Sunday, April 12, 2009

Kisah Nabi Sulaiman Dengan Ratu Balqis


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

(Pantun)
Tuan Pengerusi tampakberseri,
Barisan Hakim bijaknya pasti

Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis kisah diberi,
Dengarlah semua mari hayati.


Firman Allah:

"Mengapakah aku tidak melihat hud-hud", bentak Nabi Sulaiman Tidak lama kemudian, datang burung hud-hud:
Wahai tuanku, aku menjumpai seorang wanita yang memerintah negeri Saba', memiliki singgahsana yang besar. tapi sayang menyembah matahari".
Sidang Pendengar.
Nabi Sulaiman mengutus surat kepada Ratu Balqis Baginda menyuruh masyarakat Saba menyembah Allah dan berserah diri. Allah berfirman:

Maksudnya: Allah, tiada tuhan yang berhak disembah kecuali dia

Ya rakan-rakan. Begitulah juga kita- Apa gunanya mengikut ajaran Ayah Pin atau Black Metal. Semuanya adalah pembohongan dan kemungkaran yang perlu dijauhi.
Pendengar yang budiman,
Setelah menerima surat Nabi Sulaiman, Ratu Balqis mengumpul pembesar-pembesar untuk berbincang. "Tuanku, Kita punya tentera yang besar, biar kita berperang ", cadang seorang pembesar. "Beta akan mengirim utusan dengan membawa hadiah", tegas Ratu Balqis. Seperti mana Firman Allah;

Inilah pemimpin yang bijak; Contohilah keberanian pemimpin negara kita, bersuara lantang. demi menghapuskan kekejaraman Israel di bumi Palestin.

Hadiah diberi....di tolak nabi
Pemberian Allah. ..tidak terperi ..... syair
Utusan pulang ...... mengadap duli ......
Sedih dihati ..... berangkat sendiri ........

Ya kawan-kawan. Nabi Sulaiman menolak hadiah pemberian Ratu Balqis. Ini kerana. baginda dikurniakan Allah kekayaan yang lebih banyak daripada itu.
Seperti Firman Allah:

Maksudnya: Apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang diberikannya kepadamu
Begitulah juga kita, janganlah tamak dengan harta dunia. Orang yang tamak selalu rugi. Ibarat anjing dengan bayang-bayang.
Rakan-rakan yang dihormati,
Setelah itu, Nabi Sulaiman mengarahkan jin, manusia dan haiwan membuat
persiapan menyambut Ratu Balqis. "Siapakah yang boleh membawa
•»
singgahsana mereka kepadaku?", tanya Nabi Sulaiman. "Aku akan membawa singgahsana kepadamu sebelum matamu berkedip", jawab Ashif.

(Lagu sepohon kayu)
Bijaknya manusia bukan mainan,
Diberi llham anugerah tuhan,
Kuasai llmu untuk kebaikan,
Prinsip Islam Hadhari satu pendekatan.



Kemudian. Nabi Sulaiman memerintahkan supaya mengubah keadaan singgahsana itu. Cerita ini dirakamkan Allah dalam surah an-naml ayat 38 - 41.
Pendengar yang setia,

(Sajak)
Ratu Balqis tiba di istana,
Menyelak kain di sangka air,
Lantai licin diperbuat dari kaca,

Terpedaya diri berserah pada yang Esa


Ratu Balqis berasa malu melihat kebesaran Allah Baginda tunduk seraya
"Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku, dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah". Sebagaimana firman Allah;

(Pantun)
Inilah dia ... satu teladan,
Hanyalah Allah bergantung harapan,
Bersabarlah kita menghadapi dugaan,
Tawakal dan doa asas kejayaan


Ya rakan-rakan, doa jualah senjata utama Abang Azali Azlan, pelajar terbaik SPM 2007 yang mendapat 21 A.

(Lagu Wau Bulan)
Kisah Nabi jadi tauladan,
Percaya Allah baik kesudahan,
Harta dunia bukan sandaran,
Amal Ibadah jadi taruhan.-



Akhirnya kawan-kawan, Ratu Balqis menyembah Allah yang Esa dan berkahwin dengan Nabi Sulaiman.
Sekian saja cerita dari saya ...... mudah-mudahan mendapat iktibar.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.




3 comments: