Saturday, March 7, 2009

Salam Maulidur Rasul

Tanggal 12 Rabiulawal sudah kian hampir kepada kita..hari ini dah 10 Rabiulawal dah..maknanya lagi 2 hari lagi kita semua akan menyambut maulid nabi junjungan besar kita nabi Muhammad saw..

Rasanya kalau takder ler sambutan Maulidur Rasul ni..mesti semua orang dah tak ingat yang pada tanggal 12 Rabiulawal ni lahirnya seorang putera agung ke muka bumi. Kelahiran yang memancarkan sinar keimanan kepada setiap makhluk yang bernama manusia...dan menyebarkan rahmat serta keberkatan untuk semua makhluk kejadian Allah.

Mai pulak satu puak kata..weii ni benda bidaah nih..apehal lak nak sambut maulid nabi nih..kerja bidaah semua nih..kalau dah bidaah neraka la tempatnya..ermm itulah pandangan dan ucapan puak yang membidaahkan serta mengkafirkan orang nih...

Boleh ker tidak yer kita nak menyambut perayaan maulidur Rasul nih..dalam permasalah ini ramai ulama berpendapat bahawa sambutan maulidur Rasul ini diperbolehkan. Antara yang menyokong maulidur Rasul adalah Imam Jalaluddin Sayuti.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti : "Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah yang diberi pahala mengerjakan nya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad saw yang mulia ".

Selain itu, ulama terkenal masa kini iaitu Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi pandangan mengenai maulid ini.

Beliau berkata : " Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Saad Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama sepertimana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan maulidur Rasul kini.

Walau bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesan nya. Dengan itu, perayaan maulidur Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup.

Maka dibolehkan meraikan maulidur Rasul ini dengan syarat tidak dicampur adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam ". Demikian lah pandangan yang diutarakan oleh Syeikh Yusuf Qardawi.

Nabi Muhammad saw dilahirkan pada tahun gajah, iaitu tahun dimana Abrahah al-Asyram berusaha menyerang Makkah dan menghancurkan Ka’bah dengan pasukan bergajahnya. Lalu Allah menggagalkannya dengan mu’jizat sebagaimana diceritakan dalam Surat Al-Fiil. Menurut pendapat yang paling kuat,Nabi Muhammad saw dilahirkan pada tahun gajah, iaitu tahun dimana Abrahah al-Asyram berusaha menyerang Makkah dan menghancurkan Ka’bah dengan pasukan bergajahnya. Lalu Allah menggagalkannya dengan mu’jizat sebagaimana diceritakan dalam Surat Al-Fiil. Menurut pendapat yang paling kuat, baginda lahir pada hari Isnin malam, 12 Rabi’ulawal bersamaan 20 April 571 masihi. baginda lahir pada hari Isnin malam, 12 Rabi’ulawal bersamaan 20 April 571 masihi.


Bayangkanlah sekiranya kita tidak mengadakan perayaan menyambut maulidur Rasul ini. Dalam keadaan sekarang ini pun ramai dari anak-anak muda kita tidak mengetahui tarikh kelahiran Rasulullah ini. Dalam ingatan mereka adalah lirik-lirik lagu ciptaan barat yang banyak memesongkan akidah dan merosakkan akhlak mereka. Di bibir mereka bukan lagi selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita ini, tetapi lagu-lagu artis yang menjadi pujaan mereka.

Marilah kita sama-sama muhasabah semula diri kita semua. Apakah hidup kita ini berlandaskan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Saban tahun sambutan kita raikan, kita berarak berkilometer, tetapi intipati dari sambutan tak menusuk masuk ke dalam diri kita.

Demi agama Islam, Rasulullah dan para sahabat mempertaruhkan nyawa mereka. Tetapi kita bagaimana. Jauh rasanya martabat kita jikan nak dibandingkan dengan pejuang-pejuang kebenaran pada zaman dahulu. Kita pada hari ini, baru digertak sedikit sahaja, sudah mengunci bibir untuk berkata-kata yang benar.

Maka marilah kita sama-sama meraikan sambutan maulidur Rasul ini dengan mengambil pengajaran dari kisah dan sejarah yang telah dilalui oleh Rasulullah dan para sahabat untuk menegakkan agama Allah. Sama-samalah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, semoga dengan ucapan selawat dan salam ini dapat memudahkan kita menerima syafaat baginda pada hari perhitungan kelak.

No comments: