Friday, May 15, 2009

Bakal Suamiku Lebih Muda

"Yop, cuber miker tolong kawan kita tu yop" antara perbualan teman ngan sahabat di Yahoo Mesengger.

"Haa apesal lak dah ngan dia" jawab teman ringkas.

"Dia nak kahwin" balas sahabat teman.

"Ishh elok bebeno la tuh, aper lagi nak ditunggu, teruskan jer laa" panjang sikit teman menjawab.

Taktau la knapa kalau bab kahwin nih, teman teruja jer nak membantu...keh keh keh.. sedangkan diri sendiri pun belum lagi merasai alam perkahwinan tu cam mana gayanya. Tapi memang banyak betui masalah yang berkaitan pembinaan rumahtangga ni diajukan kepada teman. Teringat teman pada kata-kata sahabat teman Dr Meow semasa kami berbincang suatu ketika dulu. Dia kata teman ni wedding planner.. keh keh keh..ishh lain macam beno gelak teman kali nih..

Perbualan teman ngan sahabat tadi bersambung lagi "Masalahnya yop, orang yang dia nak tu lebih tua dari dia".

Pendek jer soalan teman ajukan "Dah tu kenapa?"

"Dia risau orang kata aper lak nanti, maklum la pompuan tu 3 tahun tua dari dia" sambung sahabat teman.

"Yang penting dua-dua memahami keadaan tu dan bersedia untuk bersama, itu jer yang aku leh nasihatkan" teman bagi jawapan untuk sahabat teman tu pun sama-sama berpikir.

Dah lama teman tak mendengar masalah kawan-kawan ni. Maybe semuanya skarang ni sibuk. Tapi biasa la, musim-musim exam ni kepala otak banyak le cabang pemikiran nya. Masa ni la dok pikir nak tengok ceritanya. Masa ni la nak pi berjalan makan angin. Masa ni jugak lah ramai dok pikir nak kawin.

Berbalik kita kepada permasalahan suami lebih muda dari isteri ini. Sekiranya kita buat satu tinjauan kepada orang ramai, teman pasti akan terdapat banyak jawapan dan pandangan dari mereka. Ada yang bersetuju dan sudah pasti yang menolak keadaan ini jugak tidak kurang bilangan nya. Yang pasti setiap pandangan yang mereka nyatakan itu datang bersama sebab dan musababnya.

Apa komen Ibnuwalidaini. Ermm bagi diri teman tiada masalah sekiranya si isteri lebih tua dari sang suami. Tetapi...haa ada tapinya. Tapi biarlah umur itu berpada dengan keadaan nya. Teman teringat satu kisah seorang nenek berumur 100 tahun bekahwin dengan lelaki berusia 33 tahun. Walaupun komen empunya badan mengatakan cinta tidak mengenal usia, tapi secara peribadinya teman mengatakan kalau boleh dielakkan dari keadaan sebegitu, cubalah untuk elakkan.

Setakat beza umur 10 tahun tu, bagi teman tiada masalahnya. Apatah lagi beza umur 2-3 tahun sahaja. Topik ini pernah diperbincangkan oleh ahli-ahli halaqah.net. Antara komen dari mereka ada yang mengatakan lelaki nak kawin ngan pompuan yang lebih umur darinya sebab mereka nak bermanja-manja.

Soal nak bermanja, pada teman tak kira la suami itu muda dari isteri ataupun tua dari isterinya, senang kata tak kira lah apa umur si suami tersebut, mereka tetap nak bermanja dengan isterinya. Kalau tak caya cuba tanya kepada mereka yang bernama lelaki. Betui tak ?

Cuma disana perlu ada persefahaman yang lebih diantara pasangan yang melalui situasi ini. Kita selalu dengar istilah perempuan lebih matang dari lelaki. Ada benarnya pernyataan tersebut, dan inilah salah satu cabaran bagi pasangan suami isteri dimana si suami lebih muda dari isterinya.

Soal kematangan ini, teman pernah baca satu petikan yang mengatakan memang suami lebih lambat sedikit matangnya dalam soal rumahtangga ni. Tak kiralah umurnya lebih tua atau muda dari isteri. So dalam nak mematangkan diri ini, perlu ada proses pembaikan dari hari ke hari. Yang penting individu terbabit perlu sedar akan tanggungjawab yang sedang digalasnya. Sesiapa pun kalau menyedari akan ada tanggungjawab yang perlu dipikulnya, kematangan pasti akan terserlah dari diri individu terbabit.

Maka bagi teman, isu suami lebih muda ini adalah satu isu yang subjektif. Sebab soal pemilihan pasangan hidup ini berbeza antara satu dengan yang lain. Hatta adik beradik kembar sekalipun boleh berbeza pandangan mengenai umur suami lebih muda ini. Lihat sahaja ada orang suka pada yang berkulit putih, ada yang suka pada berkulit hitam manis, ada suka pada yang tinggi, ada minat pada yang rendah. Begitu jugaklah dalam soal umur ini. Tepuk dahi pikirlah sendiri.

Masyarakat pada hari ini rata-rata sudah boleh menerima keadaan di mana suami lebih muda dari isterinya. Cuma sekadar memberi peringatan walaupun semua dah tahu dah. Dalam soal pencarian pasangan hidup ini, biarlah kita meletakkan soal agamanya di atas sekali, barulah diikuti dengan soal rupa paras dan sebagainya kerana dengan agama insya Allah hidup kalian pasti akan bahgia.

So pesanan untuk sahabat teman, kalau-kalau ada dia terbaca blog teman nih. Apa yang teman boleh katakan ialah teruskan dengan hajat dan niat sucimu itu. Insya Allah akan ada bantuan dari Allah untuk kalian nanti. Apa yang perlu dilakukan, rasanya semua dah arif sangat dah, solat hajat, doa dan sebagainya tuh. Tak perlu dah teman senaraikan nya disini. Kalau rajin bukak balik posting-posting teman yang lama berkaitan pemilihan calon nih.

Firman Allah yang bermaksud :

"Kebenaran itu dari Allah, janganlah kita termasuk dalam orang-orang yang ragu " al-imran ayat 60.

Sebagai penutup bicara teman untuk tajuk 'Bakal Suamiku Lebih Muda' ini, satu yang teman rasa sebab paling penting iaitu kita sayangkan nya. Insya Allah rasa kasih dan sayang antara pasangan suami dan isteri walaupun si suami lebih muda dari isterinya adalah satu kata kunci untuk mana-mana pasangan sekalipun dalam nak mengecapi kebahgiaan dalam rumahtangga mereka. Sertakan niat ikhlas untuk hidup bersama dalam diri kalian. Insya Allah, hubungan kalian akan dirahmati Allah...amin.

Adakah diriku termasuk juga dari kalangan bakal suami yang lebih muda dari isteri ?? Tepuk dahi pikirlah sendiri.

No comments: