Tuesday, May 19, 2009

HANYA NABI SULAIMAN AS SAHAJA YANG MAMPU MENGUASAI & MEMERINTAH JIN DIDUNIA INI

Pernah berlaku suatu masa dahulu, ada syaitan yang mengganggu Rasulullah SAW ketika solat lalu Rasulullah SAW menangkapnya dan terlintas nabi untuk menambat makhluk tersebut di salah satu tiang masjid, sehingga dapat dilihat dan dipermainkan oleh kanak-kanak Madinah.

Namun niat itu dibatalkan kerana katanya, Rasulullah teringat kepada sepotong ayat Al-Quran, yang merujuk kepada Nabi Sulaiman AS yang telah pun memohon kepada Allah untuk memberinya kuasa luar biasa dan kuasa memiliki semua jenis makhluk halus, angin dan awan yang tidak boleh ditiru atau dimiliki oleh mana-mana manusia selepasnya dan sehingga ini.

Surah SAD 35-40..

Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya. (35) Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya; (36) Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). (37) Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu. (38) (Serta Kami katakan kepadanya): Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka) atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu). (39) Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami, serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak)(40)

No comments: