Tuesday, January 6, 2009

Gagal Itu Fitrah Hidup

Bertemu lagi kita dalam arena blog ini..alhamdulillah teman baru jer lepas study tadi..sambil-sambil rehat ini ada baiknyer teman coretkan apa-apa yang patut kat blog teman ni kan..maklum la blog baru..semangat pun baru..sempena tahun baru la nih…

Sedih sebenarnya hati ini bila mengenangkan perjuangan teman dalam menggenggam ijazah masih belum berhasil. Inilah dinamakan ujian pada kita kan. Ada sesetengah orang takutkan kegagalan. Mereka ini hanya merasakan dalam hidup perlu berjaya sahaja tanpa gagal. Antara lain adalah kerana mereka merasakan terlalu yakin pada diri sendiri tanpa memikirkan ada lagi kuasa yang Maha Hebat yang inginkan kita berusaha dan menyerahkan natijah di akhir nanti padaNYA..

Ketahuilah bahawasanya kegagalan itu adalah fitrah dalam kehidupan kita. Kita cuba kembali ke zaman silam. Ataupun cuba kita lihat anak-anak yang sedang belajar berjalan. Walau berkali jatuh dalam usahanya itu, dia tetap jugak bangun untuk meneruskan usahanya. Bermula dari merangkak dan belajar bertatih akhirnya alhamdulillah berjaya jugak untuk mengorak langkah dan seterusnya berlari. Inilah salah satu motivasi yang dapat kita ambil sebagai panduan kepada kita dalam menempuh dunia yang makin mencabar ini.

Setiap perkara kalau kita melihatnya dari sudut yang negative, akan jadi negative jugak akhirnya. Maka marilah kita lihat kegagalan itu dari sudut yang positif. Gagal dalam peperiksaan, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam percintaan dan gagal dalam berbagai hal lagi. Ini adalah ujian kepada kita untuk menguji sama ada kita berjaya dalam Iman kita kepada Allah ataupun tidak.

Ayuh sahabat…lihatlah kegagalan itu dari sudut positif. Dengan hanya bersedih, mengerutkan muka, menyesali apa yang telah berlaku tanpa mengubah diri. Kita tidak akan ke mana-mana. Ambillah hikmah dari kegagalan .Pandanglah ke hadapan, kita perlu meneruskan hidup yang bukan hanya untuk dunia sahaja bahkan yang lebih penting untuk kehidupan kita di akhirat nanti

Kita cuba renungkan pada kata-kata Hamka ini : "Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua".

Allah juga telah memotivasikan kita melalui firmanNYA yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya”. (Ali Imran: 200)

Ayuh sahabat seaqidah sekalian..orang Islam yang beriman pasti akan berjaya, kerana jiwa orang yang beriman sentiasa hidup dan tidak putus-putus meletakkan sepenuh pengharapan atas usaha yang telah dilakukannya kepada Allah…

Cuba kita muhasabah semula diri kita ini, apakah kita sudah hampir dengan puncak tahap iman kepada Allah..ataupun dimanakah tahap iman kita di kala ini..dimanakah puncak sebenar keimanan kepada Allah..

No comments: