Tuesday, March 17, 2009

Happy Besday My Mum..


Ucapan syukur yang tidak terhingga teman panjatkan pada Allah kerana telah mengurniakan seorang ibu yang pengasih dan penyayang terhadap semua anak-anaknya…

Rohizan bt Abdul Yazid..nama kekasih hati teman yang paling teman sayang..insan yang sentiasa berada dalam doa teman..17 Mac 2009 genaplah umur emak 51 tahun..

Dari jauh ini, hanya doa dan ucapan dapat teman berikan untuk emak. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-51 emak..semoga emak dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik..

Jasa dan pengorbanan yang telah emak lakukan dalam mendidik kami adik beradik tidak terbalas oleh kami walau dengan apa cara sekalipun..insya Allah..walau apa sekalipun, jasamu akan kubalas..

Buat emak..walaupun rasanya tak sempat emak nak membaca blog anak emak nih..teman tetap nak dedikasikan sebuah sajak untuk emak…tak pernah lagi teman buat sajak..taktau la boleh tak dikategorikan sebagai sajak ni yerk..bedal laahhh…


Emak..

Dikala aku terleka dan nakal,

Cubitanmu pasti hinggap padaku,

Masih dapat kuterasa,

Betapa sakitnya cubitanmu itu,

Tetapi kesakitan itu,

Tidaklah dapat menandingi kesakitanmu sewaktu melahirkanku.


Emak..

Kadangkala leteranmu menusuk ke kalbu,

Terkadang kami terhibur dengan leteran itu,

Marahmu, nasihatmu, peringatanmu,

Semuanya adalah kerana sayangnya dirimu pada kami.


Emak..

Kasih sayang yang daku curahkan ini,

Ku tahu ia tidak setanding dengan apa yang telah ku perolehi,

Namun, terimalah keikhlasanku ini,

Untuk terus menyayangimu.


Emak..

Dikala aku kesedihan,

Engkaulah insan pertama ku hubungi,

Dikala aku kegembiraan,

Engkau turut meraikannya,

Dikala aku ditimpa kesakitan,

Engkaulah orang yang paling kerisauan,

Dikala aku memerlukan pendapat,

Engkaulah insan paling hampir denganku,


Emak..

Siapalah aku sekiranya tanpa dirimu,

Terima kasihku padamu,

Kerana melahirkan aku ke dunia ini.


Emak..

Sempena ulangtahun kelahiranmu ini,

Doa kupanjatkan padaMu ya Allah,

Peliharalah ibuku yang kukasihi ini,

Agar sentiasa di bawah lindungan rahmatMu.


Nukilan : ibnuwalidaini (anak emak)

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-51 emak..

Baca Lagi..

Sunday, March 15, 2009

Rumahtangga pasti ada cabaran

Sambil baring-baring tadi, teman teringatkan satu kisah seorang kakak yang berkahwin dengan seorang foreigner pada tahun 2006…kisah di mana setelah beberapa tahun berkahwin, si suami menjalin hubungan cinta dengan rakan sekerja. Dalam keadaan diri yang sedang mengandungkan anak sulung mereka, si suami pulak membuat perangai. Kesian kat kakak tuh..

Sekiranya kita yang belum berkahwin ni melihat persepsi perkahwinan melalui kisah kakak tersebut, sudah pastinya kita semua tambahan yang bergelar wanita tidak mahu menempuh alam rumahtangga.

Dalam kita nak menyelusuri kehidupan berumah tangga ini, perlulah kita sedar bahawasanya perkahwinan kita dengan insan yang kita kasihi itu adalah sesuatu ketetapan dari Allah.

Tanpa restu dan izin dari Allah, usaha la sekuat mana sekalipun. Selelah mana bertungkus lumus pun pasti tidak akan berjaya. Maka, sekiranya kita sudah pasti dan percaya bahawa perkahwinan kita itu adalah dengan restu Allah, kita juga kene percaya dan yakin bahawa usia perkahwinan kita jugak terletak ditanganNya. Allah berhak mengambil semula kebahgiaan yang kita kecapi bila-bila masa sahaja.

Rasanya semua pernah dengar kan. Apa yang kita sukai itu belum tentu baik pada perancangan Allah, dan sesuatu yang kita tak suka tu, belum tentu tidak baik pada perancangan Allah. Cuma kita sebagai hamba Allah yang percaya kepada qada’ dan qadar dariNya, kita perlu berusaha serta berdoa dalam memelihara hubungan dan kehidupan rumah tangga kita. Semoga hubungan dan ikatan yang diikat itu berkekalan sehinggalah ke syurga Allah nanti..amin..

Firman Allah dalam surah Al-An’am yang bermaksud :

“ Dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu”. Al-An’am-17

Dalam kehidupan berkeluarga ini, kita tidak dapat lari sebenarnya dari dugaan dan ujian. Perselisihan antara pasangan sudah menjadi lumrah dalam hidup pasangan yang bergelar suami dan isteri. Kita selalu jer dengar perumpamaan sedangkan lidah lagi tergigit kan. Begitulah jugak dengan hubungan suami dan isteri.

Suami atau isteri kene sedar bahawa pasangan nya itu bukan lah seorang yang benar-benar sempurna. Bilamana disebut dia adalah seorang manusia, tidak dapat tidak dia pun tidak akan lari dari melakukan kesalahan.

Demikian jugak diri kita. Adakala nya kita jugak melakukan kesalahan, malahan mungkin lebih besar dari kesalahan yang telah dilakukan oleh pasangan kita. Oleh itu, janganlah terlalu diperhitungkan kesalahan yang dilakukan oleh pasangan kita tersebut. Dalam kita nak menjaga kerukunan hidup berumah tangga, amalkanlah sikap bertolak ansur dan saling memaafkan antara pasangan.

Dalam Quran Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami dan isteri ibarat pakaian antara satu sama lain. Dapat tak kita gambarkan betapa pentingnya pakaian untuk kita. Tepuk dahi pikirlah sendiri..

Teman pun bukan lah pandai sangat bab hidup suami isteri nih. Teman pun tak jejak kaki ke alam perkahwinan lagi. Cuma kita kene sentiasa ambik cakna soal hidup berkeluarga ini kerana suatu hari nanti, kita pun akan sampai ke masa tersebut.

Jadi sebagai peringatan kepada yang telah berkahwin dan panduan kepada yang belum berkahwin. Janganlah gentar dengan cabaran dan ujian di alam perkahwinan kerana rumah tangga yang diuji akan menjadi lebih matang dan kukuh sekiranya pasangan suami dan isteri tersebut bijak mengendalikan nya.

Sentiasalah berdoa kepada Allah agar Allah mempermudahkan segala urusan kita dalam kita nak melayari bahtera rumahtangga kita. Amin..

Baca Lagi..

Friday, March 13, 2009

Juara Debat Ala Parlimen MINDA 09

Tuan yang dipertua dewan..bidasan saya yang pertama..
Maka dimanakah rasionalnya PPSMI menjatuhkan maruah bahasa..
Izin laluan yang dipertua...
Takpa..taknak bagi laluan yerk..teman catit..lepas ni teman bidas..
Apa aku nak cakap nanti yerk

Alhamdulillah...pasukan teman memenangi pertandingan debat ala parlimen utk Minggu Interaksi Damanhur 09 ini (MINDA 09).. Teman tak pi pun masa pengumuman keputusan tersebut..orang la bagi tau kat teman..

Tajuk debat final petang tadi adalah "PPSMI meningkatkan kualiti pendidikan negara". Tajuk yang ditukar daripada tajuk perdebatan asal.

Walaupun teman sendiri tidak bersetuju dengan PPSMI ini..tetapi macam maner la boleh menang tadi yerk..hehehe..terpaksa la berlakon menjadi pihak kerajaan tadi..

Mak teman kata..amboi..orang kat Malaysia semua tak sokong, tetiber dia sokong pulak..hehehe..aper nak buat pengundian dibuat meletakkan kami di pihak kerajaan.

Apa-apa pun alhamdulillah MINDA 09 melabuhkan tirainya malam tadi. tapi teman tak berkesempatan nak pergi majlis penutup..sebab terlena..maybe letih sangat kot..hehe..

p/s : maaf sebab kualiti gambor kurang memberangsangkan..maybe kawan ambik dalam keadaan kelam kabut kot..takpun kamera cerooiiii....

Baca Lagi..

Thursday, March 12, 2009

Buatmu wahai lelaki

Ermm arini takder aper teman nak tuliskan kat blog nih..cuma teman nak berkongsi sesuatu dengan kalian semua..mungkin apa yang ingin teman kongsikan ini dapat dipraktikkan oleh mereka yang sudah berkahwin dan dijadikan panduan untuk mereka yang bakal menjejaki alam perkahwinan...layannn..zaaassss


Kata pujangga
perempuan bagaikan angin

lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
merekalah insan yang terhampir
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )
Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )
Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

Sekian.

Baca Lagi..

Wednesday, March 11, 2009

Jom Berprogram meh

Berdebat sambil bersila jer...meja takder..hehe

Sekarang ni di Damanhur sedang berlangsung hari keluarga untuk pelajar-pelajar Malaysia. Tahun ni teman tak banyak dah nak bergiat dalam majlis-majlis anjuran persatuan ni..taktau la knapa..tapi untuk Damanhur ni dari awal teman datang memang jarang teman join program..teman banyak bergiat dalam program persatuan anak negeri jer...

Tapi tahun ini, insya Allah tahun terakhir teman kat sini, teman nak tinggalkan jugak kenangan untuk diri teman di bumi Damanhur ni..So bila dimintak untuk menyertai pasukan debat utk team teman..teman rasa, ada baiknya teman bersama mereka. Sebab tu lah tahun ni, ada muka teman dalam program hari keluarga di Damanhur nih..

Orang pun tak kenal teman..hehehe..lawak-lawak..ada yang ingatkan teman ni pelajar baru kat Damanhur..

Alhamdulillah..dalam sesi saringan petang semalam, pasukan kami berjaya menewaskan pasukan lawan..biasalah kan..adat pertandingan..ada menang ada kalah..pasukan kami pun belum tentu lepas ni leh menang lagi..

Dalam pertandingan debat ala parlimen petang tadi, sesi perdebatan kami di atas tajuk "Pembatalan Muadalah Pelajar Malaysia Ke Mesir Suatu Keputusan Bijak"

So intipatinya utama yang teman dapat untuk kongsikan bersama kalian disini ialah peranan pihak kerajaan terhadap pendidikan agama.

Pelajar agama sentiasa dianaktirikan oleh pihak kerajaan. Sudah lah segala bentuk bantuan disekat kepada pelajar agama, mereka batalkan pulak suatu sistem yang membolehkan pelajar lepasan diploma di Malaysia untuk mengikuti pengajian di bumi Al-Azhar ini.

Apalah salahnya orang yang nak datang mempelajari ilmu agama di sini sehingga pihak kerajaan nak membatalkan perjanjian yang telah dibuat..teman rasa jawapan nya adalah satu..bilamana individu-individu yang mempunyai pengetahuan agama, sudah pasti mereka akan menentang kerajaan yang zalim sekarang ini. Maka disebabkan takut akan penolakan orang terhadap kerajaan, maka dicantas bidang-bidang ilmu yang mampu menyedarkan rakyat akan kezaliman kerajaan sekarang ini.

Tidak lah teman katakan hanya di sini ilmu agama dapat diperolehi..masih banyak lagi tempat yang kita boleh pergi..tapi persoalan nya, mengapa hanya muadalah di Mesir sahaja yang menerima nasib sedemikian rupa?

Bukan sahaja pelajar agama yang menerima nasib seperti ini. Kita lihat pula pada bidang pekerjaan. Ambik contoh j-Qaf. Kita bandingkan pulak dengan PPSMI. Teman bawakkan contoh ini nak tunjukkan pada kalian bahawa adanya double standart dari pihak kerajaan kepada pekerjaan bidang agama nih. Sepatutnya sistem pendidikan agama ini yang perlu diberatkan lagi kerana disitu kita nak didik orang untuk lebih sayang kepada agamanya.

Bukan teman kata pembelajaran yang lain tak penting. Biar lah perhatian yang pihak kerajaan berikan pada guru-guru PPSMI turut sama dirasai oleh guru-guru j-Qaf. Kerana agama lebih penting untuk hidup seorang pelajar. Dari asas agama yang mantap lah dia akan meneruskan perjalanan dengan lebih yakin.

Ermm dah melalut jauh pulak yerk dari tajuk perdebatan teman tuh..hehehe..apa2 pun semua itu berkaitan. Ermm pasni kene bersiap untuk pertandingan final pulak.

Tajuk kali ini memang mencabar "ISA menjamin keselematan negara". Pasukan teman kena jadi pihak kerajaan pulak nanti. Kita sama-sama tunggu pulak keputusan pertandingan akhir debat ala parlimen insya Allah pada hari Khamis ini....

Baca Lagi..

Bahaya Lidah

Terasa nak bercakap soal lidah pulak hari nih..entah la knapa..maybe sebab teman ada wat silap kot..maner tak nya..pagi-pagi hari lagi teman dah wat salah hari nih..

Lidah..satu kurniaan Allah yang wajib kita jaga sebaik-baik yang mungkin..kesan dari lidah membawa ke dalam hati tau..yang terhiris nun di dalam..sebab tu lidah ni lebih tajam lagi dari mata pedang..

Kalau kulit terkena pisau ker aper ker..luka tersebut kita nampak dan kita leh rawatinya..parutnya pun kita nampak..tapi kalau di dalam hati..lukanya pun kita tak nampak..kesan dan parut dari apa yg berlaku tu pun kita tak nampak..

Oleh itu teman nak memperingatkan diri teman khususnya..dalam kita nak menjaga keharmonian antara kita dan orang lain..aspek percakapan dari lidah kita ni amat perlu dititik beratkan..

Kawal percakapan dan gurauan kita...mungkin pada kita ia suatu gurauan..tapi tidak pada insan yang kita bercakap saat itu..sebab tu jangan pikir orang leh paham ngan gurauan kita jer..kita terlebih dahulu sebelum nak bergurau tu kene paham dan tahu kondisi insan yang kita nak bergurau tuh...

So sama-samalah kita beringat..tak kira lah masa kita bercakap atau pun semasa kita berchatting..kita kene waspada sebelum kita mengeluarkan kata-kata..

Disini..secara terbuka..teman nak memohon ampun dan maaf untuk insan-insan yang pernah terluka dek kerana gurauan teman..harap dapat memaafkan teman..sekiranya luka itu terlampau parah dan sukar untuk di maafkan..hubungi lah teman sama ada di emel ataupun ym..

Akhirnya...jagalah kata-kata kita untuk kita jaga kerukunan hidup kita sesama insan..zaaasssss

Baca Lagi..

Tuesday, March 10, 2009

Cerdik akademik tetapi....

“ Abang..kita hantar anak kita belajar engineering kat Jepun nak ? “ kata mak Temah pada suaminya semasa menikmati makan tengah hari di sebuah restoren.

Anaknya yang kini sedang bekerja sambilan di kedai serbaneka 7-Eleven sementara menunggu pengumuman keputusan peperiksaan SPM yang diambilnya sebulan yang lalu.

“ Ermm..abang pun bercadang macam tu jugak la Mah “ jawab pak Seman ringkas sambil jari bersedia untuk meneruskan suapan ke mulut.

“ Malam karang kita bincang dengan budak Amir tu yer bang “ mulut yang dipenuhi makanan tetap juga dipaksa utk bercakap.

“ Malam ni tak boleh lah..abang ada temujanji dengan Datuk Ismail nak bincang pasal projek pembaikan sekolah tuh “

“ Abang ni..sesekali bagi la masa untuk anak dan keluarga sama “

“ Mah oii..abang kerja cari duit untuk bagi kat korang semua jugak, mah yang dok kat rumah tu tengok-tengok la anak kita tuh “

“ Asyik-asyik Mah jer bang...” rungut mak Temah.

Itulah dia kehidupan Pak Seman..hidupnya banyak dihabiskan di luar mengikut jejak orang-orang kuat agar senang untuk memperolehi projek.

Pak Seman hanya pulang ke rumah untuk berehat sahaja..itupun sudah lewat malam baru dia pulang ke rumah.

Anak mereka dibiarkan berdikari katanya. Pandai-pandai lah si anak untuk mencari kehidupan mereka. Pak Seman dan isteri hanya akan menyediakan wang perbelanjaan si anak. Selebihnya terpulang kepada si anak untuk hidup. Yang penting bagi mereka anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.

Kisah yang teman bawakkan ni banyak terjadi dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Dalam mereka mengejar kesenangan di dunia, mereka mengabaikan tanggungjawab asas mereka terhadap anak-anak.

Bagi mereka, kejayaan dalam pengajian adalah kejayaan yang sebenar-benarnya. Dibebankan anak-anak mereka ini dengan pelbagai tuisyen bagi meningkatkan tahap kecemerlangan mereka dalam bidang akademik.

Penekanan yang terlampau terhadap bidang akademik dan dalam masa yang sama mengabaikan soal pendidikan agama terhadap anak-anak hanya akan melahirkan anak-anak yang cerdik akademik tetapi buta agama.

Muncul lah nanti mereka yang bijak dalam bidang akademi tetapi tidak pandai membaca Al-Quran.. Akan ada nanti mereka yang cerdik di bidang akademik tetapi tidak pandai bersolat.. Sudah terlalu banyak di depan mata kita sekarang ini mereka yang cerdik pandai tetapi tidak menutup aurat. Lebih teruk dari itu, akan muncul cendiakawan di bidang akademik yang mempunyai otak yang mantap tetapi mempersendakan hukum Allah. Nauzubillah min zalik..

Realiti yang berlaku depan mata kita sekarang ini amat berbeza dengan pengalaman orang-orang dahulu. Orang-orang tua kita dahulu akan rasa malu sekiranya antara 5 orang anaknya, ada seorang yang tidak pandai membaca Al-Quran. Menjadi satu keaiban kepada mereka.

Tapi sekarang ini terbalik, mak bapak akan rasa malu sekiranya terselit seorang anak yang bertudung labuh serta berjubah di kalangan anak-anak yang tidak bertudung dan berseluar pendek.

Soal pendidikan agama bukan lagi soal yang penting bagi masyarakat kita pada hari ini. Bagi mereka, tidak berjaya dalam bidang akademik amat memalukan. Kita pun selalu dihidangkan di televisyen bagaimana kehidupan yang patut dijadikan tauladan.

Guru kita bukan lagi di masjid. Yang dijadikan panduan adalah apa yang ditayangkan di tv. Habis hancur minda dan pegangan umat Islam atas serangan dan racun yang dihantar oleh Yahudi ini.

Sememangnya kita patut malu, sekiranya anak-anak dan ahli keluarga kita tidak dapat mempraktikkan cara hidup Islam dalam kehidupan mereka. Sesudah kita dijemput Allah nanti, anak-anak inilah yang akan mendoakan kita.

Bayangkan sekiranya mereka tidak dibekalkan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Di saat kita bertempur dengan kematian, mereka tidak dapat memperdengarkan bacaan Yasin untuk kita. Anak lelaki sulung kita tidak dapat mengimamkan jenazah kita sebelum kita dikebumikan. Dimasa kita sudah berada di dalam gulungan kain kapan tersebut, tiada gunanya lagi penyesalan di saat itu.

Oleh itu, semuanya perlu kita mulakan dari sekarang. Sedarlah wahai umat Muhammad. Kehidupan kita di dunia ini cuma sekadar persinggahan sementara sahaja. Kita semua akan meneruskan perjalanan yang masih panjang.

Kita ibaratkan kita seorang musafir yang sedang berjalan menuju ke suatu destinasi. Dalam perjalanan tersebut, kita berhenti di bawah pohonan yang rendang bagi menambahkan bekalan tenaga untuk kita meneruskan perjalanan kita. Sekiranya kita terleka dengan keasyikan tempat persinggahan kita itu, perjalanan yang perlu kita tempuhi akan melalui jalan yang sukar. Apabila hari menjangkau malam, perjalanan kita makin susah. Bimbang-bimbang kita akan tersesat dek kerana tiada persiapan secukupnya dari kita.

Begitu jugak lah kehidupan kita di dunia ini. Barangsiapa yang terleka dengan tipu daya dunia yang menjadi tempat persinggahan kita ini, sampai satu masa nanti, kita pasti akan rasa terdesak setelah kita sedar akan perjalanan kita yang perlu dilalui masih jauh. Umur yang sudah menghampiri usia senja membuatkan kita akan mencari jalan mudah untuk melakukan ibadat tetapi ditawarkan ganjaran yang banyak. Sebab itulah ramai yang tersesat. Kerana itu kita bimbang sekiranya pencarian kita dalam masa yang terdesak itu membuatkan kita tersilap memilih jalan.

Marilah sahabat-sahabatku sekalian, kita muhasabah semula diri kita. Bagi yang telah berkeluarga, pimpinlah serta didiklah anak-anak kalian. Berikan lah didikan agama yang secukupnya untuk mereka bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan di dunia ini dengan bekalan yang cukup.

Bagi mereka yang belum lagi berkeluarga, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu agama yang secukupnya. Suatu masa nanti, kalian jugak akan dipertanggungjawabkan ke atas jagaan kalian. Sementara waktu sampai untuk kalian berkeluarga, sentiasalah doakan untuk ayah dan ibu kita serta seluruh ahli keluarga kita. Teruskan doa tersebut apabila kalian sudah berkeluarga nanti.

Didiklah anak kita agar bijak dalam akademik serta celik dalam agama. Sama-sama kita doakan agar kita akan diberikan cahaya mata yang cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat. Semoga diri kita dan anak-anak kita akan jadi insan yang terbilang di dunia dan akhirat . Insya Allah Islam dulu, kini dan selamanya..Amin…


Baca Lagi..

Monday, March 9, 2009

Selamat Menyambut Malidur Rasul 1430 Hijrah.



Sempena dengan sambutan perayaan maulidur Rasul pada hari ini..teman ingin mengajak kalian semua untuk memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw..semoga di hari perhitungan nanti kita semua dapat digolongkan dari kalangan mereka yang mendapat syafaat baginda..amin..

Baca Lagi..

Buatmu yang bergelar Muslimah


Tadi ada sorang kawan cakap..8 Mac ni adalah hari wanita sedunia..teman pun taktau sebenarnya..

So untuk posting kali ini, teman tujukan khas buat insan yang bergelar wanita..

Jadilah kalian wanita muslimah mukminah..hiasilah peribadi kalian agar kalian akan senantiasa dipandang mulia...

Pesanan teman untuk kalian yang bernama wanita...

Semoga hijab menjadi pakaianmu,
Semoga kesucian menjadi amalanmu,
Semoga kesopanan menjadi perhiasanmu,
Semoga syurga menjadi tempat tinggal abadimu.

~Selamat Hari Wanita~

Baca Lagi..

Saturday, March 7, 2009

Tak dapat tidur malam

Taktau la aper sebab takleh nak tdoq malam skarang nih..kalau dah malam tak tdoq, wktu siang nanti atas katil la jawab nya..aii kene ubah balik sistem ketiduran kamek nih..

Ni pun takleh tdoq sebenarnya..dah membaringkan diri dekat sejam..tapi tak jugak lelap mata nih..last-last bukak balik laptop nih..bukak bukan nya buat apa pun..dok dengar lagu jer sambil selak-selak kitab kuliah sket..

Sapa ada tips2 nak senang tidoq malam yerk..leh la bagi kat teman dalam ruangan comments tuh..

Baca Lagi..