Antaranya ialah tentang kepentingan tidur. Ramai siswa-siswi yang sanggup berjaga malam untuk ‘cover’ satu subjek yang dipelajari selama satu semester. Bayangkan, satu silibus untuk satu semester dibaca dalam satu malam!!!
Saya sendiri pun pernah menggunakan cara ini semasa under grad dulu. Nasib baik sempat jugalah insaf hinggalah ke tahap master study. Mungkin ada yang positif, tetapi lagi banyak yang negatif dari amalan berjaga malam.
Kekurangan tidur sekurang-kurangnya mengakibatkan 3 masalah iaitu;
- Gangguan mood - menjejaskan pertimbangan emosi dan kesukaran membuat keputusan
- Gangguan memori - sukar untuk recall maklumat-maklumat yang telah dibaca, dipelajari atau dihafal.
-
Gangguan konsentrasi - Tidak dapat fokus secara tajam dan tepat kepada soalan-soalan peperiksaan. Akibatnya, jawapan yang ditulis kebanyakannya tidak tepat dan banyak malalut.
Penyelesaiannya?
Kajian daripada American Psychological Association mendapati jumlah waktu tidur maksima waktu malam yang diperlukan oleh remaja (umur siswa-siswi) ialah antara 6 hingga 9 jam dan minima 4 jam bergantung kepada rutin aktiviti di siang hari. Oleh itu, berjaga malam bukanlah penyelesaian terbaik!
Mungkin cara ini boleh membantu.
- Tidur awal iaitu antara jam 10 - 11 malam.
- Sebelum tidur, bukan dulu nota atau buku teks dan hanya tengok pada tajuk-tajuk uatama. Timbulkan rasa ingin tahu. Dan terus tidur.
- Kemudian bangun semula jam 3.30.
- Ambil wudhu’ bagi yang beragama Islam, cuci muka bagi non-Muslim. Minum segelas air suam.
- Kemudian mulakan ulangkaji.
Selamat menempuh final exam buat pakyop...ustaz ibnuwalidaini...:-)
No comments:
Post a Comment