Baru-baru nih kecoh kita digembar-gemburkan dengan permasalahan hukum hudud..bermacam reaksi kita dengar…dan tak kurang ramai jugak dari rakyat yang termakan dengan provokasi murahan dari tv dan akhbar nih…
Apa yang teman nak sentuhkan kat sini adalah mengenai tuduhan yang telah pihak pimpinan kerajaan ataupun dengan kata lain..pimpinan ameno..yang menuduh bahawa hudud yang nak dilaksanakan oleh Pas adalah hudud Pas..ok ler..kalau dah dia kata yang pas nak jalankan tu hudud pas..kita mintak mereka-mereka nih kuarkan pulak rang undang-undang hudud ameno punya pulak..dan satu pihak lain pulak kuarkan hudud yang Islam gariskan camner..pastu kita bandingkan yang maner betui..rasa-rasa la..nak ke mereka pada hukum hudud ni yerk??
Pelik la teman
Intipati yang penting daripada perlaksanaan hudud ini adalah kesedaran kepada mereka yang melihat..siapa yang berani untuk berzina lagi sekiranya mereka melihat balasan yang diterima kalau disabitkan kesalahan dengan cukup lengkap saksi-saksinya…
Tapi
Allah dah nyatakan pada kita..kalau kita menolak hukum Allah..hukumnya terkeluar dari agama Allah..nauzubillah..sekiranya sedikit sahaja ada rasa keraguan di benak kita dengan hukum Allah ini..bermakna kita telah ragu kepada Allah..kerana Allah yang telah menciptakan hukum ini untuk hamba-hambaNya..Dalam Quran sendiri Allah nyatakan berkaitan hukum hudud ini..lihat bagaimana Allah nyatakan hukuman yang wajib dikenakan kepada penzina dan pencuri..jelas dan terang Allah dah nyatakan dalam Al-Quran..itupun masih ada manusia yang sombong sanggup mempersendakan hukum Allah ini..
Negara Saudi adalah contoh Negara yang menjalankan hukuman hudud ini..takper ler..maybe orang cakap..takper ler tu Negara arab..kalo itu lah jadi alasan nya..nah skarang ni Negara jiran kita
Kita hari ini ramai yang angkuh..rasa lebih besar dari Allah gamaknya..maner nak menjalankan hukum hudud..sebab perkara yang kecil pun mereka masih tak dapat nak setelkan..tak payah la kita sebut hal yang besar-besar..cukup lah kita lihat kepada pemakaian tudung dahulu..disitu pun pemimpin kerajaan kita dah ramai yang tewas…
Apalah ertinya hidup senang dan seronok di dunia ini kiranya di akhirat nanti kita hanya akan mendapat balasan neraka..sama-sama lah kita muhasabah semula diri kita..setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan..dari kesilapan itulah kita mulakan langkah untuk memperbetulkan semula segala apa yang telah kita lakukan..
Hidup ini bukanlah panjang sangat itu dinikmati..entah esok entah lusa nyawa kita akan ditarik semula..maka pergunakan lah kesempatan yang ada ini untuk kita sama-sama perbaiki iman dan amalan kita dan dapat membantu gerakan Islam untuk menegakkan syiar Islam di bumi
Jangan terus bodohkan diri kita dengan dunia yang menipu ini..ingatlah…ISLAM is the future….
No comments:
Post a Comment