Thursday, June 25, 2009

Mari Kita Menghayati 10 Pepatah Tentang Masa

Lama juga tidak melakarkan tulisan di sini, hanya sekadar singgah, menjenguk, membaca bahan terpampang.Jom kita hayati pepatah tentang MASA ni..


1. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. (al-Qur’an)

2. Bila anda menguasai masa, anda akan memahami kebenaran bahawa kebanyakan orang terlebih jangkaan terhadap apa yang mereka mampu capai dalam setahun dan juga apa yang mereka mampu capai dalam sedekad! (Anthony Robbins)

3. Anda tidak akan berjumpa masa untuk sesuatu. Jika anda mahukan masa, anda mesti mencipta masa. (Charles Buxton)

4. Mereka yang teruk dalam mengurus masa sentiasa mengeluh bahawa mereka kesuntukan masa. (La Bruyere)stress01_small.jpg

5. Tiada apa milik kita kecuali masa. (Geothe)

6. Mereka yang memiliki masa memilii segalanya. (Benjamin Disraeli)

7. Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini. (Pepatah Cina)

8. Masa ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita (Dalam peperangan) (Pepatah Arab)

9. Anda sentiasa menangguh, tetapi masa tidak berbuat demikian. (Benjamin Franklin)

10. Masa yang hilang tidak akan ditemui lagi. (Benjamin Franklin)

Demi masa. Satu ingatan yang cukup hebat dari Allah buat makhluk yang bernama MANUSIA iaitu saya dan anda semua. Hanya manusia sahaja yang faham makna MASA. Mengapa Allah bersumpah dengan Masa (Al-Asr)?

Malahan kenapa juga Allah bersumpah dengan nama daripada makhluk-makhluk besar dan hebat ciptaanNya yang lain seperti Asy-Syam (Matahari),Adh-Dhuha (cahaya waktu pagi), al-Qamar (Bulan), an-Nahaar (Siang), Al-Lail (Malam), as- Samaa’ (langit), al-Ardh (Bumi), al-Buruj (gugusan bintang) dan banyak lagi. Kenapa agaknya ?

Kerana semua makhluk tersebut berkaitan dengan MASA dan hanya Allah sahaja yang mampu mencipta dan mengawal peredaran dan perjalanan mereka melalui orbit yang diatur secara SUNATULLAH. Allah mengingatkan kita melalui mereka tentang masa. Masa adalah makhluk ciptaan Allah yang amat penting jika kita leka dan terbuai santai oleh warna warni dunia ini tanpa memahami tiap wujudnya kitaran masa disekeliling kita.

Malahan UMUR kita juga adalah ingatan MASA paling dekat yang Allah beri buat kita supaya kita faham bahawa masa itu tetap berjalan, berlari, berlalu dan meninggalkan kita tanpa pesanan apa-apa.

RUGI seruginya jika kita tidak ada waktu untuk MASA kita sendiri dalam menyediakan segala kelengkapan bekal tika dua pertemuan yang membawa satu pihak dalam keadaan yang amat menggugat tiap sendi anggota. Siapa lagi yang di sebelah pihak jika tidak PENCIPTA ABADI yang telah mencipta MASA sebagai tugu peringatan di dunia ini. Salam hormat selalu.

No comments: