Saturday, May 30, 2009

Cuti..pengerat ikatan kekeluargaan.

Alhamdulillah..pelajar-pelajar sekolah sekarang ini mesti rasa girang hati punya sebab bercuti hampir 2 minggu kalau tak silap teman. Dulu masa zaman sekolah selalu ler teman menghitung hari untuk bercuti. Sekarang ni taktau dah bila masa sekolah bercuti.

Apa-apa pun teman ucapkan selamat bercuti buat semua adik-adik di bangku persekolahan dan selamat bercuti jugak buat guru-guru. Tidak lupa juga buat mahasiswa yang mana sekarang ini sedang berada di dalam cuti semester. Mungkin ada yang nak bertunang dah berkahwin dalam cuti ini.

Cuti persekolahan ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh sesebuah institusi kekeluargaan. Kalau pada hari-hari persekolahan biasa, waktu yang diluangkan untuk anak-anak mungkin sedikit terbatas dek kerana si anak perlu menghadiri kelas tambahan dan sebagainya. Ibu dan bapa pula masing-masing punya urusan di luar rumah yang membuatkan tumpuan untuk anak-anak menjadi sedikit terpinggir. Maka kesempatan cuti persekolahan ini perlulah digunakan sebaik mungkin oleh ibubapa untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Banyak cara yang boleh kita cuba aplikasikan antaranya :

1) Pergi bercuti.

Ini lah masanya ibu dan bapa membuat perancangan untuk pergi bercuti ke suatu destinasi yang mungkin boleh menimbulkan rasa gembira seisi keluarga. Banyak tempat yang boleh dilawati sempena cuti sekolah ini. Cuma teman mencadangkan biarlah tempat yang dilawati itu suatu tempat yang sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan pada minda anak-anak. Sebagai contoh tempat-tempat bersejarah dan kawasan peranginan yang sesuai untuk peringkat umur anak-anak yang masih di bangku sekolah.

Teman teringat masa teman kecik-kecik dulu, pantang cuti sekolah mesti ayah dah merancang untuk bercuti ke mana-mana. Walaupun dalam kereta nanti mesti bergaduh punya lah, sebab berebut kawasan tempat duduk..hehehe..memang lucu la masa kecik-kecik dulu.

Teman nak kongsikan sedikit pengalaman teman berkaitan percutian ini. Dulu masa kecik-kecik memang ayah selalu sangat bawak kami bercuti. Tapi cuti bukan sekadar cuti kosong sahaja. Sekembali kami dari percutian, kami perlu menulis kembali satu karangan berkaitan dengan percutian yang telah kami lalui. Mungkin inilah antara cara ayah nak didik kami. Walaupun seronok bercuti tetapi soal pendidikan tidak boleh diketepikan.

Sedikit lagi perkongsian berkaitan percutian ini. Kalau sekembali dari bercuti kami perlu membuat karang, tidak kurang juga semasa perjalanan kami turut diisi dengan aktiviti pembelajaran walaupun dalam bentuk yang santai. Kalau tadi kami kene mantapkan Bahasa Melayu, semasa dalam perjalanan kami kene mantapkan Matematik. Pada kebiasaannya, kami adik-beradik akan bertanding siapa cepat mendapat jawapan. Caranya adalah dengan menambahkan kesemua nombor-nombor plet kereta yang berada di depan kereta kami sehingga menjadikan nombor tersebut satu angka. Sebagai contoh (1983) , maka kene ler tambahkan 1+9+8+3=21, jumlah 21 itu jugak perlu ditambah untuk menjadikan jawapan nya hanya satu angka. So 2+1=3. Beginilah hiburan kami dalam kereta. Siapa yang dapat menjawab banyak, akan diberikan hadiah. Teman beralah la ngan adik-adik..hehehe..

2) Makan bersama

Ini juga aktiviti yang boleh merapatkan lagi ikatan kekeluargaan dalam sebuah keluarga. Kalau di hari-hari biasa, jarang dapat kita berkumpul seluruh ahli keluarga, maka gunakan lah kesempatan bercuti ini untuk sama-sama menikmati juadah hidangan bersama. Memang lain keadaan nya kalau kita makan beramai-ramai ni. Kalau yang belum pernah makan bersama dengan ahli keluarga tu, teman cadangkan untuk kalian cuba. Mungkin ini salah satu cara dari banyak lagi cara nak merapatkan lagi ukhwah sesama ahli keluarga.

3) Sembahyang bersama

Dalam kita membuat pelbagai aktiviti fizikal bersama, janganlah dilupakan untuk kita sama-sama melakukan aktiviti kerohanian ini bersama. Ibu dan bapa memainkan peranan yang penting bagi menjayakan aktiviti ini. Disamping pengisian berbentuk hiburan di masa cuti ini, anak-anak ini perlu diisi dengan pengisian rohani agar pegangan mereka kepada jalan hidup Islam ini lebih kukuh dan teguh.

Kadang-kadang ibubapa rajin bangun malam, tapi tak pernah nak kejutkan anaknya untuk bertahajjud bersama. Alangkah manisnya kalau seluruh ahli keluarga dapat sujud bersama menghadap Ilahi.

Ditambah pula selepas selesai solat bersama, si ayah memberi tazkirah sedikit buat isteri dan anak-anak tersayang. Memang sukar untuk melaksanakan cara ini sekiranya sebelum-sebelum ini belum pernah dicuba. Maka jadikan musim cuti ini sebagai permulaan untuk kita sekeluarga. Semoga usaha yang kita lakukan ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih dan sesayang sesama ahli keluarga dan sudah pastinya kasih dan sayang untuk Yang Maha Pencipta.

4) Kemas rumah bersama

Mengemas rumah ini mungkin sudah biasa kita buat, dan untuk musim cuti ini mungkin kita lebarkan lagi kawasan di sekitar halaman rumah pulak. Si ayah mencuci longkang, sang ibu membersihkan kawasan tanaman bunganya, si abang sedang mesin rumput, yang bongsu sedang menyapu sampah, kakak yang sulung membuat hidangan. Bahagianya bila dapat pulak menjamah hidangan di kawasan halaman rumah bersama.

Kesimpulan

Banyak lagi cara kita nak eratkan lagi ikatan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Yang teman tuliskan itu hanya sedikit daripada cara-cara yang lebih banyak lagi ada dalam pemikiran kalian. Apa yang penting, musim cuti sekolah ini dapat kita gunakan sebaik mungkin untuk bersama dengan ahli keluarga. Saat-saat indah bersama ahli keluarga ini akan menjadi kenangan berharga buat semua ahli keluarga tersebut. Semoga cuti persekolahan ini menjadi suatu saat manis dan berharga buat kalian.

Ibnuwalidaini : Selamat bercuti Ummi Humaira'..cutilah sepuas-puasnya.

No comments: