Dok Negara orang pun dah kene ada visa
Kalau Negara orang ni pun dah susah kita nak masuk kalo takder visa..lagi la nak masuk syurga Allah..tempat paling seronok dan paling menggembirakan…mesti la visa yang perlu kita dapatkan tuh lebih mahal harganya…
Visa yang mula-mula akan ditanya apabila tiba pada yaumul hisab nanti adalah perihal solat kita..nabi kita pernah bersabda yang membawa maksud solat itu adalah tiang agama..ingatlah kita bahawa bila disebut tiang nih sudah pasti suatu yang perlu kita teguhkan..bayangkan sebuah rumah yang rapuh tiang serinya..sudah pastilah peratusan untuk rebah ke bumi lebih banyak
Allah berfirman yang bermaksud :
‘Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perkara fahsya dan mungkar’
Solat ini kalau kita lihat takrifan nya pda sudut bahasa adalah membawa maksud doa.. dan suatu keadaan yang diri kita paling hampir dengan Allah adalah semasa bersolat..so perbanyakkan lah melakukan solat-solat sunat sekiranya kita dalam kesusahan. Semoga dengan pengabdian kita kepadaNya ini akan dapat memudahkan kita menempuh segala cabaran yang mendatang dan melalui semua itu dengan perasaan yang amat tenang..
Perlu kita ingat juga, janganlah kita ingat pada Allah semasa kita dalam kesusahan sahaja. Ramai orang begitulah caranya, masa senang dia lupa siapakah pencipta dirinya. Bila Allah dah uji dengan sesuatu dugaan baru lah merintih mencari Yang Maha Esa..kita ingat Allah di waktu kita senang, insya Allah Allah akan ingat kita di waktu kita susah..
Ermm dah dekat pukul 9 pun..teman nak siap2 untuk ke ‘jawazat’ pulak nih nak setelkan urusan visa teman nih…ingat yer sahabat sekalian..teman berpesan pada diri teman khasnya untuk kita sama-sama perbaiki amalan kita dalam usaha kita mendapat visa yang mudah untuk menuju ke syurga Allah kelak…
Mari kita muhasabah diri kita..apakah kita sudah sampai ke kemuncak sebenar solat yang Allah inginkan..dimanakah puncak sebenar ???
No comments:
Post a Comment