Tuesday, January 13, 2009

Visa..visa...

Adui la..urusan visa teman tak siap lagi nih…malas betui nak pi wat urusan ngan pak arab nih..skang ni teman leh digelar pendatang haram..hehehe..semoga Allah permudahkan urusan teman untuk pi wat urusan visa nih..

Dok Negara orang pun dah kene ada visa kan..camtu la jugak kita nak masuk syurga Allah..pasti wajib ada visa nya kan..aper yerk visa kita nak masuk syurga Allah tu..

Kalau Negara orang ni pun dah susah kita nak masuk kalo takder visa..lagi la nak masuk syurga Allah..tempat paling seronok dan paling menggembirakan…mesti la visa yang perlu kita dapatkan tuh lebih mahal harganya…

Visa yang mula-mula akan ditanya apabila tiba pada yaumul hisab nanti adalah perihal solat kita..nabi kita pernah bersabda yang membawa maksud solat itu adalah tiang agama..ingatlah kita bahawa bila disebut tiang nih sudah pasti suatu yang perlu kita teguhkan..bayangkan sebuah rumah yang rapuh tiang serinya..sudah pastilah peratusan untuk rebah ke bumi lebih banyak kan..begitu jugaklah dengan soal solat kita ini..bilamana tiang agama ini kita abaikan..maka akan mudah lah iman kita ini menjadi seperti rumah yang rapuh tiang serinya…

Allah berfirman yang bermaksud :

‘Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perkara fahsya dan mungkar’

Solat ini kalau kita lihat takrifan nya pda sudut bahasa adalah membawa maksud doa.. dan suatu keadaan yang diri kita paling hampir dengan Allah adalah semasa bersolat..so perbanyakkan lah melakukan solat-solat sunat sekiranya kita dalam kesusahan. Semoga dengan pengabdian kita kepadaNya ini akan dapat memudahkan kita menempuh segala cabaran yang mendatang dan melalui semua itu dengan perasaan yang amat tenang..

Perlu kita ingat juga, janganlah kita ingat pada Allah semasa kita dalam kesusahan sahaja. Ramai orang begitulah caranya, masa senang dia lupa siapakah pencipta dirinya. Bila Allah dah uji dengan sesuatu dugaan baru lah merintih mencari Yang Maha Esa..kita ingat Allah di waktu kita senang, insya Allah Allah akan ingat kita di waktu kita susah..

Ermm dah dekat pukul 9 pun..teman nak siap2 untuk ke ‘jawazat’ pulak nih nak setelkan urusan visa teman nih…ingat yer sahabat sekalian..teman berpesan pada diri teman khasnya untuk kita sama-sama perbaiki amalan kita dalam usaha kita mendapat visa yang mudah untuk menuju ke syurga Allah kelak…

Mari kita muhasabah diri kita..apakah kita sudah sampai ke kemuncak sebenar solat yang Allah inginkan..dimanakah puncak sebenar ???

Baca Lagi..

Monday, January 12, 2009

Nak kahwin..duit tak cukup..

Masih terngiang-ngiang di telinga teman jawapan dari Ust Hasan Din Al-Hafiz dalam slot soal jawab di rancangan Al-Kulliyah anjuran TV3…beliau menjawab soalan seorang penonton berkaitan belanja kahwin..

Beliau mengatakan sesuatu perkahwinan yang dilangsungkan dalam keadaan si lelaki rasa terbeban..maka jalan untuk mendapatkan berkat semacam jauh sedikit..bak kata lain nya..takder berkat la kahwin kalo dibuat dalam keadaan terpaksa camtu..maner tak terbeban nyer..skarang ni kalo nak kahwin..hantaran sahaja sudah berbelas ribu..belum masuk duit untuk blanja di rumah sendiri lagi..

Kadang-kadang teman pelik la..knapa perlu letak mahal-mahal ni kan..yer ler..sebab teman ni lelaki..taktau la kalo teman jadi pompuan teman pun turut suka kalo wang hantaran teman mahal..skarang ni dah jadi satu permainan pulak..melawan-lawan wang hantaran saper lagi tinggi..saper tinggi rasa bangga plak kan…perkahwinan dah dijadikan satu platform untuk berbangga-bangga..dah lain pulak matlamatnya..

Kalo teman ada anak nanti..kenduri anak pompuan teman..teman akan tanggung sendiri insya Allah..sebab yang nak kawin tu anak teman..knaper perlu teman bebankan bakal suami anak teman untuk menanggung kenduri belah anak teman…

Teman pernah wat survey perihal wang hantaran nih..antara jawapan famous yang teman dapat…wang hantaran tu la nak tengok sama ada lelaki tu sanggup berkorban untuk bakal isteri atau tidak..soalan teman..apakah si suami sahaja yang perlu berkorban..mengapa perlu diukur keikhlasan berdasarkan banyak nya wang hantaran..pelik nya…apa salahnya si isteri juga turut berkorban..nanti nak hidup sekali jugak kan..

Pada teman la kan..tak jatuh nyer maruah seorang perempuan sekiranya wang hantarannya hanya 2000…tapi skarang nih..orang ramai nak jaga standart…ermm makin susah la nak kawin skang nih..tak lamer nanti jadi macam suasana kat Mesir nih..laki dah umur 50..bininya baru 28…nak buat cam maner..sepanjang hayat nak kumpul duit untuk kahwin..umur 50 baru dapat kahwin..

Apa-apa pun kalian punya alasan tersendiri dan mungkin berbeza pendapat dengan teman ini..teman bercakap berdasarkan pendapat diri teman seorang lelaki..perbezaan pasti akan berlaku jugak..so jangan marahkan teman kalo pendapat kita berbeza yerk..

Semoga kita semua dipermudahkan urusan untuk sampai kea lam perkahwinan nih..yang maner dah kahwin tuh..kongsi2 kan la sket pengalaman dalam menghadapi situasi nak berkahwin nih..

Apa-apa pun sahabatku sekalian..yang maner rasa nak kawin tu..tapi masih lagi tak mampu..bawak-bawak la berpuasa yerk..pesanan khas untuk diri sendiri..hehehehe

Dimanakah puncak sebenar hidup membujang ini…???

Baca Lagi..

Muslimah dan aurat..

Alhamdulillah..sampai jugak teman kerumah setelah 2 hari teman ke Cairo menguruskan hal-hal pengiriman barangan ke Malaysia

Sampai-sampai jer kat rumah teringat masa dalam perjalanan dari Tanta ke Damanhur tadi..tramco yang teman naik tuh penuh ngan minah-minah arab..mungkin semuanya baru abis kuliah kot..pakat-pakat nak beransur pulang la tuh..apa yang teman nak cuba sentuhkan adalah cara pemakaian mereka..

Tahun lepas bila teman balik kat Malaysia..ramai yang terkejut bila teman cakap pompuan arab nih pakaian nyer leh tahan jugak ketatnya..siorang ingat arab nih masih lagi dengan cara pemakaian jubah dan menutup muka tu kot..masih ada ler yang mengekalkan pemakaian sedemikian..selebihnya sudah banyak yang terikut dengan trend pemakaian barat..

Menyebut soal trend berpakaian ini, muslimah di Negara kita jugak tak terlepas dengan peredaran trend yang berlaku. Kalian sendiri boleh lihat dengan mata kepala mata kalian kan. Persoalan yang ingin teman timbulkan adalah..apakah dengan trend masa kini yang semakin hari aurat mereka makin terdedah ingin dijadikan ikutan??

Persoalan mudah dan semua orang paham. Teman pelik kenapa orang takut dan taknak berpakaian yang menutup aurat mereka. Sedangkan mereka semua tahu antara sebab utama wanita terhumban ke neraka Allah adalah disebabkan aurat mereka. Teman tergerak hati untuk membincangkan masalah ini disebabkan adanya rasa kasih dan sayang kepada muslimah kita ini..

Bukan tidak boleh mengikut peredaran fesyen semasa. Tapi biarlah fesyen yang kita kenakan itu mengikut kehendak yang telah ditetapkan syarak. Apakah kita malu bila kita dikatakan ketinggalan zaman dan tidak pandai menyesuaikan diri dengan trend semasa. Apakah sekiranya dikatakan sebegitu menjadi satu tamparan yang hebat untuk kalian?

Bermacam-macam alasan kadang kita dengar. Ada yang menggunakan alasan panas..kita mengerti mungkin panas bagi mereka. Tetapi manakah yang lebih baik panas di dunia yang sementara ini ataupun panas dibakar dengan api neraka Allah nanti. Ingin teman ulangi lagi pernyataan yang selalu teman sebut.. Hidup kita bukan lah terhenti di dunia ini sahaja. Fikirlah sama untuk kehidupan kita di akhirat kelak.

Teman taknak berceloteh panjang. Kalau menulis panjang-panjang tetapi tidak dapat memberikan kesedaran kepada insan-insan yang membaca tidak ada gunanya..maka teman nak akhiri posting teman ini dengan peringatan buat kalian yang bergelar muslimah. Hiasilah diri kalian di dalam batas yang telah ditetapkan Islam. Insya Allah kalian tetap nampak anggun sekiranya dalam berpakaian menutup aurat. Walaupun cemuhan yang kalian dapat dek kerana berpakaian yang menutup aurat, kalian masih mulia disisi Allah kerana mempertahankan apa yang telah Allah arahkan..berfesyen bukan tidak boleh, tetapi carilah yang menutup aurat..apakah ciri-ciri yang menutup aurat tersebut..teman tinggalkan kerja untuk mencari apakah yang dikatakan menutup aurat itu kepada kalian..semoga kalian dibawah naungan rahmat Allah..amin..

Carilah sendiri dimanakah puncak sebenar etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh Islam...

Baca Lagi..

Wednesday, January 7, 2009

Pertingkatkan Iman ...

Dalam hidup ini, ujian datang silih berganti. Lepas satu ujian, ujian lain pula datang bertandang. Inilah kehidupan. Bukan lah kehidupan namanya kalau tidak dilanda ujian. Kerana hakikat kehidupan kita ini adalah untuk diuji. Allah nak uji tahap keimanan kita sebenarnya.

Tidak kiralah apa bentuk ujian yang kita hadapi pun, semua itu adalah untuk menunjukkan bahawa Allah sayangkan kita. Bayangkan sekiranya kita dibiarkan terus leka dengan dunia ini dengan kesenangan tanpa ada sebarang ujian pada kita. Nescaya diri kita ini makin hari makin jauh dengan Allah. Maka Allah hantarkan kepada kita ujian-ujian supaya kita akan sentiasa dekat denganNya.. Ya Allah, betapa Maha Pemurah dan Maha Pengasihnya Allah kepada semua hamba-hambaNya ini. Bersyukurlah kita yang telah dianugerahkan ujian dalam hidup.

Pelbagai bentuk ujian dihadapi oleh pelbagai orang di dunia ini. Semakin tinggi iman kita padaNya, semakin berat ujian dan dugaan yang kita hadapi. Untuk mencapai makam tertinggi dalam tahap keimanan kepada Allah bukanlah senang. Tapi liku-liku itu perlu kita tempuhi bagi membuktikan padaNya yang kita ini benar-benar beriman padaNya. Tidak kiralah apa ujian yang kita tempuhi. Contohnya ujian ditinggalkan orang yang kita sayang. Sebab apa teman bagi contoh ini. Ini adalah kerana ramai orang sebenarnya akan kecundang dalam perihal tersebut. Janganlah disebabkan perkara itu kita hilang pertimbangan dalam hidup. Bukan tidak ada contoh adlam dunia ini di mana mereka yang ditinggalkan orang tersayang ini ada yang bunuh diri, ada yang menyiksa diri dengan menangis, ada yang tidak mahu menjamah makanan. Hidup kita bukanlah terhenti diketika kejadia itu sahaja. Masih panjang lagi perjalanan yang perlu kita lalui.

Oleh itu, jadikanlah kesedihan ditinggalkan orang yang kita sayang itu sebagai satu cara untuk kita meningkatkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah. Selagi mana kita masih menghadapi kesukaran, maka selagi itulah Allah swt sentiasa mengambil berat kepada kita. Dikurniakan kita dengan pelbagai ujian supaya kita tidak alpa dengan dunia dan kembali kepadaNya.

Dalam hidup ini, perasaan di antara lelaki dan perempuan adalah satu fitrah pada manusia. Tidak dapat tidak semua orang akan merasai perasaan tersebut. Tetapi sekiranya perasaan itu melampaui batas, ia akan menimbulkan masalah pada diri sehingga kita akan melupakan dimanakah Yang Maha Pencipta. Ini adalah kesan buruk pada mereka-mereka yang tidak dapat mengawal perasaan sehingga perasaan itu dilayan hingga melampaui batas. Ingatlah semua yang berlaku di atas dunia ini adalah ujian. Maka hati-hatilah dengan setiap apa yang kita lakukan.

Setiap perbuatan pasti akan mendapat balasan dan ganjarannya. Alangkah baik sekiranya balasan dosa kita ini dapat ditimpalkan di dunia ini dan dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada insan-insan yang lain. Alangkah bahagianya kita di akhirat nanti apabila laluan kita mudah untuk menuju ke syurga.

Acapkali manusia lupa akan sifat Allah swt Yang Maha Pemurah, mereka tidak mampu mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan benar, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.

Mari kita muhasabah diri kita, apakah kita sudah sampai ke kemuncak tahap iman kepada Allah..dimanakah puncak sebenarnya ???

Baca Lagi..

Tuesday, January 6, 2009


Titian Kejayaan - Rast

Baca Lagi..

Gagal Itu Fitrah Hidup

Bertemu lagi kita dalam arena blog ini..alhamdulillah teman baru jer lepas study tadi..sambil-sambil rehat ini ada baiknyer teman coretkan apa-apa yang patut kat blog teman ni kan..maklum la blog baru..semangat pun baru..sempena tahun baru la nih…

Sedih sebenarnya hati ini bila mengenangkan perjuangan teman dalam menggenggam ijazah masih belum berhasil. Inilah dinamakan ujian pada kita kan. Ada sesetengah orang takutkan kegagalan. Mereka ini hanya merasakan dalam hidup perlu berjaya sahaja tanpa gagal. Antara lain adalah kerana mereka merasakan terlalu yakin pada diri sendiri tanpa memikirkan ada lagi kuasa yang Maha Hebat yang inginkan kita berusaha dan menyerahkan natijah di akhir nanti padaNYA..

Ketahuilah bahawasanya kegagalan itu adalah fitrah dalam kehidupan kita. Kita cuba kembali ke zaman silam. Ataupun cuba kita lihat anak-anak yang sedang belajar berjalan. Walau berkali jatuh dalam usahanya itu, dia tetap jugak bangun untuk meneruskan usahanya. Bermula dari merangkak dan belajar bertatih akhirnya alhamdulillah berjaya jugak untuk mengorak langkah dan seterusnya berlari. Inilah salah satu motivasi yang dapat kita ambil sebagai panduan kepada kita dalam menempuh dunia yang makin mencabar ini.

Setiap perkara kalau kita melihatnya dari sudut yang negative, akan jadi negative jugak akhirnya. Maka marilah kita lihat kegagalan itu dari sudut yang positif. Gagal dalam peperiksaan, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam percintaan dan gagal dalam berbagai hal lagi. Ini adalah ujian kepada kita untuk menguji sama ada kita berjaya dalam Iman kita kepada Allah ataupun tidak.

Ayuh sahabat…lihatlah kegagalan itu dari sudut positif. Dengan hanya bersedih, mengerutkan muka, menyesali apa yang telah berlaku tanpa mengubah diri. Kita tidak akan ke mana-mana. Ambillah hikmah dari kegagalan .Pandanglah ke hadapan, kita perlu meneruskan hidup yang bukan hanya untuk dunia sahaja bahkan yang lebih penting untuk kehidupan kita di akhirat nanti

Kita cuba renungkan pada kata-kata Hamka ini : "Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua".

Allah juga telah memotivasikan kita melalui firmanNYA yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya”. (Ali Imran: 200)

Ayuh sahabat seaqidah sekalian..orang Islam yang beriman pasti akan berjaya, kerana jiwa orang yang beriman sentiasa hidup dan tidak putus-putus meletakkan sepenuh pengharapan atas usaha yang telah dilakukannya kepada Allah…

Cuba kita muhasabah semula diri kita ini, apakah kita sudah hampir dengan puncak tahap iman kepada Allah..ataupun dimanakah tahap iman kita di kala ini..dimanakah puncak sebenar keimanan kepada Allah..

Baca Lagi..

Monday, January 5, 2009

Selamatkan Palestin..

Ya ALLAH..Engkau hapuskanlah musuh-musuh Islam israel laknatullah ya ALLAH..kian hari kian menjadi-jadi puak Israel ni membedil dan meratah jiwa umat Islam di Palestin..sedih, pilu dan serta geram dengan tindakan rejim zionis ini. Tapi di kala ini teman hanya mampu untuk hulurkan bantuan berupa doa dan kewangan sahaja. Ya Allah..Engkau selamatkan lah kota Baitulmaqdis ini…

Sudah berapa nyawa yang pergi dek kerana kekejaman rejim zionis ini.. Alhamdulillah mereka yang pergi itu sebagai para syuhada’ yang Allah telah janjikan syurga untuk mereka.. Ingin rasanya teman ikuti jejak langkah mereka untuk keluar berjihad menentang musuh Allah di medan peperangan, tapi masa masih belum mengizinkan lagi.. Insya Allah, jiwa dan ragaku ini akan kuserahkan untuk membantu Islam walaupun darah menjadi taruhan..untuk pergi mengangkat senjata berjuang bersama mujahidin belum termampu buat diri ini..hanya doa ku panjatkan buat mereka yang sedang bergelut dengan laknatullah di sana..

Ya Allah...
Kau perkuatkan keazaman mereka untuk menentang Yahudi Laknatullah.
Kau kurniakanlah kekuatan yang luar biasa untuk mereka menghadapi musuh-musuh agamaMu.
Kau syahidkanlah mereka dek kerana mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.
Kau berilah kemenangan di akhir episod duka ini. Amin.

Ayuhlah wahai pemuda..ayuhlah wahai pemudi..ayuhlah wahai ibu dan bapa sekalian..kita satukan hati-hati kita dalam kita membantu bumi suci Palestin ini dari terus dijajah rejim zionis yahudi…menjadi satu kewajipan bagi individu yang mengaku Islam untuk membantu saudara kita di Palestin sekarang ini…tidak kira nyawa,harta benda dan segalanya, wajib kita beri bantuan kepada Palestin sekarang ini.. sungguh menyedihkan kira nya tidak ada rasa sedikit pun dalam hati kita untuk membantu umat Islam di kala ini..oleh itu, teman mengajak kalian yang membaca ini, marilah kita bantu saudara mara kita di Palestin sana..kalau wang yang mampu kita salurkan, salurkanlah wang itu..Kalau tenaga yang perlu kita berikan, gunakan lah tenaga itu..Kalau darah yang perlu dipertaruhkan, darah lah yang kita berikan dalam kita membantu Islam untuk menghapuskan musuh-musuh Allah ini…Takbir…Allahuakbar…bantulah mereka dengan kadar kemampuan yang kita miliki..

Marilah kita fikir-fikirkan..dimanakah puncak sebenar perjuangan kita menegakkan kalimah Allah...sama-sama kita renungkan..

Baca Lagi..

Salam Dari Pelembahan Nil

Alhamdulillah..rasa syukur yang tidak terhingga teman rafa'kan pada Allah kerana dengan kurniaanNYA ini masih lagi dapat teman kembali ke medan ini dalam menghabiskan sisa-sisa pengajian ku di universiti tertua ini yang masih berbaki 3 madah lagi. Ku harapkan semoga usaha ini dapat rahmat dari Allah..Kalian di luar sana doakan lah kejayaan teman yerk..

Baca Lagi..

Thursday, January 1, 2009

Langkawi



Baca Lagi..

Jadi Guide utk Rombongan Malaysia








Baca Lagi..