Friday, April 24, 2009

Semanis Hempedu...

Ada ker hempedu yang manis yer. Walaupun dicicah dengan gula tetap juga kepahitan itu akan terasa. Tajuk yang teman bawakan itu bukanlah maksud hempedu yang sebenarnya. Insya Allah nanti kita cuba ungkapkan apakah yang dimaksudkan dengan semanis hempedu tersebut.

Hempedu adalah suatu benda yang pahit. Teman pun tak pernah rasa lagi. Tapi dari info dan cakap-cakap orang yang lebih berpengalaman, semuanya mengatakan hempedu ni pahit. Kalau kalian rasa tak puas hati, cubalah untuk rasainya sendiri.

Apa yang cuba teman bawakkan berdasarkan tajuk itu adalah membawa maksud daripada keperitan itu akan adanya kemanisan. Maka teman pendekkan menjadi satu istilah 'Semanis Hempedu'.

Sesuatu keperitan itu boleh lah kita gambarkan sebagai suatu yang pahit dan kalau boleh kita taknak laluinya. Tetapi dalam kehidupan kita sebagai manusia ini, kita tidak dapat lari dari menempuh saat-saat keperitan sebelum kemanisannya dapat kita kecapi di penghujung keperitan tersebut.

Sebutlah apa sahaja usaha menuju ke arah kejayaan, pasti terlebih dahulu kita perlu berhadapan dengan saat-saat yang pahit lagi perit. Kita ambil contoh seorang pelajar yang ingin berjaya dalam pengajian nya, dalam perjalanan menuju kejayaan tersebut sang pelajar terpaksa bersengkang mata hingga lewat malam di kala orang lain sedang nyenyak tidur, tapi dia membulatkan mata mengadap buku kuliah. Tidakkah apa yang dilakukan oleh pelajar tadi terlampau perit utk dilalui. Tapi oleh kerana adanya matlamat dan ingin mengecap kemanisan di penghujungnya, keperitan tersebut perlu kita tempuh juga. Disinilah akan kita rasakan bahawa keperitan yang kita lalui itu amat manis sebenarnya untuk kita sampai ke kemuncak kemanisan sebenar nya apabila kejayaan sudah berada dalam genggaman kita.

Sedarlah wahai diri, bahawa setiap keperitan yang dilalui pasti akan dibalas dengan kemanisan dan kebahgiaan di penghujung nya nanti. Bersabarlah wahai diri. Jangan lah mudah untuk putus asa. Kejayaan dan kebahgiaan serta kemanisan sedang menantimu di penghujung sana. Teruskan perjalananmu untuk mengecap kemanisan tersebut. Lama mana kita bergelumang dengan kepahitan sekalipun pun, insya Allah suatu hari nanti manis itu dapat kita kecapi.

Ramai dari kita amat takut dengan kepahitan. Yang mereka mahukan hanyalah kemanisan. Kita lupa kadang-kadang kemanisan yang kita perolehi itu adalah punca penyakit untuk diri kita. Kita lihat bagaimana pada hari ini orang berebut-rebut mencari kesenangan hidup dengan jalan pintas tanpa perlu melalui keperitan-keperitan yang menyiksakan. Bilamana kesenangan telah mereka perolehi, mereka jadi lupa diri dan tidak ada rasa syukur atas apa yang mereka miliki itu. Lupakah kita bahawa kemanisan jugak akan membawa penyakit untuk diri kita.

Kalau kita lihat insan-insan yang berjaya pada hari ini, semuanya terpaksa melalui saat-saat keperitan terlebih dahulu. Jarang kita dengar dia berjaya tanpa ada usaha yang boleh kita gambarkan sebagai suatu yang pahit.

Moralnya disini, setiap kepahitan yang kita lalui itu, janganlah kita rasa putus asa dengan keadaan tersebut, kerana di akhir sebuah keperitan itu pasti akan ada kemanisan dan kebahgiaan yang sedang menanti kita.


No comments: