Monday, October 26, 2009

Ibnu berceloteh sekejap..

askum ustz..sy dah lame mgalami gangguan pelalau nie.rumahtga sy hancur kerna org ke3 dan kerjaya sy tak menjd.skg dah 5 thn mnjanda sy rs mcm jodoh sy berat sgt dan kerja asyik tak mnjadi.sentiasa ada sj halangan dan masalah yg tak henti2 melanda.

Petikan kat atas tu teman ambik dari shoutbox kat sebelah tu..pertamanya terima kasih teman ucapkan kepada cik wan ataupun maybe akak la pada teman kerana sudi bertandang ke blog teman nih..tidak lupa juga untuk sahabat-sahabat lain yang maybe ada menyinggah kat teratak teman nih..

Mari kita cuba perbicangkan permasalahan akak tuh..teman bukanlah insan yang layak untuk membincangkan masalah akak tu..tapi kesedaran sebagai seorang saudara seagama..insya Allah sikit sebanyak kita cuba ringankan beban yang akak tanggung tuh..terima kasih jugak untuk akak kerana sudi berkongsi kisah hidup akak bersama kami disini.

Tahniah dan syabas teman ucapkan pada akak kerana tabah menghadapi situasi yang telah akak ceritakan tuh..ramai orang sebenarnya tertewas dalam ujian ini. Ramai yang berputus asa dan ada yang sampai membuat keputusan untuk mencabut nyawanya sendiri..nauzubillah min zalik. Jadi teman rasa akak adalah antara insan-insan yang tabah dalam menempuh ujian yang mana kita tahu setiap ujian itu adalah dengan perkenan Allah.

Bila kita menyebut ianya adalah datang dari Allah..insya Allah setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini pasti akan dapat diselesaikan dengan bantuan Allah. Dalam usaha kita nak mendapat bantuan dariNya, usaha yang kita lakukan perlulah sedikit lebih. Sebagai contoh kita nak memenangi hati seseorang, walau dengan apa cara sekalipun, kita pasti akan usaha untuk menarik perhatian nya. Demikian jugalah soal hubungan kita dengan Allah ni.

Berbalik kepada kisah akak tadi tuh...teman kurang ilmu dalam bab-bab sihir nih. Insya Allah Ummi Humaira' mungkin boleh berkongsi ilmu dalam perkara-perkara begini. Cuma apa yang teman tertarik untuk memperbincangkan hal ini adalah untuk menarik kalian memperhatikan dan berfikir bahawa setiap dari kita pasti akan dianugerahkan dengan ujian.

Semakin dekat kita dengan Allah, semakin kuat ujian terhadap tahap keimanan kita. Jadi, beberapa motivasi yang dapat kita ambik berdasarkan kisah akak ini adalah perihal keimanan, kesabaran dan usaha.

3 perkara itu yang teman nak kita sama-sama renungi. Walau apa pun yang kita hadapi, soal pertama yang perlu kita selidik dan jaga adalah soal "keimanan" kita kepada Allah. Kadang-kadang kita sampai ke tahap menyalahkan Allah kerana memberikan ujian tersebut kepada kita. Nauzubillah..kalau boleh, kita mintak jauh dari pemikiran yang sebegitu. Yakinilah bahawa betapa Allah sayang kepada kita, dan kerana sayangnya Allah kepada kita itulah, Allah turunkan kepada kita ujian sebagai satu jalan untuk kita sentiasa hampir denganNya. Maha Suci Allah...sungguh Maha Penyayang diriMu ya Allah.

Menyentuh soal "kesabaran" pula, tidak dapat tidak bilamana sesuatu ujian didatangkan kepada kita, sabar adalah suatu perkara yang sangat penting. Kesabaran inilah yang akan mengawal diri kita agar tidak melakukan sesuatu di luar batasan agama dan dengan kesabaran ini jugaklah kita dapat berfikir secara waras bahawa apa yang menimpa kita itu adalah untuk menambahkan rasa ketakwaan kita dan menghapuskan segala dosa-dosa kita yang lalu.

Bagaimana pula dengan "usaha" ? bila keimanan kita sudah terjaga, sabar juga bersama kita, maka oleh itu perlulah kita iringi iman dan sabar itu dengan usaha kita. Allah turunkan ujian kepada kita kerana Allah nak tengok kita usaha dalam berdepan dengan ujian tersebut. Tetapi harus kita ingat dalam usaha yang kita nak lakukan ini, biarlah usaha itu didalam landasan syariat yang dibenarkan. Jangan main redah kata orang. Percayalah bahawa dihujung usaha kita pasti akan ada sinar sedang menanti kita. Kalau ujian kepada kita berbentuk sakit, usahalah dengan jalan-jalan yang tidak melanggar syariat dan insya Allah di akhirnya nanti sembuh sedang menanti kita. Kalau tiada jodoh itu adalah ujian untuk kita, cuba dan usahalah melalui jalan yang diperbolehkan untuk kita kerana insya Allah sinar sedang menanti kita dihadapan. Begitu jugak lah dengan apa jua ujian sekalipun, pasti ada jalan usaha yang boleh kita lakukan untuk menyelesaikan nya. Allah dah sediakan untuk hamba-hambaNya jalan itu, kita sebagai manusia ini hanya mencari jalan itu dan pastikan jalan itu diredhaiNya.

Akhirnya, mungkin sebagai perangat balik la untuk akak cik wan tuh..teman yakin akak tau apa yang perlu dilakukan. Tapi teman sebut jugaklah sebagai perkongsian kepada yang lain dan sebagai ingatan untuk diri teman. Pertamanya, dekatkan diri kita dengan Allah. Banyak cara nak dekatkan diri dengan Allah ni. Yang senang dan tak guna modal yang banyak adalah zikir. Maka lazimilah diri kita dengan zikrullah. Insya Allah Allah dah janji dengan berzikir padaNya hati akan menjadi tenang.

Keduanya dekatkan diri dengan Al-Quran, kerana Al-Quran ini adalah penyembuh segala penyakit. Berdamping dengan Al-Quran dengan apa cara sekalipun. Tak boleh baca, pasang untuk didengari. Ada baiknya rumah tuh biarlah dialunkan dengan bacaan Al-Quran.

Ketiganya, amalkan bacaan-bacaan rukyah. Insya Allah, dengan usaha yang berterusan ini, penyakit dan gangguan yang kita hadapi itu akan dilenyapkan oleh Allah..amin..

Usaha-usaha lain tu insya Allah akak dan yang lainnya boleh lah bertanya kepada mereka yang lebih arif. Apa yang teman kongsikan ini mungkin belum cukup lagi, maka usahalah mencari sumber-sumber lain yang dapat membantu.

Semoga kita semua didalam pemeliharaan Allah hendaknya..AMIN...

Baca Lagi..

Friday, October 9, 2009

Welcome Celcom Broadband


Assalamualaikum sahabat sekalian..

Bersawang teratak teman ni..lama betui tak menjenguk ke sini..kesibukan kerja dan ketiadaan line internet menyukarkan teman untuk berjalan di alam maya ini. Alhamdulillah petang ni teman dah boleh mula melayari internet di rumah. Terima kasih Celcom..ceewaahh..puji sket kot boleh dapat murah..keh keh keh..

Banyak benda yang nak teman kongsikan ngan kalian..tapi malam ni tak sempat la..sebab teman nak berangkat pulang ke Perak..insya Allah kita ketemu lagi nanti..terima kasih buat sahabat yang sudi bertandang walaupun tiada apa2 perubahan dalam tempoh yang terlalu lama di blog teman ini..

p/s : Wajah terbaru teman...ummi humaira kata kalau botak nampak tak hensem..tapi bila teman amati betul-betul..ishh...macam benar jer aper yang ummi humaira kata..keh keh keh..

Baca Lagi..

Tuesday, September 22, 2009

Salam Aidilfitri dari Ibnuwalidaini


Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah kerana tahun 1430 hijrah ini, Allah beri kesempatan untuk teman berada sehingga akhir bulan Ramadhan dan dapat meraikan Aidilfitri pada tahun ini dengan suasana yang penuh gembira.

Kesempatan ini teman nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kalian semua dan di kesempatan ini jugak teman nak mohon ampun dan maaf dari kalian semua di atas segala keterlanjuran yang pernah teman lakukan pada kalian.

Mungkin mulut pernah mengata, tangan pernah memukul, kata-kata yang bisa mengguris hati kalian semua, teman hulurkan sepuluh jari memohon keampunan dari kalian semua. Seperti insan-insan yang lain, pasti banyak kesalahan dan kekurangan yang pernah teman lakukan terhadap kalian.

Akhirnya, minal aidil wal faizin untuk semua..Kullu 'am wa antum bikhair.



Baca Lagi..

Sunday, August 16, 2009

Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareem...


Syaaban 1430 bakal meninggalkan kita. Ramadhan Kareem pulak akan menjelang tiba. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan Al-Quran. Bulan sedekah. Yang penting adalah bulan poser.

Alhamdulillah, syukur pada Allah kita dipertemukan semula dengan Ramadhan. Marilah kita persiapkan diri kita dari segala segi untuk menerima kunjungan Ramadhan kali ini.

Ramadhan kali ini teman akan berpuasa di Mesir..Silap-silap beraya pun disana. Ini adalah disebabkan peperiksaan tasfiah yang akan berlangsung pada bulan september nanti. Apakan daya, keputusan yang keluar 3 hari yang lalu kurang menyebelahi teman. Masih berbaki satu madah untuk teman langsaikan. Alhamdulillah, kesyukuran ini teman panjatkan pada Allah kerana mempermudahkan urusan pengajian teman ini. Walaupun masih ada 1 paper yg tak lulus, tapi rasa bersyukur sangat-sangat.. Syukur padaMu ya Allah.

Teman tak berniat nak menulis panjang malam nih. Ni pun masuk kejap jer sebab nak print surat permohonan cuti. Ntah aper ler reaksi bos teman bila teman nak mohon cuti sebulan nih. Apa nak buat bos..terpaksa la daku memohon cuti walaupun ku tahu kerja sedang berlambak-lambak.

Apa-apa pun sempena kedatangan ramadhan ni...Teman dan Ummi Humaira' nak ucapkan selamat berpuasa untuk sahabat-sahabat sekalian. Semoga ramadhan kali ini adalah lebih baik dari ramadhan yang sebelum-sebelum ini. Amin.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..Ramadhan Kareem..Kullu sanah wa antum bikhair..

Baca Lagi..

Wednesday, August 5, 2009

Khasiat Minyak Kelapa Dara.


2 kali Ummi Humaira mintak teman bagitau aper khasiat minyak kelapa dara ni yerk. Rasanya sebab ragu-ragu lagi kot nak gunakan produk kelapa dara keluaran pakcu teman nih. Alhamdulillah teman hanya sebagai pengedar jer...pada saper2 yang berminat tuh..boleh la cuba-cuba try beli dulu.. Insya Allah kuasa penyembuh di tangan Allah..kita sebagai hambaNya ni..usahalah sebaik mungkin untuk sihat. Ayat yang biasa kita dengar, mencegah lebih baik dari merawat.

So apa dia minyak kelapa dara ni yerk..ok sebagai pengetahuan asas untuk teman dan kalian semua. Minyak kelapa dara ni adalah minyak kelapa yang di proses tanpa menggunakan kuasa haba. So minyak yang dihasilkan tu lebih pure.

Mengapa minyak kelapa dara? Ermm teringat teman ada hadis nabi yang menyebut habbatus sauda adalah penyembuh segala penyakit. Terpikir jugak, habbatus sauda ni adalah hasil keluaran di negara timur tengah. Di tanah melayu kita ni takder rasanya. Kalau ada pun maybe ada yang cuba-cuba untuk tanam. So terlintas di fikiran teman nih, takkan ler Allah tu kedekut sangat. Diberikan pada tanah arab jer ubat penyembuh nih. So bila teman renung-renungkan, teman rasa Allah jugak kurniakan untuk hambaNya di belah Asia yang beriklim lembab ini dengan satu keistimewaan dalam bidang perawatan kesihatan. Allah tumbuhkan di tempat kita pokok kelapa.

Apa kaitan nya pokok kelapa yerk..haa ni yang nak bagi tau ni. Biasanya apa-apa benda pun Allah akan berikan sesuai dengan keadaan tempat itu. So daripada kajian yang di buat berpuluh tahun dulu mendapati kelapa ni sebenarnya banyak khasiatnya. So Allah campakkan habbatus sauda ke tanah arab sebagai ubat pelbagai penyakit, begitu jugak dengan negara kita ini. Allah tumbuhkan pokok kelapa sebagai salah satu ubat yang dapat mengawal dan mengubati pelbagai penyakit.

So teman nak kongsikan ngan kalian..apakah khasit minyak kelapa dara nih..khasiat ini ditemui di atas kajian para saintis la kan. Cuma dari segi pengalamannya, teman cuba kongsikan kemujaraban minyak kelapa dara ini dalam mengawal penyakit gatal.

Pakcu..mintak izin utk dijadikan bahan bukti yerk..hehehe...Anak kepada pakcik teman menghidap penyakit kegatalan nih. Alhamdulillah selepas menggunakan minyak kelapa dara ini, nampak keberkesanan nya dalam menahan kegatalan dan mengawal kulit dari terus dimamah bakteria. Secara asasnya minyak kelapa dara ini mempunyai asid laurik yang tinggi. So kepadatan asid laurik inilah yang akan mengawal dan menghapuskan bakteris serta virus-virus yang terdapat dalam diri kita.

Sudah teman nyatakan tadi, kuasa penyembuh 100% pada kuasa Allah. Cuma Allah dah berikan kita akal dan kudrat untuk berusaha dan berfikir macam maner nak jaga kesihatan. So teman mencadangkan agar kalian cubalah produk minyak kelapa dara ini yang sudah banyak di pasaran. Cuma kalau nak dapatkan yang murah sedikit, bolehlah hubungi teman. Selamat mencuba..dan insya Allah kesihatan yang baik milik kita semua..Amin...

Khasiat Minyak Kelapa Dara.

1 - Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

2 - Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.

3 - Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga

4 - Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.

5 - Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.

6 - Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap

7 - Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

8 - Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.

9 - Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.

10- Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

11- Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.

Kesan Jangka Panjang Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh.

1 - Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi

2 - Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.

3 - Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.

4 - Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.

5 - Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

6 - Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

7 - Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

8 - Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.

9 - Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.

10- Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.

Baca Lagi..

Sunday, August 2, 2009

Pengalaman pertamaku berdemonstrasi

Akbhar bongok kata seribu lebih jer...
Baju putih tu penyokong ISA..baper dapat bayaran bang???

Alhamdulillah..pengalaman pertama teman dalam menyatakan suara rakyat akhirnya tertunai sudah...sudah baper kali himpunan teman terlepas..walaupun sedikit hampa sebab tak dapat nak berarak bersama dengan pejuang yang lain..tapi penangan abang polisi dapat jugak teman rasa..

Memang pedih betul bom asap abang fru tu yerk..masih melekat rasanya di telinga teman ni..ada bro kat sebelah teman panggil anjing jer kat abang fru ini..tapi memang benar..pedihnya mata ini masih boleh teman tahan jika dibandingkan dengan pedihnya hati diperlakukan seperti orang asing di tanah sendiri..

Heboh arini dalam akhbar yang diperkudakan mereka..himpunan mansuh mengganggu ketenteraman awam...kepala hotak diorang...siapa yang mulakan kekacauan...pikir secara otak budak pun rasanya dah dapat jawapan..rakyat yang turun tanpa senjata dikatakan nak timbulkan kekacauan..yang menembak pulak adalah abang keparat berbaju biru dan bertopi merah...alih-alih rakyat dipersalahkan...hanya orang bodoh yang akan mempercayai statements akhbar-akhbar nyanyuk tuh..

Apa-apa pun rakyat boleh menilai..tipu dan gunalah apa cara sekalipun..mood rakyat sekarang memang sudah menolak BNatang..rakyat dah taknak pada UMNgoOok..

Teman takleh nak lama nih..sebab dah letih beno rasanya..seharian ni penat ngan kerja di pejabat...ahad pun teman kerja..huhuhu..tanpa bayaran pulak tuh..tapi insya Allah..harapnya ganjaran dan balasan dariNya..insya Allah amin..

p/s : gambor yang teman ambik tak sempat nak upload la..ciplak gambar orang dulu..hehe..takbir..Allahu Akbar !!!

Baca Lagi..

Thursday, July 30, 2009

Ujian Berganda..

Penat..Letih..Tension..itu sahaja yang sedang berlegar dalam kotak pikiran teman nih...seperti yang pernah teman katakan sebelum nih..memasuki alam yang baru nih..memang sedikit mencabar buat setiap dari kita..tambahan pulak diri teman..teman akui teman sedikit lambat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru..

Ujian yang Allah hantarkan pada teman bertimpa-timpa...semuanya membuatkan teman sedikit sesak di dada...tapi teman tau..semua ujian yang diberikan itu adalah untuk mematangkan diri teman..jangan mudah putus asa wahai diri..jangan mudah mengalah...teruskan langkahmu..

Wahai sahabat sekalian..ini jugak sebagai pembakar semangat untuk kalian...jika kalian pikir kalian dah berat benar ujian nya..percaya dan yakinilah bahawa masih ada insan lain yang lebih berat ujian nya dari kita..bak kata Ummi Humaira pada teman...percayalah ujian itu mampu dihadapi..kerana Allah tidak sesekali akan menganiaya hambaNya..ujian yang diberikan perlulah dicari jalan penyelesaiannya..

Sebab itu Allah anugerahkan otak buat manusia...manusia dijadikan sebaik-baik kejadian..maka jadilah yang terbaik untuk hidup kita ini..gunakan otak dan akal fikiran yang Allah anugerahkan tersebut untuk menyelesaikan segala ujian dan cabaran yang mendatang..tapi ingatlah wahai sahabat dan diri ini..bataskanlah usaha yang kalian lakukan itu di laluan yang diredhai Allah..insya Allah keberkatan yang kita dapat itu dapat membuatkan diri kita tenang dalam mendepani walau apa sahaja ujian yang datang..

Akhirnya sedikit tips dalam kita berhadapan dengan masalah dan ujian..ini apa yang teman praktikkan..cubalah untuk menceritakan dan luahkan kepada insan yang kalian percayai..sebagai contoh...teman luahkan pada mak, ayah dan Ummi Humaira..terima kasih buat kalian yang sudi menjadi pendengar masalah teman..oleh itu sahabat..luahkan apa yang kalian rasa pada insan2 yang kalian sayangi itu..

Apa-apa pun masalah yang menimpa kalian..pokok pangkal dan jalan penyelesaian nya perlulah kalian sendiri yang usahakan..kalian yang perlu tentukan hidup kalian..ingatlah..gagal untuk merancang,merancang untuk gagal..tepuk dahi pikirlah sendiri...

Baca Lagi..

Sunday, July 26, 2009

Lirik Nasyid Yang Best..



Bidadari
Album :
Munsyid : Munif Ahmad
http://liriknasyid.com


Bidadari 2x
Temanilah resahku
Bidadari 2x
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Chorus *

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga



Permaisuri Hatiku
Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malu-mu bernilai
Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh? Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu

Lagu & Lirik : Abai Os
Hijjaz Records Sdn.Bhd.


Sumber http://www.hijjaz.com.my

Baca Lagi..

Jom Pakat Berhimpun...

Bahang Himpunan Mansuhkan ISA kian terasa kini..tarikh 1 Ogos yang dipilih bersempena dengan penubuhan akta zalim tersebut..lagi seminggu tarikh dan himpunan keramat itu akan berlangsung..

So teman nak mengajak sahabat-sahabat sekalin..moh kita pakat turun ramai-ramai sebagai tanda bantahan kita terhadap akta zalim ini. Letakkan diri kita di situasi ahli kuarga kita yang berada di dalam tahanan ISA itu sekarang.

Apakah perasaan dan tindakan yang boleh kita lakukan bagi menyatakan rasa ketidakpuasan hati kita terhadap akta zalim ini. Lagipun mereka yang berada di dalam sana adalah kebanyakannya saudara-saudara seagama kita.

Mai kita pakat ramai-ramai turun 1 Ogos ini. InsyaAllah dengan secebis usaha dari kita ini akan mendapat bantuan dari Allah dan dengan suara keramat rakyat ini insya Allah akta zalim ini akan lenyap dari bumi Malaysia..Insya Allah..amin..

Mansuhkan ISA...Bebaskan Tahanan Kemunting...Tegakkan Keadilan..Allahuakbar !!!!

Baca Lagi..

Saturday, July 25, 2009

Bertemu Lagi..Alhamdulillah...

Assalamualaikum pembuka bicara...

Alhamdulillah..dapat jugak akhirnya teman kembali ke blog teman yang sudah bersawang ini...begitu lama teman tak dapat nak menulis di sini..memang rindu betui rasanya..tapi apakan daya..masa tidak mengizinkan untuk teman melayari internet..

Rindu pulak zaman blajar dulu..huhuuhu..dulu masa blajar rasa nak cepat abis..tapi rupanya bila dah berada di alam pekerjaan sebenar ni..teruk lagi rupanya..memang teman sedikit tertekan baru-baru nih...sedikit ker??? ehh rasanya tertekan tahap atasan jugak baru nih..

Alhamdulillah..dengan semangat mak dan ayah serta insan yang teman sayangi..hari makin hari semangat teman sudah semakin pulih..teman bawakkan kisah ini sebagai perkongsian kepada kalian semua agar kalian semua ambik iktibar dari kisah teman ini.

Teman akui maybe ini kelemahan teman. Teman lambat menyesuaikan diri dengan keadaan. Sebab tu la sedikit tertekan dengan suasana baru ini. Apa-apa pun untuk kalian semua, dalam hidup ini tidak ada apa pun yang senang. Ungkapan ayat itulah yang membuatkan teman tersedar dan mengubah persepsi dalam diri teman ini.

Apa-apa yang kita lakukan pun, kene letakkan pemikiran yang positif dalam hati. Pikirkan apa sahaja yang kita depani, aku pasti akan dapat lakukan. Mengapa teman kata camtu, sebab apa-apa pun yang kita lakukan, semuanya bermula daripada niat di hati kita. Betui tak ?

So sahabat sekalian, Allah dah berpesan dalam Quran yang mafhumnya, kita sendiri yang kene ubah nasib diri kita. Kalau kita sendiri dah lemah semangat, nun di depan kita adalah kegagalan. So rancanglah masa depan kita dengan sebaik yang mungkin, kerana gagal merancang adalah merancang untuk gagal.

So teman stop disini dulu. Taktau la bila pulak teman leh bukak blog ini. Apa-apa pun teman harapkan kalian dapat doakan teman. Insya Allah kita semua tergolong dari kalangan insan-insan yang berjaya di dunia ini dan sudah pastinya berjaya di akhirat sana..Amin

Baca Lagi..