Memandangkan ustaz Ibnuwalidaini nak imtihan..Ummi Humaira' nak posting la sikit pasai motivasi ni yerk...
Dalam enam bilion manusia yang bernafas di muka semuanya mahukan kejayaan. Mereka mahu kehidupan yang paling selesa, makanan yang paling bercitarasa, minuman yang menyegarkan, teman hidup yang menyayangi, anak-anak yang comel dan mendampingi, rakan-rakan yang setia dan prihatin, kenderaan yang bagus, rumah yang selesa, keluangan masa bersantai, jaminan kewangan yang kukuh, dihormati, disanjungi, diterima, diiktiraf, dan dirasai kewujudan mereka. Semua mahukan yang bagus-bagus. Semua mahukan keindahan dan kenikmatan.
Tetapi, kenapa tidak semua mendapatnya? Menarik, jika saya bertanya mereka yang tidak dapat, biasanya jawapan yang akan diberikan ialah “Sudah takdir…”, “Memang Tuhan yang menentukan segalanya”, atau “Yang secupak takkan jadi segantang…”.
Ya, saya tidak menafikan bahawa apa yang kita perolehi sekarang adalah sudah ditakdirkan oleh Allah sejak dari azali lagi. Allah yang tetapkan semua apa yang kita miliki sekarang ini.
Sememangnya apa yang anda kecapi sekarang sudah ditentukan. Namun, adakah anda tahu apakah yang Allah akan tentukan 10 tahun akan datang? Berapakah pendapatan anda pada masa itu? Bagaimana dengan keluarga anda ketika itu? Apakah kerjaya anda ketika itu? Bagaimana prestasi anda? Adakah anda gembira dan hidup gembira 10 tahun lagi?
Itu 10 tahun lagi. Bagaimana pula dengan 5 tahun akan datang? Bagaimana pula dengan setahun akan datang? Bagaimana pula bulan depan? Minggu depan? Esok? Lebih menarik, adakah anda tahu apa yang akan berlaku dua minit akan datang?
Anda belum pasti kan? Tetapi yang pasti, anda boleh buat pilihan, samada untuk terus membaca blog ini, atau anda boleh melayari web lain.
Jika anda membuat keputusan untuk terus membaca, otak anda belum tentu boleh memahami buku ini tanpa tumpuan dan kosentratasi. Anda perlukan mata yang sihat, otak yang segar, dan persepsi yang positif; barulah anda boleh membaca dan memahami entri ini dengan baik. Itu adalah fitrah dan sunnatullah dalam membaca.
Apa yang kita perolehi sekarang sudah ditakdirkan. Dan dalam masa yang sama, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Justeru, kita perlu membuat pilihan yang terbaik, berdasarkan fitrah-sunnatullah. Setelah membuat pilihan, kita perlu melakukan yang terbaik, juga berdasarkan fitrah-sunnatullah.
No comments:
Post a Comment