Ucapan syukur yang tidak terhingga teman panjatkan pada Allah kerana telah mengurniakan seorang ibu yang pengasih dan penyayang terhadap semua anak-anaknya…
Rohizan bt Abdul Yazid..nama kekasih hati teman yang paling teman sayang..insan yang sentiasa berada dalam doa teman..17 Mac 2009 genaplah umur emak 51 tahun..
Dari jauh ini, hanya doa dan ucapan dapat teman berikan untuk emak. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-51 emak..semoga emak dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik..
Jasa dan pengorbanan yang telah emak lakukan dalam mendidik kami adik beradik tidak terbalas oleh kami walau dengan apa cara sekalipun..insya Allah..walau apa sekalipun, jasamu akan kubalas..
Buat emak..walaupun rasanya tak sempat emak nak membaca blog anak emak nih..teman tetap nak dedikasikan sebuah sajak untuk emak…tak pernah lagi teman buat sajak..taktau la boleh tak dikategorikan sebagai sajak ni yerk..bedal laahhh…
Emak..
Dikala aku terleka dan nakal,
Cubitanmu pasti hinggap padaku,
Masih dapat kuterasa,
Betapa sakitnya cubitanmu itu,
Tetapi kesakitan itu,
Tidaklah dapat menandingi kesakitanmu sewaktu melahirkanku.
Emak..
Kadangkala leteranmu menusuk ke kalbu,
Terkadang kami terhibur dengan leteran itu,
Marahmu, nasihatmu, peringatanmu,
Semuanya adalah kerana sayangnya dirimu pada kami.
Emak..
Kasih sayang yang daku curahkan ini,
Ku tahu ia tidak setanding dengan apa yang telah ku perolehi,
Namun, terimalah keikhlasanku ini,
Untuk terus menyayangimu.
Emak..
Dikala aku kesedihan,
Engkaulah insan pertama ku hubungi,
Dikala aku kegembiraan,
Engkau turut meraikannya,
Dikala aku ditimpa kesakitan,
Engkaulah orang yang paling kerisauan,
Dikala aku memerlukan pendapat,
Engkaulah insan paling hampir denganku,
Emak..
Siapalah aku sekiranya tanpa dirimu,
Terima kasihku padamu,
Kerana melahirkan aku ke dunia ini.
Emak..
Sempena ulangtahun kelahiranmu ini,
Doa kupanjatkan padaMu ya Allah,
Peliharalah ibuku yang kukasihi ini,
Agar sentiasa di bawah lindungan rahmatMu.
Nukilan : ibnuwalidaini (anak emak)
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-51 emak..
No comments:
Post a Comment