" Ya hayawan..uskut " ucapan yang keluar mulut doktor yang mengajar subjek Fiqh Muqarran teman tadi..
Walaupun ucapan begitu dah keluar dari mulut seorang guru, mamat-mamat arab ni masih tetap dengan karenah mereka. Dok bergurau sesama sendiri. Memang huru hara kelas ngan mamat arab nih..
" Ithlaq barrah ya walad " kata-kata akhir dari doktor mengarahkan seorang pelajar untuk keluar dari dewan. Senyap seketika seluruh dewan.
Macam ni la suasana kuliah kami. Memang gegak gempita dengan suara arab bersembang dan bergurau. Suara doktor yang mengajar walaupun menggunakan mikrofon akan tenggelam dalam kebisingan suara mamat-mamat arab nih.
Dari segi adabnya, teman boleh katakan pelajar Malaysia di sini lebih beradab dengan guru yang mengajar berbanding pelajar berbangsa arab nih.
So mari kita sama-sama muhasabah balik diri kita. Apakah adab-adab yang perlu ada pada kita ketika kita berdepan dengan guru. Dengan kata lainnya adab semasa belajar.
Paling utama perlu kita betuikan adalah niat kita. Tanamkan dalam diri kita apa yang kita lakukan itu adalah ikhlas kerana Allah. Ikhlas nak mempelajari ilmu Allah ini. Insya Allah sekiranya kita pergi dengan hati yang ikhlas, lebih mudah mutiara-mutiara ilmu tu nak menyerap masuk ke dalam diri kita.
Ramai hari ni yang bangga dengan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan padanya. Ada sesetengah tuh sampai tahap bertindak kurang ajar dengan guru sekiranya mereka berselisih pandangan dengan guru.
Sebagai murid atau pelajar, sekiranya ada sesuatu yang kita tidak bersetuju dengan pandangan guru kita, kita boleh berbincang dengannya secara peribadi face to face. Tidak perlulah kita menunjukkan sikap sombong kita menegur guru di khalayak ramai.
Imam Al-Ghazali sangat menekankan adab seorang penuntut ini, beliau berkata : Apa pun yang diterangkan oleh guru semasa pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya, kerana kesilapan sang guru lebih bermanfaat dari apa yang mungkin benarnya datang dari dirinya (penuntut) -Ihya Ulumudin.
Betapa penting nya kita menghormati guru. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan guru kita kerana kita mengatakan dia salah, itu bukanlah salah guru, tetapi salah kita yang memilih guru. Mengapa kita yang memilih guru yang salah.
Para ilmuwan silam memang benar-benar menghormati guru mereka. Lihat contoh anak murid Imam Shafei Rabi' berkata :
Berkata Rabi', murid dan rakan Imam Shafei, "aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Shafei sedang memandang ke arahku, merasakan kehebatannya".
Ini lah bezanya penuntut ilmu pada zaman dulu dengan zaman sekarang ini. Sekarang ini ramai yang merasakan dia lebih bijak dan lebih tahu dari gurunya. Sama-samalah kita jaga adab kita bersama guru-guru kita kerana berkat ilmu akan datang dari penghormatan yang kita berikan pada guru kita.
Ya Allah..Tutupkan lah aib guruku dari penglihatanku dan janganlah hilangkan berkat ilmunya dariku...Amin..

No comments:
Post a Comment