Monday, February 23, 2009

Peranan ibu dan bapa

Alhamdulillah..sempat jugak teman nak menyambung perbincangan kita tentang permasalahan kekeluargaan nih…teringat pada ayat seseorang yang katanya nak bukak klinik kaunseling..leh la teman join kalo camtuh..kaunselor tak bertauliah...hehehe..

Teman ni sekadar bercakap di sini boleh la..bukan nyer bijak sangat nak menangani masalah-masalah orang lain..

Ok berbalik kepada permasalahan kita nak mewujudkan suasana keluarga yang harmoni..ataupun dengan kata lain yang biasa kita dengar baiti jannati..

Mutaakhir ini, kita dihidangkan dengan pelbagai salah laku dan masalah moral muda mudi..dalam filem, drama malah dalam berita pun kita dipergambarkan bagaimana teruknya ahlak muda mudi kita sekarang ini..

Tidak dapat kita nafikan lagi, bahawa muda mudi ini jugak adalah berasal dari sebuah keluarga..masalah moral yang mereka lakukan di luar sedikit sebanyak membawa kepada terbantutnya matlamat kita dalam mewujudkan rumahku syurgaku..

Dalam kita nak menangani permasalahan remaja liar nih..kita perlu carikan punca nya terlebih dahulu..ada orang cakap pengaruh rakan sebaya..pastu pengaruh media massa..semua itu tak teman nafikan adalah antara factor kepada peningkatan masalah akhlak muda mudi skarang..

Cuma apa yang teman nak highlightkan disini adalah peranan institusi kekeluargaan dalam menjebakkan mereka ke kancah maksiat tersebut. Teman berpendapat peranan paling utama adalah pada kedua ibu dan bapanya..

Mengapa teman berpendapat sedemikian.. Ini adalah kerana seseorang remaja itu dilahirkan dari sebuah keluarga. Baik didikan yang diberikan padanya, insya Allah akhlak tersebut akan dibawa ke dalam masyarakat.. Perangai dalam keluarga akan terbawak semasa mereka berada di luar..

Didikan ibu dan bapa.

Kebanyakan ibubapa pada hari ini tidak mementingkan soal keagamaan pada anak-anak mereka..mereka hanya mahukan anak-anak mereka berjaya di dunia. Mereka abaikan kebajikan anak-anak untuk kehidupan mereka di akhirat nanti.

Ibu bapa sekarang berlumba-lumba nakkan anak mereka berjaya jadi seorang doctor, arkitek, engineer, lawyer, dan pelbagai lagi jawatan professional. Tak payah la kita pergi ke permasalah yang terlalu mendalam, cukup kita sentuh dalam bab pemakaian tudung dahulu. Berapa ramai ibu bapa yang tewas dalam memberikan didikan kepada anak-anak mereka.

Dari permasalahan pemakaian tudung ini, remaja yg terlibat akan mudah terpengaruh dengan keadaan semasa yang kita lihat banyak mengajak kepada membuka lagi pakaian-pakaian mereka. Teman bukanlah nak menghina mereka yang tidak bertudung. Teman Cuma nak bangkitkan disini bahawa peranan ibu bapa yang tidak dijalankan. Ibu bapa tidak bertanggungjawab kepada anak-anak mereka.

Sedangkan dalam Quran Allah dah pesan awal-awal lagi peliharalah isteri-isterimu dan anak-anak mu dari azab api neraka.

Hubungan suami isteri

Kadang-kadang orang terlepas pandang perkara ini. Si suami mengherdik si isteri. Si isteri menengkin si suami. Lebih malang perilaku mereka ini berlangsung di hadapan anak-anak mereka.

Lantaran itu, anak-anak merasakan tiada keamanan bagi mereka dirumah. Lantas mencari kedamaian dan keseronokan di luar. Kita sendiri sedia maklum bahawa keadaan sekeliling kita pada hari ini lebih banyak mengajak kepada kemungkaran.

Dalam keadaan mereka tidak diberikan didikan yang secukupnya dan dilepaskan pulak untuk melawan sepak terajang dunia ini, sebab itulah ramai remaja tertewas.


Redha ibu bapa

Terlebih awal sebelum kita nak mendirikan rumahtangga, soal restu ibubapa perlu dititik beratkan. Bagaimana mungkin kita nak melahirkan generasi yang hormatkan ibubapa sedangkan kita sendiri tidak hormatkan ibubapa kita?

Bagaimana kita nak mendidik seorang anak yang tak hormatkan kita. Apakah akan sampai didikan kita kepada mereka nanti. Itulah kesan jangka panjang pada mereka yang berkahwin tanpa izin dan restu keluarga.

Restu keluarga untuk kita melangsungkan perkahwinan amat penting kerana keberkatan kehidupan kita berkeluarga bertitik tolak dari restu ibu dan bapa kita.

Apa lagi yang kita mahukan dalam kehidupan kita ini selain dari keberkatan. Punya harta bergunung tapi tak berkat tiada gunanya jugak. Berkahwin dengan yg tersayang tapi takder keberkatan, pasti akan banyak masalah yang perlu dihadapi pada kemudia hari..

Kesimpulan

Apa-apa pun, kalian pasti punya pendapat tersendiri dalam membicarakan masalah akhlak muda mudi ini.

Perbincangan ini bukanlah meletakkan kesalahan itu semata-mata kepada ibu bapa. Bukan tidak ada di luar sana ibubapa yang tidak mahukan cara hidup Islam, tetapi anak mereka istiqamah dengan jalan Islam.

Demikian jugak lah, didikan agama yang diberikan oleh keluarga belum menentukan si anak ini mampu mengaplikasikan nya di dalam dunia yang serba mencabar. Ramai jer ibubapa yang baik tapi memiliki anak-anak yang bermasalah.

Semuanya berbalik kepada diri sendiri jugak. Allah dah berfirman kan yang mafhumnya Allah takkan ubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang nak mengubahnya. So ibubapa dan keluarga hanya mampu membantu dan tidak dapat tidak ibubapa adalah antara factor utama penyumbang kepada masalah anak remaja yang melanda negara buat masa sekarang ini.

{Wahai Tuhan kami, anugerahkan lah kepada kami pasangan dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertakqwa.} amin….

No comments: