Sebagai seorang insan yang bakal bergelar suami nanti rasanya langkah teman untuk menulis antara tanggungjawab suami terhadap keluarga ini insya Allah akan menjadi sebagai satu panduan untuk teman nanti. Perkahwinan dan hidup berkeluarga bukanlah suatu benda yang mudah. Melangkahkan kaki ke alam perkahwinan menandakan akan bertambahlah tanggungjawab bagi seseorang itu. Bagi seorang yang bakal bergelar suami dan telahpun bergelar suami, tanggungjawab yang amat berat perlu kalian pikul. Setiap perlakuan yang menyalahi syarak yang dilakukan oleh isteri dan anak2 kalian terpikul di bahu kalian. Lihatlah betapa beratnya tanggungjawab tersebut. Janganlah kita endahkan tentang tanggungjawab yang perlu kita laksanakan itu.
Ketua Keluarga
Tanggungjawab pertama yang pasti dan wajib si suami tunaikan adalah sebagai seorang ketua keluarga. Suami adalah seorang yang bertindak sebagai pemerintah terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya sendiri. Maksud pemerintahan di sini bukanlah dengan sewenang-wenangnya dia memerintah setiap orang dirumah itu untuk mengikut telunjuknya. Maksud disini adalah dia mestilah bersikap bijak dalam mebuat sebarang keputusan untuk mengawal keseluruhan ahli keluarganya lantaran dia adalah seorang ketua bagi sebuah keluarga. Si suami perlu berlaku adil dalam pemerintahan nya agar seisi rumah berasa tenang dan ekoran daripada itu akan wujudnya sebuah keluarga yang bahgia.
Si suami itu tadi hendaklah bertanggungjawab juga terhadap keselamatan dan kebajikan setiap ahli yang berada di bawah jagaannya iaitu isteri dan anak-anaknya. Tanggungjawab ini adalah berat dan besar untuk dipikul. Maka oleh kerana itu suami perlulah bersedia untuk memikul semua tanggungjawab tersebut dan bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya itu.
Seorang ketua perlulah peka terhadap orang dibawah jagaan nya. Dalam konteks hidup berumahtangga ini suami perlu peka terhadap isteri dan anak-anaknya. Perlu peka terhadap aurat,masalah,kebajikan dan sebagainya. Yang terpenting adalah peka terhadap masalah keagamaan orang jagaannya. Kerana sekiranya orang di bawah jagaannya hanyut dalam dalam tipudaya dunia ini, dan ingkar dengan ajaran Islam, si suami ini turut akan terheret sama.
Firman Allah s.w.t bermaksud: (Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka) : al-Tahrim : 6.
Ayat yang diturunkan ini khusus ditujukan untuk insan yang bernama suami dimana para ulama berpendapat bahawa suamilah insan yang bertanggungjawab untuk menyelematkan anak isterinya dari dihumban ke neraka Allah nanti. Apakah yang dimaksudkan dengan menyelamat itu. Maksud menyelamatkan ahli keluarga itu adalah dengan mengajar mereka dengan ilmu-ilmu Islam agar hidup mereka di atas landasan Islam yang sebenar. Ingat tu Islam yang sebenar, bukan islam had hari yerk..hehehe..
Nafkah
Bab nafkah ni tak perlulah teman ulas dengan panjang lebar. Sebab teman rasa kalian semua dah tau yang seorang suami memang wajib memberi nafkah terhadap ahli kuarganya. Untuk isteri tercinta perlu diberi nafkah zahir dan batin. Untuk anak-anak pulak cukuplah nafkah zahir yang diberikan. Jangan jadi macam setengah orang zaman skarang nih..Anak sendiri pun dibantainya..
Soal nafkah ini perlu suami langsaikan dari segi pakaian nya,tempat tinggalnya dan segala keselesaan yang berpatutan dan mampu untuk si suami sediakan. Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya : memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah sama hukumnya dengan orang yang pergi berjihad ke jalan Allah. Wahai insan yang bergelar lelaki, ikhlaskan lah niat kalian walaupun kepenatan yang perlu kalian tempuhi dalam memenuhi tanggungjawab ini.
Penyayang
'Abang sayangkan sayang'...Seringkali kita lihat di kaca tv ungkapan ini di ucap oleh suami terhadap isterinya. Seorang yang penyayang bukan hanya melaungkan melalui ucapan sahaja malahan wajib dibuktikan melalui perbuatan dan tindak tanduk kita.
Seorang suami yang baik adalah mereka yang berlaku baik kepada isteri dan anak-anak mereka. Rasulullah bersabda : 'Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya. Dalam usaha untuk matlamat baiti jannati dicapai, rasa cinta dan kasih sayang perlu wujud dalam setiap ahli keluarga lebih-lebih lagi seorang ketua keluarga yang sedang kita bincangkan ini. Suami perlulah bersikap baik dengan isterinya serta melayan isterinya dan pandai menjaga hati isterinya.
Si suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap-sikapnya. Sekiranya ada terdapat kesalahan dan kelemahan dari pihak isteri jangan lah mudah untuk melenting. Biarlah si suami beralah sedikit asalkan si isteri tidak sampai ke tahap merosakkan peribadinya dan si isteri tidak sampai melakukan perkara yang melanggar syarak. Sekiranya perlakuan itu melampau tegurlah mereka secara berhikmah. Contohilah cara Rasulullah bagaimana baginda bersama isteri-isterinya.
Sabar
Dan yang seterusnya si suami perlulah banyak bersabar. Kehidupan berkeluarga ini memang tak lepas dari masalah dan ujian. Sekiranya berlaku sebarang perselisihan faham antara suami dan isteri, ada baiknya anda sebagai suami mengambil langkah untuk bersabar. Sifat bertimbang rasa, lemah lembut perlu ada pada diri suami. Walaupun kadang2 perkara yang diperselisihkan itu hanyalah perkara kecil. Janganlah pulak mudah untuk suami menengking dan memarahi si isteri.
Tambahan pula nanti akan sampai suatu masa si isteri sedang mengandung dan di saat inilah kadang-kadang kebanyakan isteri akan bertindak mengikut perasaan. So pada ketika ini si suami perlu memainkan peranan yang penting untuk memahami situasi si isteri dan melayan isteri dengan baik dan penuh rasa sabar. Ingatlah pengorbanan mereka yang sedang mereka lakukan itu. Janganlah disebabkan benda yang kecil sahaja rumahtangga akan menjadi porak peranda pulak nanti.
Tambahan pula nanti akan sampai suatu masa si isteri sedang mengandung dan di saat inilah kadang-kadang kebanyakan isteri akan bertindak mengikut perasaan. So pada ketika ini si suami perlu memainkan peranan yang penting untuk memahami situasi si isteri dan melayan isteri dengan baik dan penuh rasa sabar. Ingatlah pengorbanan mereka yang sedang mereka lakukan itu. Janganlah disebabkan benda yang kecil sahaja rumahtangga akan menjadi porak peranda pulak nanti.
Teringat pulak teman pada bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh P.Ramlee dan Sarimah dalam filem 3 Abdul..
Sedangkan lidah lagi tergigit,
ini pula suami isteri.
Buang yang keruh ambil yang jernih,
baru teguh peribadi.
Demikianlah antara tanggungjawab dan perkara yang perlu si suami lakukan dalam usahanya untuk membina kerajaannya yang baik demi mencapai matlamat baiti jannati. Masih ada banyak lagi yang perlu diperhatikan, insya Allah kita akan perbincangkan semua itu sedikit demi sedikit.
Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya dan tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab mereka terhadap Islam. Anda wahai insan yang bernama lelaki adalah ketua dan pembimbing kepada ahli keluarga anda. Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami itu jelaslah bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga.
Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya dan tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab mereka terhadap Islam. Anda wahai insan yang bernama lelaki adalah ketua dan pembimbing kepada ahli keluarga anda. Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami itu jelaslah bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga.
No comments:
Post a Comment