Friday, March 6, 2009

Restu Mak Ayah

" Ayah suruh yop tepon umah, bincang ngan ayah " mesej dari mak untuk teman.

Memang dalam nak membincangkan isu yang besar ini, ada baiknya biar kita bersembang direct. Kalau ngan huruf-huruf ni kadang-kadang tak sampai maksud kita.

Hehehehe...aper cerita tuh " ayah gelakkan teman lepas salam teman dijawab.

" Errmm tu la ayah..yop nak mintak restu mak ngan ayah nih..yop dah wat pilihan siapa yang akan jadi suri hidup yop " direct to the point jer teman nyatakan hasrat teman tuh..

Macam biasa la..apa-apa sekalipun, keputusan akan terletak pada teman sendiri. Ayah tak pernah watk keputusan untuk teman. Dia hanya bagi pandangan dia. Sebarang keputusan terpulang pada diri teman sendiri. Itulah didikan ayah dan emak pada teman.


" Kami pun dah tengok orang nya..bagi kami tak ada masalah..cuma sekarang ni diri yop sendiri macam mana ? " soalan ayah memerangkap diri teman pada masa itu.

Terfikir dalam hati, betui ke aper yang aku nak buat nih yerk..

Ayah sambung lagi " yop..nak kawin ni bukan boleh main-main dan cuba-cuba..hati kene betui-betui tekad untuk menempuhinya..apa nak jadi..jadilah..aku tetap ngan keputusan untuk bersamanya..haa camtu la kalau orang nak kawin ".

Memang benar kata ayah, soal kahwin ini bukan kecik-kecik punya hal. Soal masa depan yang nabi pun cakap kalau kahwin ni kita dah laksanakan separuh dari agama kita.

Dalam kita nak mendirikan rumahtangga ni, paling penting yang perlu kita titik beratkan adalah soal restu keluarga. Dari restu itulah keberkatan akan kita perolehi.

Alhamdulillah..teman tekad dan yakin dengan keputusan yang telah teman buat ini. Ya Allah..berkatikan lah dan rahmatikan lah keputusanku ini..amin..

Ehh tak lama dah ker teman nak kahwin nih ?? jawapan nya..ermm tungguuuu....

2 comments:

Munaliza said...

Amin...
Moga dipermudahkan segala urusan.
kahwin adalah sunah...
semoga dikurniakan kerukunan,
kedamaian,ketenangan,keselamatan,
kesejahteraan dan kebahagiaan
dalam rumah tangga yang akan dibina
nanti.

Mohd Zulfadli said...

amin....

harapnya dapat la ummi bagi tunjuk ajar pada saya yer..maklum la orang yg tak pernah kenal kehidupan sebagai suami isteri, banyak benda yang kene tahu.