Sunday, March 15, 2009

Rumahtangga pasti ada cabaran

Sambil baring-baring tadi, teman teringatkan satu kisah seorang kakak yang berkahwin dengan seorang foreigner pada tahun 2006…kisah di mana setelah beberapa tahun berkahwin, si suami menjalin hubungan cinta dengan rakan sekerja. Dalam keadaan diri yang sedang mengandungkan anak sulung mereka, si suami pulak membuat perangai. Kesian kat kakak tuh..

Sekiranya kita yang belum berkahwin ni melihat persepsi perkahwinan melalui kisah kakak tersebut, sudah pastinya kita semua tambahan yang bergelar wanita tidak mahu menempuh alam rumahtangga.

Dalam kita nak menyelusuri kehidupan berumah tangga ini, perlulah kita sedar bahawasanya perkahwinan kita dengan insan yang kita kasihi itu adalah sesuatu ketetapan dari Allah.

Tanpa restu dan izin dari Allah, usaha la sekuat mana sekalipun. Selelah mana bertungkus lumus pun pasti tidak akan berjaya. Maka, sekiranya kita sudah pasti dan percaya bahawa perkahwinan kita itu adalah dengan restu Allah, kita juga kene percaya dan yakin bahawa usia perkahwinan kita jugak terletak ditanganNya. Allah berhak mengambil semula kebahgiaan yang kita kecapi bila-bila masa sahaja.

Rasanya semua pernah dengar kan. Apa yang kita sukai itu belum tentu baik pada perancangan Allah, dan sesuatu yang kita tak suka tu, belum tentu tidak baik pada perancangan Allah. Cuma kita sebagai hamba Allah yang percaya kepada qada’ dan qadar dariNya, kita perlu berusaha serta berdoa dalam memelihara hubungan dan kehidupan rumah tangga kita. Semoga hubungan dan ikatan yang diikat itu berkekalan sehinggalah ke syurga Allah nanti..amin..

Firman Allah dalam surah Al-An’am yang bermaksud :

“ Dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu”. Al-An’am-17

Dalam kehidupan berkeluarga ini, kita tidak dapat lari sebenarnya dari dugaan dan ujian. Perselisihan antara pasangan sudah menjadi lumrah dalam hidup pasangan yang bergelar suami dan isteri. Kita selalu jer dengar perumpamaan sedangkan lidah lagi tergigit kan. Begitulah jugak dengan hubungan suami dan isteri.

Suami atau isteri kene sedar bahawa pasangan nya itu bukan lah seorang yang benar-benar sempurna. Bilamana disebut dia adalah seorang manusia, tidak dapat tidak dia pun tidak akan lari dari melakukan kesalahan.

Demikian jugak diri kita. Adakala nya kita jugak melakukan kesalahan, malahan mungkin lebih besar dari kesalahan yang telah dilakukan oleh pasangan kita. Oleh itu, janganlah terlalu diperhitungkan kesalahan yang dilakukan oleh pasangan kita tersebut. Dalam kita nak menjaga kerukunan hidup berumah tangga, amalkanlah sikap bertolak ansur dan saling memaafkan antara pasangan.

Dalam Quran Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami dan isteri ibarat pakaian antara satu sama lain. Dapat tak kita gambarkan betapa pentingnya pakaian untuk kita. Tepuk dahi pikirlah sendiri..

Teman pun bukan lah pandai sangat bab hidup suami isteri nih. Teman pun tak jejak kaki ke alam perkahwinan lagi. Cuma kita kene sentiasa ambik cakna soal hidup berkeluarga ini kerana suatu hari nanti, kita pun akan sampai ke masa tersebut.

Jadi sebagai peringatan kepada yang telah berkahwin dan panduan kepada yang belum berkahwin. Janganlah gentar dengan cabaran dan ujian di alam perkahwinan kerana rumah tangga yang diuji akan menjadi lebih matang dan kukuh sekiranya pasangan suami dan isteri tersebut bijak mengendalikan nya.

Sentiasalah berdoa kepada Allah agar Allah mempermudahkan segala urusan kita dalam kita nak melayari bahtera rumahtangga kita. Amin..

No comments: