Wednesday, June 24, 2009

Mari muhasabah diri...

Alhamdulillah..tamat sudah peperiksaan untuk mahasiswa di Damanhour ini untuk peperiksaan penggal kedua ini. Teman dan sahabat lain mungkin boleh menarik sedikit nafas lega jika nak dibandingkan sebelum ini yang sentiasa dibayangi soalan peperiksaan yang mencabar minda dan hafalan. Apa-apa pun teman ucapkan bi taufiq maan najah untuk semua sahabat di Damanhour khususnya dan untuk semua mahasiswa Malaysia di Pelembahan Nil ni.

Kelapangan masa yang ada ini marilah kita isikan dengan memperbanyakkan lagi doa dan doa kita kehadratNya agar diperlembutkan hati pemeriksa dan doktor untuk meluluskan kita semua. Semoga dengan usaha yang telah kita lakukan sebelum ini akan mendapat ganjaran dengan diberikan kejayaan olehNya. Insya Allah sama-sama kita nantikan keputusan nya yang akan keluar kira-kira bulan ogos nanti.

Sebut pasal study ni, teman teringat semasa diri ini sedang bertungkus lumus mengadap kitab. Walaupun tetap jugak di saat akhir studynya, tapi alhamdulillah semoga usaha kali ini dipermudahkan Allah.

Tengah khusyuk-khusyuk dok study, mai la pulak 2-3 ekor lalat mengacau. Lalat kat mesir ni memang degil, halau macam maner pun, tetap jugak terbang mengelilingi kita. Tempat yang paling best dia pi kaco adalah kawasan telinga dan muka. Memang bengang betui la teman. Kita dah ler nak kene tumpu betui-betui last minit nih, ada pulak pengaco nyer. Disebabkan sang lalat ni taknak dengar cakap, apa lagi..teman istiharkan perang ler. Memang teman kejor sampai la klepap lalat tu mati kene tampor ngan teman. Dah degil beno kan dah mati.

Apa yang teman nak ceritakan sebenarnya ni yerk. Sebenarnya teman nak berkongsi pasal kematian. Minggu lepas banyak jugak berita kematian yang sampai di telinga teman. Teman terbayangkan bagaimana senangnya sang lalat yang menemui ajalnya kerana ditampar teman. Kematian lalat yang sebegitu senang membuatkan teman termenung seketika sebelum meneruskan kembali study teman.

Lama teman membayangkan betapa mudah sebenarnya Allah nak tarik nyawa kita ini. Banyak jer cerita kita dengar yang di sebelah paginya elok-elok jer ada kat pasar, tiber-tiber petangnya terlentang kaku di rumah tanpa nafas. Nyawa yang dipinjamkan oleh Allah ni boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Kadang-kadang, kita merasakan kita yang sihat ni lambat lagi matinya. Tapi kita lupa bahawa mereka yang lama terlantar sakit itu mungkin hayatnya lebih panjang dari kita. Tanpa kita duga dengan asbab yang mungkin amat remeh sahaja, kita boleh menemui ajal.

Teman lihat lalat yang dah tak bernyawa tadi tuh, keras, kaku tak bergerak lagi dah. Yang tadinya gah bermain di muka dan telinga teman. Bila teman letakkan pada diri teman ni, bila nyawa sudah ditarik oleh malaikat yang diutuskan, tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita lakukan.

Terputus lah sudah semua amalan dan hubungan kita dengan alam dunia. Yang bersama dengan kita disaat itu hanyalah amalan yang pernah kita lakukan yang menunggu masa untuk disoal oleh 2 malaikat di dalam kubur yang tidak berteman itu nanti.

Sedarlah wahai diriku, hidup yang dianugerahkan oleh Allah ini bukan lah panjang sangat pun. Tolong lah wahai diriku, jangan lah lalai dengan kealpaan dunia ini yang banyak nya mengajak kita ke arah melakukan maksiat kepada Allah.

Kita ingatkan bagaimana 12 jemaah di Selatan Thai ditembak mati ketika diri mereka mengadap Allah. Alhamdulillah..matinya mereka dalam keadaan yang amat suci. Diri kita nanti bagaimana la pulak. Nauzubillah ya Allah...jauhkan aku dari dimatikan ketika melakukan maksiat kepadaMu ya Allah. Lebih dari itu ya Allah, jauhkan aku dari cabang-cabang maksiat yang boleh menimbulkan murkaMu padaku ya Allah.

Kalau kita dijadikan sebagai seekor lalat, mati kita pun takder aper nak dirisaukan. Tapi kita ini manusia, makhluk Allah yang diutuskan ke atas muka bumi ini sebagai khalifah. Banyaknya tanggungjawab yang perlu dilakukan dalam kita nak mencari redhaNya. Kalau lalat, dia makan dan kacau manusia, tak mengapalah sebab itu dah memang tabiat seekor lalat. Tapi kita ni bukan sekadar makan dan tidur sahaja. Banyak lagi perkara yang akan dihisab apabila kita berhadapan dengan mahkamah Allah nanti.

Maka, sebelum nyawa kita diambil olehNya, marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan-amalan kita. Semoga perjalanan kita setelah diambil nyawa nanti akan dipermudahkan dengan ganjaran daripada amalan-amalan yang kita telah lakukan semasa hidup kita.

Ingatlah wahai diri yang bernama manusia. Allah dah berpesan kepada kita di dalam Al-Quran dalam firmanNya yang bermaksud :

" Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati "

Ingatlah lalat tadi yang betapa senang menemui ajalnya dengan tamparan tangan teman ni, maka demikian jugaklah kita manusia ini. Cukup senang Allah nak tarik nyawa kita. Sama-sama kita muhasabah diri kita. Tepuk dahi pikirlah sendiri.

No comments: