Sunday, April 12, 2009

Kisah Nabi Musa menuntut ilmu

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang bijak lagi bergeliga, penjaga masa yang setia dengan waktunya, warga pendidik yang saya kasihi, seterusnya warga dewan yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh…

Banyaknya kisah dalam Al-Quran,
Untuk kita dapatkan ilmu,
Inilah kisah untuk peringatan,
Kisah Musa mencari ilmu.

Nasyid (Sepohon Kayu)

Musa berucap suatulah hari
Kepada murid ilmu diberi,
Bertanya murid kepada guru,
Adakah orang yang lebih berilmu
Musa menjawab Dimuka bumi lebih dariku
Selepas itu turunlah wahyuKepada Musa Allah memberitahu

Ya kawan-kawan.Allah telah memberi tahu Nabi Musa a.s bahawa dipertemuan dua lautan ada seorang hamba yang mempunyai banyak ilmu. Musapun meminta izin kepada Allah untuk bertemu dan menuntut ilmu daripada hamba berkenaan.Allah mengizinkannya dengan pesanan agar Nabi Musa a.s membawa seekor ikan, dimana ikan itu melompat ke laut disitulah Musa a.s akan bertemu dengan hamba yang dimaksudkanNabi.

Musa pun berjalan bersama seorang muridnya pergi mencari Khidir a.s. Cerita ini dijelaskan dalam surah al-Kahfi ayat 60 yang bermaksud:

Ketika Musa berkata kepada muridnya “ Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga sampai kepertemuan dua lautan atau aku tidak akan berhenti berjalan sehingga bertahun-tahun”

Keterangan di atas jelas memberikan peringatan kepada kita agar jangan merasa bahawa kitalah yang paling pandai, sesungguhnya ada lagi orang yang lebih pandai daripada kita dan usaha menuntut ilmu patut diutamakan dan dimuliakan , sesungguhnya menuntut ilmu adalah salah satu jihad kejalan Allah.

Hadirin yang saya kasihi sekalian.

Nabi Musa telah memperlihatkan kesungguhannya untuk menimba ilmu , Tatkala Nabi.Musa dan muridnya melepasi tempat pertemuan dua lautan, Nabi Musa berkata “ Datangkan makanan kita, kita telah lapar dan penat. Muridnya menjawab “ Wahai Nabi Musa ikan kita telah melompat kelaut di sana tadi “ Apa? itulah tempat yang kita cari.

Lantas keduanya berpatah balik ketempat tersebut, disitu bertemulah Nabi.Musa dengan Khidir hamba Allah yang soleh yang dikurniakan rohmat dan ilmu yang banyak .

Sajak/Syair
Ini kisah Nabi Musa
Seorang Rasul yang bijaksana
Berjalan jauh menuntut ilmu
Walaupun letih tiadalah jemu
Nabi khidir sebagai guru
Belum berlaku sudahlah tahu
Jangan ditanya apa yang berlaku
Itulah dia adab berguru

Ketika bertemu, Musa pun berkata dengan sopan, “ Bolehkah aku mengikutimu supaya engkau dapat mengajarkanku ilmu-ilmu yang benar yang telah diajarkan kepadamu”“ Aku tak melarang niatmu, tapi…. kamu pasti tak sabar jika bersama denganku” jawab Khidir.Nabi Musa berkata lagi “ Insyaallah, Aku akan sabar dan tak akan menentangmu dalam apa-apa urusan “

Khidir a.s berpesan lagi: Jika kau ingin mengikuti aku jangan bertanya sesuatupun sehinggalah aku sendiri menerangkannya.Firman Allah dalam surah al-kahfi ayat 68 yang bermaksud;

Bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu.

Hadirin sekalian.

Seseorang murid hendaklah sentiasa beradab sopan dengan guru. Bagi murid yangtidak memperlihatkan sikap sopan dan kesungguhan terhadap ilmu, guru serta rasa syukur atas ilmu yang diajarkan nescaya tidak akan mendapat ilmu yang bermanfaat.Nabi Musa bersama khidir a.s berjalan hingga ketepi pantai, lalu menaiki perahu, setelah naik tiba-tiba… Khidir a.s melubangkan lantai perahu itu.Musapun bertanya “ Kenapa kamu melubangkan perahu ini,? nanti ia boleh menenggelamkan penumpangnya “Khidir a.s menjawab “ Sesungguhnya kamu telah melakukan satu kesalahan”perlakuan Nabi Musa ini telah ditegur seperti firman Allah dalam surah al-kahfi ayat 72.Maksudnya;

“Khidir berkata bukankah aku telah katakan sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku”

Nabi Musapun segera mohon maaf. Ya sepertimana kita semua tahu seorang guru harus memberi penjelasan kepada muridnya jika melihat sesuatu keadaan agar muridnya tidak banyak bertanya , yang munkin tidak ada hubungan dengan yang dipelajari.

Hadirin yang saya kasihi sekalian.

Nabi Musa berjalan lagi, dan akhirnya bertemu dengan seorang kanak-kanak. Khidir a.s nekad membunuhnya.“Mengapa kamu bunuh jiwa yang masih bersih, tanya Nabi Musa.”Sekali lagi kamu telah melanggar perjanjian lagi” kata Khidir a.s.“Maafkan aku kalau aku bertanya lagi, silakan kamu melarang aku daripada mengikutimu” Kisah ini disebut dalam surah al-Kahfi maksudnya;

"Berkata Musa janganlah kamu menghukumku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebaniku dengan kesulitan dalam urusanku”

Khidir a.s memaafkan Nabi Musa kerana seseorang yang terlupa tidak akan dihukum, kecuali disengajakan.

Ya hadirin, menyingkapi perilaku manusia dalam pergaulan kita hendaklah bersikap pemaaf dan toleransi. Sikap pemaaf ini jelas kita lihat pada diri junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang sedia memaafkan umatnya.Khidir a.s dan Nabi Musa terus berjalan sehingga mereka kehabisan segala bekalan , mereka meminta bantuan dari orang lain,namun tiada siapa yang memberikan. Mereka teruskan juga perjalanan dalam keadaan lapar dan dahaga.

Syair.

Walaupun letih terus melangkah
Bertemu pula sebuah rumah
Baiki dinding yang hampir punah
Namun tak pula minta diupah

Begitulah perilaku khidir apabila sampai ke perhentian seterusnya.Kini tibalah saat perpisahan antara mereka berdua seperti yang tersebut dalam ayat berikut;Surah al-kahfi ayat 78.Yang bermaksud;

“Khidir berkata : Inilah perpisahan antara aku dengan kamu” .

Kawan-kawan nak tahu apakah tujuan perlakuan Khidir a.s itu.? Mengenai perahu itu ia adalah milik orang miskin, tujuan Khidir a.s merosakkannya, sebab dihadapan mereka ada seorang penguasa yang suka merampas.Mengenai anak lelaki itu, apabila besar nanti, dia akan menyeret kedua ibubapanya menuju kesesatan dan kekufuran. Sementara dinding rumah itu pula , ia milik anak yatim yang dibawahnya tersimpan harta… Allah menghendaki mereka mengambilnya setelah dewasa nanti sebagai rohmat dari Allah.

Hadirin yang saya kasihi sekalian.

Dalam meniti kehidupan ini kita patut menolak keburukan yang lebih besar walaupun terpaksa melakukan keburukan kecil. Menjaga kemaslahatan yang lebih besar dengan meninggalkan kemaslahatan yang kecil.Untuk menjaga kemaslahatan dan menolak kemudharatan kita dibolehkan melakukannya walaupun tanpa izin daripada pemiliknya.

Diantara pengajaran dari cerita tadi ialah;
1. Kita tidak boleh merasa diri kita lebih hebat dari orang lain .
2. Murid-murid hendaklah beradab sopan dengan guru.
3. Kita mesti berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu
4. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan pengajarannya.

Sekian wabillahi taufiq wal hidayah,Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3 comments:

Anonymous said...

Minta izin share

Unknown said...

assalamualaikum. encik, mintak izin nak guna

Wahyu said...

Mohon share