Monday, April 27, 2009

Manusia makin biadap

Terkejut jugak bila teman membaca kenyataan yang disiarkan di sebuah lam web stesen tv tempatan dengan kenyataan Oleh Siti Sarah Raisudin seorang artis Malaysia berkaitan isu pemakaiannya. Baca Disini

"Saya tidak kisah apa yang orang kata tentang penampilan saya. Saya memang tidak mempunyai peraturan dalam berpakaian. Paling penting ia selesa. Orang boleh bercakap, tetapi mungkin dia lupa fesyen itu bersifat universal"- Siti Sarah.

Satu ucapan yang betul-betul biadab dari seorang makhluk Allah yang Allah dah beri banyak nikmat padanya. Seorang hamba yang lupa diri pada Yang Maha Penciptanya sehingga terpacul ucapan sebegitu dari mulutnya.

Ya Allah...sedarkanlah diri hambaMu itu..berikanlah dia taufiq dan hidayahMu agar dia dapat kembali ke jalan yang benar.

Jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran kepada kita. Wahai insan yang bergelar ayah, wahai insan yang bergelar suami, wahai insan yang bergelar abang, peliharalah wanita di sekelilingmu dengan sebaik-baiknya dengan ajaran Islam yang sebenar.

Wahai diri yang bergelar wanita, sedarlah kalian bahawa diri kalian cukup mebahaya. Disebabkan kalian iman sang lelaki boleh runtuh, disebabkan kalian boleh timbulnya fitnah yang dahsyat, disebakan kalian juga lah, ramai lelaki akan terheret sama ke lubang neraka.

Ingatlah pesan Allah yang bermaksud :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - Al-Ahzab ayat 59.

Sama-sama tepuk dahi pikirlah sendiri...


No comments: