Untuk pergi sendiri ke
24 Mac 2009
Teman memulakan perjalanan dari Damanhour tepat jam 10.30 pagi. Setibanya teman di Ramsis, ust hadi telefon teman suruh tunggu di Ramsis sebab terus nak beli tiket train. Teman dijangka berangkat ke
Tetapi perancangan manusia ini pasti akan ada halangan-halangan nya
Setelah berbincang dengan pakcik Mior, kami bersepakat untuk cari tiket bas pulak. Lepas maghrib malam tersebut kami ke stesen bas. Malangnya tiada perkhidmatan bas dari stesen tersebut ke
Lalu pakcik bertanya ada tak flight ke
25 Mac 2009
Kami cek-in di airport pada pukul 3pagi. Pada asalnya penerbangan kami dijadualkan pada pukul 4.30 pagi tetapi delayed sehingga jam 5.15 pagi. Badan dah penat sebenarnya masa tu. Seharian tak rehat dan tak lelapkan mata kerana menguruskan perihal untuk ke
Lebih kurang 1jam suku kami berada di udara Mesir. Ingatkan dapat la makan apa-apa atas flight. Rupanya diorang bagi air kotak jer satu.
Tepat jam 6.30 pagi, tayar kapal terbang menyentuh landasan airport
Setelah berbincang ngan pakcik, kami bersetuju untuk terus pusing kawasan
Di Aswan ni antara tempat yang menarik adalah Aswan High Dam,
Setelah 5 jam mengelilingi kawasan
Selepas asar, kami memulakan pengembaraan kami semula. Tapi sebelum tu perut perlu diisi dahulu. So santapan petang itu adalah pizza. Sekadar mengalas perut untuk menunggu malam menjelma. Lepas selesai makan kami berjalan menyusuri sungai nil.
Bila naik ke darat dan nak masuk maghrib. Terus sahaja kami ke masjid utk tunaikan kewajipan pada Allah. Berjalan pun tanggungjawab yang wajib tak boleh dilupakan.
Kami kembali ke hotel selepas selesai makan malam. Kami kene berehat sebab esok seawal jam 3 pagi kami akan berangkat ke
26 Mac 2009
Pukul 3 pagi telefon di bilik berdering mengejutkan kami untuk bersiap berangkat ke
Perjalanan ke
Kami diberi masa 2 jam untuk mengelilingi kawasan ini, tapi tak sampai sejam kami dah abis pusing. Memang takda apa pun melainkan binaan dan patung ramses. Besar betui patung firaun ni. Sebab tu la dia leh ngaku dirinya sebagai tuhan kot. Patung yang diukir tersebut betul-betul mengadap matahari terbit. Bagi kepercayaan mereka matahari terbit adalah symbol kehidupan. Manakalan arah matahari terbenam pulak adalah symbol pada kematian ataupun penghabisan kehidupan.
Sempat la kami minum teh kat sini. Harga teh disini melambung gila-gila punya la harganya..kalau di kedai biasa secawan ‘syai’ ni hanya LE1, tapi di
Kawasan lawatan di Abu Simbel ni hanya
Pukul 1.30 petang kami dah tiba semula di
Disebabkan keretapi masih lambat, kami terus ke stesen bas untuk ‘ushar’ jadual perjalanan bas pulak. Bas akan berangkat ke
Sempat kami mengisi perut dahulu sebelum berangkat. 2 hari ni makan makanan arab jer la. Perjalanan dengan bas ke
27 Mac 2009
Hari pertama di
Sarapan kami pagi itu berupa cornflakes, roti dan pisang. Alhamdulillah semuanya makanan penambah tenaga sementara menanti hidangan tengah hari nanti. Selesai bersarapan kami bersiap untuk lawatan sekitar
Lawatan kami bermula jam 9 pagi. Kawasan lawatan di sebelah pagi ini kami ke sebelah tebing barat sungai nil. Di kawasan ini terletaknya kawasan perkuburan raja-raja dan permaisuri-permaisuri firaun. Semuanya terletak di lereng-lereng bukit. Tapi semuanya hanya tinggal tempat sahaja. Mumia dan harta yang tertanam satu ketika dahulu telah dilarikan oleh orang-orang yang lebih awal menjumpai kawasan tersebut.
Lawatan kami di sebelah pagi ini hanya ke kawasan perkuburan sahaja. Tidak ada apa yang menarik pun disini. Hanya tinggal lukisan di dinding kubur yang dapat kita saksikan. Terdapat 3 kawasan perkuburan terbesar untuk raja firaun dan permaisurinya iaitu The Valley of The Kings, The Valley of The Queens dan Al-Dier Al Bahari temple.
Semua kawasan ni macam biasa la, bayaran akan dikenakan kepada para pengunjung. Teringat di kawasan tersebut, teman ada la nak beli roti ‘molto’. Roti yang berinti coklat di dalam. Kalau di kedai biasa harganya hanya LE1. Tapi di kawasan
Lawatan kami dari pagi tadi berakhir jam 4 petang. Penat takleh nak cakap ler. Sampai je kat hotel terus kami ke stesen keretapi untuk cek jadual perjalanan train ke
Taktau la apa sebabnya non-egyptian tak boleh nak beli tiket di kaunter. Tikar yang dijual di kaunter untuk non-egyptian hanya tiket sleeping train yang berkatil. Tapi harganya lebih kurang kalau kita naik flight. Orang di kaunter tu cakap esok kamu naik jer train dan bayar di atas train.
Lepas pi servey tiket..terus kami cari makan. Dari pagi tadi hanya masuk alas perut jer. Pakcik nak makan ikan. Nasib la kedai makanan laut tak jauh dari hotel kami. Terus jer kami singgah makan. Cadangnya pada petang tu kami nak habiskan 2 tempat lawatan lagi iaitu Karnak temple dan
Lepas maghrib teman pun membaringkan diri sambil menunggu kot-kot la pakcik nak bangun untuk sambung kembara pada sebelah malam nya. Dalam menanti pakcik terjaga dari lenanya, teman pulak kelenaan. Teman sedar pukul 2 pagi, masa tu pakcik pun baru bangun. Memang lama betui tido malam tuh. 3 hari pengembaraan dengan tidur yang sekejap-sekejap menjadikan lena kami pada malam itu cukup panjang.
28 Mac 2009
Teman tersedar bila dengar azan subuh. Lepas selesai solat subuh pakcik dah merancang nak kuar untuk ke Karnak temple dan
Kami antara orang yang awal masuk ke karnak
Kami tak boleh lama di sini, sebab masih ada satu tempat lagi yang perlu dilawati sebelum berangkat pulang ke
Kami sampai semula di hotel pukul 8.50pagi. kelam kabut mengemaskan barang. Nasib la barang-barang kami tak banyak. Sebab masing-masing hanya bawak 1 beg. Alhamdulillah masa kami sampai kat stesen keretapi tuh, keretapi masih belum sampai lagi. Sempat la teman pi carikan sarapan dulu buat lapik perut.
Disebabkan tak boleh nak beli tiket di kaunter, maka tiket pun kami beli di atas train. Cuma tiket yang dibeli di atas train ni tak dapat tempat duduk. Masa di Luxor keretapi tadi masih kosong. Rupa-rupanya di perhentian seterusnya ramai orang yang naik. Mereka yang membeli tiket di kaunter mempunyai kelebihan kerana di tiket telah tercatat nombor tempat duduk mereka. Jadi bagi kami yang membeli tiket di atas keretapi ni terpaksa la memberi tempat duduk kepada mereka yang mempunyai tiket kaunter. 5 jam jugak kami terpaksa berdiri. Memang perjalanan yang memenatkan.
Kami terpaksa turun di pertengahan perjalanan kerana susah nak tunaikan solat di atas train. Tempat yang kami turun tu pun teman taktau di mana. Alminya nama tempat tuh. Lepas solat di masjid berhampiran stesen keretapi tersebut. Kami pi cari makan pulak. Sekadar lapik perut sebelum nak sampai ke
Perjalanan yang bermula dari pukul 6 petang tersebut dijangka sampai ke destinasi 4 jam yang berikutnya. Tapi jangkaan tersebut tersasar kerana kami tiba di stesen ‘Abud pada pukul 11 malam. Badan sudah teramat letih rasanya. Tapi kami kene teruskan jugak perjalanan dari ‘Abud ke Hayyu Sabieq tempat di mana kami akan menginap pada malam itu. Alhamdulillah tepat jam 12 malam kami tiba di penginapan yang telah dibooking. Malam tu memang lena kami terlampau nyenyak rasanya.
Demikian lah sedikit catatan perjalanan yang telah teman lalui baru-baru ini. Memang satu pengalaman pengembaraan yang tak akan dilupakan. Apa yang teman tuliskan ini mungkin tak dapat nak gambarkan kepenatan dan keseronokan dapat ke
Di bawah ini teman sempat rakamkan sedikit sebanyak tempat yang teman lawati. Gambar permadangan jer la banyak pun. So mana-mana sahabat yang ada merancang nak pergi ker
Ok la..sekian dulu sedikit catatan perjalanan yang telah teman lalui pada minggu lepas..teman pun dah penat menaip..nak tidoq pulak...layaannnn...zassss...
Flight yang menerbangkan kami ke Aswan
Terima kasih pakcik..pakcik yang sponsored perjalanan teman
Tembam jugak teman ni..hahaha..
Permandangan di Philea Temple
Masih di Philea Temple
Hasil tinggalan Philea
Smile...
Kawasan Philea Temple
Di kawasan paling tinggi dalam Aswan
Amacam cantik ker?
Railway Station at Aswan
Juadah petang di Aswan..pizza tu...
Menenangkan diri di sungai nil
Ammu fathi yang jadi guide perahu layar kami
Abu Simbel
Bayaran mahal pun orang tetap masuk
Patung ni la yang membuatkan firauan bongkak
Pintu masuk ke kubur firaun
Kawasan bukit tempat jasad firaun terkubur
Kubur permaisuri hepsetsyut
Apehal teman nampak gelap?hahaha
Awek Luxor..baru umur 11 tuh..
Railway Station Luxor
Karnak Temple Luxor
Kesan runtuhan yg masih tinggal
Luxor Temple
Saat menanti ketibaan train
Stesen keretapi yang tak pasal-pasal kami singgah
Bas dari Alminya ke Cairo
Masa ni dah di kota Cairo
Makan terakhir bersama pakcik..teman blanja nih..
Syawarma firakh...
2 comments:
best la yerk..bila la kamek boleh pegi sitok...
ermm insya Allah satu hari nanti kitak akan sampai juak ke sini..
Post a Comment