Saturday, February 7, 2009

Baiti Jannati-3

Teman nak menyambung perbincangan kita dalam usaha kita mencari baiti jannati..Dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut, semua perkara perlu kita teliti dan kaji agar perjalanan kita utk sampai ke objektif kita itu tercapai dengan jayanya.

Dalam sesebuah perkawinan, kita tidak dapat lari dari keluarga belah isteri ataupun belah suami kita. Bila sudah dinamakan perkahwinan, kita bukan hanya berkahwin dengan diri suami atau isteri itu sahaj. Kita juga membawa diri kita untuk masuk ke dalam keluarga pasangan kita. Dengan kata lain, kita bukan kawin ngan dia jer, tapi kita kawin ngan kuarga dia sama.

Keserasian dan menjaga hubungan baik dengan mentua bukan saja penting untuk kebahagiaan, tetapi turut menjadi tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri dalam mengekalkan ikatan kasih sayang keluarga.

Mungkin bagi sesetengah orang, mentua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Bagaimanapun, fikiran negatif seumpama itu harus dikikis kerana tidak semua sebegitu, sebaliknya ada mentua boleh menjadi sahabat paling akrab dan benar-benar membantu dalam rumah tangga.

Untuk posting ini teman tujukan khas buat menantu dan bakal-bakal menantu. Kita mempunyai peranan tersendiri kepada mentua kita nanti.

Hormat dan selalu bertanyakan khabar.

Sebagai seorang menantu, biarlah kita yang selalu bertanya khabar kepada mentua kita. Janganlah kita mengharapkan mentua kita sahaja mengambil berat terhadap kita. Mereka juga adalah ibu dan bapa kepada kita. Walaupun taraf mereka tidak dapat kita samakan dengan ibubapa kandung kita sendiri. Mereka tetap orang yang lebih tua yang perlu kita hormati.

Jangan dengar hasutan.

Orang cakap, alam rumahtangga ni lagi banyak dugaan dan cabaran nya. Teman taktau la cam maner kehidupan berumahtangga ni. Sebab teman sendiri pun tak pernah menjejaki lagi alam perkahwinan. Tapi memang benar rasanya, bila kita melangkah masuk kea lam perkahwinan ini, tanggungjawab dan beban makin banyak terpikul di bahu kita. Lantaran itu pelabagai dugaan dan rintangan sedang menanti kita.

Dalam kita menempuh dugaan dan cabaran tersebut, terkadang kita berselisih faham. Ada kalanya perkara-perkara yang diselisihkan tersebut berkait dengan mentua kita. Dalam keadaan ini , sebaiknya kita tidak mendengar sebarang hasutan dari luar.

Perbincangan yang tebaik sekiranya berkait dengan mentua ini adalah bersama pasangan nya sahaja. Jika masalah ini dibawa ke luar dari rumahnya, banyak hasutan-hasutan yang sedang menunggu kita dan membolehkan kita lebih beranggapan buruk terhadap mentua kita.

Pandai ambil hati dan bukan menyakitkan hati.

Sebagai menantu juga kita perlu pandai mengambil hati. Anggaplah mentua seperti ibu bapa kandung sendiri. Mentua juga perlu mendapat layanan dan kasih sayang sama rata seperti mereka. Contoh paling mudah jika kita membeli barang kepada ibu kandung kita sendiri, mengapa tidak kita membeli barang yang sama kepada mentua.

Percakapan dan perlakuan kita perlu kita jaga agar tidak menyakitkan hati mentua kita. Kadang-kadang benda ini ramai yang terlepas pandang. Teman pernah mendengar satu cerita seorang menantu yang endah tidak endah sahaja kepada mentuanya. Sehinggakan si mentua berada di rumahnya pun, dia tidak memasak untuk mentuanya. Malahan bila si mentua mahu masak, boleh pulak dia kata takyah masak ler. Sebab anak-anak dia tak makan rasanya tengah hari tuh. Ini kisah benar nih.. si mentua tadi sedih lalu keluar pergi kerumah anak yang sorang lagi. Mujurlah rumah anaknya yang satu lagi tu dekat jer.

Mungkin si menantu tadi terlepas pandang. Walaupun anak-anaknya taknak makan sekalipun, dia kene ler masak untuk mentuanya nih.. semua tu adalah sebagai satu cara untuk mengambik hati mentua tu jugak. Barulah mentua akan sayang pada menantunya kan..

Mengadu tempat yang betul.

Dimanakah tempat mengadu yang betul tu yerk. Ini sekadar pandangan teman jer la..mungkin pada kalian boleh menyanggah semua pandangan teman nih. Seandainya berlaku perselisihan antara kita dan pasangan kita, dan perkara itu perlu kita adukan untuk mendapat pandangan. Pada teman sekiranya si isteri ingin mengadu, pergilah mengadu pada mentuanya iaitu ibu atau bapa kepada pasangan nya. Sekiranya si suami ingin mengadu jugak, pergi lah bercerita masalah tersebut kepada mentuanya iaitu ibu atau bapa kepada isterinya. Mengapa ??

Ini adalah untuk mengelakkan dari sebarang kemungkinan yang makin teruk terjadi. Kalaulah si isteri pergi mengadu pada ibunya sendiri. Sudah tentulah si ibu berpihak pada anaknya. Berlainan jikalau si isteri tadi pergi mengadu kepada mentuanya. Barulah si mentua ini tahu perangai anaknya sendiri. Orang kata mengadu bilhikmah la nih..hehehe..

Kesimpulan

Memang banyak sebenarnya kita dengar masalah mentua dan menantu nih..teman pernah tengok drama kat tv yang tajuknya mertua vs menantu.. inilah hakikat nya..hidup mentua dan menantu ni kalau tidak dikawal dengan baik, memang bisa mendatang masalah.

Amat penting untuk kita mencari keserasian dengan mentua kita agar kehidupan kita dalam berkeluarga lebih tenang dan harmoni. Insya Allah sekiranya semua tahu akan peranan dan tanggungjawab masing-masing, usaha kita untuk mewujudkan baiti jannati insya Allah akan tercapai.

Sekian dulu perbincangan dari teman yang gatai nak sembang bab mentua menantu nih..padahal diri sendiri pun tak pernah merasai lagi hidup bermentua nih..apa-apa pun ini semua sekadar panduan untuk kita. Boleh jadi tidak betul pada kalian. Sudah pastinya masih ada banyak lagi kaedah-kaedah lain dalam kita nak menyatukan mentua dan menantu ini agar serasi bersama..

2 comments:

Dr.Othman Napiah said...

Salam...
apa yang saudara utarakan dalam menjaga hubungan mentua menantu ada benar dan baiknya.Begitu lah caranya agar keharmonian rumahtangga dapat dipelihara. Jika kita mahu dihormati maka kita yang mesti menghormati orang itu terlebih dahulu.

Unknown said...

Terima kasih dr...segan sebenarnya bila dr membaca tulisan saya ni..dr sebagai orang yang lebih berpengalaman dalam perihal tersebut..kongsi2 kan lah tips bagaimana mahu mencapai matlamat baiti jannati tu..syukran dr...