Friday, April 10, 2009

Ermm...hurmm...hmmmm...aper yerk??!!!

Terasa nak conteng-conteng pulak kat blog pak yop ni...tapi tak tau nak conteng corak coret apa ya..disebabkan otai blog ni tak dek,maka Ummi humaira' nak cuba tulis-tulis...nak asah skill..benda aper yerk nak tulis di sini sebagai langkah permulaan ni..dalam fikiran UmmiHumaira' sekarang rasanya nak kongsi sikit sesuatu.Ada la yang Ummi Humaira' terbaca kat majalah kesayangan Ummi Humaira' iaitu majalah Anis berkenaan "Kenapa Tidak Rasa Allah Penting".

Dah lama baca artikel ni,rasanya dalam bulan Oktober 2008 tahun lepas,tapi bacaan tu masih terkesan dalam hati Ummi Humaira' ni.Sebabnya banyak membuatkan diri ini terfikir dan muhasabah diri.

Sepintas lalu,teringat kisah bagaimana kaki Rasulullah SAW sehingga bengkak-bengkak akibat terlalu lama berdiri dalam solat.Adakah kita juga begitu?Tepuk dahi rasalah sendiri sakit ke tidak(pinjam ayat yang selalu pak yop guna yer...heheheh..sorry-sorry..serius balik)

Terbayang pula bagaimana Sayidina Abdul Rahman Bin Auf RA tega menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerna ingin menebus kelewatannya bertakbiratul ihram dalam solat berjemaah pimpinan Rasulullah.(Mengapa kita berbeza dengan mereka?Terfikir tentang ini..erm..dalam sehari berapa kali la aku solat berjemaah dengan sahabiah dirumah?!!)

Semalam ketika terhimpit di celahan kesesakan lalu-lintas,sempat saya melihat betapa ramainya orang Islam berbondong-bondong ke pasar malam untuk membeli- belah walaupun pada ketika waktu masuknya solat Maghrib tinggal beberapa minit saja lagi.

Sebab kita tak terasa Allah penting dalam kehidupan kita,akhirnya saya bersuara bersama sebuah keluhan.Kita hanya akan berhubung dengan seseorang apabila kita rasakan dia penting atau diperlukan...(memang betul pun..dan ayat inilah membuat saya terfikir tentang diri ini..)

Bayangkan betapa resahnya jika kita tidak dapat berhubung dengan ibubapa,anak,isteri,suami,bos,saudara,teman,kawan dan teman rapat kita.

Saya ada pengalaman itu,ustazah.Pada satu ketika saya berkursus di satu tempat yang berada "diluar kawasan liputan"...telefon bimbit tidak dapat digunakan langsung.Saya resah dan gelisah,betul-betul resah,tiga hari tidak dapat berhubung dengan orang-orang penting sepanjang tempoh itu.

Kalaulah rasa semacam itu dapat kita miliki ketika terlambat lebih-lebih lagi terluput waktu solat,alangkah baiknya,detik saya dalam hati.

Allah lebih penting daripada segala-galanya.Sebab Dialah yang mengadakan segala-galanya itu untuk kita.Kita dilimpahi jutaan nikmat...Tapi kita melupakan Pemberi nikmat..Sepatutnya kita hitung kesyukuran..Sebaliknya kita hitung kesukaran..(dialog-dialog hati ini menerjah silih berganti dalam kotak fikiran saya ketika ini..)

Bayangkan,kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami makna.Tidak hairanlah kalau hati kita lalai dalam solat.Jika tidak faham,bagaimana hendak menghayatinya?Kita sujud,tapi hati kita tidak sujud.Kita ucapkan
'Subhanallah' tetapi tidak terasa sedang menyucikan-Nya.

Itu baru kalimat yang mudah-mudah.Belum lagi doa
iftitah,al-fatihah,tasyahud,qunut dan lain-lain.Dah hafal tapi tak faham maknanya.

Tu dah kira baik...ramai juga yang masih tidak hafal bacaan solat..Tu yang solat.Yang tak solat??Tidak hairanlah kemungkaran berleluasa di tengah masyarakat.Apabila tak solat, mana ada kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran?

Cukuplah tu.Sekarang kita kira dulu .Mari kita semak semula makna tersurat dan tersirat pada
rukun qauli,qalbi dan fi'li ni...

Ustazah,ni baru sedikit.Hanya beberapa kerat ayat al-Quran,selawat,tasbih,takbir dan tahmid..Macam mana agaknya dengan 6666 ayat al-Quran tu ya?

Saya terdiam.Betapa terasa agama ini kita ikuti tanpa erti,kita amalkan tanpa penghayatan.seperti pelajar yang membaca buku tetapi tidak faham,bolehkah dia lulus dalam peperiksaan? Ya bayangkan bagaimanakah agaknya rasa kita kalau menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih,tetapi kita tidak faham apa yang dituliskannya.Allah"Kekasih" orang yang beriman itu telah mengutuskan 114 surahNya..berapa surah yang telah kita tahu maknanya,faham tafsirannya,amal kehendaknya dan perjuangkan tuntutannya?(NI memang betul-betul terkena pada diri sendiri..insaf dan buatkan diriku terfikir berkali-kali..huhuhu..)Benar-benarkah kita cintakan Allah jika surat cintaNya al-Quran tidak kita usahakan untuk membaca,memahami dan menghayatinya?

Al-hasil,114 surat-surat cinta Mu kami persiakan begitu saja..Ya Allah,ampunilah kami yang jauh dari solat,jauh dari al-Quran,justeru terlalu jauh denganMu!!

Astaghfirullah hal'azim..Bukan Kau ya Allah yang jauh,tapi kami ini yang menjauh.....Ampunilah kami ini ya Allah..Dekatkanlah hati-hati kami ini padaMu ya Allah..Sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat Dan Maha Pengampun atas dosa-dosa kami yang telah lalu,tersembunyi dan akan datang..maka ya Allah ampunilah kami dan berilah keberkatan pada kehidupan kami ini..amin ya rabbal'alamin...


No comments: