Saturday, February 7, 2009

Baiti Jannati-2

Alhamdulillah..sebelum ini kita telah membincangkan perihal tanggungjawab seorang suami dalam usaha mewujudkan 'baiti jannati'..Insya Allah pada kali ini kita akan cuba membincangkan tanggungjawab yang diamanahkan kepada insan yang digelar isteri. Sebenarnya semua orang telah pun mengetahui akan tanggungjawab-tanggungjawab ini. Entry ini hanya sebagai untuk kita memanaskan balik kotak ingatan kita agar semua tanggungjawab itu terpahat di minda kita untuk selamanya.

Isteri adalah satu icon yang penting dalam usaha kita membina rumahtangga yang bahgia, sekiranya isteri tersebut adalah seorang insan yang memahami akan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu dalam sesebuah keluarga, insya Allah natijahnya akan lahirlah sebuah keluarga yang bahgia dan harmoni. Jika sebaliknya yang berlaku, si isteri mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga, usaha kita untuk mewujudkan rumah yang boleh diibaratkan sebagai syurga adalah amat jauh sekali.

Kita lihat satu mafhum hadis Rasulullah dimana baginda mengatakan bahawa rumahtangga yang bahagia lahir daripada isteri yang soleh, jiran yang baik dan kenderaan yang sempurna. Wanita adalah penentu baik buruk sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan masyarakat yang baik semuanya bermula daripada rumah. Lihatlah betapa beratnya peranan seorang isteri. Ini bukanlah bermakna si suami boleh berlepas tangan dalam soal mewujudkan sebuah keluarga yang bahgia. Tanggungjawab suami telah pun kita bincangkan sebelum ini. Kita cuba satukan matlamat itu dan disertai dengan perlaksanaan tanggungjawab oleh setiap individu dalam keluarga tersebut.

Wanita adalah seorang yang bersifat lemah lembut dan dianugerahkan oleh Allah dengan kehalusan dalam setiap perkara yang dilakukannya serta amat bersesuaian tugasnya sebagai pengasuh, pendidik, pembimbing anak-anak dan penghibur kepada suami. Tanpa peranan isteri, rumahtangga mungkin tidak akan terurus. Ini dapat kita lihat sebagaimana drama dan filem yang ditayangkan.

Maka oleh itu, tidak dapat tidak pasti ada tanggungjawab yang perlu diberi perhatian oleh isteri dan serta difahami benar-benar, dihayati dan dilaksanakan tanggungjawab tersebut agar rumahtangga yang bahagia dapat diwujudkan.

Pembantu keluarga.

Apabila si suami telah mendapat title sebagai seorang ketua keluarga, sudah tentulah tanggungjawab sebagai pembantu jatuh kepada si isteri. Isteri adalah sayap kiri kepada sang suami. Bayangkan seekor burung yang terbang hanya menggunakan sebelah kepaknya sahaja, pasti capek sedikit terbangan si burung itu. Burung yang kedua-dua sayapnya berfungsi suda pasti terbangnya lebih stabil dan aman.

Walaupun suami adalah insan yang dipertanggungjawabkan utk mengemudi segala perbelanjaan keluarga, pada pandangan diri teman adalah tidak salah sekiranya si isteri turut membantu agar ekonomi keluarga berada di tahap yang selesa. Teman berpandangan mengikut keadaan dan situasi yang mungkin akan teman hadapi nanti. Dalam dunia yang penuh cabaran dan ditambah lagi dengan kenaikan-kenaikan yang pelbagai ini, rasanya amat bertepatanlah bahawa si isteri juga harus bertanggungjawab dalam membantu suami utk memantapkan taraf hidup keluarga.

Sempurna akhlak dahulu sebelum kecantikan.

Semua kita memahami bahawa Allah tidak sekali-kali memandang kecantikan seseorang tetapi apa yang dipandang oleh Allah adalah akhlak dan amalan seseorang.

Lihat saja pada firman Allah yang bermaksud : ( Tidak AKU jadikan jin dan manusia itu selain untuk beribadah kepadaKU )

Alangkah baik sekiranya kecantikan isteri itu dapat diadun dengan akhlak yang baik yang sudah pastinya menjadi pilihan utama setiap insan. Untuk melahirkan wanita yang berakhlak baik, mereka perlulah dididik dengan akhlak yang sedemikian rupa agar meninggikan lagi taraf kamanusian dan sekaligus membezakannya dengan sifat kehaiwanan.

Isteri yang baik juga tidak akan mengambil harta dan wang suami tanpa izinnya. Sekiranya tidak mencukupi maka ambillah secara yang maaruf sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Abu Sufian; Rasulullah menasihatkan agar mengambil dengan maaruf dan yang berhajat sahaja. Isteri yang soleh juga akan mudah mengawal harta benda suami ketika ketiadaannya.

Malu.

Sifat malu adalah sifat fitrah utk setiap wanita. Malu seorang isteri adalah taat kepada suami dengan sebenar-benarnya selagi mana suaminya taat kepada Allah. Isteri akan diam semasa suami bercakap, membenarkan kata-katanya dan menghormati segala pesanannya. Bermuzakarah boleh juga diadakan tetapi ia perlu dikawal oleh akal kerana wanita itu berakal pendek walaupun mempunyai rambut yang panjang. Perbincangan yang mengikut nafsu syaitan dan sikap memberontak dan menghentak-hentak kaki yang akhirnya akan memporak-perandakan rumahtangga.

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya merekaitu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan.Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."

Dengan ini jelas membuktikan bahawa sifat malu dan taat kepada suami masing-masing adalah perkara penting di dalam pergaulan berumahtangga. Ia perlu dijaga, diawasi dan dikawal agar jangan sampai berlaku yang tidak sesuai denga kewanitaannya dan dilarang oleh agama.

Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan meghormati suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepda Allah s.w.t jua; dan murka suami bererti murkalah Allah kepadanya.

Teman rasa cukup setakat tu dulu, kita cuba sematkan dalam pikiran kita dan tekad utk mengamalkannya, insya Allah sekiranya kita dapat amalkan yang ini dahulu pasti usaha kita untuk lahirkan rumahtangga yang bahgia pasti akan mudah dan sudah pastinya dengan bantuan Allah.

Untuk akhirnya teman nak kongsikan antara tanggungjawab lain serta fadhilat kepada seorang isteri. Teman ambik ni kat internet. So rasa baik jugak untuk dikongsikan ngan kalian semua. Semoga fadhilat-fadhilat tu menjadikan kita lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab kita nanti.

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami :Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami :Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami :Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami :Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami :Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak :Fadhilat : isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yangberguna dengan didikan agama yang sempurna. maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain suami yg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan :Fadhilat : seolah-olah berzikir kpd Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya terus masuk syurga.

No comments: