Wednesday, April 29, 2009

Nyanyian Artis Tak Laku



Video yang teman uploadkan di atas tuh adalah video persembahan cucu-cucu Keluarga Pak Yazid.. Video yang dirakamkan sempena family day Keluarga Pak Yazid yang diadakan di Langkawi pada hujung tahun 2008 yang lalu.

Walaupun tidak semua semua keluarga dapat hadir tetapi program yang dijalankan disana alhamdulillah berjalan dengan lancar. Dengan jumlah kami seramai 40 orang sudah cukup membuatkan feri dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah bingit dengan gelak tawa kami.

Alhamdulillah teman harapkan program seumpama ini akan dapat dilakukan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Dengar khabarnya untuk tahun ini perhimpunan kuarga Pak Yazid akan diadakan di Melaka. Kita sama-sama tunggulah sama ada program yang dirancang ini dapat kita realisasikan atau tidak. Apa-apa pun insya Allah penghujung tahun ini seluruh ahli keluarga akan berkumpul di rumah teman. Bila dan mengapa ? Insya Allah tarikh dan sebabnya akan teman bagitahu suatu ketika nanti.

Ermm selamat mendengar nyanyian daripada artis tak menjadi tuh..Layaannn...

1 comment:

Ummi Humaira' said...

suka tengok family pakyop..mesra dan rapat..