Sunday, May 31, 2009

Aku Bersyukur ya Allah..

Berjalan-jalan makan angin di internet sambil berehat tadi membawa diri teman merantau nun jauh ke seberang laut, teman tiba di sebuah web yang memaparkan kisah seorang anak 'mat saleh' yang tidak berkaki.

Banyak lagi sebenarnya kisah insan-insan istimewa ini ataupun dengan kata lain nya Orang Kurang Upaya (OKU) ni di luar sana. Menghayati kisah kehidupan mereka membuatkan teman merasakan apa yang telah Allah berikan pada teman ini cukup besar nikmatnya. Memang wajib kita panjatkan rasa syukur kita padaNya dengan apa yang telah Allah berikan pada kita. Kadang-kadang kita rasa kita kurang sesuatu, tapi kita lupa yang orang lain ada yang lebih malang dari kita.

Walaupun kita takder aweks..ok lagi..walaupun kita takder kereta besor..ok lagi tuh..kita tak punya rumah cantik..masih lagi ok...kerana kita masih punya 2 kaki untuk bergerak..so pikir-pikir dan renung-renungkan lah. Tepuk dahi pikirlah sendiri..

Dari kecil tidak berkakiMasih mampu berbasikalKalian ada ke koleksi ini??Berkaki pun tak pandai main.Sampai jugak garisan penamatWatson Nyambek pun ketinggalanCergas betui budak nih..

So syukurilah dengan apa yang kita ada itu. Semoga dengan rasa syukur itu akan Allah tambahkan lagi nikmatnya pada kita..insya Allah..amin..

Buat mereka yang mungkin tergolong dalam kalangan OKU ini..teman doakan kalian tetap tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan ini. Sudah ketentuanNya, dan pasti terselit hikmah dalam penciptaan kalian itu. Ketabahan kalian ini akan menjadikan kami yang dijadikan sempurna ini bertambah semangat dan mensyukuri dengan apa yang telah diberikan. Ingatlah disisi Allah, kesempurnaan iman yang akan diperhitungkan.

Baca Lagi..

Saturday, May 30, 2009

Cuti..pengerat ikatan kekeluargaan.

Alhamdulillah..pelajar-pelajar sekolah sekarang ini mesti rasa girang hati punya sebab bercuti hampir 2 minggu kalau tak silap teman. Dulu masa zaman sekolah selalu ler teman menghitung hari untuk bercuti. Sekarang ni taktau dah bila masa sekolah bercuti.

Apa-apa pun teman ucapkan selamat bercuti buat semua adik-adik di bangku persekolahan dan selamat bercuti jugak buat guru-guru. Tidak lupa juga buat mahasiswa yang mana sekarang ini sedang berada di dalam cuti semester. Mungkin ada yang nak bertunang dah berkahwin dalam cuti ini.

Cuti persekolahan ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh sesebuah institusi kekeluargaan. Kalau pada hari-hari persekolahan biasa, waktu yang diluangkan untuk anak-anak mungkin sedikit terbatas dek kerana si anak perlu menghadiri kelas tambahan dan sebagainya. Ibu dan bapa pula masing-masing punya urusan di luar rumah yang membuatkan tumpuan untuk anak-anak menjadi sedikit terpinggir. Maka kesempatan cuti persekolahan ini perlulah digunakan sebaik mungkin oleh ibubapa untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Banyak cara yang boleh kita cuba aplikasikan antaranya :

1) Pergi bercuti.

Ini lah masanya ibu dan bapa membuat perancangan untuk pergi bercuti ke suatu destinasi yang mungkin boleh menimbulkan rasa gembira seisi keluarga. Banyak tempat yang boleh dilawati sempena cuti sekolah ini. Cuma teman mencadangkan biarlah tempat yang dilawati itu suatu tempat yang sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan pada minda anak-anak. Sebagai contoh tempat-tempat bersejarah dan kawasan peranginan yang sesuai untuk peringkat umur anak-anak yang masih di bangku sekolah.

Teman teringat masa teman kecik-kecik dulu, pantang cuti sekolah mesti ayah dah merancang untuk bercuti ke mana-mana. Walaupun dalam kereta nanti mesti bergaduh punya lah, sebab berebut kawasan tempat duduk..hehehe..memang lucu la masa kecik-kecik dulu.

Teman nak kongsikan sedikit pengalaman teman berkaitan percutian ini. Dulu masa kecik-kecik memang ayah selalu sangat bawak kami bercuti. Tapi cuti bukan sekadar cuti kosong sahaja. Sekembali kami dari percutian, kami perlu menulis kembali satu karangan berkaitan dengan percutian yang telah kami lalui. Mungkin inilah antara cara ayah nak didik kami. Walaupun seronok bercuti tetapi soal pendidikan tidak boleh diketepikan.

Sedikit lagi perkongsian berkaitan percutian ini. Kalau sekembali dari bercuti kami perlu membuat karang, tidak kurang juga semasa perjalanan kami turut diisi dengan aktiviti pembelajaran walaupun dalam bentuk yang santai. Kalau tadi kami kene mantapkan Bahasa Melayu, semasa dalam perjalanan kami kene mantapkan Matematik. Pada kebiasaannya, kami adik-beradik akan bertanding siapa cepat mendapat jawapan. Caranya adalah dengan menambahkan kesemua nombor-nombor plet kereta yang berada di depan kereta kami sehingga menjadikan nombor tersebut satu angka. Sebagai contoh (1983) , maka kene ler tambahkan 1+9+8+3=21, jumlah 21 itu jugak perlu ditambah untuk menjadikan jawapan nya hanya satu angka. So 2+1=3. Beginilah hiburan kami dalam kereta. Siapa yang dapat menjawab banyak, akan diberikan hadiah. Teman beralah la ngan adik-adik..hehehe..

2) Makan bersama

Ini juga aktiviti yang boleh merapatkan lagi ikatan kekeluargaan dalam sebuah keluarga. Kalau di hari-hari biasa, jarang dapat kita berkumpul seluruh ahli keluarga, maka gunakan lah kesempatan bercuti ini untuk sama-sama menikmati juadah hidangan bersama. Memang lain keadaan nya kalau kita makan beramai-ramai ni. Kalau yang belum pernah makan bersama dengan ahli keluarga tu, teman cadangkan untuk kalian cuba. Mungkin ini salah satu cara dari banyak lagi cara nak merapatkan lagi ukhwah sesama ahli keluarga.

3) Sembahyang bersama

Dalam kita membuat pelbagai aktiviti fizikal bersama, janganlah dilupakan untuk kita sama-sama melakukan aktiviti kerohanian ini bersama. Ibu dan bapa memainkan peranan yang penting bagi menjayakan aktiviti ini. Disamping pengisian berbentuk hiburan di masa cuti ini, anak-anak ini perlu diisi dengan pengisian rohani agar pegangan mereka kepada jalan hidup Islam ini lebih kukuh dan teguh.

Kadang-kadang ibubapa rajin bangun malam, tapi tak pernah nak kejutkan anaknya untuk bertahajjud bersama. Alangkah manisnya kalau seluruh ahli keluarga dapat sujud bersama menghadap Ilahi.

Ditambah pula selepas selesai solat bersama, si ayah memberi tazkirah sedikit buat isteri dan anak-anak tersayang. Memang sukar untuk melaksanakan cara ini sekiranya sebelum-sebelum ini belum pernah dicuba. Maka jadikan musim cuti ini sebagai permulaan untuk kita sekeluarga. Semoga usaha yang kita lakukan ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih dan sesayang sesama ahli keluarga dan sudah pastinya kasih dan sayang untuk Yang Maha Pencipta.

4) Kemas rumah bersama

Mengemas rumah ini mungkin sudah biasa kita buat, dan untuk musim cuti ini mungkin kita lebarkan lagi kawasan di sekitar halaman rumah pulak. Si ayah mencuci longkang, sang ibu membersihkan kawasan tanaman bunganya, si abang sedang mesin rumput, yang bongsu sedang menyapu sampah, kakak yang sulung membuat hidangan. Bahagianya bila dapat pulak menjamah hidangan di kawasan halaman rumah bersama.

Kesimpulan

Banyak lagi cara kita nak eratkan lagi ikatan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Yang teman tuliskan itu hanya sedikit daripada cara-cara yang lebih banyak lagi ada dalam pemikiran kalian. Apa yang penting, musim cuti sekolah ini dapat kita gunakan sebaik mungkin untuk bersama dengan ahli keluarga. Saat-saat indah bersama ahli keluarga ini akan menjadi kenangan berharga buat semua ahli keluarga tersebut. Semoga cuti persekolahan ini menjadi suatu saat manis dan berharga buat kalian.

Ibnuwalidaini : Selamat bercuti Ummi Humaira'..cutilah sepuas-puasnya.

Baca Lagi..

SIHIR PELALAU PEROSAK HUBUNGAN

Bersama Dato Dr Amran Kasimin

SOALAN:
Sama seperti perempuan lain, saya ingin berkahwin, tetapi dihalang oleh keluarga dan macam-macam masalah. Seingat saya, lebih 10 orang yang datang meminang. Apabila saya terima pinangan, keluarga membantah, ataupun bantahan daripada pihak lelaki yang tidak setuju.

Umur saya meningkat 30 tahun dan keluarga saya menyatakan jodoh saya berat, mungkin saya disihir. Hingga sekarang ini saya menghadapi masalah mimpi dengan seorang lelaki, kawan sama sekolah dahulu. Kami hanya berkawan biasa tidak bercinta pun. Selalu terganggu di waktu tidur. Saya selalu terhidu bau busuk, bau rumput terbakar dan kadang-kadang bau wangi yang tidak ada puncanya yang dapat dipastikan. Adakah saya terkena sihir? IZNORA, Ampang

JAWAPAN:
Pertanyaan dan permasalahan yang saudari kemukakan adalah sesuatu yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Walaupun demikian segala pengalaman dan masalah seperti yang saudari jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar boleh berlaku.

Banyak punca menyebabkan seseorang itu, sama ada lelaki atau perempuan tidak menemui jodoh, sehingga mencecah umur yang membimbangkan, yang mempunyai punca yang berbeza. Merujuk kepada permasalahan yang dikemukakan, seperti yang dijelaskan dalam surat panjang saudari, saya lebih berkecenderungan untuk mengatakan bahawa saudari menghadapi masalah yang diistilah sebagai ``pelalau.''

Pelalau adalah salah satu cabang amalan sihir yang terkutuk menurut pandangan Islam. Ia merupakan salah satu dosa besar yang membinasakan. Sihir yang dimaksudkan di sini ialah amalan yang dilakukan oleh manusia, dengan pertolongan atau bantuan jin sama ada jin yang dibela, dibuat sahabat untuk tujuan-tujuan tertentu, yang pada kebiasaannya dilakukan untuk menyakiti orang lain, sebab-sebab tertentu seperti membalas dendam, hasad dengki, cemburu, permusuhan yang berlaku sejak begitu lama, untuk membinasakan orang lain dan sebagainya. Terdapat banyak jenis sihir, di antaranya dan yang paling banyak berlaku ialah sihir untuk memisahkan suami isteri yang juga dikenali sihir pembenci, sihir pengasih, yang diistilahkan juga ilmu guna-guna, pukau, santau, pelalau dan sebagainya.

Sihir pelalau dilakukan atau dikenakan ke atas seseorang dengan tujuan di antaranya untuk mengunci nafsu manusia, tidak kira sama ada nafsu lelaki ataupun perempuan, daripada keinginan berkahwin. Pada kebiasaannya, tabiat orang yang berkenaan (mangsa) akan berubah, menjadi pendiam, tidak aktif, sentiasa dalam keadaan murung, menyendiri dan sering kali melarikan diri apabila persoalan pernikahan atau perkahwinan dan hal-hal lain berkaitan cinta itu ditimbulkan oleh keluarga atau teman-teman.

Selain daripada pelalau yang menyebabkan nafsu kahwin seseorang itu tertutup, sihir jenis ini juga boleh menyebabkan berlakunya halangan-halangan, usaha-usaha untuk menemukan jodoh seseorang itu terbantut. Sebagai contoh, sekiranya seorang perempuan yang terkena sihir jenis ini bersetuju mengahwini seseorang, setelah beberapa lama berkenalan, bercinta dan sebagainya, pasangannya mungkin akan menolak, begitulah sebaliknya. Pasangan ini mungkin telah bertunang beberapa tahun, tetapi pada saat-saat terakhir si perempuan menolak, enggan berkahwin dengan tunangnya yang pada asalnya lelaki itu amat dicintai dan tidak ada masalah dan sebab-sebab yang jelas dapat diterima akal. Ada juga perempuan yang melarikan diri di saat akhir setelah semua persiapan lengkap diatur.

Anak yang waras tidak akan berbuat demikian, kerana perbuatan seperti ini selain memberi aib kepada ibu bapanya, juga kaum keluarga. Biarpun perbuatan tersebut seumpama mustahil boleh terjadi, tetapi ia pernah berlaku dalam masyarakat kita lantaran sihir. Bakal pengantin perempuan melarikan diri dalam keadaan separuh tidak sedarkan diri dan seluruh perasaan, badannya seumpama ditarik-tarik keluar rumah pada waktu malam. Pada telinganya dibisikkan, atau seumpama terdengar bisikan supaya melarikan diri. Halangan untuk menyatukan pasangan ini mungkin tidak tercetus daripada pasangan itu, tetapi mungkin berpunca daripada sikap ibu bapa, ataupun salah seorang daripadanya. Biarpun pasangan ini telah bersetuju untuk berkahwin, tetapi si ibu membantah tanpa sebab yang jelas.

Si ibu mungkin mengancam akan membunuh diri sekiranya anak perempuannya tetap berkahwin dengan lelaki pasangannya, mengancam akan keluar lari dari rumah, tidak menghalalkan makan, minum ataupun tidak mengaku anak buat selama-lamanya dunia akhirat. Ada banyak kes yang saya temui seperti yang saudari alami. Seorang responden berumur hampir 30 tahun, tinggal di Kuala Lumpur, telah dipinang tidak kurang daripada 15 orang lelaki, tetapi kesemuanya berakhir dengan kegagalan. Ada sahaja halangan terjadi.

Pernah satu ketika, satu rombongan yang datang lengkap dengan hantaran, kerana kedua-dua pihak bersetuju. Setelah rombongan tersebut masuk ke dalam rumah perempuan, tiba-tiba si perempuan dalam keadaan tidak dapat mengawal diri telah memarahi rombongan ini, sambil menjerit-jerit, akhirnya mereka balik dengan hampa. Pada hal ketika itu si perempuan siap sedia dengan pakaian dan perhiasan untuk menerima peminangan itu. Apa yang berlaku di luar kawalan, mula-mula si perempuan mendengar suara seperti desiran angin datang dari jauh, kemudian dia mendengar suara loceng berbalam-balam. Badannya berasa sejuk, bermula dari hujung jari-jari, lalu dirasakan dunia sedikit demi sedikit menjadi gelap. Ketika itu dia melihat wajah rombongan yang masuk ke ruang tamu seumpama lembaga yang menakutkan, lalu dia menjerit, tidak sedarkan diri.

Dalam kejadian lain, setelah pihak lelaki dipersetujui untuk datang meminang, pada malam harinya, iaitu hari sebelum rombongan itu datang, si perempuan ini bermimpi yang dia akan didatangi oleh rombongan untuk meminangnya. Dalam mimpi itu dijelaskan bahawa rombongan itu akan gagal, sama seperti rombongan-rombongan lain, yang pernah meminangnya. Gambaran mimpi yang dialaminya benar-benar berlaku, di mana rombongan tersebut tidak dapat meneruskan perjalanannya. Ketika berada di Shah Alam, hujan turun dengan lebatnya berserta petir, akhirnya rombongan itu balik hampa. Tidak jelas sama ada apa yang berlaku itu hanya secara kebetulan, ataupun ada kaitannya dengan mimpi yang dialami. Apa yang nyata peminangan itu gagal. Tidak mudah untuk menyatakan bahawa kegagalan seseorang itu untuk menemui jodohnya itu berpunca daripada pelalau yang dijelaskan di sini ataupun sebab-sebab biasa yang bukan berpunca daripada perbuatan sihir.

Biar dalam keadaan apa sekalipun, sekiranya kegagalan untuk mendapat jodoh itu berpunca daripada sihir, seperti yang dijelaskan, orang yang terlibat, sama ada si perempuan atau kedua-dua ibu bapanya akan mengalami tanda-tanda berlakunya sihir, sama ada tanda tersebut berlaku sebahagian daripadanya ataupun terjadi secara menyeluruh. Syeikh Wahid Abdul Salam Bali membahagikan tanda-tanda seseorang itu terkena sihir kepada dua iaitu tanda ketika tidur dan tanda-tanda ketika dalam keadaan jaga. Gangguan tidur sering berlaku ketika seseorang itu baru hendak terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mungkin seseorang terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda-benda tajam, dilanggar kenderaan, menyebabkan darah kelihatan bertaburan, diterkam oleh makhluk yang menakutkan, yang biasanya berwarna hitam dan sebagainya. Gangguan yang menakutkan ini datang lagi sebaik-baik seseorang itu menyambung tidurnya. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang untuk menyambung tidur.

Mereka yang menghadapi masalah seperti ini sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan. Dikejar dan ditangkap oleh makhluk besar, lalu diselam dalam air dan tercungap-cungap sukar bernafas. Mimpi melihat binatang yang menakutkan, seperti ular, kucing besar, anjing ataupun harimau. Makhluk itu kadang-kadang datang menghambat atau menggigit. Bermimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan atau berada di kubur bersendirian, melihat dirinya sedang dikapankan dan ditanam dalam tanah, melihat mayat atau berjumpa dengan orang yang meninggal dunia.

Terasa seolah-olah berada di awang-awang, di tempat tinggi, di gunung ataupun di hutan lalu jatuh ke bumi. Bermimpi menangis ketika sedang tidur, lalu menjerit atau merengek, seolah-olah sedang sakit. Orang berkenaan tidak menyedari dia menangis, tetapi tangisannya dapat didengari oleh orang lain. Ketika terjaga dia menyedari yang dirinya benar-benar menangis, mengeluarkan air mata. Terasa seolah-olah digigit oleh sesuatu, di hujung jari tangan atau kaki atau pada bahagian badan. Bekas lebam biru dapat dilihat di celah paha atau betis. Terasa bisa, lenguh pada bahagian berkenaan.

Berlaku juga kejadian ganjil, seperti terdengar bunyi suis lampu dibuka, paip, suara, pintu, atau tingkap dibuka dan ditutup, suara orang berlari atau naik tangga dan sebagainya. Lampu rumah kadang-kadang menyala sendiri, paip mengeluarkan air kemudian tertutup. Terlihat kepulan asap dalam rumah seolah-olah ada benda yang terbakar. Terbau bauan yang tiada punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini selalunya dapat dihidu hanya orang tertentu iaitu orang yang terlibat atau oleh semua mereka yang berada di tempat berkenaan. Rasa putus asa hidup. Timbul rasa gelisah, gembira bersangatan dan sedih saling berganti tanpa sebab yang jelas. Ada ketikanya timbul dorongan untuk membunuh diri, terutamanya ketika berada di bangunan tinggi.

Didatangi binatang dalam rumah seperti ular, lipan, kala jengking, ulat bulu, belalang atau jengkerik, langau, kupu-kupu besar kelihatan bertaburan di ruang tamu, dalam bilik atau tempat lain tanpa dapat dikesan punca dari mana binatang itu datang bukan setakat dalam rumah malah di luar seperti dalam perjalanan balik kampung atau sebagainya, seolah-olah diekori oleh binatang yang sama. Hakikatnya, tanda-tanda sihir itu banyak, yang tidak kesemuanya berlaku kepada diri seseorang yang terlibat. Dalam keadaan tertentu tanda-tanda tersebut berbeza, bergantung kepada jenis sihir yang berlaku. Berdasarkan simptom-simptom di atas, juga lain-lain simptom yang tidak dijelaskan, seseorang itu dapat membezakan sama ada kejadian yang berlaku kepada dirinya itu seperti kesukaran untuk mendapatkan jodoh itu berlaku kerana sebab-sebab biasa ataupun akibat perbuatan sihir.

Baca Lagi..

Pemimpin yang bijak

Erm aper yerk teman nak tulis pada kali nih.. Macam mana kita nak bijaksana dalam berpersatuan. Mungkin boleh kita ambik sedikit input walaupun tidak semua dari apa yang teman tuliskan ini.

AMANAH DALAM KERJA

Apabila menyebut orang yang beramanah, sudah pasti orang tersebut merupakan orang yang bertanggungjawab atas sesuatu kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Seseorang yang tidak bertanggungjawab, menandakan orang tersebut bukanlah orang yang amanah. Apabila orang tersebut tidak bertanggungjawab, maka orang tersebut tidak layak untuk diberikan sesuatu kerja yang diharapkan natijah yang baik.

Dalam kontek kepimpinan persatuan, amanah merupakan perkara penting. Amanah tersebut, samada amanah dalam berusaha melakukan keputusan mengikut acuan yang diredhai Allah dan juga amanah dalam mengurus kebajikan ahli setelah diberi mandat oleh ahli sendiri. Apabila seseorang itu tidak beramanah dalam usaha hendak mendaulatkan amanah Allah, maka lebih-lebih tidak layak lagi bagi orang tersebut memegang jawatan dalam mengurus persatuan.

MAMPU BEKERJA

”Tangkap muat” bukanlah satu tindakan yang bijak bagi menentukan sesuatu kerja itu melahirkan natijah yang baik. Orang yang bekerja itu, disamping seorang yang beramanah, hendaklah didapati ianya seorang yang berkemampuan dalam bekerja. Berkemampuan itu bukanlah dilihat kepada status pendidikannya semata-mata, bahkan yang lebih penting kemampuan itu dilihat pada pengalaman kerja.

Pengalaman kerja itu dapat dinilai dari sudut kebijaksanaannya dalam mengurus sesuatu kerja. Lebih awal daripada itu setiap individu berhak untuk diberikan kepercayaan untuk mereka menampilkan bakat kepimpinan mereka. Kadangkala didapati orang yang berpengalaman kerja, tetapi ianya seorang yang tidak amanah, maka orang sebegini juga tidak layak untuk memegang sesuatu kerja.

PEMBAHAGIAN TUGAS

Dalam bekerja, terutama dalam usaha hendak mendaulatkan islam dan memantapkan organisasi, sudah pasti memerlukan kerja keras bagi menjayakannya. Dalam sesebuah persatuan ataupun organisasi, tidak akan ada orang yang mampu bekerja dengan seorang diri, bahkan memerlukan bantuan dari orang lain terutamanya dari ahli bawahan. Mana mungkin seorang yang dilantik menjadi AJKT atau EXCO dalam sesebuah persatuan dapat melaksanakan semua kerja .

Maka bagi menyelesaikan kerja-kerja yang banyak itu, hendaklah wujudnya pembahagian tugas. Pembahagian tugas tersebut pula, hendaklah terdiri dari kalangan orang yang mempunyai ciri-ciri mereka yang berkelayakkan, iaitu mempunyai amanah dalam kerja dan mempunyai kemampuan dalam sesuatu kerja. Dan perlu ditegaskan sekali lagi, setiap individu sebelum dia dikira layak atau tidak menguruskan sesuatu perkara harus diberikan peluang untuk mereka terlebih dahulu bagi membuktikan kemampuan mereka.

PEMIMPIN TIDAK BOLEH SOMBONG

Ada sebilangan pemimpin-pemimpin persatuan,bukanlah teman maksudkan mana2 persatuan atau organisasi, tetapi teman membawa maksud umum, apabila mereka terpilih untuk menjadi antara insan yang berada di atas, pemilihan itu telah menyebabkan mereka menjadi bongkak dan sombong. Kesombongan mereka terserlah, apabila sebilangan ahli persatuan ingin berjumpa untuk membincangkan masalah, mereka menggambarkan memek muka yang tidak menyeronokkan.

Apabila mereka dihubungi, mereka sudah mula tidak mahu mengangkat telefon. Apabila mereka ditegur, mereka akan mengambil sikap sombong bagaikan Firaun menghadapi Musa AS. Dan pergaulan yang sebelum ini akrab berubah serta merta apabila telah menjawat sesuatu jawatan dalam organisasi.Yang lebih teruk, apabila jawatan yang diperolehi ini menyebabkan mereka sudah mula lupa kepada ahli-ahli bawahan yang bertungkuh lumus dalam menjayakan program-program anjuran mereka.Apabila ditanya atau ditegur, jawapan mereka adalah, ”ana adalah pemimpin, dan inilah tindakan profesional”..........

BIJAK MENGGUNAKAN KUASA

Tindakan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang meluangkan masa makan tengahari di restoran Cheng Ho kepunyaan Amy Serch di Wangsa Maju merupakan satu contoh tindakan seorang pemimpin yang bijaksana. Pemikiran ini sepatutnya ditauladani oleh semua pemimpin tidak kiralah dia hanyalah pemimpin sebuah persatuan.

Kesimpulan daripada contoh yang telah diberikan itu adalah jangan lah mudah2 kita sebagai pemimpin ini untuk menyisihkan orang bawahan. Jangan mudah menghukum seseorang sekiranya mereka berlainan fikrah dengan kita. Insya Allah teman harap sahabat-sahabat semua dapat menangkap apakah maksud sebenar yang ingin teman utarakan melalui contoh yang telah diberikan, kerana teman bukanlah orang yang bijak untuk mengatur ayat-ayat agar mudah difahami.

Seseorang yang zaman silamnya gelap, tidak seharusnya dianggap ianya sentiasa berada dalam kegelapan. Jika dilihat kepada langit, ada masa ia gelap, dan dimasa lain ia menjadi cerah, maka begitujuga kehidupan manusia, walaupun di zaman dahulunya ”jahat”, tetapi sebagai pemimpin, perlu difikirkan cara dan kaedah untuk membaiki kejahatannya sehingga dia menjadi orang yang baik. Bukanlah dengan menyisih mereka-mereka ini dan melihat mereka ini dengan pandangan yang serong.

Berfikir ”membunuh” semua pengkritik kita, bukanlah pemikiran pemimpin. Bahkan sebagai pemimpin, pemikiran hendak menjadikan pengkritik itu sebagai punca maklumat dan kritikan yang sehat merupakan tindakan yang bijak.Demikian lah serba sedikit perkongsian yang dapat teman bawakan disini.

Penulisan teman ini bukan lah yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya dapat dijadikan sebagai cebisan panduan untuk kita semua yang insya Allah akan pulang ke tanah air dan akan dinobatkan sebagai seorang pemimpin. Sekiranya bukan pemimpin masyarakat, kita tetap pemimpin keluarga, dan sekiranya masih belum berkeluarga, kita semua adalah pemimpin kepada diri kita.Salah silap mohon dimaafi. Wallahu 'alam...

Baca Lagi..

Monday, May 25, 2009

Nasi Ayam 26 Tahun

Alhamdulillah...Allah panjangkan umur teman sehingga sampai ke umur 26 tahun ini..tepat pukul 4.45 petang tadi genaplah umur teman 26 tahun..sudah tua rupernyer teman ni yerk..teringat aper yang Ummi Humaira' kata..peningkatan umur, menunjukkan kita makin hampir kepada kematian.

Ya Allah biarlah aku hidup lagi untuk aku cukupkan bekalan bagi menghadapMu ya Allah..Bekalan yang telah ada ini masih belum mencukupi untuk aku mendiami syurgaMu ya 'Allah..tetapi aku takut untuk ditempatkan di nerakaMu ya Allah..amin..

Ok sempena besday teman nih..teman masakkan nasi ayam untuk housemate teman..taktau la aper rasanya..tapi macam biasa laa..keri akan kata sedap punya..hehehe..taktau la sama ada 'muja' ataupun kenyataan..tapi rasanya betui2 sedap..ahhakzzz...

Jom layan gambor la yerk..malas nak cakap banyak2 la...nak postkan rasa nasi ayam yang teman masak tu tak boleh la kot..sesapa nak rasa nanti teman masakkan lain la...jom layaannn...zasssss..

Nampak kurang menarik la pulak..
Ermm dari sini nampak menarik sikit.
Ayaq Manggo Ais...fuuhhh sedap..
Tu dia..pekat nya ayaq...
Ni wajib ada kalau wat nasi ayam
Kuah kicap...
Sos nasi ayam (jangan komen periuk, hehehe)
Ayam hangit..luar jer la hangit nyer..hangit pun abih
Mane housemate teman nih..lapo nih..
Rupa kureng..tapi rasa mantap..hehehe..
Biasa la kehidupan bujang ni..semuanya sedap kalau ada depan mata..

Baca Lagi..

Penjelasan Mogok Lapar..

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan
Mohd Rashidi Hassan
Mon | May 25, 09 | 1:13:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok.

Kredit to : www.harakahdaily.net

Ulasan ibnuwalidaini : Moh kita sama-sama berpuasa dan berdoa agar Allah gerakkan hati puak ameno ini untuk berlaku adil dalam tindakan mereka. Insya Allah usaha kita ini diberkati Allah..amin..

Baca Lagi..

Sanah Helwa Ya Ghamil..

22 dan 25 haribulan Mei 2009...ade apeyerk dengan tarikh tu?!!

Salam alaik ya Ibnuwalidaini..Ucapan khas ini Ummi Humaira' tujukan kepada otai blog ini iaitu Ustaz Mohd Zulfadli Bin Mohd Arif yang menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran beliau yang ke-26 semoga bertambahnya usia maka bertambah lagi amalan kita pada Allah. Dikurniakan kerukunan, kedamaian,keharmonian, kebahagian, keselamatan, kerahmatan, keberkatan,kesihatan yang baik,rezki yang suci,bersih,subur,berlipat kali ganda,kejayaan dan kecemerlangan serta dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat.Amin Ya Rabbala'lamin..Semoga Ustaz Ibnuwalidaini sentiasa istiqamah dalam mengerjakan kebaikan dan kebajikan.

Ucapan Selamat Hari Lahir yang ke-55 juga,Ummi Humaira' tujukan kepada Ayahanda Mohd Arif yang baru saja menyambut hari lahir beliau pada 22hb Mei 2009,semoga dirahmati Allah selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Wishing both of u 12 ,months of Taufiq,52 weeks of Hidayah,365 days of Berkah,8760 hours of Sabar,525600 minutes of Zuhud,31536000 seconds of Redha....

Ummi Humaira' copy paste ucapan daripada Ummi Munaliza di shout box halaqah.net tempat Ibnuwalidaini suka melepak:

"Selamat Hari Di lahirkan kepada Ibnuwalidaini,semoga dikurniakan umur yang bermanfaat,ilmu yang berguna,rezeki yang halal,isteri yang solehah,rumahtangga yang membahagiakan dan hidup yang dirahmati di dunia dan di akhirat.."amin ya rabbala'lamin...


..Baarakallahu 'alaih daaiman Allahumma Ameen...

Baca Lagi..

Saturday, May 23, 2009

Komen DS Ir Nizar...

Baca Lagi..

Friday, May 22, 2009

Perjuangan tetap diteruskan.

Sebentar tadi baru sahaja mahkamah rayuan mengeluarkan keputusan bahawa Ir Nizar telah kalah. Ini bermakna kerajaan haram kembali mentadbir Perak. Apa-apa pun kami reda dengan ketentuan dari Allah ni. Hikmah yang terkandung dalam kisah pengkhianatan pimpinan haram Zambry ini pasti ada. Insya Allah kebenaran akan muncul jugak nanti.

Kekalahan ini telah dijangkakan. Rentetan rampasan terancang oleh puak lanun ini cukup menyayat hati. Apa-apa pun Pakatan Rakyat tetap gah di hati rakyat walaupun keputusan di mahkamah sebentar tadi tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Kemenangan kerajaan haram Perak pimpinan Zambry walaupun beroleh kemenangan, tetapi hati kecil rakyat terlalu jelek dengan mereka.

Insya Allah perjuangan kita teruskan. Buat pejuang-pejuang kebenaran, teman doakan kalian terus bersemangat menghadapi ujian ini. Inilah yang dikatakan peringatan dari Allah utk kita semua. Petanda bahawa betapa Allah sayangkan kita. Ganbate.. ganbate wahai pejuang kebenaran. Bak kata Ummi Humaira' caiyuk..caiyuk..

Baca Lagi..

Lagu Tema Teman



Inspirasi Ilmu


Ilmu Asas Untuk Kita Mencapai Kejayaan
Ilmu Pentingnya bagai Senjata di Medan Perang
Untuk menempuh cabaran di masa hadapan

Yang menjadikan Hidup Bahagia Pada Kita semua

Ibu ku bawa bingkisan kejayaan untuk mu

Ayah akan ku balas jasa-jasa mu itu
Pasti akan ku temu juga kejayaan itu
Walau terpaksa merantau jauh dari dirimu
Walau sukar ku tempuh jua

Pepatah Melayu pernah berkata
Tidak Kenal Maka tidaklah cinta
Oleh itu Cintailah ilmu

berusaha bersungguh-sungguh

Marilah teruskan usaha untuk kejayaan bersama

Oh ilmu pastinya ku tuntut hingga berjaya

Pepatah Melayu pernah berkata
tidak kenal maka tidaklah cinta

Oleh itu Cintailah ilmu
berusaha bersungguh-sungguh

Semoga kita beroleh kejayaan yang kita impikan

Oh Tuhan hanyalah padaMu Kami berserah

Oh Tuhan Hanyalah PadaMu K
ami Berserah...

Lirik lagu ini Ummi Humaira' tujukan khas untuk PaK YoP...selamat menghayati lirik lagu ini..semoga istiqamah dalam menuntut ilmu...

Baca Lagi..