Friday, April 10, 2009

Tidakkan tercapai kejayaan semanis madu jika tiada usaha sepahit hempedu

Setiap orang ada pengalaman pahit,manis,suka dan duka..fitrah insaniah.akan rasai perasaan sedih,gembira,suka dan duka,sakit,sihat,lapang dan sibuk.Itulah adat di dunia,hidup dan mati.


Kata- kata perangsang dalam memujuk diri untuk teruskan kehidupan ini. Hidup perlu diteruskan. Dalam hati perlu rasa tabah, sabar, cekal dan kuat.

Jangan dicontohi sifat yang tidak baik. Untuk berjaya, adunan fokus matlamat, disiplin yang tinggi dan komitmen yang berterusan sangat dituntut. Lihat sahaja Prof Dr Ismail Salleh yang buta matanya tetapi hatinya celik.

Almarhum Prof Dr Zulkifli Muhammad walauapun dianggap orang kurang upaya tetapi memiliki intelektual yang tinggi. Prfo. Dr Stephen Hawking, pakar sains dari golongan insan istimewa. Kalau mereka boleh berjaya, kenapa tidak kita ! Meraka tidak memiliki pancaindera yang sempurna sebagaimana kita, tetapi mereka berjaya kerana fokus, disiplin dan komitmen yang tinggi.

Saya masih teringat pesan Dr Shukri Abdullah - motivator terkenal,

Pelajar cemerlang mencari jalan, pelajar gagal beribu alasan ! Seperkara lagi, walaupun kita telah memiliki bergulung ijazah sekalipun, ia tidak bermakna andaikata, kita tidak beramal dengan apa yang kita tahu.

Pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya - Bidayatul Hidayah ( Permulaan untuk mendapat hidayah) - " Barangsiapa yang bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah petunjuk Allah ke atasnya, maka sebenarnya tidak bertambah apa-apa dari Allah ke atasnya, melainkan dia semakin jauh dengan Allah", wal iya zubillahi min zalik. Sirru a'la barakatillah.

No comments: