Letih betui pagi nih…lepas solat subuh tadi dok baring-baring..ingatkan nak lelapkan mata kejap..tapi takleh lelap pulak mata teman nih..tetiber ahli bait teman ajak pi main bola kat istad…terpikir jugak nak pegi ker tak tadi..maklum la dengan cuaca di luar yang sejuknya menangkap tulang sumsum..tapi bila memikirkan dah lamer tak berpeluh badan teman nih..teman gagahkan kaki ini utk pegi jugak..
2 jam main tadi..ada jugak la buah tangan bawak balik..ehh bukan buah tangan..buah kaki..aper lagi..salah urat la kaki nih..ermm abis sakit seluruh badan..dah hampir 5 bulan tak turun
Balik-balik tadi terus pi beli beras..mengusung guni beras pulak dah..sampai umah terlentang terus..memang penat betui rasanya pagi tadi..balik umah dah kul 11 lebih..kalo tdo masa tuh lambat ler jawabnya solat zohor..nak taknak tunggu la masuk waktu dulu…
Letih setara mana pun kita..sekiranya urusan agama kita kene gagahkan jugak diri kita untuk lakukan nya..
Macam tu la dalam usaha dakwah ni
Dunia kita pada hari ini makin hari makin teruk..kalau Allah nak turunkan bala dah boleh sangat dah..takut rasanya dengan suasana hari ini..taktau la kalo kalian tidak merasakan apa yang teman rasakan nih..ya Allah..jauhi seluruh ahli keluargaku dari terjebak ke arah kancah maksiat kepadaMu..amin ya Rabb..
Menyebut soal keletihan ni..sudah pastilah bagi seorang daie tidak boleh menjadikan letih ini sebagai alasan utk berhenti dari melakukan kerja-kerja dakwah…usaha dakwah ini tak kenal erti letih..
Mengenangkan keruntuhan akhlak muda-mudi kita sekarang ini..teman rasa terpanggil untuk membincangkan perihal dakwah kepada mereka ini.. mereka-mereka itu perlu diselamatkan..kerana mereka lah yang bakal menggantikan kepimpinan yang sedia ada setelah yang sedia ada ini pergi menemui Allah..kita selalu dengar pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara..dalam kita nak merealisasikan ungkapan tadi tuh..bukan lah semudah yang kita sangka.
Tambahan pula keadaan sekeliling yang lebih banyak mengajak kepada keburukan dan maksiat menambahkan lagi kesusahan kita dalam nak mendakwah mereka utk kembali ke jalan Islam..
Sebelum kita meneroka lebih jauh dalam bab dakwah kepada remaja ini..ada baiknya kita kenali siapakah remaja ini terlbih dahulu..
Remaja boleh kita fahami mereka-mereka dalam usia sedang meningkat dewasa.. dalam usia sebegini kebanyakan dari mereka sentiasa ingin mencuba..mereka pantang ditegur adakalanya..mudah melenting dek kerana darah mudanya..ada antara mereka boleh dibawa berbincang tetapi perlu kepada satu kaedah yang bijaksana keran mereka ini masih mentah dek kerana kurangnya pengalaman hidup..
Adakalanya mereka merasakan diri mereka tidak dihargai. Dikala itu lah terjadinya keadaan dimana mereka mahu mencari jalan hidup sendiri untuk membela dan mempertahankan harga dirinya. Disinilah terjadinya penentangan kepada nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat. Mereka merasakan mereka ingin hidup bebas, dan mahu lepas dari kongkongan keluarga dan masyarakat. Sebab itu lah kita lihat pada hari pelbagai macam masalah yang dilakukan oleh remaja. Dari sekecil-kecil masalah hinggalah ke besar-besar masalah seperti perlakuan seks bebas dan sebagainya. Semua ini adalah kerana pengaruh persekitaran dan jugak pengaruh rakan sebaya di sekelilingnya.
Bila seorang remaja sudah merasakan ada tanggungjawab terhadap dirinya. Dia merasakan mampu untuk melawan sepak terajang dalam kancah dunia hari ini dan mempunyai falsafah dan prinsip hidupnya sendiri. Maka pada masa itulah remaja tadi dapat kita katakana sebagai dewasa.
Sebagai muslim, kita mahukan anak remaja kita sentiasa dibawah lindungan rahmat Allah. Kita mahu wujudkan generasi pelapis seperti yang disabdakan Rasulullah dari Abu Hurairah :
“Ada tujuh golongan manusia yang Allah akan menaungi mereka di hari kiamat, dalam naungannya pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya iaitu pemimpin yang adil dan anak muda yang tumbuh atau menjadi dewasa dalam keadaan selalu mengabdi kepada Allah swt dan seorang yang hatinya tergantung di masjid dan dua orang yang kasih mengasihi mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah dan seorang laki-laki yang diajak berzina oleh seorang perempuan berpangkat atau bangsawan lagi cantik pula tetapi ia menolak dan berkata: Sesungguhnya aku takut pada Allah dan seorang yang selalu ingat kepada Allah di kala berkhalwat hingga kedua matanya mencucurkan air mata.”- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Usaha dakwah kepada remaja ini tidak boleh tidak memerlukan kita sentiasa berdamping dengan mereka. Rata-rata yang teman jumpa di
Maka teman mengajak sahabat-sahabat sekalian, kita sama-sama dampingi mereka ini. Mereka ini jangan kita lihat dengan pandangan yang serong. Kita tidak tahu bahawa hidayah Allah akan sampai kepada mereka bila dan bagaimana. Mungkin dek kerana maksiat yang dilakukan olehnya membuatkan dia insaf diri pada suatu hari nanti. Sebab itulah teman mangajak diri teman sendiri khususnya untuk mengambil inisiatif bersahabat dengan mereka dalam usaha kita untuk berdakwah.
Justeru itu, diri kita sendiri perlu dipersiapkan dari segi mental dan fizikal supaya jangan diri kita pula yang terjebak ke kancah maksiat. Masih banyak lagi kaedah lain yang boleh kita lakukan. Pada teman, ini salah satu kaedah yang penting iaitu sentiasa berdamping dengan mereka.
Teringat teman sewaktu pulang ke tanahair tahun 2007 dulu. Teman bersama kawan ke
Sepanjang perjalanan tu teman mendengar kisah mereka.
Sebab tu teman mengajak sahabat sekalian utk berkawan dengan mereka. Mereka sebenarnya mahu kembali kepada jalan hidup Islam. Cuma tiada bimbingan yang mereka dapat. Tidak cukup sekadar kuliah di masjid. Ingatlah..jangan kita hina dan hujum mereka ini.
Kita bukanlah nak cakap diri kita baik. Tapi kita berusaha ke arah kebaikan. Maka dalam usaha kita menuju ke arah kebaikan tuh, ada baiknya kita bawak bersama sahabat-sahabat kita yang diluar
Teman berpandangan sedemikian mungkin kerana di sekeliling teman adalah sahabat-sahabat yang punya masalah dan kurang pengetahuan agama. Teman tahu inilah tanggungjawab yang perlu teman pikul. Amanah yang Allah berikan dengan meletakkan teman di kalangan mereka mesti teman tunaikan sebaik yang mungkin.
Ya Allah..bantulah usaha kami dalam mengajak mereka-mereka ini kembali ke jalanMu ya Allah..Engkau Yang Maha Berkuasa untuk memberi hidayah kepada mereka..Amin..
No comments:
Post a Comment