Monday, October 26, 2009

Ibnu berceloteh sekejap..

askum ustz..sy dah lame mgalami gangguan pelalau nie.rumahtga sy hancur kerna org ke3 dan kerjaya sy tak menjd.skg dah 5 thn mnjanda sy rs mcm jodoh sy berat sgt dan kerja asyik tak mnjadi.sentiasa ada sj halangan dan masalah yg tak henti2 melanda.

Petikan kat atas tu teman ambik dari shoutbox kat sebelah tu..pertamanya terima kasih teman ucapkan kepada cik wan ataupun maybe akak la pada teman kerana sudi bertandang ke blog teman nih..tidak lupa juga untuk sahabat-sahabat lain yang maybe ada menyinggah kat teratak teman nih..

Mari kita cuba perbicangkan permasalahan akak tuh..teman bukanlah insan yang layak untuk membincangkan masalah akak tu..tapi kesedaran sebagai seorang saudara seagama..insya Allah sikit sebanyak kita cuba ringankan beban yang akak tanggung tuh..terima kasih jugak untuk akak kerana sudi berkongsi kisah hidup akak bersama kami disini.

Tahniah dan syabas teman ucapkan pada akak kerana tabah menghadapi situasi yang telah akak ceritakan tuh..ramai orang sebenarnya tertewas dalam ujian ini. Ramai yang berputus asa dan ada yang sampai membuat keputusan untuk mencabut nyawanya sendiri..nauzubillah min zalik. Jadi teman rasa akak adalah antara insan-insan yang tabah dalam menempuh ujian yang mana kita tahu setiap ujian itu adalah dengan perkenan Allah.

Bila kita menyebut ianya adalah datang dari Allah..insya Allah setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini pasti akan dapat diselesaikan dengan bantuan Allah. Dalam usaha kita nak mendapat bantuan dariNya, usaha yang kita lakukan perlulah sedikit lebih. Sebagai contoh kita nak memenangi hati seseorang, walau dengan apa cara sekalipun, kita pasti akan usaha untuk menarik perhatian nya. Demikian jugalah soal hubungan kita dengan Allah ni.

Berbalik kepada kisah akak tadi tuh...teman kurang ilmu dalam bab-bab sihir nih. Insya Allah Ummi Humaira' mungkin boleh berkongsi ilmu dalam perkara-perkara begini. Cuma apa yang teman tertarik untuk memperbincangkan hal ini adalah untuk menarik kalian memperhatikan dan berfikir bahawa setiap dari kita pasti akan dianugerahkan dengan ujian.

Semakin dekat kita dengan Allah, semakin kuat ujian terhadap tahap keimanan kita. Jadi, beberapa motivasi yang dapat kita ambik berdasarkan kisah akak ini adalah perihal keimanan, kesabaran dan usaha.

3 perkara itu yang teman nak kita sama-sama renungi. Walau apa pun yang kita hadapi, soal pertama yang perlu kita selidik dan jaga adalah soal "keimanan" kita kepada Allah. Kadang-kadang kita sampai ke tahap menyalahkan Allah kerana memberikan ujian tersebut kepada kita. Nauzubillah..kalau boleh, kita mintak jauh dari pemikiran yang sebegitu. Yakinilah bahawa betapa Allah sayang kepada kita, dan kerana sayangnya Allah kepada kita itulah, Allah turunkan kepada kita ujian sebagai satu jalan untuk kita sentiasa hampir denganNya. Maha Suci Allah...sungguh Maha Penyayang diriMu ya Allah.

Menyentuh soal "kesabaran" pula, tidak dapat tidak bilamana sesuatu ujian didatangkan kepada kita, sabar adalah suatu perkara yang sangat penting. Kesabaran inilah yang akan mengawal diri kita agar tidak melakukan sesuatu di luar batasan agama dan dengan kesabaran ini jugaklah kita dapat berfikir secara waras bahawa apa yang menimpa kita itu adalah untuk menambahkan rasa ketakwaan kita dan menghapuskan segala dosa-dosa kita yang lalu.

Bagaimana pula dengan "usaha" ? bila keimanan kita sudah terjaga, sabar juga bersama kita, maka oleh itu perlulah kita iringi iman dan sabar itu dengan usaha kita. Allah turunkan ujian kepada kita kerana Allah nak tengok kita usaha dalam berdepan dengan ujian tersebut. Tetapi harus kita ingat dalam usaha yang kita nak lakukan ini, biarlah usaha itu didalam landasan syariat yang dibenarkan. Jangan main redah kata orang. Percayalah bahawa dihujung usaha kita pasti akan ada sinar sedang menanti kita. Kalau ujian kepada kita berbentuk sakit, usahalah dengan jalan-jalan yang tidak melanggar syariat dan insya Allah di akhirnya nanti sembuh sedang menanti kita. Kalau tiada jodoh itu adalah ujian untuk kita, cuba dan usahalah melalui jalan yang diperbolehkan untuk kita kerana insya Allah sinar sedang menanti kita dihadapan. Begitu jugak lah dengan apa jua ujian sekalipun, pasti ada jalan usaha yang boleh kita lakukan untuk menyelesaikan nya. Allah dah sediakan untuk hamba-hambaNya jalan itu, kita sebagai manusia ini hanya mencari jalan itu dan pastikan jalan itu diredhaiNya.

Akhirnya, mungkin sebagai perangat balik la untuk akak cik wan tuh..teman yakin akak tau apa yang perlu dilakukan. Tapi teman sebut jugaklah sebagai perkongsian kepada yang lain dan sebagai ingatan untuk diri teman. Pertamanya, dekatkan diri kita dengan Allah. Banyak cara nak dekatkan diri dengan Allah ni. Yang senang dan tak guna modal yang banyak adalah zikir. Maka lazimilah diri kita dengan zikrullah. Insya Allah Allah dah janji dengan berzikir padaNya hati akan menjadi tenang.

Keduanya dekatkan diri dengan Al-Quran, kerana Al-Quran ini adalah penyembuh segala penyakit. Berdamping dengan Al-Quran dengan apa cara sekalipun. Tak boleh baca, pasang untuk didengari. Ada baiknya rumah tuh biarlah dialunkan dengan bacaan Al-Quran.

Ketiganya, amalkan bacaan-bacaan rukyah. Insya Allah, dengan usaha yang berterusan ini, penyakit dan gangguan yang kita hadapi itu akan dilenyapkan oleh Allah..amin..

Usaha-usaha lain tu insya Allah akak dan yang lainnya boleh lah bertanya kepada mereka yang lebih arif. Apa yang teman kongsikan ini mungkin belum cukup lagi, maka usahalah mencari sumber-sumber lain yang dapat membantu.

Semoga kita semua didalam pemeliharaan Allah hendaknya..AMIN...

No comments: