Saturday, March 7, 2009

Salam Maulidur Rasul

Tanggal 12 Rabiulawal sudah kian hampir kepada kita..hari ini dah 10 Rabiulawal dah..maknanya lagi 2 hari lagi kita semua akan menyambut maulid nabi junjungan besar kita nabi Muhammad saw..

Rasanya kalau takder ler sambutan Maulidur Rasul ni..mesti semua orang dah tak ingat yang pada tanggal 12 Rabiulawal ni lahirnya seorang putera agung ke muka bumi. Kelahiran yang memancarkan sinar keimanan kepada setiap makhluk yang bernama manusia...dan menyebarkan rahmat serta keberkatan untuk semua makhluk kejadian Allah.

Mai pulak satu puak kata..weii ni benda bidaah nih..apehal lak nak sambut maulid nabi nih..kerja bidaah semua nih..kalau dah bidaah neraka la tempatnya..ermm itulah pandangan dan ucapan puak yang membidaahkan serta mengkafirkan orang nih...

Boleh ker tidak yer kita nak menyambut perayaan maulidur Rasul nih..dalam permasalah ini ramai ulama berpendapat bahawa sambutan maulidur Rasul ini diperbolehkan. Antara yang menyokong maulidur Rasul adalah Imam Jalaluddin Sayuti.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti : "Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah yang diberi pahala mengerjakan nya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad saw yang mulia ".

Selain itu, ulama terkenal masa kini iaitu Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi pandangan mengenai maulid ini.

Beliau berkata : " Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Saad Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama sepertimana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan maulidur Rasul kini.

Walau bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesan nya. Dengan itu, perayaan maulidur Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup.

Maka dibolehkan meraikan maulidur Rasul ini dengan syarat tidak dicampur adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam ". Demikian lah pandangan yang diutarakan oleh Syeikh Yusuf Qardawi.

Nabi Muhammad saw dilahirkan pada tahun gajah, iaitu tahun dimana Abrahah al-Asyram berusaha menyerang Makkah dan menghancurkan Ka’bah dengan pasukan bergajahnya. Lalu Allah menggagalkannya dengan mu’jizat sebagaimana diceritakan dalam Surat Al-Fiil. Menurut pendapat yang paling kuat,Nabi Muhammad saw dilahirkan pada tahun gajah, iaitu tahun dimana Abrahah al-Asyram berusaha menyerang Makkah dan menghancurkan Ka’bah dengan pasukan bergajahnya. Lalu Allah menggagalkannya dengan mu’jizat sebagaimana diceritakan dalam Surat Al-Fiil. Menurut pendapat yang paling kuat, baginda lahir pada hari Isnin malam, 12 Rabi’ulawal bersamaan 20 April 571 masihi. baginda lahir pada hari Isnin malam, 12 Rabi’ulawal bersamaan 20 April 571 masihi.


Bayangkanlah sekiranya kita tidak mengadakan perayaan menyambut maulidur Rasul ini. Dalam keadaan sekarang ini pun ramai dari anak-anak muda kita tidak mengetahui tarikh kelahiran Rasulullah ini. Dalam ingatan mereka adalah lirik-lirik lagu ciptaan barat yang banyak memesongkan akidah dan merosakkan akhlak mereka. Di bibir mereka bukan lagi selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita ini, tetapi lagu-lagu artis yang menjadi pujaan mereka.

Marilah kita sama-sama muhasabah semula diri kita semua. Apakah hidup kita ini berlandaskan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Saban tahun sambutan kita raikan, kita berarak berkilometer, tetapi intipati dari sambutan tak menusuk masuk ke dalam diri kita.

Demi agama Islam, Rasulullah dan para sahabat mempertaruhkan nyawa mereka. Tetapi kita bagaimana. Jauh rasanya martabat kita jikan nak dibandingkan dengan pejuang-pejuang kebenaran pada zaman dahulu. Kita pada hari ini, baru digertak sedikit sahaja, sudah mengunci bibir untuk berkata-kata yang benar.

Maka marilah kita sama-sama meraikan sambutan maulidur Rasul ini dengan mengambil pengajaran dari kisah dan sejarah yang telah dilalui oleh Rasulullah dan para sahabat untuk menegakkan agama Allah. Sama-samalah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, semoga dengan ucapan selawat dan salam ini dapat memudahkan kita menerima syafaat baginda pada hari perhitungan kelak.

Baca Lagi..

This Is My Family




Baca Lagi..

Koleksi Gambar Dari Kecik Sampai Besar

Di atas permintaan..dalam posting kali ini teman letakkan gambar teman dari teman kecik..sampai le dah besar gedabak sekarang ini..

Masa berumur 3 tahun
Mana pulak gigi miker yop ?
Yeyey..ayah nak beli kereta..hehehe
Zoo negara..maybe masa ni umur 8 tahun
Amboi senyum..sampai ke telinga..
Umur teman 11 tahun masa nih (1994)
Lepas keputusan UPSR (1995)
Carila mana satu teman (1998)
Makan angin pusing Malaysia (2000)
Matrik Pulau Pinang (2005)
Awal2 sampai ke Mesir (2005)
Saudagar unta (2006)
Anak Bapak (2007)
Ibunda tercinta (2007)
Jemput makan meh (2007)
Bersama pengasuh kami masa kecik (2008)
My New Face (2009)

Baca Lagi..

Friday, March 6, 2009

Restu Mak Ayah

" Ayah suruh yop tepon umah, bincang ngan ayah " mesej dari mak untuk teman.

Memang dalam nak membincangkan isu yang besar ini, ada baiknya biar kita bersembang direct. Kalau ngan huruf-huruf ni kadang-kadang tak sampai maksud kita.

Hehehehe...aper cerita tuh " ayah gelakkan teman lepas salam teman dijawab.

" Errmm tu la ayah..yop nak mintak restu mak ngan ayah nih..yop dah wat pilihan siapa yang akan jadi suri hidup yop " direct to the point jer teman nyatakan hasrat teman tuh..

Macam biasa la..apa-apa sekalipun, keputusan akan terletak pada teman sendiri. Ayah tak pernah watk keputusan untuk teman. Dia hanya bagi pandangan dia. Sebarang keputusan terpulang pada diri teman sendiri. Itulah didikan ayah dan emak pada teman.


" Kami pun dah tengok orang nya..bagi kami tak ada masalah..cuma sekarang ni diri yop sendiri macam mana ? " soalan ayah memerangkap diri teman pada masa itu.

Terfikir dalam hati, betui ke aper yang aku nak buat nih yerk..

Ayah sambung lagi " yop..nak kawin ni bukan boleh main-main dan cuba-cuba..hati kene betui-betui tekad untuk menempuhinya..apa nak jadi..jadilah..aku tetap ngan keputusan untuk bersamanya..haa camtu la kalau orang nak kawin ".

Memang benar kata ayah, soal kahwin ini bukan kecik-kecik punya hal. Soal masa depan yang nabi pun cakap kalau kahwin ni kita dah laksanakan separuh dari agama kita.

Dalam kita nak mendirikan rumahtangga ni, paling penting yang perlu kita titik beratkan adalah soal restu keluarga. Dari restu itulah keberkatan akan kita perolehi.

Alhamdulillah..teman tekad dan yakin dengan keputusan yang telah teman buat ini. Ya Allah..berkatikan lah dan rahmatikan lah keputusanku ini..amin..

Ehh tak lama dah ker teman nak kahwin nih ?? jawapan nya..ermm tungguuuu....

Baca Lagi..

Kisah Diriku

Setelah sekian lama teman menulis kat blog ini..biasanya teman akan bawakkan kisah orang lain sebagai contoh untuk kalian semua..belum pernah rasanya teman bawakkan contoh berkaitan diri teman sendiri..

Teman bukan taknak kongsikan apa yang teman lalui..tetapi rasanya pengalaman sahabat-sahabat yang lain lebih afdal untuk teman kongsikan bersama kalian.

Tapi hari ini teman terasa nak berkongsi perihal diri teman sendiri. Harapan teman agar dari kisah teman ini, kalian dapat mengambil secebis panduan untuk iktibar kepada kehidupan kalian. Pengalaman teman bukanlah yang terbaik pun. Cuma sekadar perkongsian kisah dengan kalian semua.

Alhamdulillah..teman rasa bersyukur sangat sebab Allah damparkan teman di bumi yang pernah dijijak para nabi ini. Tanggal 16 September 2005 pertama kali kaki teman menjejaki bumi penuh barakah ini. Rasa bersyukur tidak terhingga pada Allah kerana diberikan kesempatan untuk sampai ke bumi Mesir ini. Sehingga ke saat ini, sudah 3 tahun lebih teman belajar hidup berdikari di bumi yang cukup asing bagi teman ini.

Sesampai teman ke ardhil kinanah ini, teman ditempatkan di rumah negeri yang berada di Hayyu Sabieq..dugaan dan cabaran pertama yang perlu teman tempuhi adalah nak menyesuaikan diri dengan keadaan insan di sekeliling yang tidak teman kenali. Alhamdulillah nak menyesuaikan diri bersama mereka tidaklah sesuatu yang susah. 2 bulan bersama rakan-rakan sebelum menghadapi 'tahdid mustawa' cukup meninggalkan kenangan untuk teman di sini. Rasa kekeluargaan antara kami membuatkan kami cukup mesra.

Pelajar muadalah 2005 adalah group pertama yang terpaksa menempuh peperiksaan tahdid mustawa. Peperiksaan yang akan menetapkan tahun berapa yang akan kami duduki nanti.Bermacam berita yang kami dapat selama menantikan peperiksaan tersebut. Ada yang mengatakan peperiksaan tersebut dibatalkan. Ada pulak berita sampai, peperiksaan akan diadakan jugak, tapi periksa pekara-perkara asas jer. AlQuran pun tidak akan ditanya semasa peperiksaan itu nanti. Begitulah desas desus yang kami dengar.

Tiba hari peperiksaan, terkejut melihat kertas soalan, terdapat soalan AlQuran dan beberapa soalan yang tak pernah teman pelajari di Malaysia. Tapi diri ini ketika itu sudahpun berada di dalam dewan peperiksaan. Nak taknak kene buat jugak.

Teringat ucapan mak dan ayah semasa memberikan kata-kata semangat pada teman. Semua di Malaysia mendoakan teman. Sedih rasanya kalau harapan mereka itu teman abaikan. Jadi dengan semangat untuk merealisasikan hajat semua, teman menghadapi peperiksaan tersebut. Takkan nak mengalah di tengah jalan kan. Nak sampai ke Mesir tu pun bukan nya dekat.

Satu suasana peperiksaan yang baru bagi teman. Mana taknya..di Malaysia kalau kita periksa, suasana sepi tanpa ada sebarang percakapan dan gurauan. Yang kedengaran hanyalah bunyi pen sedang menari di atas kertas. Tapi di Mesir suasana itu jauh sekali. Gurauan dan pekikan penjaga peperiksaan menambahkan kekusutan untuk kita mengingatkan kembali apa yang telah kita pelajari.

Kami keluar dari dewan peperiksaan dengan keadaan diri yang buat-buat happy. Bila ditanya pada sahabat-sahabat lain, jawapan yang sama diberikan seperti teman berikan pada orang lain. Berserah pada Allah jer la...itulah jawapan rata-rata dari kami.

Nak menunggu result pun bukan seminggu dua. Sebulan baru result kami keluar. Sebelum keputusan diumumkan, ada lagi desas desus yang mengatakan kalau yang tak lulus terpaksa memasuki tahun pertama semula. Ya Allah peritnya..

Teman telefon mak dan ayah mengadukan hal tersebut. Teman nyatakan kalau dapat tahun 1@2..teman ingat nak balik je sambung pengajian di institusi dalam negara. Macam biasa lah, ayah akan serahkan segala keputusan pada tangan teman sendiri.

"Buatlah keputusan yang terbaik untuk Yop, mak ngan ayah akan ikut kalau itu yang terbaik untuk yop " itulah ungkapan dari ayah masa teman mengadukan masalah yang mungkin bakal ditempuh.

Sambutan perayaan Aidilfitri pada tahun tersebut adalah sambutan perayaan pertama teman berjauhan dengan keluarga. Alhamdulillah sambutan bersama rakan disini dapat mengubat rindu pada keluarga.

Setelah sebulan menanti, akhirnya apa yang kami nanti-nantikan selama ini akan diumumkan. Tapi tarikh pengumuman keputusan itu tak diberitahu. Teman masih ingat pada hari keputusan diumumkan, teman dalam perjalanan pulang dari Mansurah kerana pergi menghantar barang untuk kawan mak sedara teman.

Tetiba henpon Samsung teman berbunyi. Mesej dari Salleh rupanya. "Mabruk yop, caya la bro, engko lulus la"..terkejut teman baca mesej tesebut. Dalam keadaan tak percaya pada msg tersebut, teman telepon si Salleh.

"Woi..jangan main-main wei..hang tipu aku siap la nanti " itujer yang teman cakap pada dia.

"Hang balik la dulu..mai tengok sendiri " jawab Salleh.

Masa tu teman di airport sebab masa balik dari Mansurah tu teman tumpang tramco budak mansurah yang nak pi ambik kawan diorang di airport. Sampai je kat rumah Perak..pakat-pakat dok ucap mabruk pada teman. Teman tak pecaya lagi sebenarnya, sebab dari peperiksaan yang teman lalui hari tuh, susah rasanya utk teman lulus. Teman disuruh lihat sendiri di papan kenyataan.

Ya Allah...apakah benar yang aku lihat ketika ini. Rasa tidak percaya pada apa yang sedang berlaku tersebut. Dari lebih kurang 100 orang pelajar Perak kalau tak silap teman yang menghadapi peperiksaan tersebut, hanya 10 orang yang lulus. Salah seorang dari mereka adalah insan yang bernama Mohd Zulfadli Bin Mohd Arif.

Rasa syukur yang tidak terhingga teman panjatkan pada Allah. Ya Allah..aku tunduk sujud kepadaMu bagi menunjukkan rasa syukurku padaMu ya Allah..Terima kasih ya Allah..mengalir airmata teman masa tu. Airmata kegembiraan.. Terus sahaja teman ke cc untuk mengkhabarkan berita gembira tersebut pada keluarga.

Taktau la macam mana rasa seronok nyer mak ngan ayah masa tu. Hanya ucapan tahniah yang mereka zahirkan pada teman.

Itulah kisah teman seawal sampainya teman ke ardhil kinanah ini. Sudah 3 tahun lebih teman disini. Sepatutnya kalau mengikut jangkaan asal, hanya setahun teman di sini. Kawan-kawan yang mana berada di tahun 2 dan 3 setelah mendapat keputusan dulu, kini sudahpun pulang ke tanahair membina hidup masing-masing.

Sedih sebenarnya teman nak kongsikan kisah ini dengan kalian. Hidup disini sekarang ini sunyi. Kawan-kawan yang rapat semua dah balik ke Malaysia. Dalam umur sekarang yang sepatutnya teman menyara keluarga, tapi teman masih disini untuk menghabiskan baki madah yang teman ada sekarang ini.

Tapi teman tahu, kesedihan dan kesunyian ini adalah sebagai penaik semangat untuk teman. Kisah teman rasanya belum cukup susah untuk disedihkan. Masih banyak lagi kisah-kisah orang lain yang perlu berdepan dengan pelbagai lagi masalah dalam kehidupan mereka. Ujian dan cabaran yang Allah berikan ini sebagai satu jalan untuk teman sedar diri.

Ujian ini sebagai satu cara untuk Allah beri peringatan pada teman supaya lebih banyak mendekatkan diri denganNya. Dalam setiap urusan yang kita lakukan, perlu kita ingat dan sedar semuanya Allah yang tetapkan. Usaha la banyak mana pun, kalau Allah kata tak, tak berjaya jugak kita. So kita semua kene perbanyakkan ibadat dan mendekatkan diri kita denganNya.

Sebagai pengajaran dari kisah teman ini,marilah kita sama-sama hayati dan muhasabah semula diri kita. Nikmat yang Allah berikan pada kita, Allah boleh tarik anytime. Kejayaan kita pada masa sekarang belum tentu berterusan menjadi milik kita. Kadang-kadang kita terlupa dengan kejayaan yang kita perolehi itulah akan membuatkan diri kita jauh dariNya.

Ya Allah..Engkau berikanlah kejayaan untukku..Engkau berkatikanlah kejayaan yang aku perolehi tersebut. Janganlah Engkau uji aku dengan ujian yang tidak mampu untuk aku tempuhi. Engkau berikanlah kejayaan dan keberkatan hidup pada insan-insan yang aku sayangi..Amin..


Baca Lagi..

Thursday, March 5, 2009

Wonderpets kami datang

Disebabkan selalu kene nyanyi lagu ni..tapi teman ingat sekerat jer..ada baik teman uploadkan lagu wonderpets tu kat blog teman nih..hehehe...

Teringat masa balik baru nih..sekali je pun teman tgk cerita tuh..tapi yang seronoknya bila mendengar si anfal sepupu teman yang nyanyikan..itulah budak-budak..ceria jer dia menyanyikan lagu wonderpets tuh...jom kita pun nyanyi sama..layaannn..zaaasssss .....




Kringg.....kringg......
Telefon...telefon berbunyi...
Telefon...kami datang..
Telefon...telefon berbunyi..
Ada haiwan dalam bahaya (ulang 2 kali)
Ada haiwan dalam bahaya disana..
Hurmmmm....
Apa yang penting..??
Kerjasama..
Apa yang penting..?
Kerjasama..
Wonder pets..wonder pets...
kami datang..
Membantu (anak haiwan) yang kesusahan..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bila bekerjasama...
Semua jadi mudah..
Yeeeyyyy wonder pets...

Baca Lagi..

Bertukar wajah baru

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak teman blajo cam maner nak tukar templates nih..teman masih lagi di peringkat baru nak belajo-belajo bab blog nih...

Jenuh jugak ler teman dok cari cam maner nak ubah wajah blog teman nih..dah boleh tukar template..abih hilang pulak dah widget yang teman buat sebelum pada nih..terpaksa ler upload balik kesemuanya...

Apa-apa pun dah rasa puas sebab dah lamer nak cuba pakai yg 3 column nih...tahniah..tahniah..bravo yop...hehehe..

Baca Lagi..

Wednesday, March 4, 2009

Kampung Air Panas...ada apa?

Sambil-sambil baring tadi..teman teringatkan kampung halaman teman di Malaysia..takder ler aper sangat yang menarik kat kampung teman tu..tapi biasa la kan..mana ada tempat paling menarik dari kampung halaman sendiri..

Sesuai dengan namanya Kampung Air Panas..di kampung ini sebenarnya ada kolam air panas..tapi rasanya kawasan tu skarang ni dah tak berjaga dah..dulu masa kecik-kecik selalu teman ajak opah ke saner..memang seronok masa kecik-kecik dulu..kawasan kolam air panas ni terletak di tepi sungai..teman ingat dulu-dulu kalau ke sana siap bawak telur lagi..rendamkan dalam air panas tuh..lepas tu leh makan telur separuh masak..itulah kampung teman..tapi semua tu dah takder skarang..semuanya dah jadi air sejuk..

Sebut pasal air sejuk pulak kan..kampung teman ada jugak kawasan air sejuk nih..kawasan ini dinamakan 'air tarong' ...air yang keluar dari kawasan bukit..air ini dijadikan sebagai sumber minuman oleh masyarakat kampung..senang cakap..air mineral la..memang sejuk betui airnya...

Family teman pun ambik air kat situ la untuk dijadikan air minuman..sebulan sekali pasti ke sana..bagi yang nak merasa mandi di air tarong ni..dijemput la ke kampung teman..sambil mandi minum air..

Ermm ni nak promote kampung jer nih..hehehe..pada yang nak merasai kesejukan dan suasana kampung Air Panas..nanti leh la bertandang ke rumah teman..insya Allah kita alami sendiri disana nanti..

Baca Lagi..

Teruskan perjuangan


Sakit hati jugak bila baca berita berkaitan dengan keadaan negeri kelahiran teman skarang ni..mana tak nya..pimpinan negeri di halang untuk memasuki bangunan negeri untuk meneruskan sidang DUN..

Akhirnya sidang DUN dilakukan dibawah pokok di kawasan letak kereta di perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan..satu sejarah baru telah tercipta..

Mengikut apa yang teman baca..tak kisah la kat mana sekalipun sidang itu dilakukan..apa-apa usul yang diluluskan dikira sah pada undang-undang..

Teman ucapkan tahniah buat semua dan teruskan perjuangan bagi menegakkan keadilan di negeri Perak...perompak dan penyamun akan terus dengan agenda mereka untuk merampas Perak dengan cara yang tidak bermaruah..insya Allah..semoga usaha kita akan dibantu..amin..

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..

Baca Lagi..

Monday, March 2, 2009

Kelahiran Junjungan Besar

Assalamualaikum warah matullahhi wabarokatuh....

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang setia dengan detiknya,seterusnya hadirin hadirat sidang warga dewan yang saya kasihi sekalian..

”Kelahiran Nabi Muhammad Sallallahhu’alaihi Wassalam” begitulah tajuk cerita yang akan saya sampaikan.

(Nasyid Al-Mizan)

Tercipta satu lembaran sejarah

Di tanah suci Kota Mekah

Hari yang mulia penuh syahadah

Bermulalah sebuah kisah

Hadirin pendengar sekalian...

Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

107. Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.


(Nasyid Al-Mizan)

Malam isnin subuh yang indah

Dua belas rabiul'awal yang cerah

Dua puluh april tahun gajah

Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya

Siti Aminah ibunya

Riang gembira menyambutnya

Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi

Gelaran yang terpuji

Nikmat Illahi sama disyukuri

Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia

Lahirnya bawa cahaya

Alam derita jadi gembira

Terima junjungan mulia

Rakan-rakan sekalian...


Nabi Muhammad saw dilahirkan pada tahun gajah, iaitu tahun dimana Abrahah al-Asyram berusaha menyerang Makkah dan menghancurkan Ka’bah dengan pasukan bergajahnya.


(Nasyid Raihan-Ababil)

bagai gempa bumi yang menggegarkan
tentera bergajah Abrahah
ingin memusnahkan Kota Mekah
kerana dengki benci terhadap rumah Allah

Ababil kisah benar dari Al-Quran
Ababil bukan hanya kisah dongengan
Ababil satu bukti bantuan Tuhan
jika kita bertakwa dan bertawakal kepada Nya

burung-burung Ababil dikirim Allah
melemparkan batu yang panas, batu dari neraka
menghancurkan bala tentera Abrahah, tanda pembelaanya


1. Tidakkah Engkau mengetahui Bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka Dalam keadaan Yang rugi dan memusnahkan mereka?

3. Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -

4. Yang melontar mereka Dengan batu-batu dari sejenis tanah Yang dibakar keras, -

5. Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu Yang dimakan ulat.


Hadirin sekalaian...


Ayat di atas mengandungi amaran bahawa sesiapa yang menentang Allah akan berakhir dengan kesedihan.Ia juga merupakan peringatan tentang kebaikan Allah kepada mereka di mana Dia telah menyelamatkan Rumah suci itu untuk mereka,sedangkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk mempertahankannya. Selepas peristiwa itu kemasyhuran Kaabah tersebar dengan lebih luas lagi,daya tarikan nya semakin meningkat dan orang-orang Arab datang dari pelbagai tempat di semenanjung itu untuk menziarahi Kaabah.


Sidang warga dewan sekalian...


Saban tahun kita meraikan ulangtahun kelahiran junjungan besar kita ini. Tetapi berapa ramai dari kita dapat menghayati cara hidup dan perjuangan Rasulullah. Pada hari ini sunnah-sunnah Rasulullah bukan lagi jadi ikutan kita.

Anak-anak remaja pada hari ini sudah tidak kenal dan tidak tahu bagaimana pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Yang meniti di bibir mereka bukan lagi selawat dan salam ke atas junjungan besar kita tetapi lagu-lagu ciptaan barat yang lebih banyak melalaikan mereka.

(Nasyid Raihan-Nabi Anak Yatim)

Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Inilah sahabat-sahabat sekalian...

Di saat ibu baginda mengandungkan baginda. Ibunya pernah bermimpi pada suatu malam terdapat satu cahaya dari langit telah masuk ke dalam perutnya lalu cahaya itu keluar melalui jubahnya dan memancar ke langit sehingga menyebabkan seluruh kawasan itu bersinar terang. Terangnya cahaya itu sehingga menampakkan istana raja busra. Lalu ibu baginda pun pergi menanyakan perihal mimpinya itu kepada mereka yang bijak dalam mentafsir mimpi.


Lantas berkatalah si penafsir mimpi tersebut kepada ibu baginda bahawa anak dalam kandungannya itu akan dilahirkan sebagai seorang insan yang agung. Bayi dalam kandungan itulah yang akan mencerahkan aqidah manusia yang masa itu berada dalam kegelapan.


Rupa-rupanya kelahiran yang bakal dinantikan itu adalah kelahiran seorang nabi. Itulah perancangan Allah. Sebaik-baik perancang. Allah telah merancang semua itu sejak dari azalinya lagi. Oleh kerana itu barangsiapa yang menolak pilihan Allah adalah tergolong dalam kalangan mereka yang kafir. Oleh kerana itu, tiada sebab kita mahu menolak apa yang telah ditetapkan oleh Allah kerana sebaik-baik perancang adalah Allah yang sentiasa merancang untuk kebaikan manusia. Barangsiapa yang membantah pilihan ini adalah mereka yang lari daripada kebaikan.

Kelahiran Rasulullah memang benar-benar suatu rahmat ke atas alam ini. Pada suatu ketika, pedalaman Banu Sa’ad telah mengalami musim kemarau yang menyebabkan keringnya ladang ternakan dan pertanian. Tidak lama setelah Nabi Muhammad saw tinggal di sana, pedalaman Banu Sa’ad kembali menghijau dan subur, sehingga kambing-kambing pulang dengan perut kenyang dan penuh air susunya. Kehadiran Nabi Muhammad saw telah membawa keberkatan dan kerahmatan untuk seisi alam.

Matlamat Allah mengutuskan dan melahirkan Nabi Muhammad adalah bertujuan untuk menyempurnakan akhlak-akhlak manusia di atas muka bumi ini. Semasa hayat baginda, baginda pernah bersabda :

“ Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji”

Muslim yang berkualiti adalah mereka yang memiliki akhlak terpuji dalam hidup mereka, akhlak juga yang membezakan antara seorang yang berfikiran waras atau sebaliknya.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang beriman yang paling sempurna imannya, adalah mereka yang paling baik akhlaknya.”

Baginda telah membayangkan bahawa akhlaklah yang memacu jati diri muslim untuk mendapat tempat tertinggi di sisi Allah, ini kerana baginda telah meletakkan kesempurnaan iman seseorang muslim itu dengan kesempurnaan akhlaknya, seolah-olah apabila akhlak tidak lagi menjadi perkara penting dalam kehidupan mereka, pada masa itu mereka tidak lagi boleh dikatakan sebagai seorang mukmin yang sejati.

Hakikat yang berlaku pada hari ini, manusia bernama muslim telah memisahkan akhlak dalam segenap aktiviti hidup mereka, akhlak tidak lagi menjadi bahan utama dalam kerjaya, cara berpakaian, berfikir, berkomunikasi dan lain-lain.

Justeru itu, kelahiran baginda Rasulullah ke dunia ini amat tepat sekali. Kita perlulah kembali kepada sunnah baginda dalam kita mencari keredhaan dan keberkatan di dalam hidup kita ini.

Apabila akhlak yang terpuji dapat kita amalkan seperti yang disarankan oleh Rasulullah, tidak mustahil akan memandu muslim ke arah kesempurnaan iman yang sebenarnya.

Oleh itu, kejayaan ummah ini bergantung kepada sejauhmana mereka menghiasi diri dengan akhlak yang terpuji bersesuaian dengan perutusan Nabi Muhammad ke dunia ini untuk menyempurnakan keimanan manusia .

Buat sidang warga dewan yang saya hormati sekalian...saya akhiri kisah kelahiran junjungan Nabi dengan serangkap pantun...

Banyakkanlah selawat pada Rasullullah,

Ditambah pula ucapan salam,

Dia kekasih yang disayangi Allah,

Pembawa rahmat seluruh alam


Wabillahi taufiq wal hidayah..wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh..


Disediakan oleh : baiti jannati

Baca Lagi..