Wednesday, February 11, 2009

Siapa Pilihan Kita ?

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

{Wahai Tuhan kami, anugerahkan lah kepada kami pasangan dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertakqwa.}

Baginda s.a.w pula pernah bersabda yang bermaksud :

“Janganlah kamu mengahwini seorang perempuan kerana kecantikan nya, mungkin kecantikan itu akan memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta menyebabkan kezaliman mereka. Tapi kahwinilah mereka di atas dasar agama. Seorang sahaya hitam berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik”.

Kalian lihat sahaja pada ayat Quran dan hadis nabi tu pun, teman rasa kalian pasti tahu bab apakah yang teman nak bincangkan kali ini. Dah terlanjur kita membincangkan soal rumahku syurgaku tu, rasanya ada baik kita pergi pada factor paling penting yang perlu dititik beratkan iaitu soal pemilihan pasangan hidup kita.

Kesilapan memilih pasangan juga dilihat sebagai satu punca keretakan rumah tangga yang semakin menular sekarang ini. Mengapa yer penting untuk kita memilih pasangan kita ni ?

Bila kita menyebut perkahwinan, perkara ini bukan lah satu perkara untuk dicuba-cuba dan di main-mainkan. Soal perkahwinan ini adalah antara soal besar dalam kehidupan kita. Rasulullah sendiri mengatakan mereka yang berkahwin ni telah menyempurnakan separuh dari agama mereka.

Untuk menempuh alam perkahwinan yang banyak cabarannya, kita perlu memperlengkapkan diri kita dengan ilmu kekeluargaan. Dalam kita menempuh cabaran tersebut, kita tidak boleh untuk bersendirian. Baik lelaki ataupun perempuan, masing-masing perlukan kekuatan dari pasangan. Dari sinilah dapat kita yakini bahawa pemilihan pasangan adalah memainkan peranan yang penting bagi melancarkan perjalanan bahtera kehidupan yang bakal dilayari.

Rasulullah sendiri telah menegaskan carilah mereka yang beragama. Tetapi pelik jugak hari ini, bilamana factor materialistic lebih dititik beratkan.

“Kecantikan wajah tak penting ker ustaz?” tanya seorang kenalan.

“ Saper kata tak penting..penting jugak..tapi itu bukanlah factor utama dalam kita nak memilih” itu lah jawapan teman.

Kecantikan ni suatu yang penting jugak kan. Sebab nanti dah kawin. Tetiap hari kita nak pandang wajah pasangan kita. Kalau dah muka pun kita tak sanggup nak pandang. Macam maner kita nak cari kedamaian dalam berumahtangga. Penat kita kat pejabat atau tempat kerja, balik rumah terubat bila pandang wajah pasangan kita.

Sabda Rasulullah : Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kalian melihat kepadanya menenangkan hati...(hadith sahih riwayat Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah dan Hakim).

Insya Allah semoga Allah anugerahkan kepada kita pasangan yang baik akhlaknya dan peribadinya. Kalau dah ada calon yang baik tuh, dahtu sejuk pulak mata kita memandangnya, serta dapat perkenan orang tua..ermm aper lagi..nyatakan hasrat kalian…nak cari yang complete memang susah dalam zaman skarang ini. Kalau ada pun terselit dalam ribuan orang takpun jutaan orang.

Oleh itu peganglah apa yang dah Rasulullah tekankan..carilah yang beragama..itu yang menjaminkan kehidupan kita nanti. Isteri yang mempunyai pegangan agama insya Allah dapat membimbing dan mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah nanti..orang yang beragama, insya Allah keturunannya baik. Orang yang hidup berlandaskan agama, insya Allah serinya terpancar di wajah. Hidup orang yang beragama juga akan sentiasa mendapat rahmat dan dimurahkan rezeki oleh Allah..maka carilah orang yang beragama kerana dari agama itu..kalian akan dapat segala-galanya.

Alhamdulillah..sama-sama kita doakan agar pilihan kita nanti tetap dalam jalan Islam seterusnya matlamat kita nak mewujudkan baiti jannati akan tercapai.

2 comments:

Samudera Qaseh said...

Memang benar,dengan beragama kita akan dapat segalanya.Dalam rumahtangga kita inginkan kerukunan,kedamaian,ketenangan,
keselamatan,kesejahteraan
dan kebahagiaan.Dengan mendapat isteri solehah,maruah suami terpelihara dan dijunjung tinggi.
Suami akan senang hati untuk
melakukan apa sahaja termasuk panggilan jihad.Suami juga perlu
memberikan sepenuh kepercayaan kepada isteri dalam pengurusan rumah tangga.
Saling mempercayai akan mengikat bahagia.

Anonymous said...

yer..terima kasih ummi munaliza..atas nasihat dan peringatan utk diri ini khasnya..

dari kepercayaan lah akan lahirnya kejujuran..betui tak ummi?