Thursday, February 5, 2009

Rasuah Perosak Ummat

Terkedu teman bila mendengar berita dari negeri kelahiran teman Perak..inilah dunia politik..sekiranya kita gunakan jalan yang kotor..maka kotorlah politik itu..kita punya jalan politik Islam yang betul..bermacam cara digunakan oleh pihak kerajaan dalam nak merampas kuasa pemerintahan di Perak ni kan..last-last dengan duit jugak lah mereka dapat membeli adun kat Perak tuh..

Bila mana diri kita tidak diletakkan atas landasan yang betul untuk berjuang..sebab itu lah mudah nya kita tertewas dengan habuan dunia ini..siapa taknak RM10 juta kan..makan untuk 5 keturunan pun tak abis lagi..inilah rasuah..

Rasulullah pernah bersabda yang diriwayatkan oleh at-Thobrani yang bermaksud :

“ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka ”.

Rasuah ni adalah satu penyakit yang makin merbak teruk dikalangan masyarakat kita pada hari nih..tidak ada negara yang boleh mengeluarkan kenyataan bahawa negara mereka bebas dari rasuah..demikian jugak lah dengan negara Malaysia kita nih..indeks rasuah dalam negara kita adalah yang tertinggi diantara banyak-banyak negara..

Rasuah dalam perspektif Islam sudah jelas lagi bersuluh akan keharamannya..Ini berdasarkan dalil yang Qat’ie dari Al-Quran, As-Sunnah dan ijmak ulama’..Dalam Al-Quran Allah telah menggariskan perihal rasuah ini. Allah telah berfirman yang bermaksud :

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya) ”.

Satu sebab amalan rasuah ni berlaku adalah kerana bernafsu besar dan adanya sikap tamak haloba..serta mahu mendapat sesuatu dengan jalan yang mudah..kita amat bimbang sekiranya pemimpin-pemimpin yang bergelumang dengan gejala rasuah ini terus menerus memimpin negara dan kini mahu merampas Perak pula.

Sama ada disedari atau tidak bahawa mereka yang terlibat dengan jenayah ini sebenarnya mengakibatkan beberapa kesan buruk seperti pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan berleluasa kezaliman dalam masyarakat. Dengan demikian golongan yang paling malang dan rugi ialah golongan yang berpenat lelah mencari rezeki halal menggunakan tulang empat kerat seperti para petani, nelayan, penoreh getah, penarik beca dan kumpulan dhaif yang lain yang tidak mengerti apa-apa tentang pengurusan harta negara.

Satu kesan yang paling buruk dan jarang kita pedulikan daripada gejalan rasuah ini adalah soal ibadat kita kepada Allah..Nauzubillah min zalik..mintak jauh ya Allah untuk aku berhadapan dengan situasi diberi jutaan ringgit nih..bimbang-bimbang suatu masa nanti teman pun akan diuji dengan ujian berupa wang ringgit nih. Dengan habuan keduniaan ini ramai orang akan tertewas..

Perlu kita ingat bahawa mereka-mereka yang melakukan amalan rasuah ni doa dan amalan mereka tidak diterima Allah..ini adalah kerana kita hidup dengan menggunakan sumber yang haram..rugi kan kita..disebabkan habuan dunia tersebut, segala amalan kita tidak diterima dan kita makin lama makin jauh dari rahmat ALLAH..

Oleh yang demikian, gejala rasuah ini perlu sama-sama kita banteras..sebagai rakyat yang bijak..marilah sama-sama kita memilih pemimpin yang berjiwa islamik agar dapat membimbing kita ke arah rahmat Allah..kita nilai lah sendiri dengan hati dan fikiran kita..insya Allah kita akan nampak apakah yang kita cari dalam hidup kita di dunia ini..

Teman mengingatkan diri teman dan sahabat-sahabat sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT di samping berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai serta kita hidup dengan berbekalkan sumber rezeki yang halal.

ISLAM is The Future .....

No comments: