Malam Jumaat kita boleh tengok macam-maca jenis orang. Yang jenis melalaknya. Yang jenis tunjuk lagak dengan keretanya. Lorong pejalan kaki di sepanjang jalan memang penuh pada kebiasaan nya.
Teman pun kadang-kadang keluar jugak la. Dah rasa boring kat rumah tuh. Kuar jalan-jalan ambik angin la orang kata.
Hampir 4 tahun teman kat sini, 1 perkara yang teman betul-betul suspect..opss..respect la..hehe..ermm perkara yang paling teman respect dengan masyarakat arab ini adalah ikatan kekeluargaan antara ahli keluarga.
Di Malaysia jarang kita nampak, rasanya susah sekali kita nak tengok anak lelaki berjalan berkepit tangan dengan ibunya. Si anak perempuan pulak berkepit dengan ayahnya. Kalau di Malaysia kita yang tengok pasti akan kata, buang tebiat orang tua nih. Hehehe..
Dan sudah pastilah bagi sang suami dan si isteri, berjalan sambil menikmati suasana malam Jumaat sudah semestinya berkepit antara satu sama lain. Di Malaysia jarang kita nampak pasangan yang telah berumur 60an jalan berkepit dengan pasangan
Itulah masyarakat arab. Takper ler..teman nak tinggalkan soal berkepit tangan antara mak ngan anak lelakinya serta ayah ngan anak pompuannya tuh. Apa yang teman nak
Kadang-kadang
Kita habiskan separuh umur kita untuk belajar tentang ilmu-ilmu yang lain. Apalah salahnya sesekali kita
Ok..berbalik kita pada point asal teman. Teman teringat semasa teman dalam perjalanan balik ke Damahur dari
Situasi tu benar-benar berlaku di depan teman. Si suami membisikkan sesuatu di telinga isteri. Taktau la apa yang dia bisikkan. Takkan teman nak pi dekatkan telinga nak dengar pulak
Itulah rencah kehidupan suami dan isteri. Kita tidak tahu bila masa kita akan berselisih pandangan dengan pasangan kita. Atau dengan kata lain, kita tidak tahu bila pasangan kita akan melakukan kesalahan.
Apa yang penting dari kisah yang teman bawakkan itu adalah sifat pemaaf si isteri dan sifat mengaku kesalahan si suami. Dalam kehidupan berkeluarga ni, memang terlalu banyak kita perlu bertoleransi dengan pasangan kita.
Teman teringat kata-kata Ust Ismail Kamus. Dia kata bukan susah sangat nak melayan isteri ni. Itu kata dia la
Seorang suami yang pandai mengambik hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Tak percaya ?? cubalah dahulu dan perhatikanlah hasilnya nanti.
Pastinya kehidupan pasangan tersebut akan ceria dan damai walaupun hidup mereka dalam serba kekurangan. Nanti ada pulak kata, tanpa harta pun hidup akan pecah belah tau. Ya, teman menyokong pandangan tersebut, tetapi bukan untuk semua orang. Bagi mereka yang mementingkan kemewahan memang pasti kehidupan yang serba kekurangan akan memecah belahkan kehidupan mereka. Disinilah kita nak lihat bagaimana pengorbanan seorang isteri sama ada sanggup untuk bersusah payah bersama suaminya ataupun tidak.
Harta dan rezeki boleh dicari. Tapi itu bukanlah matlamat dalam hidup berkeluarga. Harta yang banyak belum tentu mendatangkan kebahgiaan pada seisi keluarga. Sekiranya pasangan kita seorang wanita yang penuh dengan kasih sayang, soal pangkat, harta dan wang bukanlah jadi masalah kerana pada dirinya adalah keutamaan untuk menceriakan keluarga lebih penting.
Faktor yang penting dalam kita nak menyemarakkan lagi rasa sayang antara suami dan isteri adalah factor cinta. Semua orang, tidak terlepas seorang pun pasti akan lalui detik ini. Detik dimana rasa cinta makin menurun. Bila kita dah kenal pasangan kita, macam-macam lah perangai yang keluar masa tu. Masa tu, kalau kita tak semai rasa cinta antara pasangan kita, ramailah yang akan tewas.
Oleh kerana itu, rasa cinta di antara pasangan perlu di semai dari hari ke hari. Ibarat pokok yang ditanam, kita perlu bajai dan sirami pokok tersebut agar ia tumbuh dengan segar dan rendang. Begitu jugak lah dengan kehidupan suami dan isteri, rasa kasih dan cinta itu perlu disemai dan dibaja dari hari ke hari.
Macam mana nak bajai rasa cinta tuh ?? haa yang tu nanti kita akan
Posting kali ini teman cuma nak kita sama-sama paham bahawasanya sampai satu masa nanti, perasaan kita antara pasangan pasti akan ada turun naiknya. So dalam kita nak mewujudkan keluargaku syurgaku, kita perlu peka lebih awal tentang permasalahan ini. Ini adalah kerana untuk kita mempersiapkan diri kita dalam menghadapi situasi tersebut.
No comments:
Post a Comment