Friday, February 26, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Alhamdulillah..hari ni kali pertama dalam hidup, aku join perarakan maulidur Rasul..sebelum2 ni tak berkesempatan teman nak join perarakan..jauh jugak ler kene belarak tadi nih..3km jugak ler..abih lemak teman bertaburan atas jalan raya..keh keh keh..

Rasanya banyak tempat dalam negara kita ni mengadakan perarakan pada pagi tadi. Pasti ramai orang yang join program tersebut bagi meraikan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w..semuanya berpusu-pusu keluar bagi meraikan majlis perarakan pagi tadi..

Tapi, persoalan yang ingin teman timbulkan disini ialah, apakah dengan majlis yang kita langsungkan saban tahun itu menimbulkan rasa insaf buat diri kita untuk lebih hampir kepada apa yang nabi ajarkan? taupun tiap-tiap tahun bila saja tiba 12 Rabiulawal kita pun pakat kuar ramai-ramai pi belarak.

Alhamdulillah sambil belarak tu ada yang berselawat kepada junjungan besar kita. Tapi tidak cukup hanya dengan sekadar selawat sahaja tetapi perkara-perkara lain dalam Islam yang dibawa oleh Baginda kita ketepikan.

Kita imbaukan kembali bagaimana peritnya Rasulullah menggadai tubuh badan baginda bagi menegakkan Islam. Islam yang sampai kepada kita pada hari ini adalah hasil dari kerja keras baginda dan sahabat baginda. Maka timbul persoalan pada kita, apakah yang telah kita lakukan bagi mengembangkan lagi dan menguatkan lagi gerakan Islam di atas muka bumi ini khususnya di negara kita Malaysia nih.

Teman tak salahkan mereka yang keluar belarak untuk menyambut hari keputeraan Junjungan Besar kita ini, tapi teman nak salahkan mereka yang keluar belarak berkilomter tu tapi ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda tidak dihiraukan.

Pagi tadi lepas balik dari program sempat teman tengok sambutan yang dibuat di Putrajaya. Apa yang menghairankan teman dalam nada suara yang mengatakan mahu mengikut sunnah nabi dan mengikut ajaran baginda, mereka sebenarnya sedang mempermainkan ajaran Islam dengan tidak bertudung.

Usah lah bercakap kita nak ikut sunnah yang besar sedangkan sekecil-kecil perkara yang dibawa oleh Rasulullah ini pun belum mampu kita laksanakan. Apa intipati yang diperolehi daripada majlis sambutan maulidur Rasul itu? Ataupun hanya sekadar boleh keluarkan peluh kerana penat berjalan.

Sebab itulah yang pentingnya kita kene hayati apa sebenarnya yang pelu kita ambik dari perjalanan sirah Junjungan Besar kita. Ini tidak, berprogram bagai nak rak, tapi jambul tetap terkeluar. Kalau begitu lah caranya cara sambutan kita, sebenarnya kita bukan menghayati pun apa yang dibawa oleh Rasulullah. Kita cuma sekadar nak meramaikan orang utk program dan nak kata pada orang yang kita pun bagi sokongan utk jayakan program. Berprogram tapi isi yang dapat adalah hampeh belaka.

Oleh itu, teman nak ajak kalian semua terutamanya pemuda dan remaja Islam. Ayuhlah wahai pemuda dan remaja, jadilah kalian sebagai pemuda yang beriman dan remaja yang beriman. Sedarlah wahai pemuda bahawa dibahu anda terpikul tanggungjawab yang cukup berat. Masa depan anak cucu kalian pada masa depan terletak dibahu kalian. Kalau kita tak mahu anak cucu kita hidup dalam keadaan yang cukup hina kelak, dan kita tidak mahu musibah menimpa generasi kita nanti, ayuhlah kita hayunkan kaki dan eratkan tangan untuk membantu dan menjadi peneraju kepada kebangkitan Islam.

Rasulullah telah lama meninggalkan kita, tetapi baginda tidak tinggalkan kita begitu sahaja. Ingat apa yang dikhutbahkan baginda dalam khutbah wida' baginda. Baginda telah tinggalkan kita dengan 2 benda yang selagi mana kita berpegang padanya kita tidak akan sesat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka ayuhlah wahai pemuda dan remaja sekalian, kita terus jadikan Baginda Rasulullah sebagai idola kita dan kita teruskan apa yang pernah dilakukan oleh junjungan besar kita iaitu misi dakwah untuk menaikkan martabat Islam. Ingatlah kita semua akan kembali kepada Allah dan akan dipersoalkan dengan apa yang telah kita lakukan untuk Islam ini. Tepuk dahi pikirlah sendiri..

1 comment:

Ummi Humaira' said...

takbir!!!!!!!!!semangat toi hubby habibi teman ni...