4 hari jugak teman berada di Cairo baru nih. Dalam tempoh sebulan ni banyak pulak agenda yang perlu teman setelkan yer. Ni pun dalam sehari dua lagi kene ke Cairo semula. Kemungkinan teman terpaksa membawa rombongan dari Malaysia untuk lawatan sekitar Cairo dan Iskandariah.
Takper ler..teman tinggalkan dulu agenda teman yang perlu teman setelkan bila sampai masanya nanti. Apa yang teman nak kongsikan nih adalah kisah yang teman lalui melayan karenah pak arab.
Dalam sebulan ini jugak lah teman dapat membuat kesimpulan, orang arab ini memang kuat assobiyahnya. Dua peristiwa yang berlaku di depan mata teman sendiri membuatkan teman rasakan kesimpulan yang teman buat itu seakan mengena. Tidaklah semua yang mempunyai perangai yang kurang baik ini, tetapi majoriti dari bangsa arab Mesir ni memiliki rasa taksub pada bangsa sendiri.
Teman pun tak tahu la mengapa cukup susah untuk mereka menerima kita sebagai sebahagian dari keluarga mereka. Kisah yang baru berlaku 2 hari lalu cukup membuatkan teman rasa panas hati dan menyampah dengan arab di kawasan sabieq. Tragedi kemalangan antara pelajar Malaysia dan seorang pemandu teksi arab pada malam Jumaat lalu membuktikan segalanya.
Melihat bagaimana tipu helah dan penipuan licik yang dilakukan oleh arab-arab yang menyaksikan kejadian tersebut, teman rasa terpanggil untuk meluahkan isi hati teman ni di ruangan ini.
Pertengkaran mulut yang berlaku pada malam tu menyaksikan masyarakat arab ni walau macam mana sekalipun, mereka tetap nak menangkan bangsa mereka. Walhal kemalangan itu telah terang-terang dan nyata adalah kesalahan dari pemandu teksi tersebut.
Semangat kebangsaan dan kekitaan itu pernah dikikis oleh Rasulullah semasa mendirikan negara Islam Madinah. Rasulullah dapat menyatukan pelbagai kaum dan bangsa. Contoh yang nyata dapat kita lihat bagaimana Bilal bin Rabah yang berbangsa Afrika dapat bergandingan dengan saudara seagama mereka yang berbangsa arab.
Kini semangat jahiliyah tersebut kembali menyelubungi perasaan masyarakat arab khususnya masyarakat arab Mesir ini. Mereka merasakan mereka adalah bangsa yg terbaik dan semangat assobiyah yang terkena pada mereka membuatkan mereka tetap akan memenangkan bangsa sendiri walaupun dalam perkara yang salah.
Semangat kekitaan ini bukan sahaja terkena pada masyarakat arab malahan segelintir masyarakat melayu di negara kita turut terjebak dengan wabak penyakit ini. Semangat untuk membantu bangsa sendiri bukanlah tidak boleh tetapi perlu didasarkan kepada Islam. Bilamana sesuatu perkara yang kita lakukan tidak berpandukan kepada Islam, maka akan timbullah kekacauan dan dari semangat kekitaan tersebut akan terjadinya penindasan kepada mereka yang lemah.
Perkara ini mengingatkan kita semua bahawa semangat kebangsaan ini sebenarnya hanya akan mencambahkan benih permusuhan dan meramaikan musuh di antara kita. Seharusnya kita semua mementingkan semangat Islam kerana dari situlah kita semua dapat bersatu malahan dakwah Islam dapat dilancarkan dengan lebih meluas. Bukan sahaja ikatan yang terbina sesama islam semakin kukuh malahan ikatan persaudaraan antara kaum-kaum dan bangsa-bangsa yang lain juga dapat bersatu di bawah panji Islam.
Inilah kemanisan dan keharmonian yang dibawa oleh Islam. Semua bangsa dan kaum dapat merasakan keadilan serta perpaduan yang sebenarnya. Inilah hebatnya Islam.

No comments:
Post a Comment