Thursday, April 23, 2009

Hepi Besday Ummi Humaira'

Happy Birthday Pictures, Images and Photos


Seminggu jugak teman bercuti yerk..tapi terasa lama betui untuk kali ini. Rasa macam teman dah tak update blog berbulan rasanya. Tapi alhamdulillah Ummi Humaira' ada untuk mengupdate blog ini. Terima kasih untuk Ummi Humaira' kerana sudi untuk menjenguk dan mengemaskini blog ini..

Posting ini teman tujukan khas untuk Ummi Humaira' yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya pada 22 April. Teman harap posting teman ini tak terlewat lagi la yerk. Hari ini baru teman berkesempatan untuk mengadap laptop.

Untuk Ummi Humaira', teman doakan semoga segala impian akan jadi kenyataan satu hari nanti. Semoga panjang umur dan murah rezeki, dan yang terpenting apa yang kita perolehi selama hayat kita ini semoga diberkati oleh Allah. Semoga Ummi Humaira terus kekal dalam jalan Islam dan berterusan menjadi seorang muslimah solehah yang mukminah..amin..

Sekali lagi, Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran untuk Ummi Humaira'..Sanah helwah insya Allah..amin..

1 comment:

Unknown said...

syukran atas ucapannya itu...