manakala untuk yang mempunyai student international card pulak dikenakan bayaran sebanyak LE45. Takda apa pun kat Abu Simbel temple nih. Nanti kalian lihat la gambar yang sempat teman rakamkan di Abu Simbel nih di bahagian bawah posting.

Kami diberi masa 2 jam untuk mengelilingi kawasan ini, tapi tak sampai sejam kami dah abis pusing. Memang takda apa pun melainkan binaan dan patung ramses. Besar betui patung firaun ni. Sebab tu la dia leh ngaku dirinya sebagai tuhan kot. Patung yang diukir tersebut betul-betul mengadap matahari terbit. Bagi kepercayaan mereka matahari terbit adalah symbol kehidupan. Manakalan arah matahari terbenam pulak adalah symbol pada kematian ataupun penghabisan kehidupan.

Sempat la kami minum teh kat sini. Harga teh disini melambung gila-gila punya la harganya..kalau di kedai biasa secawan ‘syai’ ni hanya LE1, tapi di Abu Simbel ni harganya menjadi LE10 secawan. Ermm kaya betul orang yang meniaga kat sini.

Kawasan lawatan di Abu Simbel ni hanya temple tu sahaja la. Perjalanan 8 jam pegi dan balik tu hanya dapat lihat patung ramses II jer. Takpa la kan, semua tu pengalaman. Kalau tak lalui semua ni tak dapat teman nak coretkan pulak untuk bacaan kalian.

Pukul 1.30 petang kami dah tiba semula di Aswan. Pada perancangan asalnya kami nak tidur 1 malam di Abu Simbel. Tapi melihatkan tempatnya yang takder apa-apa pun, kami patah balik ke Aswan bersama rombongan. Sampai di Aswan terus kami ke stesen keretapi untuk menyambung perjalanan ke Luxor iaitu destinasi terakhir kami dalam pengembaraan ni.

Disebabkan keretapi masih lambat, kami terus ke stesen bas untuk ‘ushar’ jadual perjalanan bas pulak. Bas akan berangkat ke Luxor pukul 3.30 petang manakala keretapi pukul 4.30 petang. So kami sepakat untuk ke Luxor dengan menaiki bas.

Sempat kami mengisi perut dahulu sebelum berangkat. 2 hari ni makan makanan arab jer la. Perjalanan dengan bas ke Luxor lebih kurang 4jam setengah. Pukul 8 malam kami tiba di luxor. Terus sahaja kami ambik teksi untuk ke hotel. Lepas bersihkan diri dan solat, kami keluar mencari makan malam. Malam ni juadah kami adalah syawarma dan kusyairi. Mulanya nak pusing-pusing menikmati suasana malam di Luxor, tapi disebabkan kepenatan yang teramat sangat, kami terus balik ke hotel. Kami perlu rehat untuk meneruskan kembara untuk esok hari.

27 Mac 2009

Hari pertama di Luxor ni kami mulakan dengan santapan hidangan sarapan yang disediakan oleh pihak hotel. Layanan hotel di Luxor memang lebih baik jika dibandingkan dengan hotel di Aswan.

Sarapan kami pagi itu berupa cornflakes, roti dan pisang. Alhamdulillah semuanya makanan penambah tenaga sementara menanti hidangan tengah hari nanti. Selesai bersarapan kami bersiap untuk lawatan sekitar Luxor pulak. Kali ini kami akan diuruskan oleh pihak hotel. Rombongan kali ini turut disertai oleh pelancong dari Jepun dan Korea. Seramai 14 orang semuanya ahli rombongan kami yang akan bersama mengelilingi kawasan lawatan di Luxor. Kami disediakan dengan seorang guide warga arab yang faseh berbahasa omputih untuk memberikan penerangan sepanjang lawatan kami.

Lawatan kami bermula jam 9 pagi. Kawasan lawatan di sebelah pagi ini kami ke sebelah tebing barat sungai nil. Di kawasan ini terletaknya kawasan perkuburan raja-raja dan permaisuri-permaisuri firaun. Semuanya terletak di lereng-lereng bukit. Tapi semuanya hanya tinggal tempat sahaja. Mumia dan harta yang tertanam satu ketika dahulu telah dilarikan oleh orang-orang yang lebih awal menjumpai kawasan tersebut.

Lawatan kami di sebelah pagi ini hanya ke kawasan perkuburan sahaja. Tidak ada apa yang menarik pun disini. Hanya tinggal lukisan di dinding kubur yang dapat kita saksikan. Terdapat 3 kawasan perkuburan terbesar untuk raja firaun dan permaisurinya iaitu The Valley of The Kings, The Valley of The Queens dan Al-Dier Al Bahari temple.

Semua kawasan ni macam biasa la, bayaran akan dikenakan kepada para pengunjung. Teringat di kawasan tersebut, teman ada la nak beli roti ‘molto’. Roti yang berinti coklat di dalam. Kalau di kedai biasa harganya hanya LE1. Tapi di kawasan temple ni, harganya jadi LE20..hahahaha..memang teman gelak besar masa tuh. Sebab pada mulanya teman tanya dalam bahasa omputih, biasa la kalau pelancong asing ni akan kene ‘kapak’ punya. Bila dia cakap jer LE20 teman terus gelak depan dia. Terus teman berbahasa arab dengan dia. Teman cakap ler kat dia harga biasa LE1 jer..kalau dia kata LE5 tu teman leh terima lagi…agak-agak la sampai LE20 kan…malu jugak la dia..dia ingat leh la nak ‘kapak’ teman nih..hehehe..

Lawatan kami dari pagi tadi berakhir jam 4 petang. Penat takleh nak cakap ler. Sampai je kat hotel terus kami ke stesen keretapi untuk cek jadual perjalanan train ke Cairo.

Taktau la apa sebabnya non-egyptian tak boleh nak beli tiket di kaunter. Tikar yang dijual di kaunter untuk non-egyptian hanya tiket sleeping train yang berkatil. Tapi harganya lebih kurang kalau kita naik flight. Orang di kaunter tu cakap esok kamu naik jer train dan bayar di atas train.

Lepas pi servey tiket..terus kami cari makan. Dari pagi tadi hanya masuk alas perut jer. Pakcik nak makan ikan. Nasib la kedai makanan laut tak jauh dari hotel kami. Terus jer kami singgah makan. Cadangnya pada petang tu kami nak habiskan 2 tempat lawatan lagi iaitu Karnak temple dan Luxor temple. Tapi bila sampai ke hotel, pakcik dah tak larat sangat agaknya. Terus pakcik kelenaan. Teman ambik kesempatan untuk melayari internet di tingkat atas hotel. Sempat la teman menjenguk ke halaqah sekejap. Sempat berborak dengan ummi Munaliza dan ummi Humaira’ di YM.

Lepas maghrib teman pun membaringkan diri sambil menunggu kot-kot la pakcik nak bangun untuk sambung kembara pada sebelah malam nya. Dalam menanti pakcik terjaga dari lenanya, teman pulak kelenaan. Teman sedar pukul 2 pagi, masa tu pakcik pun baru bangun. Memang lama betui tido malam tuh. 3 hari pengembaraan dengan tidur yang sekejap-sekejap menjadikan lena kami pada malam itu cukup panjang.

28 Mac 2009

Teman tersedar bila dengar azan subuh. Lepas selesai solat subuh pakcik dah merancang nak kuar untuk ke Karnak temple dan Luxor temple. Kedua-dua tempat ni tak jauh dari kawasan hotel. Lebih kurang 6km dari hotel. So kami ke Karnak temple terlebih dahulu. Karnak ni adalah kawasan istana firaun. Memang besar betui istananya. Kawasan istana nya jugak luas.

Kami antara orang yang awal masuk ke karnak temple pada hari tersebut kerana kami terpaksa bergegas pulang ke hotel sebelum pukul 9 pagi. Istana karnak ni berada di sebelah timur tebing sungai nil.

Kami tak boleh lama di sini, sebab masih ada satu tempat lagi yang perlu dilawati sebelum berangkat pulang ke Cairo pada pukul 9.30 nanti. Alhamdulillah dalam keadaan yang tergesa tu kami dapat jugak melihat kesan peninggalan sejarah firaun nih.

Kami sampai semula di hotel pukul 8.50pagi. kelam kabut mengemaskan barang. Nasib la barang-barang kami tak banyak. Sebab masing-masing hanya bawak 1 beg. Alhamdulillah masa kami sampai kat stesen keretapi tuh, keretapi masih belum sampai lagi. Sempat la teman pi carikan sarapan dulu buat lapik perut.

Disebabkan tak boleh nak beli tiket di kaunter, maka tiket pun kami beli di atas train. Cuma tiket yang dibeli di atas train ni tak dapat tempat duduk. Masa di Luxor keretapi tadi masih kosong. Rupa-rupanya di perhentian seterusnya ramai orang yang naik. Mereka yang membeli tiket di kaunter mempunyai kelebihan kerana di tiket telah tercatat nombor tempat duduk mereka. Jadi bagi kami yang membeli tiket di atas keretapi ni terpaksa la memberi tempat duduk kepada mereka yang mempunyai tiket kaunter. 5 jam jugak kami terpaksa berdiri. Memang perjalanan yang memenatkan.

Kami terpaksa turun di pertengahan perjalanan kerana susah nak tunaikan solat di atas train. Tempat yang kami turun tu pun teman taktau di mana. Alminya nama tempat tuh. Lepas solat di masjid berhampiran stesen keretapi tersebut. Kami pi cari makan pulak. Sekadar lapik perut sebelum nak sampai ke Cairo nih. Selepas itu baru kami pergi mencari transport untuk menyambung perjalanan ke Cairo. Alhamdulillah terdapat perkhidmatan bas berhawa dingin dari Alminya terus ke Cairo.

Perjalanan yang bermula dari pukul 6 petang tersebut dijangka sampai ke destinasi 4 jam yang berikutnya. Tapi jangkaan tersebut tersasar kerana kami tiba di stesen ‘Abud pada pukul 11 malam. Badan sudah teramat letih rasanya. Tapi kami kene teruskan jugak perjalanan dari ‘Abud ke Hayyu Sabieq tempat di mana kami akan menginap pada malam itu. Alhamdulillah tepat jam 12 malam kami tiba di penginapan yang telah dibooking. Malam tu memang lena kami terlampau nyenyak rasanya.

Demikian lah sedikit catatan perjalanan yang telah teman lalui baru-baru ini. Memang satu pengalaman pengembaraan yang tak akan dilupakan. Apa yang teman tuliskan ini mungkin tak dapat nak gambarkan kepenatan dan keseronokan dapat ke sana.

Di bawah ini teman sempat rakamkan sedikit sebanyak tempat yang teman lawati. Gambar permadangan jer la banyak pun. So mana-mana sahabat yang ada merancang nak pergi ker sana, insya Allah teman leh la bagi sedikit sebanyak info.

Ok la..sekian dulu sedikit catatan perjalanan yang telah teman lalui pada minggu lepas..teman pun dah penat menaip..nak tidoq pulak...layaannnn...zassss...



Permandangan Tasik Naseer dari udara
Flight yang menerbangkan kami ke Aswan
Terima kasih pakcik..pakcik yang sponsored perjalanan teman
Tembam jugak teman ni..hahaha..
Permandangan di Philea Temple
Masih di Philea Temple
Hasil tinggalan Philea
Smile...
Kawasan Philea Temple



Di kawasan paling tinggi dalam Aswan
Amacam cantik ker?
Railway Station at Aswan
Juadah petang di Aswan..pizza tu...
Menenangkan diri di sungai nil
Ammu fathi yang jadi guide perahu layar kami
Abu Simbel
Bayaran mahal pun orang tetap masuk
Patung ni la yang membuatkan firauan bongkak
Pintu masuk ke kubur firaun
Kawasan bukit tempat jasad firaun terkubur
Kubur permaisuri hepsetsyut
Apehal teman nampak gelap?hahaha

Awek Luxor..baru umur 11 tuh..
Railway Station Luxor

Karnak Temple Luxor

Kesan runtuhan yg masih tinggal


Luxor Temple
Saat menanti ketibaan train
Stesen keretapi yang tak pasal-pasal kami singgah
Bas dari Alminya ke Cairo
Masa ni dah di kota Cairo
Makan terakhir bersama pakcik..teman blanja nih..
Syawarma firakh...


2 comments:

Ummi Humaira' said...

best la yerk..bila la kamek boleh pegi sitok...

Mohd Zulfadli said...

ermm insya Allah satu hari nanti kitak akan sampai juak ke sini..