Monday, January 3, 2011

Salam perjuangan buat semua...

Assalamualaikum wrt....

Ntah brapa kali come back dah teman buat..tapi tetap jugak tidak istiqamah dalam meneruskan agenda dalam penulisan blog nih..sempena awal Muharram yang baru saja kita lalui dan awal tahun 2011 yang baru sahaja menjengah kita..teman kira ini sebagai azam baru teman dengan kehidupan yang baru untuk memulakan semula langkah untuk berceloteh di arena pemblogan ini..

Kaku rasanya jari teman ditambah pulak dengan otak yang dah tepu setelah sekian lama tidak diasah untuk menulis...tak tahu apa yang nak ditulis sebenarnya..walaupun ada banyak benda nak dikhabarkan..tapi ketepuan otak membantutkan niat teman untuk tika dan saat ini..

Untuk sahabat-sahabat yang masih sudi bertandang ke sini..terima kasih teman ucapkan..dah lama rupanya teman dok memblog nih..dari teman sendirian..Allah kurniakan isteri jadilah berdua..dan alhamdulillah sekarang sudah hadir insan ketiga dalam hidup kami dan pelengkap rumahtangga yang kami bina dihujung tahun 2009 yang lalu..cukup cepat masa berlalu..

Kengkadang terpikir..apakah dengan masa yang cukup pantas ini, sudah bersiapkan teman untuk menempuh hidup yang kian mencabar dan dengan tanggungjawab yang lebih besar..nak taknak semua itu perlu dilalui..itulah hakikat kehidupan kita di dunia ini.. Allah hantar kita ke dunia ini untuk kita menggalas tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi ini..

Menyebut soal tanggungjawab ini, bagaimanakah tanggungjawab kita kepada perintah-perintah Rabbul Jalil..untuk kali ini..teman taknak mengulas panjang soal ini. Cukuplah untuk kali ini teman nak mengajak kalian yang sudi membaca ini untuk kita merenung dan muhasabah diri kita semula..apakah yang telah kita lakukan terhadap arahan dan perintah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita semua..sama-samalah kita pikirkan..!!!

Baca Lagi..

Tuesday, May 18, 2010

Ampunkan Diriku Ya Allah..

Disaat dan tika ini..hatiku benar-benar terusik bila mengenangkan kembali mimpi nyawaku ditarik dari jasad..ya Allah..belum cukup persiapanku untuk menghadapMu ya Allah..dosa-dosa lampauku terlalu banyak ya Allah..bagaimanalah sekiranya nyawaku benar-benar ditarik ketika ini..Ampuni daku ya Allah..

Baca Lagi..

Thursday, May 13, 2010

Daku kembali...

Assalamualaikum...

Lamer betui teman tak ke sini..bersawang lagi blog teman kali ini..apakan daya dek kerana tugasan yang terlalu banyak akhir-akhir ini..tak sempat nak menulis kat sini..niat nak nulis tu tiap-tiap hari ada..tapi setiap kali balik kerja, badan dah letih..

Hari ini teman menulis dari Hospital Bintulu..sudah 10 malam teman disini menemani isteri yang masih tidak dibenarkan pulang..

Buat isteriku tercinta..bersabarlah dengan ujian ini..semua yang ditanggung ini ada ganjaran disisiNya..bukan senang nak lahirkan seorang pejuang Islam..pengorbanan yang kita lalui sekarang ini pasti ada hikmahnya..

Susah jugak nak dapat baby ni yerk..bermacam ujian datang menjenguk..terfikir pulak teman pada mereka yang buang anak tuh..dimana hati dan perasaan mereka yerk..dah la bersusah payah menanggung sengsara mengandung..bila tiba saat dilahirkan..dibuang anak tersebut dan ada yang lebih kejam sehingga sanggup membunuh anak tersebut..

Dimana perikemanusiaan mereka..binatang pun sayangkan anak..mereka ini lebih teruk dari binatang..buat bakal-bakal ibu dan bakal-bakal bapa..persiapkanlah diri kalian dengan ilmu mendidik anak..didiklah anak yang bakal lahir nanti dengan sebaik yang mungkin..dalam mendidik anak nih, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah soal rohani mereka..didiklah mereka sedari kecil dengan corak dan cara hidup Islam agar bila mereka sudah boleh hidup sendiri nanti, kesan didikan kalian terserlah pada cara hidup mereka..

Ingatlah apa yang disabdakan nabi bahawa anak itu ibarat kain putih..kita yang akan mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka..so marilah kita sama-sama pertingkatkan ilmu kita agar menjadi ibu dan bapa yang berjaya mendidik anak bukan sahaja dalam urusan dunia malahan yang lebih penting memberi didikan perihal kehidupan selepas mati nanti.

Teman akhiri dulu untuk kali ini..sakit pulak belakang teman nih..nak kene baring dah nih..ok semua..selamat malam dari teman di Hospital Bintulu..

Baca Lagi..

Friday, February 26, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Alhamdulillah..hari ni kali pertama dalam hidup, aku join perarakan maulidur Rasul..sebelum2 ni tak berkesempatan teman nak join perarakan..jauh jugak ler kene belarak tadi nih..3km jugak ler..abih lemak teman bertaburan atas jalan raya..keh keh keh..

Rasanya banyak tempat dalam negara kita ni mengadakan perarakan pada pagi tadi. Pasti ramai orang yang join program tersebut bagi meraikan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w..semuanya berpusu-pusu keluar bagi meraikan majlis perarakan pagi tadi..

Tapi, persoalan yang ingin teman timbulkan disini ialah, apakah dengan majlis yang kita langsungkan saban tahun itu menimbulkan rasa insaf buat diri kita untuk lebih hampir kepada apa yang nabi ajarkan? taupun tiap-tiap tahun bila saja tiba 12 Rabiulawal kita pun pakat kuar ramai-ramai pi belarak.

Alhamdulillah sambil belarak tu ada yang berselawat kepada junjungan besar kita. Tapi tidak cukup hanya dengan sekadar selawat sahaja tetapi perkara-perkara lain dalam Islam yang dibawa oleh Baginda kita ketepikan.

Kita imbaukan kembali bagaimana peritnya Rasulullah menggadai tubuh badan baginda bagi menegakkan Islam. Islam yang sampai kepada kita pada hari ini adalah hasil dari kerja keras baginda dan sahabat baginda. Maka timbul persoalan pada kita, apakah yang telah kita lakukan bagi mengembangkan lagi dan menguatkan lagi gerakan Islam di atas muka bumi ini khususnya di negara kita Malaysia nih.

Teman tak salahkan mereka yang keluar belarak untuk menyambut hari keputeraan Junjungan Besar kita ini, tapi teman nak salahkan mereka yang keluar belarak berkilomter tu tapi ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda tidak dihiraukan.

Pagi tadi lepas balik dari program sempat teman tengok sambutan yang dibuat di Putrajaya. Apa yang menghairankan teman dalam nada suara yang mengatakan mahu mengikut sunnah nabi dan mengikut ajaran baginda, mereka sebenarnya sedang mempermainkan ajaran Islam dengan tidak bertudung.

Usah lah bercakap kita nak ikut sunnah yang besar sedangkan sekecil-kecil perkara yang dibawa oleh Rasulullah ini pun belum mampu kita laksanakan. Apa intipati yang diperolehi daripada majlis sambutan maulidur Rasul itu? Ataupun hanya sekadar boleh keluarkan peluh kerana penat berjalan.

Sebab itulah yang pentingnya kita kene hayati apa sebenarnya yang pelu kita ambik dari perjalanan sirah Junjungan Besar kita. Ini tidak, berprogram bagai nak rak, tapi jambul tetap terkeluar. Kalau begitu lah caranya cara sambutan kita, sebenarnya kita bukan menghayati pun apa yang dibawa oleh Rasulullah. Kita cuma sekadar nak meramaikan orang utk program dan nak kata pada orang yang kita pun bagi sokongan utk jayakan program. Berprogram tapi isi yang dapat adalah hampeh belaka.

Oleh itu, teman nak ajak kalian semua terutamanya pemuda dan remaja Islam. Ayuhlah wahai pemuda dan remaja, jadilah kalian sebagai pemuda yang beriman dan remaja yang beriman. Sedarlah wahai pemuda bahawa dibahu anda terpikul tanggungjawab yang cukup berat. Masa depan anak cucu kalian pada masa depan terletak dibahu kalian. Kalau kita tak mahu anak cucu kita hidup dalam keadaan yang cukup hina kelak, dan kita tidak mahu musibah menimpa generasi kita nanti, ayuhlah kita hayunkan kaki dan eratkan tangan untuk membantu dan menjadi peneraju kepada kebangkitan Islam.

Rasulullah telah lama meninggalkan kita, tetapi baginda tidak tinggalkan kita begitu sahaja. Ingat apa yang dikhutbahkan baginda dalam khutbah wida' baginda. Baginda telah tinggalkan kita dengan 2 benda yang selagi mana kita berpegang padanya kita tidak akan sesat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka ayuhlah wahai pemuda dan remaja sekalian, kita terus jadikan Baginda Rasulullah sebagai idola kita dan kita teruskan apa yang pernah dilakukan oleh junjungan besar kita iaitu misi dakwah untuk menaikkan martabat Islam. Ingatlah kita semua akan kembali kepada Allah dan akan dipersoalkan dengan apa yang telah kita lakukan untuk Islam ini. Tepuk dahi pikirlah sendiri..

Baca Lagi..

Tuesday, February 9, 2010

Ramalanku ada benarnya..


Ramalan aper yerk? ketuk dahi pikirlah sendiri..

p/s : sogan nak ngaku ada MB mamak haram..Demo Kera Si-Ameno..

Baca Lagi..

Tuesday, February 2, 2010

Isteriku Tercinta..

Saat tanganku dijabat..
ungkapan ijab dan qabul menjadi saksi,
peristiwa bersejarah buat diriku,
ku tinggalkan dunia bujangku,
melangkah ke alam perkahwinan yang indah.

Gagap lafazku yang pertama,
ku ulangi kali keduanya dengan penuh yakin,
ya Allah..aku sedang membuat perjanjian sekarang,
perjanjian untuk mengetuai sebuah bahtera hidup,
bersama anugerah Ilahi ini.


Siti Bahiyah Bt Baharudin,
insan yang sudi menerima diriku,
syukur padaMu ya Allah,
atas anugerah yang bernilai ini.

Gembira hati ini hanya Allah yang tahu,
walaupun terkadang kerisauan menjenguk,
kurisaukan akan tanggungjawabku,
takut tidak terpikul oleh diriku.

Bantulah aku ya Allah,
bersamalah denganku wahai isteriku sayang,
kita bina hidup ini bersama,
kesanggupanmu untuk susah bersamaku,
menjadi penguat semangat buat diriku.

PadaMu ya Allah kupohon doa,
Teguhkan kami dalam jalanMu,
bantulah kami mendepani hidup ini.

Padamu wahai isteriku,
tiada ungkapan dapat ku ucapkan,
untuk menggambarkan perasaanku,
melainkan ungkapan AKU CINTA PADAMU.

ibnuwalidaini : Ni kategori aperyerk? sajak pun bukan,syair pun bukan..pantun lagi la bukan..ikutla kalian nak letak kategori maner..tepuk dahi pikirlah sendiri..jiwang-jiwang sket arinih..keh keh keh..

Baca Lagi..

Politik si penakut...


Pagi-pagi hari tadi teman tergelak semasa tgk berita dari tv3..berita yang menyiarkan kata-kata zambry mamak berkenaan bubar dun.

Mamak zambry kata : Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarkan lah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi dun ataupun tidak.

Keh keh keh..lawak..lawak..dia suruh pakatan rakyat bubarkan kerusi belah pakatan rakyat..yang sebelah penyangak tu naper taknak dibubarkan jugak..takut ker..tarak telor ka mamak zambry?

Persoalan nya bukan pakatan rakyat takut atau tidak..tapi pakatan nak kembalikan hak memilih ini kepada rakyat..so bubarkan dun...aper punya bodo dan merapu la mamak zambry nih..rasanya tido dia dah tak lena skarang sebab dah makin hampir dengan tarikh 9 februari yang mana keputusan mahkamah akan diumumkan..dia takut la kalau2 keputusan mahkamah memihak kepada Dato' Seri Nizar..maklum la kan..maner nak tenang hidup kalau mencuri harta orang..tipu rakyat..tu yang jadi meraban tak tentu arah skarang nih..

Sudah la mamak..deyy tambi zambry..roti kosong 2 mau kasi makan sama najib nazak...ngapa roti kosong..simbolik kepada zambry tarak teloq..keh keh keh..

Untuk pendokong kebenaran dan penyokong pakatan rakyat terutamanya rakyat perak..sama-sama kita doakan semoga keputusan yang baik berpihak pada MB Perak yang sah iaitu Dato' Seri Nizar..kalau baik keputusan nya alhamdulillah..kalau tidak memihak pada pakatan rakyat..terima dengan redha..kita teruskan perjuangan..teman di seberang laut ni mendoakan buat kalian pendokong keadilan dan kebenaran agar kalian dan teman jua sentiasa berada dibawah pemeliharaan Allah..amin..

p/s :- Al-Fatihah buat Zambry and the Gerombolan Penyangak sebab dah mula meraban dan cakap merapu dah tuh..pilihan di tangan anda..

Baca Lagi..

Monday, February 1, 2010

Pembunuh No 1 rakyat Malaysia.


Apakah pembunuh no 1 nih..jawapan nya mungkin sudah ramai yang tahu..sudah tentulah jawapan nya adalah DADAH..bukan dadih yerk..keh keh keh..

Hari ini saban hari kita tengok di televisyen dan internet iklan2 berkaitan bahaya dadah disiarkan. Apakah yang dimaksudkan dengan dadah ini. Dadah ialah apa-apa jua bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Inilah yang boleh kita takrifkan apa itu dadah.

Bahaya ker dadah nih? Kalau tak bahaya takder ler banyak ngo dan badan kerajaan berjuang habis-habisan untuk melenyapkan pengaruh dadah dalam masyarakat kita sekarang terutamanya golongan muda-mudi kita.

Maka timbul persoalan di hati teman. Bagaimanakah dadah-dadah ini boleh melepasi sempadan negara? Dadah-dadah ini kebanyakan nya tidak diproses didalam negara kita tetapi diimport dari negara luar. PDRM dan kastam yang dikatakan pasukan terbaik kononnya takkan tak dapat nak banteras kemasukan dadah-dadah ini dari negara luar, atau ada tangan-tangan gelap di dalam pdrm dan kastam yang hanya tutup mata untuk melepaskan kemasukan dadah ke negara ini oleh kerana telah disuap? Persoalan ini masih menjadi pertanyaan dan masih belum ada jawapan yang boleh meredakan persoalan di hati teman ini.

Satu lagi yang teman nampak, walau sekuat maner pun penerangan dibuat berkaitan bahaya dadah ini, pasti tidak akan berhasil sekiranya tempat-tempat dan kawasan biakan dadah ini tidak dihapuskan. Kalau masalah denggi KERAjaan boleh mengarahkan rakyat untuk menghapuskan kawasan-kawasan yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk ini, mengapa dalam soal dadah KERAjaan tidak boleh memberi arahan untuk dihapuskan pusat-pusat pembiakan dadah ni.

Apakah pusat pembiakan dadah ini. Rata-rata tau dan dalam tv pun ada bagitau yang tempat paling berisiko untuk proses pengedaran dan penagihan dadah ini adalah di pub-pub dan kelab-kelab malam. Tak guna kita laungkan slogan anti dadah selagi pusat-pusat dadah ini tidak kita hapuskan.

Disinilah kita lihat bahawasanya KERAjaan sebenarnya tidak memandang serius masalah ini. Pada mereka masalah ini tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Lagipun memang diantara visi KERAjaan adalah untuk memusnahkan anak muda sekarang dengan pelbagai hibiran dan maksiat. Budaya hedonisme yang diterapkan oleh KERAjaan menunjukkan kepada kita sebenarnya apakah isi hati pihak KERAjaan. Mereka sebenarnya hanya memikirkan perkara yang mendatangkan keuntungan buat diri mereka sahaja. Pegi mampos dengan rakyat pun takper la...asalkan periuk nasi terpelihara.

1Malaysia...Rakyat didahulukan untuk mampus..Pencapaian keuntungan untuk kroni diutamakan..

So dapatlah teman simpulkan bahawa masalah dadah di negara ini tidak akan selesai sekiranya tangan-tangan kotor dalam pdrm dan kastam tidak dibanteras terlebih dahulu dan pusat-pusat pembiakan dadah ini dihapuskan terlebih dahulu. Tidak guna dilaung-laungkan bahaya dadah selagi puncanya kita tidak banteras. Amar makruf nahi mungkar..Amar makruf dah dibuat, tetapi nahi mungkarnya belum.

Dalam usaha untuk memberi kesedaran ini, amar makruf dan nahi mungkar perlu berjalan serentak. Umpama orang sakit. Tidak cukup hanya dengan memakan ubat, malahan pantang -larang juga perlu diamalkan. Inilah ibarat yang dapat kita kiaskan untuk amar maruf dan nahi mungkar. Amar makruf umpama ubat dan nahi mungkar itulah pantang larangnya. Kalau ubat dimakan dengan pantang larang dijaga..insya Allah sakit kita akan sembuh. Tepuk dahi pikirlah sendiri..

Baca Lagi..

Sunday, January 31, 2010

Rindukan Mesir..

Sudah genap sebulan teman berada di bumi kenyalang ini. Kesusahan hidup di bumi Anbiya' dahulu banyak membantu teman untuk menjalani hidup di rantauan ini. Kesusahan hidup di seberang laut cina selatan ini tidak sepayah yang perlu teman lalui semasa melangkah ke benua Afrika suatu tika dulu.

Kini kenangan teman di Mesir selalu hadir di ingatan. Kerinduan pada suasana tanah yang gersang kadangkala membuatkan teman mengelamun jauh. Angin bayu yang bertiup ketika teman berjalan pulang dari kuliah. Kedai pizza di tepi jalan yang selalu teman kunjungi untuk mengisi kekosongan tangki perut ni. Suana hingar di pasar ketika pergi membeli keperluan dapur. Bau taik keldai yang sentiasa bertaburan di atas jalan..Ohhh semua itu masih terbayang-bayang di kotak ingatan teman dikala ini.

Zaman belajar sungguh indah. Teringat pada hari selasa lepas, semasa teman menasihati pelajar-pelajar teman supaya tekun dalam pembelajaran mereka. Teman ceritakan bagaimana seronoknya zaman belajar ini. Mengimbau kembali diri teman di waktu sekolah dahulu pun, rasanya tak sabar nak tamatkan zaman persekolahan dan tak sabar nak masuk ke alam pekerjaan. Tak sabar nak pegang duit sendiri.

Tapi bila kaki teman skarang ini sudah menjijak alam pekerjaan, zaman belajar lebih indah rupanya. Sedih rasanya bila mengenangkan diri yang nakal dulu. Rugi tak belajar betui-betui dulu. Kalau lah ada mesin masa yang dapat membawa teman pulang ke zaman belajar, alangkah seronoknya.

Tapi inilah dia perjalanan kita sebagai manusia. Umur yang kita lalui ini makin hari makin meningkat. Meningkatnya umur kita ini bermakna kita perlu meningkatkan tahap pada diri kita daripada seorang pelajar menjadi seorang yang mengamalkan apa yang dipelajarinya dulu. Kita tidak selamanya akan berada di bangku sekolah. Universiti pun akan kita tinggalkan bila tiba masanya nanti. Inilah ayat yang biasa teman gunakan untuk pelajar. Terbeliak tekun pelajar-pelajar teman bila perihal masa depan teman perbincangkan. Walau suka sekuat mana pun pada zaman persekolahan dan zaman belajar di universiti, masa itu tidak mungkin akan dapat kita lalui semula. Kenangan tetap jadi kenangan.

Amat rugilah mereka yang dianugerahkan Allah dengan ilmu tapi dipendamkan ilmu itu untuk dirinya sahaja. Ilmu itu alangkah baiknya dikongsikan dengan generasi-generasi pelapis yang sedang membesar sekarang ini. Kisah generasi pelapis ini akan teman ceritakan nanti dalam posting yang akan datang. Akan kita bincangkan sama-sama nanti apakah tugas kita dalam membantu generasi muda hari ini untuk tidak terus alpa dengan dunia yang fana ini.

Sebenarnya rasa rindu teman pada bumi Mesir semakin membuak-buak selepas menonton filem 'Ketika Cinta Bertasbih' semalam. Insya Allah nanti teman dan isteri akan sampai di Bumi Anbiya'..ya Allah, makbulkan doa kami ya Allah..amin..Insya Allah perjalanan dalam kisah "Ketika Cinta Bertaut"...keh keh keh..tautan kasih Zulfadli dan Bahiyah..


Baca Lagi..

Wednesday, January 27, 2010

Taktau aper nak tulis..

Rasa nak menulis..tapi taktau camner nak mula..ada banyak sebenarnya ingin ditulis..tapi kotak fikiran teman tak dapat nak mengakses data untuk penulisan dengan baik laa..jadi blurr jer nih..mungkin lapor kot yerk..jalan dulu la pi cari makan..nanti kita tulis lain kali jer laa..

Baca Lagi..